Wednesday, 3 December 2014

MAHA 2014

Assalamualaikum wbt..
Bismillah...

MAHA tahun 2014 ini cecah rekod kot. Saya pergi sampai 3 kali! hahaha...
Puncanya, bawa si kecik Qisya. Hari pertama pergi pada hari Sabtu 22 hb Nov, yang mula-mula dibuka untuk public tu. Pergi pagi-pagi, walau pun katanya MAHA dibuka pukul 10 pagi. Pukul 9 pagi kami dah sampai di parking MAHA. Penuh!  Tapi masih sempat la dapat parking. Memang ramai sangat orang.

Ini la trem yang dinaiki selang 2 tahun. hehe...


Ini pulak budak kecik yang happy sakan selama dua hari di MAHA. Kemain dia pow abahnya. hehe..

Saya memang suka ke MAHA. Memang tak pernah terkecuali tiap kali diadakan. Siap ambil cuti kot sebab Qisya masih kecil lagi. Tak tergamak nak bawa dia tempat-tempat terdedah macam tu. Tahun ni, Qisya dah besar sikit, makanya bolehlah angkut dia sekali. Tapi kena bertabahlah kitorang ni sebab dia dah pandai mengepow. hehe... tapi abahnya kata, tak pe la...bukan selalu dia minta itu ini. Lagi pun di MAHA ini macam-macam dia boleh belajar.

Ramai juga yang tak minat pergi ke MAHA ni. Katanya panaslah...ramai oranglah...penatlah. Tapi pada saya, inilah ekspo yang paling menarik di Malaysia. Macam-macam ada. Setiap kali diadakan, pasti ada perkara baru yang menarik.


Mula-mula naik trem dan pusing dulu tapak ekspo. Mari tengok kuda.


Inilah tujuan utama. Sajian popular 1 Malaysia! Macam-macam ada. Memang pesta makan. hahaha...


Gulai tempoyak ikan patin. Yummyyyyy....


Kuda ni memang hensem..



Dan budak ini memang tak menahan bila bab posing....


Ada peraduan meneka jumlah buah nenas yang terdapat di pintu gerbang.


yang ni di laman nenas. Kat sini boleh makan buah nenas dan minum jus nenas secara percuma.

Sebenarnya, di MAHA ni kalau tak membeli pun boleh kenyang. Banyak booth yang suruh rasa-rasa makanan.  Terutama kat iks dan pavilion rumah-rumah negeri.



Pavilion Kelantan.


Pavilion negeri Perak dah cantik dibina baru. Sebelum ni, sedih je tengok. Simple bebenor. 


Dewan pameran di hari kedua. Kat sini nak cari bisnes baru memang sesuai. Dua tahun lepas, saya jumpa Jun Stevia. Tahun ni, tak sempat mencari bisnes baru.


Biskut ball ni antara yang menarik. Comel gitu.

Hari pertama, dari pukul 9 pagi hingga 9 malam kami di MAHA. Hujan lebat tengahari tu sampai petang. Stuck kat surau la kami jawabnya, Qisya siap sempat tido. Memang fokus kat anak-anak je di hari pertama tu. Sesi outdoor. Lawat segala laman, binatang dan pavilion. Lepas tu naik bot la...main dengan arnab la...naik kuda la.... Macam mana la masa nak cukup? Tu penangan bawa si kecik Qisya.


Main dengan binatang.



Layan sayur-sayur pulak...


Berkenalan dengan pokok anggur dan zucchini...


Bukan layan kehendak anak je, abah pun boleh happy-happy join sekaki menari tarian Sarawak. Menari macam robocop pun boleh dapat tempat ketiga. hahaha...


Macam-macam boleh tengok kat sini. Ada macam-macam demo. Bukan bagus untuk anak-anak je, orang dewasa pun boleh kutip banyak ilmu. Terutama di pavilion-pavilion. Nak cuba bermain dengan ular pun boleh di pavilion negeri Perlis. Dan buah limau dari Tenom, Sabah memang terbaik. Setiap kalai pergi MAHA, saya beli sebiji. Sedap sangat, kot.

Hari kedua, kami fokus ke pameran di dewan-dewan pula selain tujuan utamanya ialah makan-makan. hehe... Nasib la rumah kami tak jauh sangat dengan tapak MAHA ni. Tu yang ngada-ngada nak makan pun cari kat MAHA. Sampai dah tengah hari macam tu. Jem teruk kat area parking. Terlalu banyak kereta masuk. Lepas maghrib, hujan lebat dan angin kuat sampai pintu gerbang di hadapan khemah jualan buah-buahan tumbang. Scary jugak la time tu.



Kali ke 3 pergi, saya bawa kawan-kawan office pulak. Jadi Cik Kiah gitu. hahaha...
Pergi waktu pejabat tak boleh lama. Pergi pagi, balik pukul 3 petang macam tu. Tak sempat juga explore dewan dan banyak tempat lain. Haihhh...beso betul la pun MAHA ni.



Menjakun la kitorang melihat teknologi jentera-jentera pertanian terkini.


Landskap di MAHA memang cantik. Seperti berada di taman yang sangat besar feelingnya. Siapa yang tak pergi tu memang rugi la.


Toilet pun turut dijadikan salah satu elemen landskap. hehe....

Terlalu banyak sangat gambar sampai saya pening nak pilih. Tiga kali pergi tapi saya masih tak cover semua tempat. Asyik sangat maknanya tu. :D
Lagi dua tahun la pulak menunggu untuk next MAHA...huhu..


Terima kasih sudi baca.
Luv,


4 comments:

  1. pergi jugak sekali tp tak byk tempat lawat. sebab hujan.. anak pun tgh batuk & selsema

    ReplyDelete
  2. sy cuma nampak tempoyak patin tu je

    ReplyDelete