Percutian ke Sabah -Part 4 (Kolam Air Panas Poring)

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Traffik blog yang menjunam, blogger.com yang kena block di office, handphone yang dah kehabisan data, internet yang semput macam siput nazak......Allahu.. ----------->sangat menguji kesabaran untuk saya meneruskan entri Sabah ini.

Tambah-tambah entri sebelum ini yang tidak berkomen. Sedih la pulak. Untuk upload gambar sahaja, sehari suntuk baru siap. Memang. Haisshhh.....payah nak kata. Tapi begitulah. Saya takkan putus asa insya Allah. Saya akan terus menulis di blog ini biar pun ada yang komen cara penulisan saya adalah membosankan. Serius beno kata deme. Pssttt....mesti diorang tak pernah baca entri saya yang bertajuk "Kamben Ayah". hehe....

Untuk u ols yang dah sampai ke cerita sabah saya yang part 4 ni, tahniah diucapkan. Memang ohsemlah! Meh high 5 ramai-ramai! 

Jom sambung pasal Poring. Jangan boring, sudah. hahaha...
 Perjalanan ke Poring dari Kinabalu Park adalah sejauh 45km dan memakan masa hampir sejam perjalanan. Kami berkonvoi dua buah kereta. *Oh, lupa nak bagitau. Kawan saya Mila, suami dan anak dia join sekali trip ke Sabah ni. 
Bawak slow pun ya juga. Nak tengok pemandangan dan cari jalan kekdahnya. Kami sampai di Poring pada pukul 10.30 pagi macam tu. Cuaca adalah panas terik. Adalah agak tak faham kenapa orang Sabah berpusu-pusu ke Kolam Air Panas Poring pada waktu siang. Panas terik pulak tu.huhu..

Setahu saya, semasa saya tinggal di Kedah, kolam air panas Ulu Legong di Baling nun saya pergi tengah-tengah malam. Lepak berendam sampai nak pagi. Ini lain pulak ceritanya. Berduyun pengunjung ke Poring ni.




Disebabkan kami ada menyimpan tiket yang telah dibeli di Kinabalu Park, masuk ke kolam air panas Poring ni adalah percuma. Tunjuk je tiket tu kat penjaga pintu masuk. Macam-macam aktiviti rupa-rupanya di Poring ni. Boleh bersiar-siar di Taman Kupu-kupu, kadang-kadang ada pameran rafflesia tak pun naik Jambatan Kanopi yang tergantung di ketinggian 41 meter dan sejauh 157.8 meter. Memang best la dapat melihat  pemandangan indah. Patut pun berduyun pengunjung!


#jambatan menuju ke Kolam Air Panas Poring.

 Laluan pejalan kaki ini menjanjikan suasana hutan yang menarik. Paling mengejutkan, untuk sampai ke Kolam Air Panas Poring, anda akan melintasi sungai yang cantik! Macam tak percaya pula, ada air terjun berdekatan hot spring.


#kaaann??? Subhanallah....


#makanya, haruslah tepek muka selfie yang over excited kat sini.

Hutan di hotspring Poring ni sangat cantik. Macam ditanam-tanam pula. Tapi saya percaya rumpun buluh ni dah berusia ratusan tahun.


#sebenarnya agak payah mengambil gambar di laluan ini kerana ramai sangat yang lalu lalang.



Buluh-buluh di sini sangat besar. Memang besar, tau. Jangan tak percaya pulak disebabkan saya yang besar ni. hahaha.... Cer tengok rebung kat belakang saya tu. Dua batang pun boleh buat kenduri doa selamat kot. Buat masak lomak cili api. Bubuh ikan sungai. Perghhh....terangkat betul. Eh, tetibe pulak ye. ekeke...


#akhirnya kami sampai di tempat tumpuan pengunjung. Penuh wakaf-wakaf, weh.... Ramai sangat!
Eh eh...terpandang kamera pulak kakak ni.


Mari tengok persekitaran. Ala-ala Ulu Legung juga. Kolam yang paling panas tak boleh masuk. Kolam-kolam untuk mandi, ada yang terbuka dan tertutup. Kolam untuk rendam kaki sahaja pun ada. Macam wakaf gitu.

Paling menarik, kawasan rekreasi ini ditanam pelbagai jenis buah-buahan. Sedang lebat berputik dan ada yang boleh dipetik. Subur sungguh tumbuh-tumbuhan di Poring ni. Memang sesuai sangat jadi Tapak warisan dunia.


#banyak tempat nak lepak-lepak. Nak menginap di sini pun boleh. Cari Poring Hot Spring & Nature Reserve, ya. Harga di antara RM180-RM580. Perghhh....sila lap peluh. Tapi buat pencinta alam semulajadi, apadehal kan? Terjah je. hehe...


#ada jambu bol.


#ada pokok sentul yang tengah lebat berbuah. Haihh....lama tak makan buah sentul, youuu...



#ini kawasan ruang mandi terbuka. Best berendam ramai-ramai. Tapi saya tak minat nak berendam air panas ni. Cuaca panas weh....nasib baik banyak teduhan.








#berlatarbelakangkan kolam mandi untuk kanak-kanak. Kemain riuh. Qisya dah merayu-rayu nak mandi. Jenuh pujuk dia. Masa tak cukup ni Qisya wehhh....banyak lagi tempat nak pegi. huhu...


#adoih laaa.....sampai bersesak macam ni.



#kolam yang ni paling best nampaknya sebab dalam. Kalau saya nak berendam di sini, mesti kolam ni yang jadi pilihan. Seronok  kalau dapat berenang.


#map Poring hot springs. 


#photo terakhir di Poring. Jangan memain, Tapak Warisan Dunia rupa-rupanya. 

Nasib baik singgah sini, tak rugi. Tak dapat berendam pun, yang penting dah sampai dan tengok sendiri tempatnya macam mana. Barulah puas hati. 

Balik dari Poring, kami menuju ke Ranau untuk isi minyak dan makan tengahari. Ke Sabah Tea la pulak kita.

Part - 3
Part - 5
*bersambung...




3 Comments

  1. hihi berapa lama g kesana....ok je blog awak ni...saya tengah gogle Sabah trip sebab nak gi sana dece

    ReplyDelete
  2. Banyak maklumat akak letak.senang le orang lain nak tgok apa yg afa..bagus bagus... Banyak pulak gambor kito...huhu...

    ReplyDelete
  3. Jgn tuka ye gaya bahasa. Bahasa awak dah ok sesangat dah... takde serius ape pun. Info pun bagus..seronok baca.

    ReplyDelete