Percutian ke Sabah - Part 13 (Bajet)

Assalamualaikum wbt...
Bismillah...

Ramai juga kengkawan tanya, berapa bajet ke Sabah ni? Kawan-kawan dari Semenanjung la yang tanya tu. Takkan kawan Sabah kot. hahaha..
Maka dengan itu, kat sini saya bagitahu berapa bajetnya ye. InsyaAllah, menunaikan hajat kawan-kawan dan kongsi info yang bermanfaat adalah suatu perkara yang baik juga. Bukan nak tunjuk riak, ye. Ya lah kan, hati manusia ni tak sama. Pemahaman masing-masing pun lain-lain. Tak pelah. Yang itu tak dapek nak nolong, sendiri punya hati, sendiri didiklah. Haa... macam tu.



Buat masa ini, ini yang termampu ye anak-anak. Impian kita nak umrah bersama-sama insya Allah akan tercapai suatu hari nanti. Jom doa banyak-banyak.

Jom kita tengok percutian bajet saya ni.

1)Tiket penerbangan pergi dan balik
Saya booking tiket ni pada tahun lepas semasa promosi  Airasia. Beli dalam bulan Julai tak silap. Hambek, lebih setahun kot nak merancang dan nak membajet. Untuk 4 orang, kosnya RM800. Ok. Bajet untuk tiket dah settle pada tahun 2013. Dari Januari hingga Ogos, saya buat saving untuk trip family ini. Kena buat. Wajib. Dah kata kita ni bukan orang ada-ada tapi gigih juga nak bawak anak jenjalan kekdahnya.

2)Penginapan
Kami menginap di Kundasang Inn selama 2 malam di Sabah. Ya. Hotel bajet. Tak perlu hotel yang ada kolam renang bagai. Sejuk menggeletor kot. hahaha... Kosnya RM200 untuk 2 malam. Tapi alhamdulillah, penginapan ini ditaja. Rezeki anak-anak. Kundasang Inn ni tak jauh dari pekan Kundasang dan Desa Cattle Dairy Farm. Memang puas hati la sebab dekat dengan semua tempat dan kemudahan pun ok. Nombor telefonnya +6 088 888097 / +60145526406.

Di Kota Kinabalu kami menginap di Marina Court Resort. Harganya RM600 untuk 2 malam. Share dengan kawan, kosnya jadi RM300 sefamily. Rumah apartmen macam ini sangat puas hati sebab lengkap serba-serbi. Nak memasak, nak membasuh baju semua ada. Sangat membantu kalau tak cukup bawa baju atau nak berjimat kos makanan.

3) Kereta Sewa
Saya ushar banyak kereta sewa di Sabah. Agak mahal walau pun bukan cuti sekolah. Nak naik tanah tinggi pun kena fikir juga kenderaan yang sesuai. Tapi jangan bimbang ye. Jalan ke Kundasang dari Kota Kinabalu adalah lebih baik berbanding jalan ke Cameron Highlands. Maksud elok tu ialah takde berliku-liku sangat. Oleh itu, naik kereta kecil macam kancil pun ok kalau hanya berdua atau bertiga. Untuk family saya, kami memilih Saga FLX auto. Kereta baru berusia sebulan. Alhamdulillah selesa dengan harga RM400 untuk 5 hari. Mila memilih kancil dengan harga RM50 sehari. Kos petrol sepanjang 5 hari di Sabah ialah RM90.



4) Makan-makan
Saya bajet RM500 untuk makan-makan dan jajan-jajan Sabah. Dah kata ke Sabah, wajib makan seafood kekdahnya. Saya bawa bekal dari Semenanjung, memasak di kondo dan makan di kedai biasa saja, Yang penting, konyang. hahaha.... tapi Alhamdulillah, dua pupu saya belanja makan di Golden Seafood pulak. Padahal target nak makan seafood kat pasar Filipina je. Terima kasih banyak-banyak, semoga bertambah rezeki hendaknya. Mila pun ada belanja lunch juga. Katanya sebab tolong arrange trip Sabah ni. hehe...Tq Mila.

5) Tempat-tempat pelancongan
Saya bajet RM 200 untuk bayaran masuk ke tempat-tempat pelancongan seperti Kinabalu Park, Poring, Rumah Terbalik dan Pulau Manukan. Google dulu semua, ye.

6)Cenderahati/souvenir
Saya bajet RM300 untuk beli hasil laut macam ikan bilis dan kuih cincin. Ada la beli mutiara sikit untuk mak dan mertua, fridge magnet dan keychain untuk adik-beradik dan kawan-kawan. Tengok mutiara memang geram je. Rasa nak rembat belaka. Tapi bawak bersabo ye. Ini percutian bajet. Semua kena ikut bajet la kekdahnya, ye dak? hehe...

JUMLAH
Tiket Airasia pergi dan balik untuk 4 orang        RM 800
Penginapan                                                       RM 300
Kereta sewa dan minyak petrol                         RM 490
Makan-makan                                                  RM 500
Tempat-tempat pelancongan                              RM 200
Cenderahati                                                      RM 300
JUMLAH                                                         RM 2590

Mungkin ada yang lebih jimat kot. Tapi yang ini hasil explore hampir keseluruhan Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau. Mudah-mudahan dapat membantu. Tamat sudah cerita di Sabah.

Terima kasih sudi baca.


11 Comments

  1. oh sukanya travel2 cmni. rasa eksaited nim cari blog2 org jalan2 sebab nak bercuti ke phuket nanti. hiks.

    btw followback kalu sudi. sy blogger baru ni sebenarnya http://kerusiburok.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah dah sampai ke Sabah... lepas ni boleh lah bersantai2 kat Sabah timur... (ramai orang semenanjung takut ke sana sebab pengganas) tapi saja nak jalan2 tak perlu ke pulau2 jauh... cukup ke bandar2 besar sebelah timur...

    ReplyDelete
  3. Seronok bercuti ke Sabah ;D

    ReplyDelete
  4. Salam sis..nk no tel kereta sewa blh?

    ReplyDelete
  5. Salam sis..nk no tel kereta sewa blh?

    ReplyDelete
  6. Salam sis..nk no tel kereta sewa blh?

    ReplyDelete
  7. salam kak. nak nombor contact orang sewa kereta boleh. minta tolong message kat saya 0122597012 (khaliq)

    ReplyDelete
  8. I read through all 13 parts.
    Terima kasih, kak.
    sngt detail.
    :-D
    keep writing,k.
    :-D

    ReplyDelete
  9. Salam kak, nak no kereta sewa boleh?

    ReplyDelete
  10. gigih baca sampai habis.. keep writing kak, saya sokong dari jaoh!! terima kasih! =D

    ReplyDelete