Thursday, 27 March 2014

Suatu hari yang kecewa dengan air kelapa laut

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya adalah peminat air kelapa laut.
Iaitu air dari buah lontar atau nama saintifiknya Borassus flabelifer.
Memang feveret sejak dulu.
Kalau jumpa, mesti beli.
Bulan puasa minum air ni hari-hari pun tak apa.
Lagi pun air kelapa laut memang banyak khasiat, sedap pulak tu.

Antara khasiatnya ialah :-

1) melegakan sakit hempedu dan limpa
2) mengatasi masalah kencing tak terkawal
3) menyegarkan nafas, menyihatkan gigi dan gusi
4) mengatasi masalah pernafasan dan paru-paru
5) mengubati luka-luka

Sedap dan berkhasiat.
Rasa macam air gula melaka gitu.
memang terbaik!!!

Tapi suatu petang di sebuah pasar malam, bengang sangat dengan penjual air tu.
Saya beli satu cup besar harga RM3.
Dah dapat selesai bayar tu, automatik saya minum sikit nak rasa.
Sekali....... airnya masam!!
Saya suruh Qisya rasa.
Terus dia kata masam.
Lepas tu saya bagitau la penjual air tu.
"Adik, air kelapa laut ni masam la. Cer rasa air ni. " saya.
"Kak, air tu memang rasa macam tu." penjual.
Dia tetap bertegas air tu elok saja dan rasa air kelapa laut memang macam tu.
Huk alohhh.....kalau saya baru rasa air tu pada petang itu, boleh la cakap macam tu kannn...
Ini dah bergelen-gelen kot, lagi mau nak tipu.

Frust punya pasal, saya blah je dari situ.
Tak koser nak bertekak.
Mana la tau kot-kot lidah dia cacat ke tak dapat rasa air elok atau dah masam ke.
Saya halalkan je la RM3 saya tu.
Tapi tobat, pasni tak pergi gerai dia dah!


#ini la airnya. Nasib baik kitorang tak sakit perut.





MH 370 dan IM 529 - Jadilah orang yang KESAH


Assalamualaikum wbt....bismillah...

Manusia memang macam-macam perangai.
Itu sebab Allah swt jadikan syurga dan neraka.
Malah bertingkat-tingkat pulak tu.
Kita ni tak tahu akan ditempatkan di mana.
Wallahua'lam.

Cuma apabila terjadi perkara-perkara besar melibatkan musibah yang melanda negara seperti MH 370 dan melibatkan saudara sagama Islam seperti IM 529 kita tak boleh jadi manusia yang BERSYUKUR dan pasrah dengan KUN FAYAKUN saja.
Kita tak boleh jadikan BERSYUKUR sebagai ayat untuk berasa lega sebab tak jadi kat kita atau negara kita.
Kita tidak terkecuali untuk terkena macam tu juga.
Sampai masa, Allah swt bagi kita merasa seperti negara-negara lain juga.
MH 370 dan IM 529 adalah contoh dan peringatan yang patut kita sama-sama fikirkan.


Dan kita tak boleh pasrah dan seolah-olah menyalahkan Tuhan apabila sesuatu terjadi.
KUN FAYAKUN....Allah swt kata jadi, maka akan jadilah.
Tapi asbabnya mestilah dari kelalaian dan kesilapan manusia itu sendiri.
*Orang yang buat jahat hantar santau pun Allah swt izinkan, tau. Jangan lupa.
Mengenai MH 370, mula-mula dah nampak pelbagai kepincangan.
Passport curi boleh terlepas, dan macam-macam lagi.
Ya, kita kena redha sebab perkara tu dah terjadi.
Tapi bila itu terjadi, perlukan kita pasrah saja tanpa mengambil tahu apa yang sebenar-benarnya terjadi seterusnya mencari jalan penyelesaian?
Apa yang sepatutnya seorang rakyat marhaen seperti kita lakukan?
Tiada yang paling utama melainkan sikap ambil tahu dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

Jika ada di antara kita yang memiliki hati yang kering, itu tak kisah...ini tak kisah, berubahlah.
Kehidupan selesa ko hari ini adalah hasil perjuangan orang dulu-dulu.
*Sorry...lari tajuk sikit.
Jangan tunggu orang bagitau ko baru ko tahu seolah-olah hal sekeliling langsung tak penting melainkan keluarga ko saja.
Jangan harap orang lain berjuang untuk ko, sedangkan ko tau komplen je
Kalau ko tak sedar lagi, duit BR1M yang ko dapat tu pun hasil kekuatan pembangkang, tahu?
errrr....tershashul...





Tuesday, 25 March 2014

Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Arkib S41

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Salam sejahtera Anda dipanggil ke sesi peperiksaan SPA 1 April ini? Ianya adalah untuk kemasukan Pegawai Arkib
Jika ada, nak ucapkan salam
sukses! Eh tapi jangan lupa mula buat persediaan rapi bermula SEKARANG! Sikit fakta untuk anda berkaitan calon yang GAGAL tapisan SPA; - Tahun 2012,
95.64% GAGAL
- Tahun 2011, 96.72% GAGAL - Tahun 2010, 97.89% GAGAL Tahun 2013 masih belum dikeluarkan statistik, tapi untuk tahun 2014.. ... jika anda calon, ianya terletak di tangan anda! Buat persediaan AWAL Buat persediaan RAPI Buat persediaan TERSUSUN
Jika anda perlukan rujukan untuk persediaan anda, ini bakal bantu anda;
Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Arkib S41
Ianya daripada Tim Infokerjaya yang dulunya dikenali dengan Team Tipsptd Mereka telah bantu lebih 60,000 orang graduan dalam peperiksaan SPA sejak tahun 2009 Ambil pengalaman mereka untuk manfaat persediaan anda. Terus semak di;
http://bit.ly/RujukanPeperiksaanPegawaiArkib2014 Buat persediaan dan tinggalkan mereka yang masih leka tunggu tarikh peperiksaan tanpa persediaan! Salam sukses untuk anda
 



Monday, 24 March 2014

MH 370 - Prasangka terhadap Kapten Zaharie

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Cerita pasal MH 370 ni dah makin tak berapa mendapat perhatian menjelang masuk minggu ketiga.
Mungkin ramai dah malas nak baca spekulasi kot.
Sat jumpa kat sana, sat jumpa kat sini.
Sat orang tu jumpa, sat orang ni jumpa.
Spekulasi usah kata la.
Mongolia buat khianat sebab altantuya!
Perancangan perang dunia ke 3!
Hijack sebab nak lepaskan Anwar!
Disorok Jin ala2 segitiga bermuda!
Kokpit terbakar!

Namakan saja. 
Semua dah keluar habis.
Pakar-pakar bersuara.
Para pemikir dah habis bercerita.
Brado kapak yang entrinya macam susah nak percaya tu pun last entrinya- tunggu jumpa dulu, baru sambung tulis.
Adehhh....penat mocik.
Penat baca dan memikir.
Masih buntu dan keliru.

Sangat pelik sebab geng seekers guna kamera dan pengesan haba saja pun boleh dapat rakam hantu yang sangat susah untuk kita semua nampak.
Inikan pula pesawat besar gedabak di mana segala teknologi yang canggih digunapakai pun masih gagal mencari.
Pelik, kan?

Tapi takde yang paling pelik melainkan pelik belaka apabila Malaysia sendiri mula berprasangka buruk terhadap permata berharga miliknya sendiri iaitu Kapten Zaharie sedangkan negara komunis yang ternyata komunis pun bermati-matian pertahankan kredibiliti rakyatnya.
Why? Why? Why?
Cari mangsa untuk dikambinghitamkan?
Kawan-kawan saya pun dah mula berprasangka begini.
Tuduhan mula-mula yang mengatakan pilot bunuh diri amat keterlaluan pada saya.
Ada pulak kata Kapten Zaharie seorang free thinker.

Saya sangat tak setuju.
Kasihan sangat dengan keluarga dan sahabat-sahabat beliau.
Patut sangat pun mereka lari.
Tengah-tengah sedih, terpaksa pulak menangkis serangan soalan yang mungkin mereka sendiri tidak tahu jawapannya.
Tak kasihan ke?

#orang yang pelik sebab kapten zaharie ada simulator adalah ORANG YANG PELIK. Lainlah kalau Kapten Zaharie ni drebar lori/teksi!



So frens, Lets stop negative speculation.
Indeed Some Suspicions Are Sins.
Ok?
Boleh hadam kot entri ni. huhu..

#Jangan berhenti berdoa untuk keselamatan kita semua. Di dunia dan akhirat. Wallahua'lam.





Tuesday, 11 March 2014

Komen kurang EQ mengenai MH 370

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya tidak dapat hadam banyak komen-komen yang macam IQ level rendah sangat macam tak pernah pergi sekolah sejak terjadinya cerita mengenai MH 370 yang misteri.
Tapi paling tak boleh hadam rasa nak hempuk sorang-sorangnya ialah orang yang EQnya sangat rendah tapi sibuk nak mengomen juga.
Atau mungkin sebab EQ memang rendah, maka wujudlah komen-komen sebegitu.
memang aneh-aneh jiwa mereka ini.
Ramai pulak tu wujud kat Malaysia ni.
Tepuk dahi dibuatnya bila baca komen-komen sebegitu.
Kat bawah ni saya letak sebahagiannya sahaja sebagai contoh rakayat Malaysia yang kurang EQ.
Harap-harap IQ diorang ni tak rendah dari IQ yang duduk kat dalam zoo tu.


#ini contohnya. Tapi mamat ni dah mintak maaf, kita maafkan je lah. Jadikan ini pengajaran.


 #jangan nak buat spekulasi yang boleh jatuh fitnah. Memandai-mandai je. 


 #yang ko dengki sangat dengan negeri Kelantan tu dah kenapa, bai???


#wah wah wah.....gamaknya dia ni takde family kot. Kurang kasih sayang. (haihh.... tak pasal-pasal ada perkataan maki pulak dalam blog ni)


Ok. Ini sebahagian yang kita nampak.
Cuba check keliling u olls.
Akan ada spesis macam ni.
"Lantak la."
"Malas nak fikir."
"Malas nak ambil tahu. Tunggu berita masa jumpa je la."

Tak peduli.
Masih sibuk dengan keduniaan.
Sedang Allah swt sedang beri 'warning'.
Cuaca kering.
Panas.
Air dicatu.
Politik cacamarba.
Dan terbaru MH 370.
Sigh.

Yang menangguk di air keruh pun ramai.
Terutamanya blogger.
Kejar traffik blog tak peduli cerita yang disampaikan itu sahih atau tak.
Gunakan hashtag MH370 tapi promot cerita lain.
Memang sakit hati bila mengenangkan yang kita ni tak senang duduk nak dapatkan info terkini.
Betul, kan?
Kalau u olls ada membaca di entri ini tapi termasuk dalam golongan seperti di atas, percayalah.
Anda memang tergolong dalam golongan lemah EQ.

Meh check EQ u olls. OK ke tidak?

Seiringkan IQ dan EQ, barulah hidup kita ni tak mengundang maki.
Mari sama-sama kita doakan keselamatan semua penumpang dan krew MH 370.



Friday, 7 March 2014

Doa elak dirogol Jin

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Pernah tak kalau bangun pagi tengok kat peha ada lebam biru kehijauan?
Saya pernah. *nanges. T_T
Menurut kata alim ulama, itu adalah tanda dirogol jin.
Oh tidaaakkk....

RAMAI WANITA DIROGOL JIN TANPA PENGETAHUAN MEREKA. SIAPAKAH WANITA YANG AKAN DIROGOL JIN?

perempuan samada sudah berkahwin/tidak. 
siapa TERINGIN NAK DI-NODAI JIN,selalu lah : 

- MANDI TELANJANG. 
- SUKA MANDI LEWAT PETANG. 
- TIDUR SELEPAS ASAR. 
- TIDUR DENGAN KAIN YANG TERDEDAH.


*jika terasa diri kita terlalu kerap melakukan semua perkara ni,cepat-2 sedar. 

SEKALI JIN SUDAH JATUH CINTA PADA WANITA,ADALAH LAGI BAHAYA DARIPADA 'SIHIR'. 

Cukup dalam masa 40 hari 'PERIKSA PADA BAHAGIAN CELAH/KELILING PEHA,LIHAT JIKA ADA KESAN LEBAM-2 dan jika kurang pasti lagi periksa secara terperinci kesan lebam itu ada 5 lubang halus'. Itu menandakan JIN sudah 'menodai' anda wahai wanita. 

*andai kata jika wanita itu sudah berkahwin,maka JIN yang 'jatuh cinta' pada anda itu akan 'menceraikan' anda & suami,tanpa sedar.

*Dan jika anda belum berkahwin,jika sampai masanya anda & bakal suami anda mahu berkahwin,JIN yang sama akan cuba 'pisahkan' mereka dari brlangsungnya majlis kahwin itu. ASTAGHFIRULLAHALAZIM~ - Ustaz Mohd Kazim Elias
 (copy dari FB) 


Scary, kan?
Tu la sebab kita kena selalu baca ayatul Kursi sebelum tidur.
Diwaktu kita tidurlah jin banyak berkeliaran.
Harap-harap doa mengelakkan dirogol jin di bawah ini dapat membantu kita semua insyaAllah..

*credit to infojelita

Jom amalkan doa ini.



Thursday, 6 March 2014

Perosak Rumahtangga Boleh Dihukum Penjara

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Semalam adalah hari yang menjengkelkan apabila membaca cerita Hanez Suraya mengarahkan Liyana Manan iaitu isteri kepada teman lelakinya supaya memohon maaf kepadanya.
Memang pelik tahap tak boleh nak fikir dah ni.
Sakit hati tak terkata dibuatnya.
Kau kebas suami orang tu, kau suruh dia pulak yang minta maaf?
Adehhh....ada juga orang macam ni.
Saya teringin juga nak menyampuk komen, tapi nampaknya komen-komen rakyat Malaysia ni memang sedia dahsyat belakanya.
Harus kutulis dalam blog saja. hehe...
Panjang kot.


#semoga Puan Liyana tabah menghadapi dugaan ini.

Merampas suami/isteri orang adalah antara dosa sesama manusia yang paling besar.
Kau buat, akan ramai yang memaki kau.
Tambah-tambah selebriti, memang mengundang makian 1 Malaysia la jawabnya.
Memang tak dapat ditolong.
Nak kesian pun tak boleh sebab dah terang lagi bersuluh.

Ramai juga yang tak tahu, sebenarnya perosak rumahtangga ni boleh dihukum penjara.
Ini sedikit petikan Harian Metro bertarikh 27 Mac 2013.

KUALA LUMPUR: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).
“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.

“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Hakim Syarie MSKL, Mohd Amran Mat Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BSK, Datuk Kamilia Ibrahim.
Ibrahim berkata, satu lagi peruntukan membicarakan kes membabitkan peranan orang ketiga ialah Seksyen 38 iaitu menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan serta tanggungjawabnya dengan hukumannya sama seperti Seksyen 36.
"Malaysia mempunyai undang-undang menghukum orang ketiga iaitu pihak yang menghalang pasangan menjalani kehidupan suami isteri (bukan di Wilayah Persekutuan saja, tapi hampir serupa di setiap negeri), tetapi setakat ini tiada kes khusus mengenainya dibawa ke mahkamah.
"Masalah ini tak boleh dipandang ringan kerana peningkatan kes perceraian berlaku setiap tahun, malah sejak 2001 sudah mencecah 277,001 kes dan setiap permohonan cerai walaupun tak dinyatakan mengenai orang ketiga, kita tahu ia wujud.


Kan? Memang busuk hati sangat golongan perosak rumahtangga orang lain ni.
Jadi, sebelum bercerai dengan pasangan yang curang ni, ajar mereka sikit.
Buat laporan polis dan sertakan bukti-bukti.
Biar masuk penjara.
Baru puas hati.
Tak gitu?
So, Puan Liyana....kami rakyat Malaysia menyokong puan untuk mengheret mereka berdua ni ke muka pengadilan.
Cakap banyak pun tak guna dah sebab orang tengah kemaruk bercinta takkan sedar perlakuan mereka menyakiti hati dan perasaan orang lain.
Dan u olls, tak perlu tunjuk sangat suami  u olls tu kaya raya dan romantik sangat-sangat sampai mengundang penyakit ain dan cemburu kepada yang melihat dan membaca.
Menyesal kemudian tiada gunanya.



Wednesday, 5 March 2014

Lif -Suatu pengalaman

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Cuba anda bayangkan.
Anda tengah kelam kabut nak masuk pejabat sebab nak punch card/thumprint kedatangan.
Kebetulan anda sampai di ruang legar lif, lif ke tingkat pejabat anda terbuka dengan sendiri.
Seolah-olah menjemput anda gitu.
Alhamdulillah...macam faham-faham je lif ni yang aku ni nak cepat kekdahnya.
Anda pun meluru masuk tanpa fikirkan lain-lain.
Almaklumlah hari-hari pun begitu.
Sorang-sorang pun takde hal.
Dah biasa.

Tapi kali ini sesuatu berlaku.
Lif anda meluncur laju naik tanpa diketahui ke tingkat mana.
Tiba-tiba terhenti.
Dan tersentak-sentak lif tu.
Termasuk anda sekali yang berada di dalam lif itu.
Anda tekan-tekan semua butang lif.
Malang sekali kesemua butang tu tak berfungsi melainkan butang loceng kecemasan.
Aircond berhenti.
Anda cemas dan risau kalau-kalau lampu turut terpadam.

Cepat-cepat ambil handphone.
Cuba whatsapp kawan-kawan opis.
Ada pulak yang sengal bagi nombor telefon pizza hut delivery.
Anda cuba berlagak cool walhal hati nak menyumpah pun ada dapat kawan gini.
Paling sadis, anda teringat pula arwah kakak saudara yang meninggal jatuh lif dari tingkat 5 tahun lepas.
Anda dah tak senang berdiri saja.
Dapat pula whatsapp kawan yang suruh mengucap, anda dah lemah lutut!
Cuba berlagak cool lagi call sana sini minta pertolongan.
Nasib baik line Celcom berfungsi dengan baik walau dalam lif.
Tapi hampir menitis air mata bila dengar suara pasangan yang sangat risaukan anda.
Baca segala ayat al quran yang dihafal.
Lif tersentak-sentak lagi.
Dan anda memang tak boleh bertenang lagi dah!

10 minit lif tak bergerak.
Tiba-tiba ia bergerak dan tersentak-sentak lagi.
Anda bersiap sedia dengan barang-barang anda untuk terus berlari keluar andai pintu terbuka.
Dan ya!
Pintu terbuka dan anda berlari keluar.
Fuhhh....lega.
#kau memang berjaya menyiksa perasaan aku hari ni wahai lif.


Itulah yang berlaku pagi tadi.
Saya tersekat dalam lif berseorangan dari pukul 7.20 pagi hingga 8.05 pagi.
Perasaan?
Allah swt je yang tau.



Monday, 3 March 2014

Tip lulus exam jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat gred F29


Assalamualaikum wbt...bismillah..

Ada lagi tip- tip untuk lulus exam untuk diwar-warkan.

Nak Tips Lulus Exam ?

Minggu lepas ramai yang dah

mula terima surat dari Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam (SPA)



Surat panggilan terkini adalah

untuk sesi exam 8 MAC ini Tips Lulus Exam pada kali ini

untuk Penolong Pegawai Teknologi

Maklumat Gred F29



Jika anda dapat surat dari SPA

untuk exam ini,
Tips Lulus Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
dari Tim Infokerjaya ini perlu anda miliki..

jom klik Tips Lulus Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 2014

Good luck!!!

Sunday, 2 March 2014

Telekung Lycra Lace dan kain pasang cotton


Assalamualaikum wbt...bismillah...

Hujung minggu yang busy sebab stok telekung lycra lace dah sampai.
Kain cotton pun dah sampai.
Sesuai untuk pakej hari raya nanti.
Biasanya 2 bulan menjelang raya, ramai tukang jahit tak menerima tempahan.
Membuat persiapan awal adalah sebaik-baik perancangan.

Stok telekung lycra lace kali ini lebih menawan kerana terdiri dari warna-warna lembut pilihan ramai seperti cream dan pink.
Jadi, silalah grab untuk hari raya nanti.
Jangan lupa pm di fb/ sms/whatsapp 019-2764682 untuk sebarang pertanyaan.

 Stok kain cotton pasang.


 Telekung lycra lace warna pink.


 Telekung lycra lace warna pink dan biru.


Telekung lycra lace warna tofee dan cream.


 Telekung lycra lace warna toffee.


 Sebahagian kain cotton pasang.


 Sebahagian kain cotton pasang.

 Sebahagian kain cotton pasang.

Telekung lycra lace yang cantik dan selesa sangat dipakai.
Pastikan anda ada koleksi ini.
Banyak lagi warna-warna pilihan yang lain.
Jangan segan-segan whatsapp ke 019-2764682.