Seorang Makcik dan kerepek seaweed

Assalamualaikum wbt...
Bismillah...

Sebelum ni tak pernah sibuk nak hapdet blog semasa bercuti. Inilah buat pertama kalinya entri dihapdet dari destinasi percutian sekeluarga di Langkawi angkara terkenangkan satu insiden yang berlaku di pejabat beberapa hari lepas.

Siapa rasa dia tahu banyak mana pahala dia dah kumpul? Sila angkat tangan. Kompem tak tahu, ye dak? Begitu banyak perkara yang boleh mendatangkan pahala walau sebesar zarah, tapi kadang-kadang Allah swt post sesuatu atau insan untuk menguji kita seterusnya menambah dosa yang bertimbun tanpa sedar.

Begitulah yang terjadi beberapa hari lepas apabila pejabat kami 'diserang seorang makcik'. Eh...bukan serang maki hamun tu, tapi dia datang menjual kerepek rumpai laut dengan cara yang sangat brutal! Memang buat kitorang tercengang habis! Caranya dia letak siap2 dua tiga balang atas meja setiap orang, lepas tu paksa beli.

Paling tak boleh blah, siapa yang tak layan promosi kerepek dia tu, dia baling kerepek atas meja beserta ayat "Aku benci orang yang menyombong!" Hahaha.... bila ingat balik boleh ketawa terbahak-bahak dibuatnya. Brutal sangat kot! Sudahnya, bila makcik tu pergi je, kitorang pun terus mengumpat berjemaah.

Tetiba ada rakan opis yang bersuara, kita ni pahala susah nak kumpul. Tapi dosa tu senang sangat la pulak dapatnya. Tengok la ni, Allah swt pos sorang makcik je, kita dah dapat dosa mengumpat. Astaghfirullahaladziim....tanpa sedar tu!  Kaaannn??? 



Err ....lagi satu sebab teringat kerepek tu yang tertinggal di opis. Kot- kot balik dari bercuti, tinggal balang je. Hahaha...

Tapi memang sedap pun kerepek makcik tu. Nanti kalau dia datang opis korang, beli je la. Jangan banyak songeh kalau tak nak kena baling dengan kerepek. Kah kah kah...



5 Comments

  1. makcik tu ada masalah kesihatan kot.. hahahaha. meniaga macam taiko. takpe la kalau sedap beli je sebalang dua.. ye dak. Tapi betul la kita manusia ni nak buat pahala cukup susah tapi nak buat dosa cukup senang kan

    ReplyDelete
  2. assalam Yana..tak pernha pulak acik jumpa orang berjual sampai macam tu sekali..bagi je rasa patutnya kan..bila rasa sedap dah tentu orang akan beli.

    ReplyDelete
  3. kak ada lagi tak? nak rasa jugak ni..
    makcik tu datang dari mana?
    haa nampak banyak soalan.
    sebab rindu ofis akak. heeee

    ReplyDelete
  4. hahaha..lawak la makcik..respect sebab keberanian dia kan....siap baling kerepek lagi haa...

    ReplyDelete
  5. Brutal bebenor makcik tu kan...nasib baik sedap kerepeknya :)

    ReplyDelete