Friday, 28 February 2014

Jangan menipu LINK

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya tak rasa nak membuang kotak jerit saya.
Saya tau, ramai kawan-kawan blogger yang nak blogwalking, tidak terhenti di blog saya andai tiada kotak jerit ini.
Jadi saya biarkan sebab kadang-kadang saya pun nak blogwalking juga.
Kadang-kadang kalau tak sempat letak komen, di kotak jerit ni la tempat letak jejak, tanda pernah singgah.
Masing-masing nak kejar masa.
Saya faham dan saya harap saya membantu memudahkan kerja blogwalking blogger lain.
Tak paksa mereka untuk letak komen di setiap entri saya.
Tak nak komen pun tak apa asal entri dibaca.
Saya harap ianya memudahkan.

Tapi ada di kalangan mereka menggunakan kotak jerit ini untuk spam iklan...spam says...spam segala mak nenek yang menyakitkan hati.
Nampak macam budak-budak tapi terpaksa buat....
tu yang jadi macam kat bawah ni.

#saya harap semua jujur. Kotak jerit di blog ini hanya untuk blogger yang memiliki blog sendiri.


Bukan apa, kemain letak nama dan macam ramah menegur.
Klik2 tengok iklan macam-macam.
Tak ke menipu namanya tu?
Seronok sangat ke makan duit hasil menipu link?
Sendiri fikir, ok?

Saya tahu, walaupun dah tulis entri macam ni, pasti akan ada yang buat lagi.
Tapi saya harap ada sedikit pembaikan.
Nak letak link2 tu, silalah letak dalam entri blog sendiri.
Bukan dengan cara menipu di kotak jerit orang lain.
Boleh?


Thursday, 27 February 2014

Cerita Hari Lahir 2014

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Alhamdulillah.....diberikan kebahagiaan di usia ini.
Diberikan kenikmatan yang tidak putus.
Keluarga, kawan-kawan, kerjaya.....saya syukuri semuanya.
Alhamdulillah....

Tahun ini, harijadi saya agak unik sedikit.
Tidak berada di dalam negara untuk disambut dengan keluarga tercinta.
Puncanya, di tarikh itulah tiket ada promosi Airasia.
Haruslah grab, kan?
Nak jimat katanya. hehe...

Dan inilah kali pertama saya hampir-hampir terlepas flight.
Pintu gate dah tutup semasa saya dan Kella sampai.
Semuanya angkara tiada kaunter yang buka untuk document check.
Rasa sia-sia je buat online check-in last-last kena beratur panjang jugak.
Nasib baik sempat kejar.
Naik mengah dibuatnya angkara berlarian dah macam masuk amazing race. :D
Kelakar bila dikenangkan balik.


#tapi yang sweetnya, sempat la pulak budak kaunter check in tu wish birthday kat boarding pass. Comel je. Terima kasih kerana menggembirakan hati. :)


#dalam termengah-mengah dalam flight, sempat membaca wish birthday di whatsapp, sms  dan fb. O myyy.....pagi-pagi dah ramai yang wish. Kalau tiada segala teknologi ini, berapa ramai je yang ingat tarikh ini? huhu..... thanx to my beloved family and friends. Birthday saya turut dikongsi anak saudara iaitu  Ireen yang berusia 4 tahun. 


#potong2 juga semasa di Vietnam. Tapi bingka ubi je la. hahaha...
Bingka ubi Vietnam memang terbaik. Jauh lebih sedap berbanding di Malaysia. Haruslah beli sebiji. Harganya USD 10 ye u olss. Jangan lupa beli bingka ubi ni kalau ke sana.


Hujung minggu lepas, kawan-kawan ajak buat potluck.
Masing-masing kena bawa makanan kekdahnya.
Tempat kejadian adalah di banglo kawan saya ni.
Waahhh.....kemain banyak menu yang direquest sampai tak muat meja, ko.


#ini hanyalah sebahagian sahaja. Masa ni, hanya saya dan Wai je yang baru sampai. Kemain tuan rumah punya menu. Haruslah kitorang yang makan dulu...hehe.


#tak cukup korum lagi masa ni. Sila makan dulu..

Anak-anak biasalah diorang.
Dapat mengadap kartun ramai-ramai, makanan penuh meja pun tak berapa nak peduli.
Tunggu semua ahli majlis dah sampai, barulah tuan rumah membacakan doa selamat.
Setiap majlis kenalah ada doa, baru berkat.
Terima kasih tuan rumah.
Lain kali, jemput lagi. hehe...


#adehhh.....teringat la pulak rojak buah ni.



#rasa nak nanges. Ini cheesecake hasil tangan Aina yang sweet. Jadilah ia kek harijadi saya tahun ni sekali harung namanya.



#ini adalah muka-muka excited nak makan kek.




#tahun ni celebrate dengan kawan-kawan pula ye. Mood adalah happy dan touching....



#main tiup-tiup lilin la pulak. Takde wish apa-apa. Saje mengada namanya ni. hehe...



#sayang korang....



#uik....macam comel jer....hahaha...



#hi-tea wajiblah ada teh, kan? Ini teh stoberi dari Cameron Highlands.



#mari ambil gambar dengan anak-anak pulak. Muka sedih je time nak berpisah.


Saya ingat rezeki birthday saya hanyalah bingka ubi, tak sangkalah pulak dapat celebrate dengan kawan-kawan tersayang. huhu...
Gila touching nihhh.....saaayang sangat kat diorang ni.
Semoga persahabatan ini kekal selama-lamanya.



Tuesday, 25 February 2014

Jalan-jalan di Ho Chi Minh City

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Pertama kali ke Ho Chi Minh City, saya dah tergoda dengan pokok-pokok dipterocarpus kat sana.
Rasa nak peluk-peluk.
Tapi tu la, masa banyak habis dengan shopping tak berkesudahan.
Tawaf selagi ada kedai Melayu Campa.
Tawaf berkali-kali pasar malam.
Pergi Sungai Mekong saja dah makan masa sehari suntuk.
Sudahnya, tak dapat nak meronda ke tempat-tempat menarik di Ho Chi Minh City.
Lagi pun, kali pertama datang tak berapa nak pandai lagi.

Kali kedua ke Ho Chi Minh City, saya pergi dengan kakak cantik Kella saya.
Macam-macam nak beli sampai sengkek. hahaha...
Disebabkan kami cepat uruskan shopping, ada masa terluang untuk kami berjalan-jalan di luar kawasan Pasar ben Tanh.
Lagi meriah bila kami berkenalan dengan seorang pelancong Indonesia semasa berada di sana.
Taufiq nama beliau.
Bagus juga ada Taufiq ni.
Boleh jadi tukang escort dan tukang ambil gambar kitorang ni. :D


#menapak dari hotel guna gps. Ini adalah perasan kejap kat Korea. hehe..


Walaupun agak jauh kami menapak tapi pemandangan indah dan gelak tawa riang membuatkan jarak jauh itu tidak terasa sama sekali.
Ambil gambar sana sini....walaahhh...sangat puas hati!



#ini adalah Dewan teater Vietnam. Tinggalan Perancis.


#pedestrian walkway yang sangat cantik dan kemas.

Kami menyusuri jalan pejalan kaki yang panjang.
Banyak pengalaman dan kenangan dikutip sepanjang perjalanan ini.
Kagum tengok pokok balak yang besar di tengah bandar.
Kagum tengok bangunan lama.
Kagum tengok kerajinan orang Vietnam.
Kagum tengok cara mereka melakukan maintenance taman.
Dan kami terserempak dengan seorang penjual air kelapa muda yang fasih berbahasa Inggeris.
Mau tak kagum kau.
Disaat begitu payah mencari orang Vietnam yang boleh berbahasa Inggeris terutama pemandu teksi, tiba-tiba seorang penjual air kelapa jalanan yang boleh berbuat demikian.
Dia mengangkutnya di bahu cara orang dulu-dulu.
Kesian tengok dia, Kella membeli 2 biji kelapa pada harga 100k Dong.
Mahal.
Tak mengapalah.
Terfikir-fikir kitorang ni lulusan dia.
Mesti graduan kot.


#pokok-pokok ini diselenggara dan dijaga rapi sejak peninggalan Perancis. Ni kalau dapat jual sebatang pun, dah dapat buat sebijik banglo, ko. hahaha..



#Tamarindus indicus. Senang sebut asam jawa. Kemain besar pokoknya. Sekali tuai pun boleh dapat berguni-guni agaknya. Mokcik kayo....



#The Independence Palace...


Katanya, ini adalah tempat tinggal Presiden Vietnam Selatan semasa Perang Vietnam dulu.
Sebab nampak bangunannnya adalah tidak begitu menarik, kami tak masuk pun ke dalam.
Jenguk dari luar je.



#Konsep Linear Park di Ho Chi Minh City. Sangat digunapakai. Kekdahnya, kau tak perlu nak cari parking baru masuk taman. Kau nak ke mana-mana, kau kena lalu taman. Haa...macam tu. Berjaya kan konsep dari Perancis ni? 



#oh myyy....real roses, okeh? Terkesima kejap mocik. Shah Alam nak letak bunga orkid pun agak terkial-kial. hahaha.... 



#pokok lagi. Kalau boleh nak peluk-peluk, tapi besar sangat la pulak.



#pokok lagi. Lantak la. Saya rasa pokok-pokok kat sini sangat cantik. Rumput-rumputnya pun segar sangat. Mau tak segar, rumput-rumput ni disiram secara manual, tau.




#Notre Dame  de Saigon



#Central Post Office



#Notre Dame  de Saigon


Wahhh...rasa banyak gambar nak letak.
Termasuklah gambar Taufik.
Tapi biarlah rahsia. hehe....


#saya tak bawa DSLR. Note 3 je. Tapi puas hati rasanya.

Kali pertama ke Saigon, rasanya macam tak nak datang dah Vietnam ni.
Kali kedua pergi, rasanya saya akan datang lagi. ecewahhh
Seperti ada yang tertinggal bak kata Taufiq.
Tapi takpe, mesti Kella akan tulis lebih detail berbanding saya yang asyik sangat dengan pokok. hahaha..
Till then, terima kasih sudi baca.
Luv,


Monday, 24 February 2014

Tip Lulus Exam Pegawai Penerangan 2014

Saya baru perasan tadi, SPA dah umumkan calon
yang layak untuk menduduki Peperiksaan Bertulis
Kemasukan sebagai Pegawai Penerangan S41 pada 1 MAC ini.

Jika anda dipanggil, jangan hadir tanpa
persediaan, peluang untuk anda gagal besar
jika anda buat begitu.

Rujukan ini wajib anda baca. Ianya oleh
Tim Infokerjaya yang telah bantu ribuan
calon lulus sejak tahun 2009 lagi. Terus ke;

TIP LULUS PEGAWAI PENERANGAN 2014

Sekadar nak berkongsi :)

Serius, demi kejayaan anda!





Tuesday, 18 February 2014

Memoir pasar tani

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Hari yang panas dan malas.
Jom pegi pasar tani cari makanan best2 tak payah masak. Hehe..
balik keje kul 4.30 petang itu adalah nikmat.
Ada masa lagi untuk merayap kekdahnya.
So, ke pasar tanilah saya petang ni.
cari apa?


 Tak berapa ramai lagi orang di pasar tani.
Best.
Boleh merayau dengan senang hati.


 Feveret gerai makcik Sharifah yang sweet.
Ya.
Jangan peduli.
Kasih sayang boleh dapat di mana-mana andai kita memiliki hati yang besar.

Inilah dia.
Samosa daging yang menawan sukma.
Simple tapi nikmatnya di waktu kelaparan balik kerja adalah tidak terhingga.

Esok hari ulangtahun saya.
Tapi tidak menyambutnya di dalam negara.
Pertama kali.
Semoga urusan saya dipermudahkan dan hidup ini diberkati insyaAllah....

Monday, 17 February 2014

K A W A N

 Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya tak tahu memulakan entri ini bagaimana yang sepatutnya.
Tapi ada satu rasa yang terlekat di sudut hati mengenai erti sebuah persahabatan.
Maka, saya rasa saya patut luahkan.
Mungkin  bagi sesetengah orang, istilah bersahabat itu ada pelbagai definisi.
Mungkin juga bagi sesetengah orang, sebuah persahabatan itu releven hanya pada satu masa dan ketika saja.
Itu saya tak tahu.

Tapi yang pasti, bila usia meningkat, latarbelakang pendidikan dan gaya hidup yang berlainan....sedikit sebanyak akan mempengaruhi dengan siapakah kita mahu bersahabat.
Dengan siapakah yang kita mahu berkawan?

Saya terfikirkan mengenai hal ini sebab saya ada ramai kawan yang boleh memberikan pengajaran dan pengalaman yang besar dalam hidup.
Kepelbagaian karakter kawan-kawan kita mendidik hati untuk menerima seadanya mereka itu dalam kehidupan kita.
Baik atau buruk, masing-masing ada hikmahnya.

Alhamdulillah...
Di usia ini saya tidak bersendirian walaupun telah lama meninggalkan alam persekolahan dan kampus.
Tiada ramuan istimewa untuk kekal bersahabat walaupun hingga akhir hayat.
Terima seadanya, itu saja.



#kawan sekolah. kawan ipta. kawan blogger. Just luv them all.....


#hujung minggu lalu kami menyongket ke Cameron Highlands. Bawa anak-anak. Hubby semua kena tinggal. hahaha...


#heh....tetibe feeling remaja. ngeee


#ini anak-anak kepada mak-mak yang perasan remaja tadi tu. :D


#Asyik Cameron Highlands je ye dop. Lama tak singgah kat kilang teh boh yang lama ni. Haruslah bergambo dengan anak-anak.


Beberapa hari lepas seorang kawan lama menelefon saya.
Menceritakan perihal kehidupannya yang makin senang lenang.
Beli kereta Alza baru cash bagai.
Oh, saya tumpang gembira.
Sungguh.
Seronok dengar cerita yang best-best.
Sekali, saya tanya dia..."ko tak nak ke beli telekung aku tu selai?"
dan-dan dia jawab aku takde duit.
Ye la, dah kaya bunyinya haruslah saya promote telekung saya tu, ye dak?
Hahaha ......serius.
Kawan-kawan saya memang pelbagai.
Apo nak dikato. 



Thursday, 13 February 2014

Pergilah wahai batuk!

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Minggu yang busy dan nampaknya gambar snap screen drama korea di entri sebelum ni tiada jawapannya ya.
Ok. bagi sikit clue.
Citer pasal dua beradik tiri tajuk pun ala-ala citer zaman dulu.
Siapa dapat teka dalam entri ini, sila bagi jawapan ya.
Ada la nak bagi hadiah misteri sempena birthday saya next week yang nampaknya tidak dapat diraikan di Malaysia. :)
Kali pertama kot. huhu..

Saya mengalami batuk yang berpanjangan.
Dah lebih 2 bulan.
Pergi klinik, lepas tu hospital dan kemuncaknya 3 hari lepas bertambah satu lagi ---->demam 
Makanya menggagah balik ke hospital sampai kena nebulizer dan injection.
Antibiotik pun dapat lagi yang paling power.
Sabar je la.

Macam-macam petua diberikan oleh kawan-kawan di FB.
Terima kasih dan saya cuba sebaik mungkin.
Dan terbaru saya mencuba Vitamin C jualan kakak comel yang menten cun sokmo tu. 
Sape lagi kalau bukan misz-ella @kakchik .
So, sesiapa yang berminat nak mendapatkan vitamin C, boleh roger beliau.

Semoga pergilah batuk ini.
Tak larat wehhhh......