Monday, 16 June 2014

Tempat makan best di Kuala Gula - Taiping

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Selalu dengar cerita kat Kuala Gula ada ketam lembut.
Macam best je kan?
Almaklumlah orang yang tak terel makan ketam macam saya ni adalah menyedihkan.
Mesti banyak tertinggal isi kat kulit sebab tak pandai nak makan ketam sampai licin isinya.
Kan dah membazir begitu?
Saya tak tahu siapa yang memulakan inovasi ketam lembut ni.
Ia sangat bagus sebab tak perlu lagi menguis-nguis isi ketam.
Potong-potong, terus ngap. Senang.

Berbalik kepada cerita di Kuala Gula tadi.
Encik Mior dari Majlis Perbandaran Taiping berbesar hati belanja kitorang makan ketam lembut dan kari sembilang di JS Muara Restoran di Kuala Gula.
Mak aiiii, kecik tapak tangan, nyiru kitorang tadahkan. hahaha....
Memang thorrrbaekk...

Jom tengok tempat ni....


#memang menu terbaik dia ketam lembut dan kari sembilang. Wajib promosi.





Restoran ni restoran terapung, tau.
Kalau ada bot lalu, memang agak terasa olengannya tapi tak la sampai menumpahkan air dan lauk.
Rasa agak  luar biasa la di situ. Unik, kan?


#haaa.....macam ni la rupa restoran JS Mutiara..


#disebabkan kami makan tengah hari, kiranya jadual hari tu adalah kami yang merasmikan.


#misi mencari tempat di hujung sekali. Sambil makan nasi, sambil sedut angin laut puas-puas.....


#terdapat resort juga di Kuala Gula ni rupa-rupanya. Bagus betul. Kalau menginap di sini, dekat sangat dengan restoran terapung JS Mutiara Restoran ni. Tak payah pening-pening nak mencari tempat makan.


#layan bot-bot yang lalu-lalang. Memang asyik sambil disapa angin laut yg sempoiii...


#sila hubungi pihak restoran untuk pertanyaan tempahan. Nanti kot-kot takde stok ketam lembut, mau kecewa dibuatnya.


#ini menunya.


#yeayy!! ketam lembut celup tepung. Sedap bak ang!! Ni dok mengalir air mata sebab teringat-ingat nih! Adoiii....


#ini yang buat meleleh air liur ni. Kari sembilang. Memang kari sembilang yang tersedap pernah saya makan! Tak percaya u olls try.


Memang menarik sungguh trip kami ke Pulau Pinang dan Taiping.
Dapat makan best-best.
Ini citer sikit-sikit je ni.
Kang tunjuk gambo ada yang menjilat siku, huduh sangat la pulak ye dak? :D
Hingga entri lain, terima kasih sudi baca ye.
Luv,

Tuesday, 10 June 2014

Zoo Taiping & Night Safari - skodeng binatang di malam hari

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Sebelum lupa alkisah di malam kejadian, baik saya taip cepat-cepat.
Entri lama peram namanya ni.
Tapi takpe.
Harap-harap boleh dikongsi apa yang patut.

Lawatan ke Taiping bulan lepas, kami diberi rezeki masuk melawat Zoo Taiping & Night Safari secara percuma.
Alhamdulillah... memang rezeki terpijak sebab memang tak plan pun masuk dalam lawatan kerja.
Tak sangka pulak dapat masuk secara percuma.
Kalau kena bayar, RM 20 seorang juga tu.
Syukuuurr....

Ok.
Apa yang bestnya Night Safari ni?
Tak lain tak bukan, kita dapat tengok aktiviti binatang-binatang yang aktif di waktu malam.
Tapi bergantung pada rezeki jugalah.
Kalau aktif tapi tak nak munculkan diri, tak nampak jugalah apa dibuatnya.
Dapat ronda-ronda menyedut angin malam je la jawabnya.


#suram sebab bukan musim cuti sekolah.


#rombongan tak sabo nak naik trem tengok binatang.



#harga tiket untuk pengunjung.


#map zoo Taiping.

Zoo Taiping ni pada saya adalah sangat luas.
Boleh lenguh kaki kalau nak berjalan.
Kalau siang, nak berjalan untuk lebih explore adalah sangat ok.
Tapi kalau malam eloklah naik trem.


#Tahun Melawat Malaysia 2014. Hmmm....Kellie's Castle tak pernah sampai lagi.


#kedai menjual cenderamata di dalam Zoo Taiping. Meriah juga. Macam-macam ada.


#sambil tunggu pemandu trem, boleh beli jajan-jajan untuk dimakan di atas trem.


#satu trem, rombongan kami. Satu trem lagi student Landskap UiTM. Memang takde pengunjung lain kot.

Itu adalah gambar yang terakhir ye.
Sebabnya dilarang ada flash.
Lagi satu, risau kot ada yang menumpang posing sama. hehe..
Tapi Night Safari ni tak le gempak mana pun.
Kawan-kawan bagitau Zoo Melaka lagi best.
Pada saya, lampu zoo ni sangatlah kurang.
Memang suram sangat-sangat.
Makanya binatang-binatang pun memang tak nampak clear.
Seriusly, saya rasa hanya kami je yang ada di situ.
Scary pun ada kot. hahaha..

Tapi ini memang pengalaman baru.
Kalau zaman kanak-kanak dulu saya mengendoi arwah mak angkat saya mencari durian di waktu malam, tiadalah saya teringin nak tengok mana-mana binatang pun melainkan durian je.
Kali ni memang mata melilau mencari kelibat binatang.
Nak tengok aktif yang macam mana.
Tapi tu la.
Nasib baik free.
Kalau tak, memang rasa sangat tak berbaloi bayar RM20 untuk perjalanan singkat yang tak berapa nampak benda-benda yang nak ditengok.
U olls try le.
Kot-kot la musim cuti sekolah ni ramai orang, binatang-binatang pun nampak happy je.
Mungkin happening la kot Zoo Taiping &Night Safari ni gamaknya.
Mana la tau, ye dak?




Sunday, 8 June 2014

Demam berjemaah

Assalamualaikum wbt..bismillah..

Hujung minggu yang suram.
Aktiviti hanya terbaring di atas katil.
Bermula dengan encik hubby, amsyar, lepas tu Qisya dan seterusnya saya....semua mendapat demam.
Makanya terbantut acara menghadiri kenduri, reunion dan acara hujung minggu sekeluarga iaitu berniaga di bazarena.

#kesian Qisya. Walaupun demam selalunya tak merengek, kali ni nak memerap je.

Tak dapat dengar suara cute Qisya dok promote telekung. 
"Telekung telekung, 4 ringgit!" Hahaha...
Suka hati dia je letak harga. :D

Doakan kesihatan kami sekeluarga.
Almaklumlah tak pernah kena macam ni ---> dapat sakit berjemaah.
Ampunkan dosa-dosa ksmi ya Allah...
Amiin..


Thursday, 5 June 2014

Apabila mangkatnya Sultan Azlan Shah

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya mengaku yang saya ni agak ignorance pada susur galur keluarga saya.
Saya tak pernah nak ambil port apa yang arwah ayah saya cerita semasa hayatnya.
Tentang tapak rumah saya tempat saya dilahirkan adalah tapak istana.
Tentang pelbagai barangan istana lama yang masih wujud di rumah datuk saudara saya.
Tentang cerita dulu-dulu yang pernah saya dengar dari mereka yang telah arwah.
Saya tak ambil port.
Saya tak berminat.
Yang saya tahu sejak saya celik mata, saya hanya anak kepada emak dan ayah saya yang bekerja kampung.
Makanya cerita-cerita itu adalah cerita lawak bagi saya.
Serius tak percaya.
Paling bertuah...keluarga saya tak membawa apa-apa gelaran diraja.
Kalau ada, ia pasti rasa macam tak kena je. Hehe...

#kalah Aaron Aziz. :)

Pada saya, kerabat diraja mestilah hebat.
Berpendidikan tinggi dan berperibadi yang selayaknya sebagai raja.
Makanya semasa almarhum Sultan Azlan Shah diangkat menjadi Sultan, saya merasa sangat bangga.
Ini contoh Sultan Melayu terbaik.
Tinggi kelulusan, peribadi hebat, banyak berjasa pada negara dan hensem pulak tu. :)

Terus terang, almarhum Sultan Azlan Shah adalah Sultan Perak yang paling dekat di hati walaupun semasa hayat almarhum Sultan Idris, baginda lebih popular di kalangan rakyat jelata terutama di Kuala Kangsar.
Mungkin sebab di zaman sekolah saya, banyak acara yang saya hadiri, Almarhum Sultan Azlan pun turut hadir sama.
Malah, semasa kemangkatan Toh Puan Khatijah iaitu bonda baginda, saya dan kawan kawan sekolah dijemput hadir ke rumah baginda di Taman Cempaka untuk membaca alQuran.
Di situlah saya dapat melihat seluruh ahli keluarga Almarhum Sultan Azlan Shah pada jarak dekat termasuklah pemimpin-pemimpin negara yang lain.
Paling teruja dapat melihat almarhum Raja Ashman.
Sengal zaman remaja. Hehe...
Ini antara pengalaman yang tidak dapat kami lupakan sebagai warga Sekolah Raja Perempuan Taayah saya kira.

Apabila saya mendapat tahu tentang kemangkatan Sultan Azlan Shah pada hujung mei lepas, ada sesuatu terasa di hati.
Sedih ya amat.
Tak pernah saya rasa sedih untuk mana-mana Sultan sebelum ini.
Entah kenapa rasa nak balik Kuala Kangsar hari tu juga.
Rasa nak ikut kawan-kawan yang dapat pergi merafak sembah buat kali terakhir.
Terkilan sangat rasanya.

Kebetulan cuti sekolah pun bermula, semua adik beradik saya balik ke kampung keesokkan hari selepas pemakaman diraja.
Semua tak lepaskan peluang menziarahi makam almarhum Sultan Azlan Shah.

#al Fatihah...

Semasa saya tiba di sini, sudah tidak ramai yang berziarah ke sini.
Mungkin disebabkan menghampiri waktu solat zohor.
Ada 4 orang remaja yang membaca al Quran bangun sebaik saja kami masuk ke sini.
Kerusi-kerusi upacara pemakaman masih ada tersusun.
Kawasan makam Almarhum Sultan Azlan Shah dan almarhum anakanda baginda Raja Ashman masih berbau haruman air mawar.
Wangi sungguh.
Ada kawan- kawan saya menyatakan ada unsur seram di permakaman diraja ini.
Tapi di hati saya sebaik terpandang makam ini, hanya sayu yang bertalu-talu.

Sedih saya mengenangkan betapa besarnya tanggungjawab baginda.
Semasa hayat menjadi ketua hakim, selepas tu menjadi Sultan pula....tak terbayang besar tanggungjawab yang digalas.
Mudah-mudahan almarhum Sultan Azlan Shah tenang di sana.
Aamiiinnn.......al Fatihah...




Taiping Bandar Warisan

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Kenapa Taiping mendapat pengiktirafan Bandar Warisan?
Mari sini saya nak cerita.
Taiping mendapat pengiktirafan sebagai Bandar Warisan apabila Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyenaraikan 31 bangunan dan tempat di bandar itu sebagai yang tertua di Malaysia.
Kiranya Bandar Taiping ni adalah daerah yang paling banyak nostalgia di negara kita.
Memang simpan banyak sejarahlah, senang cerita.

Pada saya, tempat paling best di Taiping mestilah Taman Tasik Taiping.
Kalau ke Taiping, Taman Tasik Taiping tu destinasi wajib singgah.
Cantik sangat kot Taman Tasik ni.
Rumput sentiasa subur menghijau, bersih pulak tu.
Menurut En. Mior dari MPT, sejak puluhan tahun dulu, Taman Tasik Taiping ini sentiasa bersih.
Mudah nak diselenggara, pokok-pokok pun tak banyak meragam.
Memang anugerah untuk penduduk Taiping dan MPT khasnya.


#From Taiping with Love...

Mana tak jatuh cinta, kau.
Romantik sesangat la Samanea Saman ni poonnnn....
Mari kita ucapkan syabas kat MPT yang telah menyelenggara pokok-pokok sejarah ini dengan baik.
Umur dah 135 tahun pun masih ganteng gitu. hahaha...


#Seronok dengar penerangan dari En. Mior mengenai Taman Tasik Taiping ni.

Pokok-pokok di sini semuanya ditanam dari biji benih, takde klon-klon macam pokok bandar zaman sekarang ni.
Hasilnya, ia lebih tahan, cantik dan berimune tinggi.
Susah anai-anai nak menyerang.
Untuk menjaga silara pokok ni, ia akan dipangkas selalu untuk pengeluaran daun-daun baru yang lebih segar dan rimbun.
Begitulah menurut En. Mior.
Ok. Sikit-sikit la ye.
Cerita detail kang jadi artikel DBP pulak. hehe...



#Ceritanya, pulau kat tengah tasik tu sama sebiji dengan sebuah pulau dan tasik di Scotland. Makanya gabenor di zaman penjajah dulu telah membina Taman Tasik ini dan dihadiahkan kepada isteri tersayang supaya dapat menghilangkan rindu ke kampung halaman di Scotland tu. Untungnyaaaa......


#kalaulah pokok-pokok ini boleh bercerita apa yang dilihatnya sepanjang 135 tahun...huhu..


#damainya. Beruntung orang Taiping ada Taman Tasik yang cantik macam ni.


#pandangan dari Majlis Perbandaran Taiping. Dekat sangat dengan hotel penginapan kami di Hotel Vistana Micassa tu.


Bersabar ye orang Taiping.
Kawasan lapang tu akan dijadikan dataran yang cantik macam dataran Shah Alam juga.
Macam-macam event akan dibuat di situ nanti.


#banyak yang pertama ada di Taiping.

Walau rasa agak terkilan kerana tak dapat naik ke Bukit Larut yang bersejarah tu, ada kelapangan lain akan saya cuba juga naik ke atas Bukit Larut tu.
Ternyata Taiping banyak destinasi menarik dan bersejarah.
Saya akan datang lagi dan lagi.....insyaAllah...




Wednesday, 4 June 2014

Hotel Vistana Micassa - Taiping

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Tercari-cari hotel yang selesa di Taiping?
Jangan susah hati, Hotel Vistana Micassa di Taiping yang bertaraf 2 bintang adalah menjadi pilihan di antara yang terbaik di Taiping.
Di sinilah kami menginap semasa buat lawatan ke Majlis Perbandaran Taiping.
Dekat sangat pun.
Jalan kaki je kami ke Majlis Perbandaran Taiping.

Hotel Vistana Micassa ni ada 44 buah bilik.
Sukahatilah nak pilih duduk bilik jenis standard ke, deluxe ke, superior ke, family atau eksekutif.
Macam-macam ada.
Harga pun agak affordable dari RM108 ++.

Paling best, hotel ni memang tengah-tengah pekan dan berdekatan dengan Majlis Perbandaran Taiping, Pejabat Daerah Larut Matang Selama, Mahkamah Tinggi dan pelbagai bank.
Nak cari makanan pun senang.
Seberang jalan je nak pergi kedai mamak.
Kat belakang pulak ada kedai Melayu jual sarapan pagi yang super murah.
Memang berbaloi sangat menginap di Hotel Vistana Micassa di Taiping ni.

Jom kita tengok persekitaran Hotel Vistana Micassa....


#cantik.

Saja letak gambo chandeliar dulu sebab gambo lobi bergego.
Dah malam, badan letih nak baring je.
Ambil gambar pun dah tak fokus gamaknya. hehe....

#Lobi Hotel Vistana Micassa. Adik-adik ni peramah.

Adalah agak kelakar pulak pada pagi tu kami tanyakan aircond di lobi yang tidak dipasang.
Rupa-rupanya hotel ini ada timing untuk aircond rupanya.
Pukul 10 pagi baru boleh on aircond di lobi.
Apakah??? @_@


#Di ruang menunggu di lobi Hotel Vistana Micassa. Yang berseluar putih tu di antara blogger popular. Siapa dapat teka boleh tuntut hadiah dari saya. Serius.





#pandangan dari luar lobi hotel.

Jom tengok di dalam bilik penginapan kami pula.
Memang romantik kot suasana bilik ni.
Rona coklat buat saya nak tido cepat je. :D


#best.


#ada LCD tv, almari dan penyangkut baju. Eh....peti besi pun hade.


#tapi pintu bilik air tak menahan, wehh.... segan kot. hahaha...


#ok. ini bilik air dia. Bersih dan selesa


#memang puas hati.


#kejap je dapat berehat di bilik. Lepas tu nak keluar ke Zoo Taiping. Sambil tunggu kawan-kawan jom lepak dulu baca apa-apa yang patut.



#alamat dan nombor telefon.

Ok tak hotel ni?
Nanti kalau ke Taiping, boleh la u olls cuba stay kat hotel ni.
Mudah dan selesa.