Thursday, 24 April 2014

Cintaku bukan pelik

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Minggu lepas patut diberikan title minggu ingatan namanya.
Ada yang ingat saya sebab buat silap dan ada yang ingat saya sebab buat baik.
Redha ajelah sebab di dunia yang sementara ni, tiada manusia yang sempurna selain kekasih Allah swt.
Masalahnya, yang fefeeling sempurna tu yang ramai.

Disebabkan sibuk melampau dengan 5s opis, 5s luar opis, program2, fail meja dan KIK ....sampai balik rumah pun tengah malam (sampai qisya pun merajuk dengan saya), otak saya tidak mampu lagi nak melayan apa2 saja yang mengganggu fikiran.

Alhamdulillah dah selesai siang tadi dan minggu depan adalah sesi buang stress. Yes!! Legaaa.....
Minggu lepas juga saya dapat macam-macam souvenir .
Ramai pulak yang baru balik dari melancong.
Alhamdulillah....murah rezeki sungguh mereka ini.


#tudung kiriman dari Turki, beg dari Bandung, dompet syiling dari Acheh, fridge magnet dan tikar kecik dari Vietnam, fridge magnet dari Pangkor dan yang terbaru sekali fridge magnet Taj Mahal dari India. Last week punya cerita.

Dua orang blogger yang terlibat dengan souvenir di atas ialah tuan blog Moh Kembara dan tuan blog Dari Jari-jari Halusku.
Nampaknya banyak cerita diblog mereka sekarang ni. Hehe....
Tq my dear sisters kak halima dan kella.
Tak pernah lupakan saya sejak kenal.
Touching pulak tetibe. :D
Yang lain- lain tu pemberian dari kawan sekolah dan officemate.
Tq frens...

Tadi petang dapat balik awal dan lepak kejap dengan makcik kesayangan yang dikenal hanya kerana jadi customer di pasar tani.
Cintaku bukan pelik.
Ia datang jika ada keikhlasan.
Ia datang jika ada penerimaan seadanya.
Ia datang jika tiada penilaian rupa dan harta.
Ia datang jika tiada pilih kasih.
Cintaku pasti hadir di situ.
Eceh! :p


Tuesday, 22 April 2014

Mr Cendol - Lumut

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Setelah bertahun-tahun tak ke Lumut, kali ni persinggahan saya menyaksikan pekan Lumut semakin cantik dan bersih.
Kedai-kedai lama di tepi jeti kelihatan meriah dengan jualan hasil laut dan keperluan percutian di pantai.
Malam saya sampai di Lumut, saya sempat membeli dress pantai untuk Qisya dan Ireen.
Qisya pilih sendiri baju dia dan Ireen.
Makin beso ni, makin pandai nak cantik-cantik.

Ok.
Entri ni bukan nak cerita pasal Qisya dan Lumut.
Tapi pasal Mr Cendol cawangan Lumut.


#nampak meriah jalan berhampiran jeti ni.

Malam sebelum tu dah ternampak kedai Mr Cendol masa melalui jalan ni untuk pulang ke hotel.
Nampak menarik sangat kedainya.
Ada konsep D.I.Y wehhh....
Memanggil-manggil gitu.
So, malam tu dah pasang angan-angan nanti lepas balik dari Pulau Pangkor nak singgah la merasa cendol kat situ.
Macam bessttt je.
Wajib singgah ni.


# Tengok ni. Sense of welcome yang sangat tinggi. 

So, balik dari Pulau Pangkor, lets singgah.
Ceria betul warna signboard kedai ni.
Hijau gitu.




#pandangan dari depan kedai.




#kaunter order dan bayar.

Saya tak tahu pulak Mr Cendol ni banyak cawangan.
Kawan yang bagitahu. haha...
Agak slow kat situ. :D
Tapi takpe, mari kita tinjau-tinjau apa yang ada kat Mr Cendol ni.

Kedai ni mengamalkan konsep DIY iaitu buat sendiri.
Tapi nak order pun boleh, bagitau je kat kaunter.
Siap ada demo mesin buat cendol.
Pengisar ais yang lama pun ada diletak kat kedai ni.
Mana-mana pelanggan nak buat cendol sendiri, sila gigih pusingkan mesin guna tangan, ye.

Saya suka kedai-kedai yang pamerkan barang-barang dan gambar-gambar lama.
Satu, ia menonjolkan nilai-nilai nostalgia yang tinggi.
Dua, secara tak langsung ia menambah ilmu kepada anak-anak.
Tak perlu tunggu pergi muzium.

Deko, hiasan dan susun atur meja di kedai Mr Cendol ini pada saya, ia adalah menarik.
Itu menjadi penyebab menjemput pengunjung ke sini termasuklah saya. 


#kaunter buat sendiri berlatarbelakangkan gambar lama.



#mesin membuat cendol di hadapan kedai.


#inilah rupa cendol yang diorder sebab saya tak koser nak buat sendiri. hahaha...

Dalam botol hijau tu, jangan ingat kicap pulak.
Itu ialah gula melaka.
Tambahkan saja dalam cendol anda mengikut tahap manis yang diinginkan.
Untuk cendol biasa semangkuk ini, harganya ialah RM3.30.
Malangnya ia tak mencapai piawaian selera tekak saya.
Tak tahulah orang lain macam mana.

Saya juga turut mencuba hidangan makanan yang turut ditawarkan di Mr Cendol ini.
Saya memilih mee rojak.
Kacang tumbuk ditaburkan dengan banyak di atas mee rojak.
Rasanya?
Boleh tahan.


#inilah rupa mee rojak di Mr Cendol.


Tapi jangan susah hati kalau ke Lumut, ye.
Banyak sangat gerai makanan berhampiran jeti ni.
Pilih saja mana suka.
Makanan di foodcourt pun tak mengecewakan.
Jangan spoilkan percutian anda andai tersilap pilih tempat makan.
Biasalah tersilap, kan? hehe....



Monday, 21 April 2014

Hotel bajet di Lumut yang gojes - GM Holiday Hotel

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Mula-mula mari kita ucapkan terima kasih kepada blogger Neena Anuar yang sudi berkongsikan tentang hotel bajet tapi tak padan dengan namanya sebab gojes giler!
Tak lain tak bukan ialah hotel bajet GM Holiday Hotel di Taman Lumut Pantai Impian, Lumut.

Family encik hubby nak buat family gathering di Marina Cove Resort, Teluk Batik, Lumut.
Dah alang-alang ke sana, kami ambil kesempatan nak bawa anak-anak bercuti dan jalan-jalan di Lumut.
Memandangkan perjalanan ke Lumut selepas balik kerja, sudah pastinya kami akan sampai pada waktu malam.
Makanya saya menempah bilik di GM Holiday Hotel tiga hari sebelum kejadian.
Risau juga kot-kot ramai yang ada plan macam saya ni.
Alhamdulillah, masih ada kekosongan untuk bilik idaman iaitu king delux.
Harganya hanya RM65.00.
Harga untuk queen delux RM60.00.
Sangat berbaloi.....
Jom layan gambar-gambar di GM Holiday Hotel ni.


#maaf. kualiti gambar hanyalah dari henpon suami isteri je ye......



#pemandangan dari hadapan.

GM Holiday Hotel terletak betul-betul di kiri jalan menghala ke Lumut dan bersetentang dengan Shell dari arah Seri Manjung.
Jaraknya ke pekan Lumut adalah kira-kira 4 kilometer.
Kami sampai di GM Holiday Hotel kira-kira 8.30 malam.
Patutlah receptionist banyak kali call untuk pastikan tempahan, rupa-rupanya hari tu full house.
Ada rombongan satu bas menginap kat sini.
Nasib baik saya sempat menempah awal. hehe..
Dah check-in, kami keluar ke pekan Lumut untuk mencari makanan.
Anak-anak dah bising kelaparan.



#bilik nombor 225, bilik penginapan kami. Ada cctv, okeh. Jangan buat perangai tak senonoh kat sini. :D



#mula-mula masuk.... perghh....cantek sangat kot untuk bilik hotel bajet!




#puas hati. Memang best.



#takde almari, tapi ada tempat penyangkut baju dan hanger. Ada tv LCD. Oh, puas hati. Sebelah kanan sikit (tak termasuk pulak dalam gambar) ada cerek elektrik dan glass minuman.




#jom tengok toilet. Sangat moden dan bersih. Ada water heater, shampoo dan shower gel sila tekan je, malah siap ada dua pasang selipar. Cantik, kan? Memang mood puas hati sangat ni.



#jangan memain, pintu lipat toilet pun kemain cantik.




#pintu ni ada alarm kalau tidak dikunci. Selagi tak rapat, selagi itu la dia memekak. Bagus...baguss....ciri-ciri keselamatan yang paling penting, ye.


#yang malas nak menjerang air, kat koridor bilik-bilik, ada ditempatkan machine air panas dan sejuk.



#siap ada mini bar kalau nak bersembang dengan kawan-kawan di ruang bersebelahan lobi.


#ruang menunggu di lobi. Sofa moden warna oren hitam sangat stylish. Ramai betul yang berminat menginap di GM Holiday Hotel ni rupa-rupanya.


#kaunter GM Holiday Hotel ni nampak luas dengan penggunaan cermin yang besar. Memang bijak interior designer hotel ni. Lot kedai yang tidak luas tapi ruang amat dimanfaatkan dengan baik sekali, menghasilkan penginapan yang menarik dan selesa.


#alamat dan nombor telefon GM Holiday Hotel


Penginapan bajet yang sangat selesa untuk keluarga kecil kami.
Pagi-pagi lagi kami check-out awal-awal untuk menuju ke Pulau Pangkor.
Lain kali, boleh singgah lagi.
Terima kasih Neena, GM Holiday Hotel adalah di antara hotel bajet yang terbaik!!!



Thursday, 17 April 2014

Memparidahkan tudung bawal ke Putrajaya

Assalamualaikum wbt...bismillah....

Baru-baru ni sorang blogger comel telah mentrendkan tudung bawal menjadi ala-ala tudung Fareeda.
Senang je pun.
Sarung tudung bawal, kat bahagian depan tu pakai kerongsang pin panjang dan pakai pin tu macam menjahit sembat dari bawah ke atas.
Hujung bawah, repair2kan dan kalau rajin...kemaskan juga dengan kerongsang.
Siap.

Disebabkan hari ni kena pergi lawatan ke Putrajaya memakai baju korporat dan bertudung hitam, makanya saya terpaksa la menyeterika tudung bawal sebab saya takde tudung ekspress hitam.
Tudung bawal hitam ni tudung bawal pertama yang saya beli pada tahun 2001 kat Kelantan.
Nasib baik masih simpan. hehe...

Tapi itu la, disebabkan warna hitam....tak dapat mokcik nak tunjuk kedut-kedut tu.
Kerongsangnya pun bukan yang beso macam kat tudung Fareeda.
Hentam je la asalkan pinnya panjang.
Itu takpe.
Nanti kasi upgrade sikit next time. :D


#camni la ghupenye......ada macam budak form 5 tak? kah kah kah....


#inilah rupa kompos.


Meronda Putrajaya dari opis ke nurseri Perbadanan Putrajaya.
Mari pakat cium bau kompos yang semerbak gitu....hahaha.


#terjumpa pulak bekas lecturer. Waduuuhhhh......


Lawak pulak.
Tukang explain adalah bekas lecturer saya!
Derhaka betoi mocik bila tak cam lecturer sendiri. hahaha...
20 tahun tu wehhh.....
Well, terima kasih En. Aziz.
Maafkan saya ye. ngeee...
Ok. mari saya share sikit.


#persediaan Floria Putrajaya. Tengok pun penat. huhu...



#Terima kasih en. Aziz yang humble dan sudi share maklumat.



#seronok tengok pokok-pokok yang berbunga ceria.


#rombongan cik kiah di Nurseri Perbadanan Putrajaya.

Berpoloh-poloh ketiak dibuatnya jalan-jalan di bawah mentari terik.
Tak mengapalah.
Menuntut ilmu bukannya mudah.
Kita akan terus belajar selagi masih hidup di dunia ini.
Ecewah....

Ok. selamat memparidahkan tudung bawal ye.
Cantik je.
Ramai kot dok tegur tadi tu walaupun pakai warna hitam. ekeke...


Wednesday, 16 April 2014

Bakar kek guna pan ajaib

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Orang ada pan ajaib, pemanggang ajaib, segala peralatan dapur ajaib, ko pun nak jugak.
Haa...ini lah gejala mudah terpengaruh yang sering berlaku termasuklah saya. hehe...
Nak beli pemanggang ajaib, teringat dah ada pan grill kat rumah.
Rasanya cukuplah kot yang tu.
Kali ni tengok kat katalog yang pan ajaib pulak.
Kukus....goreng ...grill....bakar....semua boleh buat.
Perghh....hebat ye dak?
Bakar kek dalam periuk je.
Senang sangat kot, tak payah nak guna oven yang meningkatkan bil elektrik tu.
Lepas kacau segala bahan kek, bubuh je dalam periuk pan ajaib ni, lepas tu tutup.
Nak tunggu dapat pergi Langkawi beli yang berharga murah sikit, tak tau bila.
Makanya ramai la satu opis ni order yang kat katalog je.
Senang.



#periuk pan ajaib masa baru keluar dari kotak. :p

Besar juga saiz periuk pan ajaib ni.
Nak menggulai dan mengukus pun senang dalam ni.
Disertakan juga resepi-resepi menggunakan pan ajaib di dalam kotak.
Boleh juga mencuba kalau teringin nak menu baru.

Makanya gigih saya keluarkan mixer nak mengadun kek kekdahnya yang selama ni terperuk je dalam kotak.
Kelakar juga rasanya angkara teringin sangat nak makan kek marble panas-panas.
Semangat membara, gitu. hahaha...

Tapi malangnyaaaa......


#terhangus la pulakkkk...

Saya tak lapik bawah pan tu.
Walaupun api agak perlahan, hangus juga kek itu. 
Tapi disebabkan saya terbalikkan pan tu, bahagian bawah yang hangus tu saya buang dan kek saya masih boleh diselamatkan. *wink wink...
Kiranya....merasa jugalah makan kek marble panas-panas di petang itu. hehe..
Sedap wehhh.....
Walaupun tak menjadi kek saya yang pertama ni, menu-menu yang lain tetap akan menyusul selepas ini.
InsyaAllah....

Err....patutnya pan ajaib boleh touch up masakan yang tak jadi...barulah ajaib, betoi dak? hahaha...



Tuesday, 15 April 2014

Jacaranda dah masuk 5S

Assalamualaikum wbt...bismillah....

Saya ingatkan bila berpindah Jabatan, terselamatlah daripada memikul jawatan dalam 5S.
Hoho, rupa-rupanya kena jadi ketua kumpulan jugak! T_T ....
Takpe...sabo. Sabo.
Bertabahlah wahai hati. sobs sobs....

Kami ni sibuk ber5Skan taman dan jalan-jalan yang selalunya.
Tiba masanya nak gemilangkan balik opis. ecewaahhh...
Tetiba datang semangat pulak bila meeting petang semalam.


#baru masuk beberapa bulan, dah botingkek-tingkek memo meeting mocik dapat. :D

Nama-nama kumpulan baru dipilih berdasarkan pokok-pokok besar yang berbunga.
Nak rebrandkan balik jabatan le kononnya ni kami pilih nama saintifik pokok pula.
Makanya awal-awal saya pilih nama Jacaranda untuk kumpulan saya ni.
Nasib baik diorang setuju.
Cantik kot.
Purple gitu. hehe..

Pokok Tecoma yang meriah orang upload gambonya kat fb baru-baru ni, nama saintifiknya Tabebuai.
Tak sedap la pulak.
So, takde satu kumpulan pun yang pilih pokok tu walaupun bunganya cantik. hahaha....
Nampak tak permainannya di situ?
nama pun memainkan peranan, tau. :)

Maka, mulai minggu ini....bertabahlah kami dengan 5S di opis.
Kena mulakan balik dari bawah adalah sukar.
Tapi insyaAllah....berkat kesatuan hati kami semua, mudah-mudahan ia dapat dilaksanakan.
Chaiyokkk !!!

Err...ada sape-sape nak kenal pokok Jacaranda yang romantik tu?
Meh saya tunjuk...



#carian google



#carian google


Cantik tak?
hehe...rasanya pernah buat entri pasal pokok ni.
Semoga kumpulan Jacaranda berjaya dalam audit 5S minggu depan ni.
Doa-doakan ye....



Monday, 14 April 2014

Cek Nuffnang Dah Sampai

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Saya berblog tidaklah seserius mana.
Ada cerita, tulis.
Tapi kalau datang malas nak hapdet tu, ada cerita banyak pun tak cerita.
Untung blogger-blogger cantik, tunjuk gambo muka sekeping, bagitau hari ni pakai shawl apa dan lipstik apa...terus boleh jadi satu entri. hehe...
So, baru-baru ni bila terima cek dari Nuffnang , rasa happy jugalah.
Lepaslah nak bawa anak-anak pergi bercuti-cuti Malaysia.


#lama tunggu ko wahai cek. hehe...

Saya cashout dalam bulan Januari.
Soksek soksek jugak dengan blogger lain, nape lambat beno dapat cek.
Ada yang kata Nuffnang tunggu ramai blogger cashout dulu, lepas tu baru hantar berjemaah.
Ooooooo....gitu.
Lama kot mengumpul.
Jadilah ye.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. :)
Blogger-blogger baru semoga bertabah mengumpul.
Kalau nak laju lagi, kena rajin la join event dari Nuffnang.
dan istiqomah dalam berblog.
Blog ni masa mula-mula dulu, takde sape pun datang baca.
Sekarang ni, ada pulak yang rajin snap screen. hahaha....

Terima kasih readers.
Terima kasih Nuffnang.
Saya tulis biasa-biasa je.
Yang baik, ambil manfaat....yang buruk, bagitaulah saya. *Eceh!