Percutian ke Sabah - Part 8 (Jambatan Tamparuli dan Rumah Terbalik)

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Panjang beno cerita teman, ye dak? Bertabahlah u olls membaca. Dulu-dulu cita-cita saya nak jadi pensyarah tapi tak kesampaian. Sekarang ni bersyarah kat blog je la. Itu pun jika berkesempatan. Saya tak tahu adakah hasil tulisan karangan ke laut saya ni dapat memberi faedah kepada yang sudi membaca, tapi bila ada orang pm saya bertanyakan info-info trip yang dapat saya kongsi kat blog ni, Alhamdulillah........ Tak sangka membantu juga kiranya walaupun sedikit. 

Jom sambung kisah di Sabah. Perjalanan ke Kota Kinabalu memakan masa yang lebih lama. Almaklumlah menyinggah sana-sini. Mula-mula menyinggah di Pekan Nabalu. Singgah pasarnya nak cari kuih cincin. Al peliknya, sebesar-besar pasar tu, hanya tinggal sebungkus je kuih cincin! Habis kena borong pelancong yang baru balik Kundasang. Adoiihh...kecewa saya. Semalamnya saya nampak bergantungan kuih cincin kat Kundasang. Ingatkan di pasar Nabalu ni lagi banyak la kuih cincin. Rupa-rupanya nan hado!

Tapi saya jumpa sebiji buah tarap yang sangat gojes! Ada sebiji je pun kat gerai tu. Gerai-gerai lain ada banyak juga menjual buah tarap, tapi kebanyakannya tak cantik. Terlalu muda atau terlalu masak. Ini antara penyebabnya saya nak ke Sabah. Nak merasa buah tarap Sabah. Wajiblah saya pilih yang cantik dan elok. Sebiji buah tarap di sebuah gerai. Macam tunggu saya, je. hahaha....


#cantik, kan? sebelahnya buah pulasan yang unik. Buah tarap tu RM4 sebiji dan buah pulasan tu RM2 seikat. Puas hati den dapat jumpa si tarap cun ni. 

Qisya muntah-muntah kat Nabalu ni. Pening la tu. Lepas uruskan dia, kami bergerak ke pekan Tamparuli pulak. Nak naik jambatan gantung yang femes tu. Destinasi wajib jugak ni. Rupa-rupanya jambatan ni kat tepi pasar je. Masa kami singgah, ada pasar macam pasar tani kat sini. Banyak buah-buahan dijual. Buah cempedak RM 1 sebiji!


#Macam-macam jenis buah ada di pasar Tamparuli ni. Durian hutan ni nampak comel. Kemain panjang duri dia. Saya dan Mila pun gigih membeli satu ikat durian hutan ni yang berharga RM15 seikat.

Sebelum beli durian tu, kami pun naik la Jambatan Tamparuli ni dulu. Disebabkan jambatan Tamparuli ni dari jenis jambatan gantung, sila tahan kegayatan la jawapnya. Bergoyang-goyang, weh! Dari Kota Kinabalu ke Tamparuli hanya mengambil masa 40 minit. Dah dekat dengan Rumah Terbalik tu. Jangan lupa singgah, tau. Boleh berayun sambil nyanyi lagu Jambatan Tamparuli yang femes tu.


Gayat-gayat pun boleh senyum lagi, dikira epik sangat dah ni! hahaha...



Inilah pemandangan dari atas Jambatan Tamparuli. Cantik, kan? Kat bawah tu jambatan satu hala untuk kenderaan bermotor. Dah berusia lebih 50 tahun. Harap orang Sabah tolong mintak kat pemimpin kesayangan diorang tu buatkan jambatan yang proper. Zaman ni patutnya dah takde dah jambatan satu hala. Main tunggu-tunggu la pulak kalau nak lalu. Kaannn....?



#Durian hutan yang kami rembat pulang. Ehhh...rembat bayo, tau. hehe..

Turun dari Jambatan Tamparuli, kami menjelajah pasar Tamparuli nak cari kuih cincin tapi langsung tak jumpa. Mistik pulak rasanya kuih cincin ni. Sefaham saya, disebabkan kuih cincin ni yang paling popular di Sabah sepatutnya ada la di pekan-pekan yang dilawati pelancong. Memang pelik, kami tak jumpa pun kuih cincin di sini. Yang saya jumpa, seorang pakcik dari kaum Kadazandusun yang sangat tua makan sebiji buah tarap dengan cara menggigit buah tu secara terus di mulut. U ols bayangkan dia makan buah tarap macam buah epal! hahaha....memang pemandangan yang sangat 'rare'!  Tapi tak berani saya nak snap gambo dia, takut kena baling dengan buah tarap! wakaka...

Jambatan Tamparuli ni dah dekat dah dengan Rumah Terbalik (Upside Down House). Blogger Eca bagitau yang Rumah terbalik ni dekat dengan Sekolah Menengah Tamparuli. Senang je. Guna Google maps. hehe... Alamatnya Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli.. memang dekat sangat dengan Sekolah Menengah Tamparuli.

Apa yang menarik dengan Rumah Terbalik ni? Takde apa. Cuma terbalik je kekonon melawan graviti. Dibina dengan harga 1.5 juta RM, Rumah Terbalik ni kelihatan unik. Unik sebab ini kerja orang dah terlebih duit untuk cari lagi duit. Faham ke? Nak masuk, dewasa kena bayar rm10 seorang. Kanak-kanak RM5 seorang. Boleh ambil gambar kat bahagian luar je. Kat dalam rumah, tarak boleh. Kena denda, wehhh......


Ini signboard kat entrance. Alkisahnya, walau pun tepi jalan je Rumah Terbalik ni, semasa perjalanan ke Kundasang sebelum tu, takde sesiapa pun di antara kami yang perasan Rumah Terbalik ni.


#di kaunter bayaran. Lebohhh RM25 demi nak tengok isi dalam rumah terbalik yang tergantung tu.


#ini port wajib bergambo ni. Kemain si Amsyar. Tetibe semua orang jadi pelakon kat Rumah Terbalik ni. Masing-masing berposing poyo-poyo membatak tak pernah tengok barang diletakkan terbalik. hahaha...


#potret family wajib ada.


#pitstop terakhir boleh ambil gambar. Kat sini kena ketuk gong dan bagi salam. Ingatkan ada upacara mistik ke hape untuk Rumah Terbalik ni, rupa-rupanya just nak kabo kat staff yang jaga kat dalam tu, ada tourist nak masuk. Sila gelak gelabah ramai-ramai, ye. hahaha.... sengal!

Kat dalam tu, tak payah imagine canggih-canggih, ye. Ada set sofa, mesin dan perkakas rumah yang tersangatlah biasanya. Ada la sikit-sikit item tradisional Sabah tapi takde la yang gempak-gempaknya. Biasa-biasa saja. Yang luar biasanya, cuma terbalik!


#Pandai diorang ni. Laluan keluar Rumah Terbalik kena lalu bangunan kedai jual souvenir dan cafe. Maknanya barang-barang yang dijual di sini, wajib ditatap oleh sekelian pengunjung. Sesiapa tergoda, bolehlah beli.


#sesiapa nak makan kat sini pun boleh. Macam-macam ada, nampaknya tu.



#Cafenya pun macam-macam ada. Pelbagai kek dan pastri terdapat di sini. Tempatnya pun bersih dan selesa.

Tak dinafikan Rumah terbalik ni dari luar nampak cantik. Pengunjung pun ramai. Sejak dibuka dari tahun 2012 hingga sekarang, rasanya dah balik modal kot tokey dia. Heheh....entahpape review saya ni gamaknya. Tapi apadehal, takkan nak puji melambung sokmo, ye dak? Saya bayo masuk, saya review free...suka hatilah saya nak komen apa. Ekekeke....


#tapi saya nak puji satu. Tandas kat Rumah Terbalik ni super bersih!


dan ucapannya cukup menyentuh hati. Saya tak pernah terfikir pulak yang membuang air tu adalah satu 'persembahan'! kah kah kah.....


till then, kita menjoyah lagi ye. Ada sambungan lagi ni... :D




10 Comments

  1. tandas & cafe dia xpena lak masuk..nanti nak dating la g sana..hehehe.padahal 20mnt je dr ruma eca ne :P

    tarap sedap x?kwn opis eca (Org Perlis) suka makan tarap.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap la eca. rasa dia fresh bila makan. Takde la serabut2 mcm cempedak tu. Smooth je, gitu.

      Delete
  2. Best bila baca pengalaman percutian yana...macam saya dah sampai ke sabah pulak rasanya...good job dear...teruskan menulis Ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Heheh..tq. nnti sambung lg. InsyaAllah.. :)

      Delete
  3. walau pun saya mampu nyanyi lagu jambatan tamparuli sampai habis, tapi saya sendiri pun tak pernah ke sana... wahhh rumah terbalik tu mmg milik persendirian yang kaya la yer? wahh makin kaya... wahhh kuih cincin tak dapat hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoh? mcm mana bole nyanyi tu? hehe....terrel mommy jj...

      Delete
  4. masa ke sabah tengok dari luar je tak masuk pun kat rumah terbalik. asben saya kata takde apa yg best selain semua benda di pasang terbalik.. yelah, sekarang boleh baca review kat blog kan? lagipun masa sampai dah petang sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh...pandai asben sue. Jimaattt.....

      Delete
  5. teringin sangat nak g sini sebab nak tengok yg terbalik balik tu

    ReplyDelete