Tuesday, 27 May 2014

Kem cuti sekolah 2014

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Cuti sekolah nak datang lagi.
Makanya datanglah rasa pening fikirkan hal Amsyar.
Takkan nak biarkan dia sorang-sorang kat rumah.
Nak hantar kampung pun rasa macam tak percaya je.
Dah la rumah opah tepi sungai, kang senyap-senyap pulak pergi berendam kat sungai.
Almaklumlah dah ramai geng kat kampung tu.
Haishhh.....tak meyakinkan.

Bukan apa, jadi mak-mak ni macam ni la.
Banyak memikior kata orang Perak.
Lebih baik beringat awal-awal.

Tahun ni, saya ingat nak mulakan hantar dia ke kem-kem cuti sekolah.
Survey kat Shah Alam, pergghhhh.........tepuk dahi tengok harga.


#tak sampai 3 hari tapi harganya mak aihhh..... tentatif pun kemain wehh....kidzania la....naik kuda la....




#insya Allah Amsyar akan dihantar ke sini.

Hasil survey sana survey sini, akhirnya kami buat keputusan nak hantar Amsyar Kem Pemantapan Diri dan Rohani di Ulu Yam.
Tengok gambar-gambar kat fb macam ok je tempatnya.
Dorm pun nampak bersih dan selesa, dekat pulak tu dengan kawasan perkelahan.....memang menarik hatilah.
Boleh la mak-mak pun nak berendam sama. hahaha..
*nampak tak permainannya di situ? :D

Ok. 10-12 Jun, masa Amsyar dah terisi.
Itu minggu kedua.
Minggu pertama?

Tadaaa.....


#Motivasi Al-Quran...

Alhamdulillah....
Nama Amsyar dapat diselit di saat-saat terakhir.
Belum sempat ditampal kat dinding Jabatan, peserta untuk program Motivasi Al-Quran ni dah nak cukup 60 orang.
Nama Amsyar ke 59 wehhh...
Adoiii....penangan harga murah ( RM50 je) punya pasal.
Berduyun-duyun mak-mak nak masukkan nama anak masing-masing.
Fuhhh.....nasib baik sempat.
Kira rezeki sungguh le ni.

Terisi jugak la minggu pertama dia untuk 3-5 Jun.
Selebihnya?
Kami dah sepakat nak hantar Amsyar ke .....



#Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam...

hehe...
biar dia duduk sini.
Berlambak-lambak buku untuk dibaca.
Internet ada, video ada, kawan-kawan pun ramai....mudah-mudahan dia tak bosan.
Biarlah mama abah susah hantar ambil dia ke semua tempat-tempat ni, harap-harap ada perubahan dalam semangat dia untuk menimba ilmu.



#ruangan untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.


#mama yang teruja tengok buku-buku kat sini.


#memang seronok lepak kat sini nampaknya. Harap Amsyar suka.


Dah alang-alang kat Perpustakaan Tun Raja Uda ni, saya pun ambil kesempatan jugalah ushar-ushar kot ada buku best.
Wah wah wah.....rambang mata dibuatnya tau.
Rasa tamak nak pinjam semua!


#ini syurga kaki novel ni. hehe....


#hujung minggu, memang penuh kat sini. Siap ada yang baring kot. Bayangkan betapa santainya Perpustakaan Raja Tun Uda ni.


#saya pinjam dua novel. Ingat nak pinjam 5 terus! hahaha..

Update :Untuk cuti panjang akhir tahun, saya masukkan dia untuk program cuti sekolah di Masjid Negeri saja. Alhamdulillah dapat menyelit juga si Amsyar dan anak2 Lyn di saat2 akhir. Rezeki namanya tu. Kami memilih pakej A. Dari pagi sampai petang, penuh aktiviti. Balik kerja boleh terus pick up dia.



Nampaknya masa cuti Amsyar tahun 2014 ni tak bosan dah nampak gayanya.
Moga Amsyar terisi rohaninya dengan ilmu ukhrawi dan duniawi.
Mama sayang Amsyar sangat-sangat!!!




Saturday, 24 May 2014

Rujukan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat

Salam sejahtera Assalamualaikum wbt....bismillah...
Anda dipanggil ke sesi peperiksaan
SPA 27 Mei ini? Ianya adalah untuk kemasukan Pegawai Pembangunan Masyarakat
Jika ada, nak ucapkan salam sukses! Eh tapi jangan lupa mula buat persediaan rapi bermula SEKARANG! Sikit fakta untuk anda berkaitan calon yang GAGAL tapisan SPA; - Tahun 2012, 95.64% GAGAL - Tahun 2011, 96.72% GAGAL - Tahun 2010, 97.89% GAGAL Tahun 2013 masih belum dikeluarkan statistik, tapi untuk tahun 2014.. ... jika anda calon, ianya terletak di tangan anda! Buat persediaan AWAL Buat persediaan RAPI Buat persediaan TERSUSUN
Jika anda perlukan rujukan untuk persediaan anda, ini bakal bantu anda;
http://bit.ly/PegawaiPembangunanMasyarakat
Ianya daripada Tim Infokerjaya yang dulunya dikenali dengan Team Tipsptd Mereka telah bantu lebih 60,000 orang graduan dalam peperiksaan SPA sejak tahun 2009 Ambil pengalaman mereka untuk manfaat persediaan anda. Terus semak di;
http://bit.ly/PegawaiPembangunanMasyarakat
Buat persediaan dan tinggalkan mereka yang masih leka tunggu tarikh peperiksaan tanpa persediaan! Salam sukses untuk anda



Tuesday, 20 May 2014

Berkira ke jalan Allah

Assalamualaikum wbt...bismillah....

Entri insaf namanya ni.
Harap baca sampai habis.

Cuba perhati...
1) orang tu rajin bercuti ke luar negara, kat dalam negara apatah lagi, tapi tak nak pergi umrah dengan alasan TAKDE duit.

2) orang tu selalu makan kat tempat mahal tapi bila nak bersedekah ...hanya seringgit. Itu pun kalau ada doploh sen, bagi doploh sen tu je.

3) orang tu kalau nak cantik depan orang lain, batik sutera rege rm300 dan tudung paridah rm200 dikata berbaloi sebab cantik walaupun jenis melekap dan singkat. Tapi bila bab telekung cantik, rege tak sampai rm100 pun dah bising mahal kata takde duit nak beli.

Atas tu contoh je.
Nampak tak????
Astaghfirullahaladzim....sesungguhnya manusia selalu berkira jika ke jalan Allah termasuklah saya kadang-kadang bila berkenaan perkara nombor 2.

Yang nombor 3 tu incident semalam since saya ni berjual le katakan.
Wajib dengar komen-komen yang dilantun seumpama para penjual ni tiada hati dan perasaan.
Alhamdulillah....ujian-ujian memerlukan kesabaran ini mudah-mudahan diberi kelapangan lebih rezeki di masa akan datang.
Saya mengambil ini sebagai perkara positif walaupun agak terluka mendengarnya dari kawan-kawan yang bergaji besar dan hidup senang.
Alhamdulillah.....semoga mereka juga diperluaskan rezeki.

I just keep smiling..... :)


#telekung lycra lace dewasa dan kanak-kanak berkualiti tinggi.



Sesiapa yang nak koleksi telekung-telekung lycra lace yang cantik menarik  malah selesa sekali dipakai ni sila whatsapp/sms 019-2764682.
Saya belum ada pasaraya untuk jual harga tetap.
InsyaAllah boleh runding.
Jangan lupa.
019-2764682.

Terima kasih sudi baca.
Luv,



Monday, 19 May 2014

Potong atau ...

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Hujung minggu yang agak busy...
Sabtu bawa anak-anak makan dan jalan-jalan.
Ahad berniaga kat bazarena.
Hidup mesti terusss......

#gegar pun gegar la. Yang penting ada gambo. hehe...


Ada sesuatu yang merunsingkan fikiran bila tengok rambut Qisya yang dah panjang ni.
Nak potong atau trim je sikit-sikit?
Ada dah yang komplen rambut budak kecik ni dah panjang.
Diorang rimas kot bila tengok.

For me,
datang dari family yang semuanya berambut lurus tetibe yang sikecik ni pulak rambut curly besar, sangat agak jakun di situ.
Rasa suka je tengok rambut dia.
Mamanya pun teringin rambut macam tu.
Seksi kot. hahaha....

Tapi tu la.
Rambutnya macam mula nak melurus dah.
Yang hujung-hujung je curly.
Nanti kalau potong kang, terus lurus pulak.
hadoiii....camne nak kekalkan ye?
Ada petua apa-apa tak?

Mamanya macam tak sampai hati nak potong rambut dia.
Rasa sayang sangat almaklumlah mama dia masa kecik tak pernah merasa rambut panjang.
Asik kena potong pendek je.
Bila tengok rambut Qisya ni lain dari kami semua, rasa excited pula nak jaga betul-betul.


#my little princess.....

Sampai saat ni masih terfikir-fikir nak potong atau tak.
Rambut Qisya ni kalau waktu mandi memang dah lebih paras pinggang.
Tapi dia selesa je dengan rambut dia.
Takde la pulak dia bising rimas ke hape.
adehhhh....pening mama nak oiii....


#telekung anak2 lycra lace. Whatsapp 019-2764682



Friday, 16 May 2014

Harum Manis - Mangga istimewa

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Sekarang ni musim buah mangga kot.
Harga mangga dah agak murah kat pasar tani.
Semalam beli jenis Gold Lily dapat 4 biji RM10.
Qisya dan Amsyar suka sangat makan buah-buahan.
Betul-betul mengikut mama diorang kalau bab makan buah.

Hari ni beli lagi mangga.
Orang utara panggil buah mempelam.
Yang ni dari jenis Harum Manis.
RM 30 sekilo beli kat kawan opis.
Memang istimewa, so jangan bising-bising pasal harga dia.

Buah ni hanya dituai setahun sekali di ladang Harum Manis kat Perlis nun.
Musimnya di antara bulan April dan Mei.
Buahnya pulak sangat sedap, ok.
Sudahlah harum, manis pula.
Haaa.....kiranya di antara jenis-jenis buah mangga, Harum Manislah ratunya.
Sangat sedap dimakan dengan pulut.



#tak sabo nak makan dengan anak-anak...

Tapi yang tu kalau ada banyak stoklah kan.
Setakat beli sebiji berharga RM13.50 tak berbaloi nak menanak pulut.
Katanya harga di ladang tu pun RM22 sekilo.
Untunglah orang Perlis.
Senang nak jumpa buah mempelam Harum Manis ni.
Kat Selangor ni kalau bisnes buah ni masyuuukkkk....
RM 50 sekilo pun ramai yang sanggup beli.
Haihhh.....kalaulah ada lori. ekeke...* otak bisnes tak sudah-sudah mokcik nih.



Wednesday, 14 May 2014

Bukit Bendera - Dah kertu baru sampai

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Akhirnyaaaaaa........
Sampai jugak mokcik kat atas Bukit Bendera nun! hahaha...
Mau tak puas hati sesangat.... dah berapa kali entah nak naik Bukit Bendera sejak jadi mak-mak ni dan ehem ehem...atau lebih tepat sejak ada blog ----> tak dapat-dapat juga sampai atas nun.
Macam-macamlah puncanya.
Cuti sekolah beratur panjanglah....train rosaklah.....tengah maintenancelah....
Kali ni....berjaya jugak!
haihhh...memang happylah.
Menjakun la kejap, kannn... hehe

Alkisahnya, dulu-dulu masa keje kat Intel, ulang-alik Intel Penang tu dah kira biasa sangatlah.
Lepas tu, bila cuti atau hujung minggu tu ke Penanglah destinasinya.
Tapi zaman tu langsung tak teringin pun nak naik Bukit Bendera.
Rasa macam takde apa pun kat atas tu.
So, i olss tak minat.
Zaman tu la ceritanya.

Sekarang ni bila dah sampai atas Bukit Bendera tu baru hilang rasa ingin tahu ni.
Lets tengok.
Best ke idaknya Bukit Bendera tu.


#di pintu masuk train station. Cantik dah landskap.

Kaunter tiket di sebelah kiri ya.
Sebelah kanan pulak toilet.



#train dulu-dulu macam ni la. Slow pun ye. hehe...


#waktu operasi dan harga tiket.

Kalau taknak bayar harga RM30 tu, sila tunjukkan Mykad u olls.
Wajib ada Mykad atau lesen memandu.
Petugas kaunter tiket sangat strict.
Ko muka orang Melayu tulen, bercakap bahasa Melayu dan datang dengan kumpulan orang Malaysia pun...kalau takde Mykad memang kena bayar RM30.
Jangan lupa bawa pengenalan diri, ok?


#view dari atas Bukit Bendera.

Akibat terlampau teruja sangat sampai atas, terus snap view tak menyempat-nyempat.
Wow! Nampak dua-dua jambatan.
Angin pun agak sejuk kat atas Bukit Bendera ni.


#ini la rupa train baru. Dah moden dan cantik.

Teruja sampai lupa nak ambil gambar train yang dah gojes ni.
Laju pulak tu.
15 minit dah sampai atas.
err....laju la tu berbanding yang dulu. ekeke....



#tempat wajib ambil gambar katanya...



#antara pemandangan di atas Bukit Bendera, Pulau Pinang. Jom menapak beramai-ramai.



#menuju puncak namanya ni. Tapi kami tak berjoget pun. :D


#menuju ke tempat utama iaitu Astaka Bukit Bendera.

Apa ada kat astaka Bukit Bendera ni?
Ada jualan barang-barang dan souvenir Pulau Pinang la.
Dan paling bessttttt.......tempat makan!!!

Kami semua ingat harga makanan kat atas ni mahal.
Tapi tak sangka pulak harganya sama je dengan harga kat gerai-gerai foodcourt biasa.


#laksa Penang tu RM4.00. ABC tu pun sama.

Agak ajaib la harganya yang kena naik train tiket harga RM30 tu.
So, u olls jangan susah hati ye.
Makanan ada pelbagai dan harga pun berpatutan walaupun terletak di anjung tinjau yang cantik dan merupakan tempat pelancongan utama Pulau Pinang.
Siap makan dengan tourist, ko. hehe..


#view perjalanan turun.

Masa turun kami ambil tempat belakang sekali.
So, boleh la poyo-poyo macam ko je ada kamera. ekeke...

Keseluruhannya, yang best tentang Bukit Bendera ni?
Ok. Kita dapat tengok Pulau Pinang dari tempat tinggi, dapat menghirup angin bukit yang nyaman dan pada saya, ia tempat lepak yang menyeronokkan jugaklah. *dah macam karangan zaman sekolah pulak... kah kah kah..

Walaupun trip kami ni di waktu orang pergi kerja dan sekolah, tapi masih tetap agak lama menunggu dan train penuh.
Makanya bersiap sedialah kalau nak bawa anak-anak masa cuti sekolah nanti dengan sebarang kemungkinan, tak perlu berjanji sakan dulu.
Kalau nak juga naik Bukit Bendera ni, pastikan awal pagi dah sampai kat kaunter tiket.
Mudah-mudahan tercapai hasrat di hati. :)



Telekung Lycra Lace Kanak-kanak

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Siapa nak anak dia bersemangat untuk rajin solat?
Mari angkat tangan ramai-ramai.
Satu.....amalkan ayat ke 40 Surah Ibrahim tiap kali lepas solat.
Jangan miss.
Ini memang terbukti insyaAllah berkesan.

Dua....kalau nak anak rajin solat, kita sebagai ibubapa pun kena selalu galakkan anak solat sama-sama.
Ngaji sama-sama.

Tiga....belikan anak-anak props mengaji dan solat yang menarik.
Salah satunya telekung cantik.

Sekarang ni dah ada pelbagai pilihan telekung menarik untuk kanak-kanak dan yang telah ada dalam stok jualan saya ialah telekung lycra lace.
Memang cantik dan selesa.

#model anak saudara saya bernama Mya berusia 6 tahun yang agak tinggi.


Cantik-cantik, kan?
Harganya hanya rm65 sahaja.
Belilah sepasang untuk dihadiahkan kepada kesayangan anda.

Jangan lupa whatsapp/sms 019-2764682 untuk telekung lycra lace kanak-kanak ni.
Sesiapa nak sedondon dengan anak-anak pun boleh.
Whatsapp, ye? :)


Monday, 12 May 2014

Jalan-jalan cari makan di Pulau Pinang

Assalamualaikum wbt....bismillah.....

Sambung cerita di Pulau Pinang...

Makanan di Pulau Pinang adalah paling best saya rasa.
Banyak yang sedap-sedap belaka memang tak tipu.
Memang setuju sangatlah kalau Pulau Pinang ni dianggap syurga makanan Malaysia!
Tak perlu restoran atau kedai cantik, rasa makanannya tidak pernah mengecewakan.
Boleh jumpa di gerai-gerai jalanan atau foodcourt saja.

Saya masih teringat-ingat bihun sup kat Jelutong.
Masih teringat gerai-gerai makanan di teluk Kumbar.
Masih teringat-ingat seafood di Teluk Tempoyak.
Masih teringat-ingat pelbagai makanan yang super sedap di foodcourt-foodcourt pantai Seagate dan Padang Kota Lama.
Char Koay Teow Bukit Mertajam, mee udang Sungai Dua, walaahhhh.....berderet listnya kalau mahu ditulis termasuklah Nasi Kandar Line Clear, Beratur dan macam-macam lagi gerai nasi kandar.
Kemain, kan? 
Kalau sebut bab makan nih. hahaha....

Memang serius best.
Tu sebab bila duduk Selangor kalau nak makan yang sedap-sedap ni kena pergi restoran-restoran mahal yang kadangkala indah khabar dari rasa, nak marah pun hade.
Memang tak tipu.
Selalu rasa nak marah bila makan rasa tak seberapa, harga mahal melampo.
Kalau sedap tu, berbaloi jugak la, kan?


                                   #hiasan meja-meja di lobi Hotel Traders. Simple yet stylish. Suka.


Hari tu masa kat Pulau Pinang, memang dah set dah kepala ni nak makan apa malam tu.
Rindu sangat nak makan sotong kangkung kat Padang Kota Lama.
Kat situ memang agak mahal, untuk satu set harganya RM13.
Kalau pasembor, agak-agak la bajet masa nak pilih tu.
Kang takut tersemboq dengaq ghega pasemboq. hahaha....
Harga memang agak mahal ye, jangan main sedap je pilih letak dalam pinggan tu. :D
Mungkin sebab di sini adalah kawasan pelancongan dan tempat lepak utama kalau ke Pulau Pinang, harga pun kemainnn....
Tapi takpe.
Still boleh layan sebab rasa, ok.


#kena serang dengan tukang ambil order.

Mula-mula duduk je, terus kena serbu dengan tukang order.
Kelakar betul.
Tak payah nak lambai-lambai tangan.
Berkerumun datangnya. hahaha...
Meh mokcik ambil gambar.
Nasib baik dah malam, tak berapa clear muka diorang ni.


#ya Allah....time posa2 pulak tulis entri makanan. Sedap sangat niiiiii.......teringat-ingat. T_T


#eh....kerang bakaq pun ada ... berseiring dengan pasemboq yang takdak dalam gambaq. Dah kebuloq sangat kot time tu sampai gambaq-gambaq makanan lain pun lupa snap. hahaha....


Lepas makan, kitorang pi pasar malam kat Batu Feringghi nun.
Cari sorvenir kekdahnya.
Jalan sampai lenguh kaki.
Balik hotel terus tido dengan lena tak fikir hape dah.
Memang terbaik la Hotel Traders tu.
Takde feeling-feeling yang pelik semasa stay kat situ.

Esoknya sebelum naik Bukit Bendera, kami ingat nak pegi makan kat Nasi Kandar Line Clear, malangnya tutup la pulak.
So, cari Nasi Kandar Beratur.
Walaupun yang femes tu buka pada waktu malam, tapi version siang kat sebelah kedai Nasi Kandar Beratur tu tetap tak mengecewakan.
Sedap jugak wehhh......

#nasi kandar pilihanku berlaukkan ayam madu dan telur ikan goreng. Yang tak kelihatan ialah sotong dan udang yang dipass orang sebelah. *wink wink

Kegilaan apakah ini??? kah kah kah....tu laaa.... Tulis lagi entri pasal makanan time posa. 
Ni dok layan la perut yang tetibe berdondang sayang, ko. :p
Nasi kandar Beratur versi siang ni pun not bad, tau.
Walaupun lain-lain tokey, rasanya tak mengecewakan.
Sedap bangat.
Adehhhh.....terlioq lagi ni...




#kedai menempek kat tepi kedai orang lain je. Tapiiii.......memang antara yang terbaik.


#inilah kedai nasi kandar Beratur yang femes sangat tu u olls.....cubalah makan sepinggan kalau nak tau rasanya ye. Memang suggest sangat tempat ni.


#kedai Nasi Kandar Beratur ni betul-betul bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling. Meh letak setem poyo kat sini. hehe...


Turun dari Bukit Bendera, kami terus ke penang Road nak shopping-shopping apa yang patut.
Paling meriah, beli jeruk Pak Ali la kan?
Al-Fatihah untuk Pak Ali yang pergi mengadap Ilahi pada tarikh sama dengan kehilangan MH370.
Jauh di sudut hati, usahawan-usahawan Melayu memang patut dapat penghargaan kerana kegigihan mereka.
Salah seorangnya Pak Ali.
Moga ramai lagi usahawan Melayu akan muncul selepas ini.
Cawangannya pun banyak di Penang road.
Pilih saja ye.



#jeruk paling femes.


#errr....abaikan muka-muka excited pilih jeruk ni ye. Fokus pada jeruk saja. Macam-macam jeruk ada kat sini. Memang sedap semuanya.


Perjalanan singkat tidak dapat nak explore banyak tempat makanan.
Tapi ini pun dah cukup baik sebab dapat menghilangkan keinginan nak makan makanan Pulau Pinang.
Nanti bulan Jun ni nak pergi lagi.
Amsyar dan Qisya belum naik Bukit Bendera lagi. 
Abah diorang pun macam sedih je kena tinggal hari tu.
Memang wajib kot cari nasi kandaq lagi ni. hehe...