Tuesday, 2 December 2014

Wedding Liyana Zahim dan Jiwa Seorang Kulat

Assalamualaikum wbt...bismillah...

30 November lepas, sempat menghadiri majlis perkahwinan adik-adik blogger kesayangan saya, Liyana Zahim dan Jiwa Seorang Kulat. Alhamdulillah...akhirnya sampai jodoh diorang berdua. Tumpang happy sampai tak sabar membilang hari nak pergi kenduri mereka. hehe...

Ada yang bertanya, kami ni saudara ke? Saudara emak lain ayah lain namanya tapi macam adik-beradik gitu. Ada masa lapang, kami berborak kat fb. Mula-mula dulu, balas-balas komen kat blog. Haa...camtu ceritanya. Saya ni muka je macam complicated, payah nak senyum, kalau bersembang macam nak cari gaduh....tapi hati sangat besar dengan kasih sayang gitu. Hahaha....macam masuk bakul angkat sendiri la pulak. Tapi gitu la saya nak beritahu, sesiapa yang suka bersilaturrahim, insya Allah mudah dapat kasih sayang.

Ok, berbalik ke cerita kenduri kawen dinde2 saya ni, gerak dari rumah kononnya nak awal sebab nak singgah dulu kat rumah Wai di Alor Gajah. Saja nak ziarah emak beliau sebab belum pernah sampai. Tapi lambat juga. Sampai je rumah Wai, sembang-sembang kejap terus gerak ke rumah pengantin sebab Wai bagitau, kenduri kat Melaka ni cepat majlisnya. Pukul 12 tgh hari, pengantin dah sampai. Tu yang gerak cepat sikit tu.

Tapi dugaannya, si Qisya pulak pening dan muntah-muntah. Dah la baru tukar baju. Memang mood ke laut la budak sorang tu. Tu yang tak berapa ceria gambar dia dengan pengantin tu. 


Cantik kaler hijau zamrud.


Apa punya kedudukan posing la. Ini namanya main selit je sebab lama sangat dah pengantin dok bergambo. Kesian kat diorang.  Bagi diorang makan dulu. Qisya memang muka sedey je ... hehe..


Cantik la pulak gambo ni.

Hahaha....lupa nak cerita. Ekceli, saya sampai sama-sama dengan pengantin. Tu yang terus join jadi pengiring tu.


Time nak lintas jalan belum perasan saya dok kat seberang.



Ini masa mula-mula keluar kereta, tengok-tengok Amsyar dok tunjuk kat seberang jalan. Excited terus kitorang. 

Kepada Liyana Zahim dan Jiwa Seorang Kulat, semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Jadi pasangan yang baik kepada satu sama lain, selalu bertolak ansur dan kekalkan keharmonian rumahtangga. Insya Allah semua yang baik-baik akan mengiringi. Luv both of u.... :)

Balik dari kenduri, kami singgah di pantai Pengkalan Balak. Waahhh...ramainya orang bermandi-manda waktu panas terik tu. Kalau tahu kat situ ada pantai best, dari semalamnya kami dah sampai kot. hehe..


Ok. Dah senyum ini budak. Dia cakap dah tak pening dah.



Lepak-lepak amik angin dulu sebelum balik.


Yang abang, selalu cakap tak suka adik. Bencilah. Menyampahlah. Yang adik, selalu cakap sayang abang. Tak pernah pun cakap benci abang. Tapi tengoklah abang yang tak pernah cakap sayang kat adik tu, selalu buat mama touching bila tengok cara abang caring pasal adik.



Alhamdulillah....baik anak mama sorang ni.
Ok. Cerita selitan semata-mata dari mama yang touching tetiba. 



Terima kasih sudi baca.
Luv,

3 comments:

  1. tahniah..selamat pengantin baru..:)

    ReplyDelete
  2. Thanks kak yana and family sudi datang and menjadi rombongan kami.. Hahahha.. Tat was so awesome Kak yana boleh join rombongan tu.. Aduhh rasa family-family sgt dgn akk tau! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Itu namanya berkat nak tengok adik2 kawen. Perfect time, gitu. Tp tu la. sembang dgn mak2 korang, mcm dah lama kenal je. haha

      Delete