Percutian ke Sabah - Part 12 (Jalan-jalan cari makan)

Assalamualaikum wbt...
bismillah...

Mula-mula beritahu rancangan trip ke Sabah ni kat kawan-kawan, ramai la yang bersuara bagitahu makanan kat Sabah tak sedap. Boleh kata hampir semua bagitau pendapat yang sama sampai seriau saya dibuatnya. Mana la tau kot-kot anak-anak buat ragam tak nak makan. Tu yang bawak bekalan sampai satu beg penuh tu. Biar la orang kata tahpape pun, yang penting saya mengamalkan prinsip sediakan payung sebelum hujan, kekdahnya. hehe...

Bab makan-makan ni adalah amat penting apabila trip tu melibatkan family. Ada anak-anak kecik pulak tu. Kalau kita sorang-sorang tak kisah pun. Bantai maggie hari-hari pun takpe, ye dak?

Tapi di Kundasang tak susah pun cari makan sebenarnya, kalau tak nak makan di kedai makan, kat sana KFC pun ada. Untuk dinner malam pertama di Kundasang, kami makan nasi tomato dan nasi bryani Ibrahim je. Beli KFC dinner plate satu. Makan awal, tido pun awal sebab di Kundasang tiada aktiviti malam. Simpan tenaga sebab esoknya nak berjalan sehari suntuk.

Untungnya saya, kawan baik saya yang tinggal di Sabah memberitahu tempat makan tersedap di Kundasang. Memang mabeles menu-menu kat situ. Harga agak mahal tapi saya sangat puas hati. Semua sedap. Dan untuk info u olss, kek-kek di situ lebih sedap dari Secret Recipe!


New York cheesecake yang masih teringat-ingat. Fresh sungguh rasa keknya. Tak muak.

Nama tempatnya ialah Nabalu Lodge Cafe.
Ini Nabalu Inn bersebelahan dengan Nabalu Lodge Cafe. Datang awal kalau nak dinner di sini, parking asyik penuh je. Hari pertama, saya dah survey dulu nak tengok tempat ni macam mana.



Menggigih snap gambo tapi tak duduk makan. Haru betul. hahaha...

Esoknya, inilah dinner kami. Mila pulak order steambot. Untuk 2 orang makan, harga set steambotnya ialah RM30. Mila kata ok sebab dia memang biasa makan steambot. Maaf, gambar tidak disertakan.


Antara yang selamat dah masuk perut. Hahaha...


Haaa.....ini la view dalam Nabalu Lodge Cafe ye. Sambil makan boleh tengok pemandangan Gunung Kinabalu dan Kundasang yang cantik menawan.


Di Desa Cattle Dairy Farm, menu wajib dicari ialah aiskrim yang diperbuat daripada susu segar yang sangat lemak berkrim. Sesiapa yang sampai ke sini tapi tak mencuba aiskrim adalah satu kerugian. 



Lunch kami di sebuah restoran di pekan Ranau. Uniknya nasi campur di sini, mesti disertakan dengan sup. Ambillah lauk apa pun, sup akan mengiringi. Wajib kot. Rasanya? Alhamdulillah. Tidak seburuk yang disangka. Boleh makan. Boleh telan. Habis pun satu pinggan. hahaha... Kesimpulannya, bukan orang Sabah masak tak sedap tapi selera tekak tu yang tak sama. Orang Melayu kalau sambal tak pedas, kalau kuah tak pekat, kalau gulai lemak kurang santannya...itu kategori tak sedap. But for me, everything is ok. Kalau banyak komplen, silalah masak sendiri. Boleh???

Disebabkan saya pencinta buah-buahan, saya mestilah mencari buah yang tak jumpa di Semenanjung. Di Sabah, tarap boleh didapati di semua pasar. Tepi-tepi jalan pun ada jual. Senang jumpa la kiranya. Harganya di antara RM 4- RM 5 sebiji. Buahnya rasa lemak manis dan fresh. Takde serabut-serabut macam cempedak tu. U olls wajib cuba. Alang-alang berjalan, explore apa yang boleh.

Buah tarap.



Yang ini durian hutan. Di Semenanjung, biasanya orang asli Cameron Highlands yang dok jual buah ni. Rasanya taklah sedap mana. Isi nipis. Melekat-lekat pulak tu. Tapi nak mencuba punya pasal, gigih la saya dan Mila membeli buah ni.

Di Kota Kinabalu, saya masak sendiri di apartment Marina Court. Geram sangat tengok ikan-ikan segar di Pasar Filipina. Murah pulak tu. Ikan goreng celup tepung pun dah sedap sangat sebab guna ikan fresh.



Macam-macam ada di Pasar Filipina.



Angkut ikan bawa balik masak kat apartment untuk dinner malam pertama di Kota Kinabalu.



Kuih cincin dan amplang berlambak-lambak dijual di pasar Filipina. Kalau terlepas peluang nak beli semasa di Kundasang, jangan susah hati sebab di pasar Filipina ni nak angkut banyak mana pun boleh. Syaratnya bayar. Hehe...



Seafood memang banyak pilihan. Tapi risiko sendirilah ye. Pilih kedai yang bersih dan harga yang berpatutan. Salah pilih kedai, kang terpaksa pulak angkut polis sebab tak puas hati pasal harga. Untuk seekor lobster dalam gambar di atas, harganya ialah RM180. Boleh makan satu family sebab beratnya hampir 2 kg.



Dan adalah wajib untuk saya mencuba kuih-muih Sabah.  Atas sekali, banana Q (haihh...mat saleh la pulak namanya). Serius sedap. Pisang abu yang digoreng bersira. Yang macam ais krim tu kuih pasung. Rasanya macam bingka tepung gula merah. Yang berikat tu namanya 'patulakan'. Manis juga tapi takde la manis sangat macam kuih-muih Kelantan. 

Yang berbungkus plastik warna putih tu 'daral'. Rasanya macam kuih ketayap. Tepung dadar di dalamnya berinti kelapa gula merah. Yang depan sekali tu 'pitis'. Rasanya ala-ala kuih lepat ubi. Warna purple. Agak ngeri di situ. hahaha.... Over all, semua boleh masuk kat tekak saya ni. Tak kecewa. Banana Q tu repeat beli sebab sedap. Harganya 50 sen sebiji.


Golden Seafood Kota Kinabalu.

Malam kedua kami di Sabah, ingat nak try seafood di Pasar Filipina, tapi my second cousin jemput dinner kat Golden Seafood Kota Kinabalu la pulak. Kekdahnya, pilih dulu hasil laut di akuarium. Pastu bagitau la nak masak apa. Alaa.....cara biasa la kalau nak makan seafood. Bezanya cuma ikan hidup atau ikan mati je. Tapi ikan hidup mestilah lebih mahal. huhu.....


My second cousin merangkap best fren sejak kecik. Tq Ema... 

Ada lagi tempat makan best di Kota Kinabalu. Gayang Seafood, Tanjung Lipat, Water Front, Anjung Senja dan lain-lain. Boleh google kot. Ramai dok cerita. Lagi satu Restoran Malindo pun ok juga. Berhampiran Api-api Apartment. Nasi campur ada, goreng-goreng pun ada.


Kalau rasa nak jimat, bawa la bekal. Tak de la asyik sibuk je nak kena cari tempat makan. Tak gitu?



1 Comments

  1. aisehhh... besaq nya udang tu sis yana... dapat sekoq pun puas hati... lagi2 sy tak nampak lain dah... mcm kek cheese je... mmg peminat tegar cheese hihi ^_^

    ReplyDelete