Percutian ke Sabah - Part 10 (Pulau Manukan)

Assalamualaikum wbt....
Bismillah...

Hari kedua di Kota Kinabalu, perancangannya nak pergi ke Pulau Manukan. Pagi-pagi lagi siap-siap masak untuk bawa bekal berkelah. Seperti biasa, masak yang simple-simple saja. Rasa lagi best berbanding yang beli siap. Masa ni saya masih trauma lagi dengan cerita-cerita kawan yang masakan di Sabah tak sedap. hehe... (jangan kecik ati ye orang Sabah...)

Jalan menuju Jesselton Point tempat di mana menjadi pengkalan bot untuk ke pulau-pulau berdekatan adalah sangat mudah. Jalan lurus dari Marina Court yang melalui Pasar Filipina tu sampai nampak pintu gerbang ni. Depan sikit ialah tempat parking untuk pengunjung-pengunjung pulau.


Pintu gerbang Jesselton Point.




Kalau tak  membawa sebarang bekalan pun tak apa, jangan bimbang sebab di sini terdapat banyak gerai yang menjual makanan. Belilah di sini kerana di pulau-pulau nanti, harga makanan adalah agak mahal.





Kat sini banyak syarikat yang menawarkan bot untuk ke pulau Sapi, Manukan dan Mamutik.  Pilih saja yang berkenan di hati. Kami memilih Manukan disebabkan pulau ini adalah yang paling cantik dan besar. Harganya ialah RM 30 seorang. Untuk pergi ke pulau lain, tambahan RM10 dikenakan untuk setiap orang.




Inilah budak yang paling penakut semasa di dalam bot. Tapi memang kemain laju la botnya pun, tudung macam nak terbang dibuatnya, terlantun-lantun sampai sakit dada juga dibuatnya. Yang mat saleh kat depan kitorang dah suruh driver bawak slow. Yang si Qisya ni lagi menyorok dalam life jaket. Dok senyap sunyi je dia tak berkata apa. Nampak sebelah bijik mata je. hahaha...



Sampai je ke Pulau Manukan, masyaAllah. Jernihnya air! Nampak segala ikan yang berenang di tepi jeti.




Inilah rupa jeti di Pulau Manukan.



Ini pulak rupa bentuk Pulau Manukan dari pandangan udara. Saya tepek gambo snap kat kaunter je sebab saya tak naik helikopter ke sini. kah kah kah...




Harga masuk berempat ialah RM8. Sila berlapang dada sebab ini adalah kos pemuliharaan pulau-pulau ini.


Kat Pulau manukan ni pun banyak chalet dan rumah untuk disewa. Tapi harganya adalah agak mengerikan. Mahal bebeno!


Perjalanan menuju meja piknik pilihan hati. Kat depan tu warung makanan di Pulau Manukan. Ada pelbagai lauk-pauk dijual di situ.


Aiiiyooo....dah bertahun tak bersnorkeling. Kat sini saya sewa dengan budak ni. RM 10 satu snorkel.


Ramai mat saleh kat sini. Dah tua2 pun kemain pakai bikini. Lawak pulak rasa nengoknya. hahaha...


Ini budak memang anak manja abah. Sikit-sikit nak abah.


Ini view meja-meja piknik dari arah pantai. Selesa, kan? tak payah nak angkut tikar bagai. Barang-barang boleh terus letak je atas meja. Nak pantau pun senang.


Sesi berjimba pun bermula.


Mocik dah lupa cara-cara nak guna snorkeling. Epic fail! hahaha...

Yang sedihnya, batu-batu karang di Pulau Manukan ni dah mati. Macam mana nak hidup kalau terlalu ramai pelancong dan tercemar. Sedih, kan? Makanya yang kami snorkel hanyalah ikan-ikan yang pelbagai warna. Rasa geram macam nak sauk je. 

Nak snorkel ke arah batu karang yang dah mati tu, tak berapa berani la pulak. Banyak landak laut, wooo. Kalau terpijak tu memang azab la jawabnya.


Comel cara pelampung keselamatan ni diletak. Terang dan jelas dilihat dari pantai.



Ini bekalan kitorang. Seperiuk nasi, sotong goreng kunyit berkuah, ikan kembung masak lemak cili api, telur dadar sayur dan ikan goreng celup tepung. Buah-buahan tak dilupa macam buah pisang, durian, durian belanda dan buah tarap.



Sambil-sambil makan, mari tengok gelagat pelancong asing dari Korea ni.


Punya lama mamat ni berbaring tengah panas ni. Amsyar yang berendam dalam air pun kena sunburn (kes tak pakai sunblock), inikan dok tido tengah-tengah panas terik ni. huhu...



Awek-awek Korea yang sakan berposing di tepi pantai. Syok pulak cuci mata. hehe..


Macam tak sah tak ambil gambar pokok. Ini pokok rhu atau nama saintifiknya Casuarina Equisetifolia. Cantik sangat pokok-pokok rhu kat sini. Semuanya sesuai dibina rumah pokok sebab ada dahan-dahan yang besar dan rendah.



Perjalanan balik singgah sebentar di Pulau Mamutik kerana nak menambah penumpang yang ingin pulang . Kecik je pulaunya. Pantai pulau macam tak berapa landai. Hmmm....nasib baik tak pilih pulau ni.


Kisah sedihnya di sini, Amsyar terkena sunburn sampai kena bawa ke klinik. Tak pernah lagi seumur hidup ni tengok orang kena sunburn ni macam mana. Kesian kat Amsyar. Rasa bersalah sangat di hati bila terkenangkan Amsyar sampai menggelupur menahan pedih. Macam mana la mama lupa nak sapu sunblock. Ini pengajaran ye u ols, pastikan sapu sunblock kalau ingin bermain di pantai.

Balik dari Pulau Manukan, saya dan Mila meronda lagi sekali Pasar Filipina. Nak cari souvenir untuk family dan kawan. Lepas tu cari makanan Sabah. Tapi itu entry lain ye. Citer bab-bab makan, ni best. hehe..

Lagi satu cerita tak berapa nak best, Marina Court tak ada air la pulak. Terpaksa kitorang mandi di Masjid negeri. Lepas tu kawan merangkap dua pupu saya yang tinggal di Sabah, menjemput kami makan di restoran seafood yang terkenal di Sabah dan singgah di rumahnya. Hari yang paling memenatkan di Sabah kot tapi saya syukuri segalanya.

Part - 9 (Kota Kinabalu)
Part - 11


*bersambung...




11 Comments

  1. cantik pulau manukan nie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai landai dan air jernih mcm kat tioman. Mmg cantik.

      Delete
  2. cantik kan kak...kami dulu almost every month kot ke pulau2 tu, maklung la, touridm student hihihih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo...dulu mommy jj study kat sabah, ye. Bestnyeee.... ini dah rindu balik nak ke sabah ni... huhu..

      Delete
  3. Subhanallah bestnya.. lautnya pun nampak sangat cantik, pulau2 kt Sabah ni memang the best ^^

    ReplyDelete
  4. cantiknya pulau ni kak. SUbhanallah

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dapat bercuti ke pulau...rajinnya Yana masak buat bekal...

    ReplyDelete