Thursday, 30 January 2014

Drama Korea vs drama Melayu


Assalamualaikum wbt....bismillah...

Ketepikan wajah-wajah plastic surgery actor dan actress Korea.
Ketepikan juga nama dan bahasa Korea yang susah nak sebut sampai lidah boleh tergeliat.
Ketepikan.
Sebabnya, kalau ko dah minat, pasti ko tau nama diorang walau muka masing-masing macam kena copy paste.
Mesti cam walau diorang pakai macam-macam fesyen seiring tuntutan drama/movie yang mereka bintangi.
Betul,kan?

Saya suka menonton drama dan movie korea.
Mereka agak lebih jujur.
Kalau watak tu berkerjaya, dalam cerita tu jelas kerjaya yang dia buat.
Berbanding dengan drama Melayu, selalu tunjuk dalam pejabat, tapi yang pasti selalunya setiausaha dan CEO. hehe..
Tapi itu la, kerjaya yang ada pejabat bukan setiausaha dan CEO je.
Banyak lagi kerjaya lain.
Kalau ada pun, masih tak berapa nak real.
Cuma tau dari dialog-dialog je.

Paling suka, view background yang cantik-cantik dari produksi Korea.
Mereka sangat bijak mempromosikan negara mereka.
Sampai ramai yang tengok, teringin nak melawat Korea.
*termasuklah saya. hehe.
Pandai promosi produk-produk Korea pun ya juga.
Kalau kaya sekali pun, watak-watak mereka masih gunakan kereta dan handphone keluaran tempatan.
Bagus, kan?

Itulah kualiti dan ciri-ciri drama Melayu kita patut tonjolkan.
Punya banyak rumah di Malaysia tapi selalu guna rumah yang sama.
Watak punyalah kaya tapi sarapan pagi hanya roti gardenia sebuku sapu jem.
Kelakar,kan?
Amatlah tak logik bila drama kita selalu menonjolkan watak-watak orang kaya sedangkan pendapatan purata isi rumah rakyat Malaysia berbangsa melayu tak sampai RM5k pun.
Berpijaklah di bumi nyata wahai penerbit drama sekelian.

Kurangkan adegan makan di kedai makan dan atau minum air semata-mata di restoran-restoran.
Apa kata adegan minum air sambil bersembang berlatarbelakangkan keindahan Malaysia.
Promosi tempat pelancongan Malaysia dengan lebih gigih.
Dah tentu-tentu Malaysia ini memang negara yang sangat cantik.
Mudah-mudahan drama kita pun boleh ke luar negara.
Itu sebahagian tanggungjawab namanya.
Bukan duit semata-mata.

Ok. Tulis sikit je dulu walau banyak lagi point.
Nanti kang banyak sangat nak dikutuknya.
Contohnya semalam semasa menonton Ariana Rose.
Terkejut saya Tengku Adam boleh menangis dalam pejabat.
Pejabat orang pulak tu? hahaha...
Agak-agak la wehhh...
Dah tentu-tentu orang kaya golongan kerabat egonya tinggi sampai tergamak nak menangis di dalam pejabat orang adalah satu kesadisan yang agak tinggi.
Agak tak kena kat situ.
errr....peminat Ariana Rose jangan mengamuk, ok.
Ini pendapat saja.
Chilll.... :D

Ok.
Gambar di bawah ni adalah snap screen sebuah drama Korea.
Sesiapa yang berjaya meneka dengan tepat  tajuk drama gambar ni, saya akan berikan hadiah misteri.
Ini GA kilat namanya.


#Apakah tajuk drama Korea ini????

Sape nak hadiah, sila berikan jawapan kat ruang komen ye.
Selamat bercuti semua......



Wednesday, 29 January 2014

Manfaat air mawar

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Ehem ehem.....
Ini adalah agak kelakar sebab saya tak pernah nak cerita ceriti pasal hal-hal kecantikan apatah lagi nak tulis tutorial mekap bagai.
Almaklum la, tuan blog adalah sangat simple dan list barang mekap memang tiada.
Cukup dengan pencuci muka, pelembap, bedak padat dan lip gloss.
Dahsyat punya simple, kan?
Saya memang tak pandai bab mekap-mekap ni.
Tak minat pun.
Saya rasa muka saya jadi tak selesa bila mekap-mekap ni.
Tapi sangat kagum bila baca tutorial mekap dari blogger-blogger lain.
Kalau tengok real orang tengah pakai  mekap lagi la.
Sampai ternganga mulut, kot.
Kagum punya pasal. hahaha..

Ok. Kalau perasan, ada satu yang tertinggal.
Ia adalah toner.
Saya memiliki kulit yang sangat berminyak.
Sampai sekarang pun, jerawat masih lagi menggatal nak tumbuh.
Tak faham betul.
Masih umur remaja lagi gamaknya. ekekeke...

Hari tu, saya ada terbaca beberapa kebaikan air mawar.
Macam-macam la.
Salah satunya untuk awet muda dan mencerahkan kulit.
Wah waaahhh......sangat best.
Menarik tu!
Kebetulan stok air mawar yang dihadiahkan oleh Dr. Mishal, Dr. Taufik dan Dr. Yazid semasa melawat Taif dulu masih ada, saya fikir elok sangatlah saya jadikan toner semulajadi untuk kulit muka saya yang suka sangat berminyak ni.



#air mawar buatan Taif, Arab Saudi.

Disebabkan botol air mawar ni macam botol sos tiram dan agak payah nak guna air mawar tu, saya kena cari botol spray yang kecik.
Senang sikit spray terus ke muka, lepas tu terus sapu.
Takde nak tenyeh-tenyeh dengan kapas bagai.
Risiko nak tumpah pun takde, kan?
Jimat sikit. hehe.



#hello kitty pun hello kitty la.

Saya jumpa botol spray kecik ni kedai RM5 Daiso.
Tapi ada gambar kartun Hello Kitty la pulak.
Jenuh pusing-pusing tak jumpa pulak yang nampak untuk kegunaan orang dewasa.
Bukan apa, saya ni ada si kecik Qisya.
Risau dia fikir barang dia pulak.
Tapi memandangkan dah takde, saya grab je la botol ni.
Balik tu terus tuangkan air mawar Taif tu ke dalam botol ni.
Hoih....memang senang sangat.
Sekarang ni lepas cuci muka boleh terus spray air mawar ni.

Meh saya kongsikan sedikit kebaikan air mawar ni. 
Di antara kebaikannya ialah :

*untuk mengatasi kulit kering dan sensitif

*untuk mengatasi kulit berminyak

*untuk menyegarkan kulit berjerawat

*untuk mencerahkan kulit wajah

*untuk melambatkan penuaan

*untuk menyegarkan mata

*untuk menyihatkan rambut

*untuk menyamarkan bekas garis pakaian pada kulit (especially bekas garis baju dalam dan seluar dalam)



#eceh eceh...pehni boleh la berselfie tanpa bantuan camera 360 kot. hahaha....

Ok u olls..
Ahkak dah ada cucu saudara baru nak pakai air mawar bagai.
Yang masih muda lagi tu boleh la mula dari sekarang.
Tua memang pasti.
Tapi mari kita lambatkan prosesnya ye dak?





Tuesday, 28 January 2014

Buah limau mandarin madu

Assalamualaikum wbt..bismillah...

Nak dekat raya Cina ni meriah nampak buah limau mandarin dan lokam dijual di merata kedai dan gerai buah.

Tapi saya paling suka yang satu jenis ni.

*limau mandarin madu. Waduhhh....sedapnyeeee....

Tapi harganya tahun ni agak mahal. RM12 sekilo. huhu...
Kerana kasih tetap kuturutkan.....




Friday, 24 January 2014

Melewati usia tiga tahun

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Lama tak hapdet gambar-gambar si Qisya berselfie.
Minah kecik sorang ni kan suka bergambo?
Haruslah kemain banyak gambar dia di dalam hp.

Hari tu di kampung, dia ajak main memek-memek muka.
Entahape-hape.
Nak pergi ujibakat lakonan gamaknya. hehe..
Makanya jenuh la saya snap gambar dia macam-macam memek muka dia buat.
Layankan aje.
Maklumlah, dia takkan selamanya bersaiz begitu dan ini mungkin kenangan-kenangan indah dia di masa hadapan.
Mama walau pun rasa annoying, layan je lah.


 #yang ni perasan comey...


 #malu kononnya...


 #happy tahap gaban...


 #jangan buat lawak. Tengah tahan gelak ni...



 #model cover novel....


 #memandang positif ke hadapan...


 #saya memang suka ketawa...


 #akulah gadis kecil itu....hahaha...


 #nak buat muncung-muncung tak pandai....



 #saya tak bersalah....



 #apa tengok2?


 #mama jangan la marah adik....


 #adik ni sweet tau....



 #tapi kadang-kadang garang jugak...



 #so, jangan marah adik....



 # sebab adik pun sengal jugak. Bukan mama je.



 #takut tak? takut tak?


Alahai Qisya sayang...
Pening mama dengan macam-macam kerenah adik ni.
Nasib la adik selalu ada buat mama happy dan angry.
Semoga terus membesar dengan sihat dan cergas.


#rambut dah panjang. Tak berpotong-potong. Rasa sayang la pulak.



#semoga jadi anak yang solehah juga hendaknya. Amiinn.....





Thursday, 23 January 2014

Makan-makan di The Sumbs

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya adalah pemalas nak letak watermark.
Tapi satu hari tu saya jumpa gambar-gambar dari blog saya dicilok orang agak geram jugalah.
Bukan apa, at least letak la credit tak pun google.
Ini buat macam gambar sendiri tu yang agak bikin panas tu.
Dari blog dia, blog lain pulak  kredit kat dia. Cett! panasss...

Tapi takpe.
Jangan blog femes yang buat camtu.
Harus kubuat entri dan ping merata! hahaha
Errr.....ada ke blogger femes baca blog ni?
Takde nak pandang la kot depa tu, ye dak?
maklum la masing-masing dah meretiskan diri.

Ok. Lupakan luahan perasaan tak best itu.
Mari kita share tempat makan best yang seterusnya di Shah Alam.
Ber tag line kan 'For Foodie by Foodie', konsep menu western dan Malaysian la kan.
Ala-ala Secret Recipe sebab ada desert yang hebat-hebat dari Sukasucre by Dr Fazley Yaakob.
Alaa......takkan korang tak kenal Dr Fazley? 
Master chef wehhhh....harus la hasil tangannya sedap-sedap belaka.
Meh kita tengok apa yang saya dah try di The Sumbs.


#Ok. Ini alamatnya. Siapa-siapa nak cuba makan-makan di sana tapi bawak ramai gerombolan, haruslah telefon dulu ye. Takut tak cukup tempat nanti.



#Chicken Chop harga RM10.50

Semua makanan dihidang dalam kotak, ko. 
Maknanya ko tak payah nak suruh2 diorang tapaukan. 
Angkut balik terus je. 
By the way, walaupun agak fail dari segi food presentation yang lebih menyerlah jika di dalam pinggan....saya tak kisah sangat pun sebab rasa makanan adalah tidak mengecewakan.
Harga pun tidak la melampau sangat.
Boleh tahanlah kiranya.


#Ok dop harga dia? Boleh la ye...


#Kambing samah namanya. Entah mana dapat nama macam tu tak tau la. hehe...


#pasta adalah pilihan sukaramai di sini.


#sungguh nikmat sampai pejam2 mata ye korang...hehe.


#interior The Sumbs.


#Kenyang perut tummy pun happy ye dop? Nanti kita datang sini lagi. Nak try Sukasucre tu pulak.


#The Sumbs dari pandangan hadapan. Kami parking betul-betul depan The Sumbs. Gambar pun nampak dekat sangat. Nak cepat namanya sebab waktu lunch kan kejap je. Kalau hari Jumaat tu boleh la amik proper sikit gambar-gambar.


Keseluruhannya, makan di sini adalah sangat ok.
Makanan cepat sampai dan suasana pun selesa jugalah.
Cubalah u olls pulak try makan kat sini.
Pehtu citer ye?




Wednesday, 22 January 2014

Vietnam, Kami Datang ! - Part 7 (Makan-makan)

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Adeh laa.....dah sampai saya nak pergi Vietnam balik, entri pasal trip Vietnam yang pertama masih tak siap.
Sebab dah janji dengan kawan-kawan, tulis jugalah.
maklumlah...konon-konon nak istiqomah berblog, nampaknya tugas sekarang tidak mengizinkan.

Makanya, saya  share pasal makanan yang saya makan di Vietnam pada trip pertama saja ye.
Ok. Nak cari makanan halal di sekitar An Ninh Street tu tidaklah susah mana pun.
Memang banyak restoran Melayu Cham kat situ.
Cuma harganya agak mahal.
Sekali makan, harga di antara RM15-20 camtu.



#Warung Basiroh

Saya rasa, Anh Ninh Street ni patut tukar nama Jalan Basiroh sebab di jalan ni sahaja ada banyak kedai beliau.
Selain, telekung dan baju bajan, dia ada kedai makan dan turut buat bisnes trip melancong di Vietnam.
Memang contoh Melayu Cham yang paling berjaya la kat Vietnam ni.
So, hari kami sampai tu kami lunch kat kedai Basiroh dulu.
Ambil lauk sejenis dan sayur sejenis.
harga dalam RM13 kalau tak silap.
Tak banyak pilihan pun sebab mungkin kami sampai tu dah petang sikit.
Lauk banyak dah habis.
Kedai ni kecik, ok.
Nak dapat duduk macam kitorang ni kena sabar tunggu turn.


 #ini ialah pho bersama daun ketumbar jawa yang dibuat ulam. Dinner malam pertama di Vietnam. Menggelabah nak makan pho kononnya.



#Ini pun pho juga. Dari mangkuk lain dan dari kamera lain. hehe


Vietnam ialah bumi pho.
Pagi petang siang malam boleh jumpa pho kalau nak jumpa.
Cuma halal tak halal sahaja.
Pho ni adalah sejenis kuey tiaw sup daging.
Makanan yang sangat suka dimakan oleh orang Vietnam.
Kalau pergi ke Pasar Ben Thanh pagi-pagi, boleh tengok para penjual pho susup sasap bawa dulang bermangkuk-mangkuk pho untuk dihantar di unit2 kedai di pasar tu.
Takde makna roti canai nasi lemak bagai.
Tu sebab diorang semua slim melim kot.

Pho di dalam gambar adalah dari Restoran Salima yang terletak di atas kedai Basiroh.
Di tingkat satu.


#Restoran Salima. Restoran adalah sangat bersih dan selesa.


#Masih di Restoran Salima. Ini dinner malam kedua kami di Vietnam. Vietnam Roll. Alaaa....macam popia basah. Tapi tak ketinggalan lagi daun ketumbar jawa tu. Ulam wajib kot. huhu... Air pun order yang sama jugak. Mango juice. Sedap betul jus mangga dia.

Harganya lebih kurang sama andai makan di Asiari di SACC Shah Alam tu.
Bezanya di Asiari, menunya diolah lebih kepada citarasa tekak orang Malaysia.
Di Vietnam, citarasa orang Vietnam la kan.
Makanya, saya tak berapa nak boleh telan kuah Vietnam Roll ni.
Tak kena dengan tekak saya.
Di Asiari jauh lebih sedap. huhu...


 #Di Cafe Trung Nguyen.

Vietnam pun sangat femes dengan kopi Trung Nguyennya.
Silalah mencuba kopi ni.
Paling murah, RM8 secawan, ko.
Nak mencuba punya pasal sebab tengok unik penyediaannya, gigih jugalah kami ni.
Ramai yang kata kopi ni sedap.
Pada saya, ia amatlah pahit.
Harus ambil dengan susu.
Dan ternyata, kopi Che Nah yang jauh di Malaysia adalah jauh lebih sedap. hehe..
Siyes. Tak tipu.
Tekak saya yang kata.

Kat depan hotel pun banyak juga basikal2 yang ada kotak jualan kopi Vietnam.
Saya cuba satu cup.
Harganya dalam RM3.
Kopi ais.
Bolehlah kalau siapa-siapa nak mencuba.


 #buah-buahan disusun cantik-cantik macam ni di Vietnam.



#dan saiznya lebih besar berbanding buah-buahan di Malaysia.





 #Ini epal Vietnam. Mahal gila. RM15 untuk 2 biji kalau tak silap. Tapi nak merasa punya pasal, beli la juga. Ala-ala buah markisa tapi isinya sedap berjus.


 #yang ni Buddha's hand namanya. Sejenis limau. Tak ada faedah untuk dibeli kot. Orang Cina dengan Jepun buat pewangi bilik. Orang Europe buat bahan masakan. Tapi kalau rasa buah ni sangat-sangat unik sampai nak bawa ke Malaysia, sila-silakan. hehe...




 #bersarapan Pho lagi di warung Muslim berdekatan kedai Basiroh. Dah takde pilihan. Ini je yang tinggal sebab lambat turun breakfast. Tapi layan je. 


 #ini kuih murtabak Vietnam. Punya la besar. Makan sebiji pun dah kenyang. Ini bekalan sarapan dari Basiroh untuk ke Sungai Mekong.


Untuk tengahari, Basiroh sediakan untuk kami nasi daging.
Kitorang terpaksa makan di dalam bot je.
Tourist lain dihidang nasi ayam masa tengok persembahan yang sedih tu.
Sedap jugalah nasi daging tu.


#Lunch hari ketiga, kami makan di Kedai Shamsudin.

Kedai Shamsudin adalah sangat best.
Walau tempat tersorok dan agak jauh dari hotel sampai kena naik teksi, makan di sini adalah sangat berbaloi.
Sedap sangat bingka ubi kayunya!
Serius sedap.
Alahai....sekarang pun teringat-ingat ni.

Harga yang berbaloi dan lauk pauk semua adalah amat memuaskan hati.
Kedai ni pun dekat dengan surau.
Senang nak solat.


 #inilah bingka ubi yang baru dimasak.

Gigih kitorang tak sabar-sabar nak bawa balik bingka ubi ni.
Padahal baru keluar oven panas-panas, mana boleh dipotong lagi.
Ambil dua-dua bekas,ko.
Satu bekas harga USD10.
RM30 lebih tu. 
Tapi sangat berbaloi sebab sedap.
See? Melampau, kan? hahaha...
Kalah mak saya yang jadi toke bingka ubi bertahun-tahun kat Kuala Kangsar nun. :D



#kotak takeway pun macam kotak pizza. Kemain. hehe..


Itu je kot.
Kat tepi-tepi jalan orang berjaja sambil berjalan tu jangan beli tau.
Mahal melampau.
Cubalah menolak secara baik.
Saya dah terkena masa beli kacang tanah.
Nasib baik rasanya boleh tahan.
Takde la nak marah sangat. hehe...