Wet World Shah Alam


Assalamualaikum wbt...bismillah...

Sebenarnya saya dah beberapa kali ke Wet World Shah Alam ni. Tapi belum cerita lagi tempat ni macam mana di blog sendiri. Baru-baru ni, saya dan anak-anak berkesempatan hadir untuk Hari Keluarga MBSA 2014 di sini. Memang sangat sesak sebab staff yang memang dah ramai, angkut pulak family. Haa...macam tu. Tapi takpe. Katanya beramai-ramai ni sangat syok la kan. Boleh kenal staf-staf jabatan lain yang sebelum ni belum pernah bertegur sapa. So, kat sini bolehlah kita ber hai-hai ber bye bye. :D


Ini la rupa pintu masuk ke Wet World Shah Alam ya. Kalau tak jumpa view macam ni, itu bukan pintu la tu. Memang tak masuk la jawabnya. hehe...



Sebab dah selalu jadi kaunter pertanyaan, ini saya tepek  jadual waktu operasi dan harga tiket masuk. Sila tenung betul-betul. Anak-anak tak ikut umur ye. Ikut tinggi. Ukur dulu tinggi anak masing-masing sebelum beli tiket masing-masing.



Ini kaunter check beg ye.


Ini pulak tempat berfoto-foto. 


Kat sebelah tempat ambil gambar tu, ada kedai jual peralatan untuk bermain air. Kalau tak ada baju nak mandi ke, kat sini ada dijual.


Adoiii.....sesak betul. Tapi ini sebab MBSA punya Family Day. Kalau tak tu, takde la ramai macam ni.



Dah ada pondok-pondok yang dipanggil Cabana untuk disewa. Boleh baring-baring baca magazine sambil tunggu anak-anak main air.



Beginilah suasana slide dan kolam utama. Meriah betul.




Makin menarik Wet World ni. Dulu-dulu takde feel pun bila masuk ke sini. Kali ni pergi, macam syok la pulak. Ke sebab ramai orang? Entah. Korang datang la pulak feel sendiri macam mana.




Wow....ini memang sangat mengujakan. Bikin gumbira ni.



Memang nampak happening, kan?




Best sangat si Amsyar.




Yang mamanya keboringan menguis ayam KFC sorang-sorang sambil menunggu beg. Tak boleh ikut berendam sebab encik hubby tak ikut serta.



Menarik sangat ni. Nanti nak pergi lain. Nak ikut berendam sekali. hehe...



Si Qisya yang syok main air sorang-sorang. Sekejap baring, sekejap sujud. Adooiiii.... Suka ati la adik oii, yang penting jangan buat ragam. Stress mama, tau tak??




Saja nak kabor yang kali ni masuk free. Kalau ada yang kata saya tunjuk gelang, suka ati la. Kecik je pon. hahaha....




6 Comments

  1. Kite xjoin pon sabtu lepas... Keje. Husband ngan anak2 je pi. Hehehs jabatan ape? Husband kite jab bangunan (*¯︶¯*)

    ReplyDelete
  2. anak2 akak dah besar2 ni..depa dah tak minat ketempat2 mcm tu..hai selamat la mak ayah depa..:)

    ReplyDelete
  3. Bestnya nampak....nak tny skit..ada aktiviti atau game yg staff wet world conduct ataupun staff mbsa conduct tak? Kalau ada boleh bagi contoh tak game yg dibuat sbb teringin nak buat hari keluarga di sini.

    ReplyDelete
  4. boleh bwk masuk makanan luar x.. tuk picnic..

    ReplyDelete
  5. Hi, my name is Amirul and I'm contacting you from Wet World Shah Alam. We would like to invite you to our event of year, happening very soon and would like to request you for your contact details such as your email address. Please contact me at amirulasyafi@owg.com.my with your details. Thank you

    ReplyDelete