Saturday, 27 September 2014

Percutian ke Sabah - Part 7 (Kundasang War Memorial)

Assalamualaikum wbt...bismillah...
Hari ke 3 di Kundasang. Sedih sayu rasa hati sebab nak tinggalkan Kundasang. Cuaca pun mendung dan sedikit gerimis lantas melindungkan keindahan Gunung Kinabalu. Gunung pun macam turut bersedih. *ok. saya perasan sendiri. haha..

Rasa bersyukur bila teringatkan sempat mengambil gambar Gunung Kinabalu sepuas hati pada hari kedua kami di Kundasang. Hari kami nak tinggalkan Kundasang, ingatkan nak pergi bergambar lagi buat kali terakhir tapi tiada rezeki. Makanya kami ke destinasi lain pula. 



Dari kejauhan saya nampak banyak pokok pine di atas bukit berhampiran Masjid Kundasang. Terus saya ajak encik hubby ronda-ronda kat atas bukit tu sementara menunggu Kundasang War Memorial dibuka. Dah alang-alang ke Kundasang, masa jangan dibuang begitu saja. Haruslah merakamkan segala view cantik yang ada. Tak gitu?

#mak dan anak memang suka bergambo ye. Gedik sikit-sikit je. kang muntah pulak u ols tengok. hahaha...


#wah wah wah.....macam view kat India, kan? Alaaa...cerita Raaz tu. Banyak pokok pine. Atas bukit berhampiran Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa ni memang cantik sebab selain pokok pine, pokok eucalyptus yang batangnya bercorak dan licin tu pun memang banyak kat sini. Antara jenis-jenis pokok yang gojes di dunia. Ha? Ko ingat ko je gojes? Pokok pun gojes, tau. Jangan memain.



#mari bergambar beramai-ramai di sini. Uik! Sian Qisya. Tertutup dengan watermark pulak dia. hahaha....Mama bukan apa Qisya weh.....dah geram sangat ada orang cilok gambo2 dari blog mama ni, haruslah mama tepek watermark besor-besor!


#Riang-ria di Kundasang! Err...pepagi make up masih fresh lagi. Nampak le gebu bedak. hahaha....


#kereta sewa yang kami dapat ni usianya baru sebulan. Rezeki sungguh dapat kereta baru. Meh amik gambo kenang-kenangan dengan saga flx putih ni. Selesa perjalanan kami sekeluarga. 


#pejalanan turun ke pekan Kundasang. Cuaca agak mendung dan seperti biasa, Gunung Kinabalu hanya sipi-sipi kelihatan.

Kami pengunjung pertama Kundasang War Memorial Park pada pagi tu. Gigih tunggu depan pintu pagar. Biasalah, nak masuk kena bayar. Tapi tak mahal pun. Rm 2 seorang. Dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Ada awek cun yang jaga kat kaunter pintu masuk ni. hehe...


#port wajib bergambar sekeluarga. Sila lihat di belakang. Sila menggagahkan diri memanjat bukit, ye.


Apa yang bestnya Kundasang War Memorial ni? Kat sini adalah taman untuk peringatan tentera-tentera 3 buah negara yang telah gugur semasa perang dunia kedua iaitu British, Australia dan new Zealand. Banyak sejarah perang di Sabah yang boleh kita tahu di sini.

Taman peringatan berbentuk di dalam kubu atas bukit ni dibina oleh rakyat New Zealand pada tahun 1962 tapi telah dibiarkan dan rosak teruk hinggalah pada tahun 2005, taman ini telah dibina dan pokok-pokok telah ditanam semula. Di Kundasng War Memorial ni terdapat 3 jenis taman iaitu taman Australia di mana landskapnya mengikut taman-taman di Australia, taman English dan Taman Borneo.



#banyak info dan bahan sejarah terdapat di kiosk Kundasang War Memorial ni. Kedai souvenir dan makanan ringan pun ada. Haruslah budak-budak tu minta ais krim. Hadoiiihhh.... saya suruh pegi ronda-ronda kat taman dulu. Nak balik nanti baru makan ais krim. Nampak tu, abah tu kalau dapat membaca, memang tak ingat kitorang la jawabnya. huhu...


#gambar-gambar taman sebelum dibaik pulih.


#di Australian Garden. Ala-ala padang yang selalu jumpa di taman-taman yang terdapat di Australia. Pssttt....sebenonya rumput ni dilarang pijak tapi saya pijak untuk beberapa saat, kira halal la ye. hahaha.... Jangan pelik tengok Qisya. Itu adalah geliat nak ais krim yang belum dapat. :D


#di English Garden. Pokok-pokok ros baru ditanam. Nanti kalau dah besar dan menjalar ke sana ke mari, lagi cantiklah taman ni.


#main cium-cium bunga kalau jumpa bunga ros.



#inilah ruang peringatan tu. Ada beribu senarai nama tentera-tentera yang meninggal dunia semasa perang dunia ke tertulis di dinding sebelah kiri. Muda-muda usia mereka semasa meninggal. Sedih pulak rasanya.



#mengambil gambar terakhir berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Alahai....menyorok la pulak dia.

Sebelum balik, kami rehat-rehat di kiosk sambil makan ais krim. Memang best la lepak kat Kundasang War Memorial ni. Ada banyak pokok cantik  untuk diambil gambar. Tapi tak dapat la saya nak uplod semua di sini. Yang ada ni pun seksa tunggu loading. huhu...


#walkway yang kemas dengan pokok hutan yang cantik. Alangkah ruginya kalau tidak dipelihara keindahan ini. Menapak turun dengan rasa sayu menandakan detik-detik meninggalkan Kundasang semakin hampir.

Sebelum memulakan perjalanan, kami meronda pekan kecil Kundasang dan membeli kuih untuk bekalan dalam perjalanan ke Kota Kinabalu dan mengisi minyak kereta. Makcik penjual kuih menunjukkan sekolah yang tidak lagi digunakan lebih setahun lalu kerana bakal dirobohkan angkara struktur yang tidak kuat akibat tanah runtuh. Sudahnya, ramai anak-anak Kundasang yang tidak bersekolah kerana sekolah menengah yang terdekat pun terletak di Ranau. Sisi gelap Kundasang yang tidak diceritakan. Semoga sekolah menengah di Kundasang, dapat dibina semula. Kasihan mereka.


#babai Kundasang! Ada jodoh bertemu lagi.

Kami meninggalkan Kundasang menuju ke Kota Kinabalu dengan rasa yang agak sedih. Entah bila dapat bertemu lagi dengan Gunung Kinabalu yang cantik menawan. InsyaAllah....suatu masa nanti jika dipanjangkan umur. Aamiinnn...

Part - 6
Part - 8


*bersambung...



Friday, 26 September 2014

Nasi Ambeng dalam dulang

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Jumaat yang berkat. Pagi-pagi ada officemate bawakan roti jala. Tak lama lepas tu, ada pulak yang belanja nasi ambeng. Makanan femes orang jawa. Tapi nasi ambeng kali ni bukan nasi ambeng yang biasa. Sedulang, ko. Tak tau pulak nasi ambeng ada yang dijual style dulang-dulang kat Shah Alam ni.


#saya mengangkat berdua dengan opismate nasi ambeng ni. Berat, weh...Macam ni la keadaannya saya angkut dari parking seterusnya naik lif ke tingkat 7. Bertutup daun pisang je. Masing-masing menjeling apakah yang berada di bawah daun pisang itu. hahaha...


#tadaa!!!!

Wah wah wah.......nampak sedap bangat!. Untuk yang belum maklum tentang nasi ambeng yang sangat popular di kalangan orang Jawa ni, nasi ambeng adalah gabungan makanan yang terdiri daripada nasi, mee goreng, serunding, sambal goreng, ikan masin bulu ayam dan ayam yang telah digoreng atau masakan lain seperti kari, masak kicap atau sambal. Haaa....untuk nasi ambeng kami ni, lauk utamanya ialah seekor ayam goreng yang dibelah 4.


#close up sikit nasi ambeng yang mabeles ni.



#inilah para penaja makanan hari ni. Terima kasih banyak-banyak... 


#tu dia...pinggan-pinggan yang menyerbu dulang. hahaha...



#ok. saya yang pakai tudung coklat. Khusyuk betul menikmati nasi ambeng yang sungguh lazat ini. Tak pandang kiri kanan dah! Terima kasih semua para penaja. Satu dulang berharga RM70  ni, hampir satu opis boleh makan. Rasanya memang sedaplah. Serunding pun memang terbaik. Lepas ni boleh order lagi.  


Err....sesiapa yang berkenan nasi ambeng dalam dulang ni, meh la letak komen bagitau nak ye. Nanti saya roger-roger balik.




Thursday, 25 September 2014

Percutian ke Sabah - Part 6 (Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang)

Assalamualaikum wbt...
bismillah...

Alhamdulillah dapat sampai ke sini. Tujuan utama ke Sabah! hehe..
Ladang lembu macam kat New Zealand ni namanya Desa Cattle Dairy Farm. Mesilau Highland pun ya juga. Tapi paling senang, panggil lembu Kundasang je kot. Tapi lembu bukan sebarang lembu, lembu ni dari jenis Holstein Friesian Cattle yang berasal dari Germany/Holland. Lembu yang diternak khusus untuk pengeluaran susu, macam tu. Tu sebab la bila nampak lembu di tanah tinggi, berlatatarbelakangkan gunung, ala-ala macam kat Europe jadinya. Cuba u olss bayangkan kalau lembu tu jenis lembu biasa kat kampung tu. Mesti tak berapa best, kan? hehe...

Lepas sarapan pagi, terus laju-laju ke sini untuk ambil gambar sementara gunung nampak terang benderang. Kecewa juga sebab tak nampak lembu. Tapi takpe, dapat backdrop untuk gambar family macam ni dah sangat puas hati.




# happyyyy....




#buah hati pengarang jantung mama...

Makanya, ambil gambar sepuas hati di sini. Semata-mata bergambar. Sebabnya, petang nanti dalam pukul 3 nak datang semula ke sini. Pada waktu tu lah sesi memerah susu mula dijalankan. Desa Cattle Dairy Farm ini adalah tempat yang sesuai untuk pembelajaran tentang pemprosesan susu dari mula hingga akhir. Sangat bagus untuk menambah pengetahuan sekeluarga. 



#mak dan anak sama naik je bab bergambo. hahaha...



#itu info bayaran masuk dan waktu lawatan. Model kecik wajib ada.



#nampak pokok ni. Rasa unik pulak. Menempel sekali la jawabnya. 

Petang tu selepas bertagal, kami datang ke sini semula. Ini la jalan Kauluan Kundasang. Jalan yang sama menuju ke Kundasang Inn dan seterusnya ke Mersilau Highland di mana terletaknya Desa Cattle Dairy Farm. Tak sabar nak berjumpa lembu-lembu tu.




#port wajib bergambar jika ke Desa Cattle Dairy Farm. Boleh pulak ada seketul batu besar yang menyambut kedatangan pengunjung ke sini.




#Budak ni pulak over excited asyik nak melompat je kerjanya. Nasib baik ada Mila yang rajin melayan.

Kami sampai di sini dalam pukul 3 petang. Cuaca dah mendung siap ada gerimis. Pemandangan dah berselubung kabus. Nasib baik dah datang waktu pagi tadi ambil gambar. Kalau tak, gambar kabus je la yang kelihatan.


#ramai sangat orang sampai susah cari parking. Sepatutnya nampak Gunung Kinabalu di depan ni. Tapi kabus je yang kelihatan. huhu...








#ini pun port wajib jbergambar juga ni. Pintu masuk utama ke ruang membeli hasil produk tenusu yang dihasilkan di Desa Cattle Dairy Farm ni.



#haaa....macam-macam ada di lobby ni. Susu segar ada. Yang berperisa coklat pun ada. Souvenir pun ada dijual di sini.



#Qisya kata ini mak lembu. Cantik mak lembu ni katanya lagi. hehe...

Saya membeli susu segar sekotak dan dua mangkuk aiskrim kat sini. Kongsi je dengan anak-anak.

#ais krim yang sangat yummy....

Sambil kami lepak-lepak makan ais krim, encik hubby dah bersantai-santai kat atas batu mengadap lembu-lembu yang makan rumput. Dia pesan suruh cepat datang ke situ kerana hari dah mula gerimis. Cepat-cepat kami ke kandang lembu. Aktivitinya tengok lembu dan bagi makan lembu dan kambing. Kalau nak menyusukan anak lembu, kena bayar RM1 kalau tak silap. Mungkin kos susu kot.


#ramai juga yang buat aktiviti menyusukan anak lembu ni.


#aktiviti bagi kambing makan rumput pun ada juga di sini. Seronok la budak-budak tu. Qisya kalau bab bagi makan kat binatang memang suka sangat. Garang pulak tu. "nah! makan! ambek ni, makan!" hahaha.....nasib tak tercekik kambing tu. 




#sebab saiznya besar sikit, Qisya jadi takut nak bagi makan lembu ni sendiri. Tapi dipaksanya Amsyar pulak yang bagi makan. Sibuk dia menarik rumput dan bagi kat Amsyar suruh lembu tu makan. hehe...



#dah gerimis sikit-sikit dah masa ni.


#pemandangan perjalanan pulang ke Kundasang Inn yang kelam. Sedih je rasa di hati nak tinggalkan Desa Cattle Dairy Farm ni. Entah bilalah akan sampai lagi ke sini. Sobs sobs...



#tapi balik ke Kundasang Inn, kat sini pulak budak berdua ni meneruskan aktiviti bagi makan kat binatang. Arnab la pulak, ye. Lantak korang berdua lah asalkan happy. Tapi sekejap je saya kasi can. Lepas tu saya perhambat pegi solat dan rehat. Nak kena keluar balik sebab nak pegi tempat dinner yang best. Kat mana? tungguuu....

Part - 5
Part - 7


*bersambung...



Wednesday, 24 September 2014

Percutian ke Sabah - Part 5 (Sabah Tea dan Tagal Sungai Moroli Kampung Luanti)

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Selepas mengisi minyak kereta dan mengisi perut di Ranau, kami meneruskan perjalanan ke ladang Sabah Tea. Excited sangat sebab teringatkan drama Dejavu di Kinabalu. Nak sangat tengok ladang teh Sabah ni depan mata.

Jalan menuju ke ladang teh Sabah ni tidak berturap tar. Jenuh jugalah merempuh jalan yang berbatu-batu tu. Tapi demi nak tengok ladang teh ni macam mana, kami gagahkan juga. Walau pun ladang teh Sabah ni tidak sekemas dan tersusun seperti ladang teh di Cameron Highlands, pemandangan tanah tinggi masih mengasyikkan, gitu. Kiranya tidaklah kecewa sangat. Sejuk-sejuk tanah tinggi tu masih terasa di Sabah Tea ni.

Dan kawasan tinjau pengunjung di ladang teh ni banyak anjing berkeliaran. Seriau jugak saya. Tak tenang dibuatnya. Makanya kami tidak berlama-lamaan di sini, cukuplah mengambil gambar dan membaca sejarah yang berlaku di sini


#boleh laaa....ye dak? Ok jugak la pemandangan dia.





#baca apa yang patut.




# encik hubby gigih membaca semua info.  Binik gigih bergambo. hahaha...




#kat kawasan tinjau pemandangan ni banyak wakaf disediakan untuk pengunjung. Ramai juga yang lepak-lepak dan berkelah di sini. Tapi saya adalah penakut dengan anjing, makanya tak dapatlah nak berlama-lama di sini.




#haaa......pemandangan yang dah biasa nampak, kan? Dalam drama dan iklan Teh Sabah. hehe... Macam ni la rupa dia tanpa edit.


#sebelum balik, singgah la kejap kat Cafe Teh Sabah ni rasa teh 3 layer dia. Harganya RM 5.50 segelas. Nasib baik ok rasa dia.





#tak lama lagi berturap la kot. Tak kisah pun terpaksa lalu jalan berbatu ni. Yang penting dapat tengok pemandangan cantik dalam perjalanan. Memang puas hati sangat.

Seterusnya kami bergerak ke Kampung Luanti. Dekat sangat la dengan pintu nak masuk ke Sabah Tea ni. Tak sampai 500 m pun. Lega betul dapat jimat masa perjalanan. hehe...

Apa yang ada di Kampung Luanti ni? Kat kampung ni ada Sungai Moroli yang menggunakann sistem TAGAL. Mereka memanggil tempat ni Tagal Luanti Sungai Moroli. Tagal ialah satu sistem di mana ikan di sungai tidak boleh ditangkap pada satu-satu bahagian sungai atau pada satu-satu masa. Tagal yang diperkenalkan Jabatan Perikanan Sabah akan menyaksikan penduduk kampung sendiri yang menguatkuasakan peraturannya. Untuk tagal di Sabah, Kampung Luanti adalah paling berjaya dan terkenal kerana kejayaan mereka mengekal dan membiakkan ikan sungai seperti ikan kelah yang saya lihat sihat-sihat belakanya.



#ok. ini bayaran masuk dan peraturannnya. 15 minit sahaja.



#Mila posing dengan buah tarap yang masih di pokok. Memang banyak sangat la pokok ni di Sabah. Tumbuh sendiri atau ditanam, tak pasti pulak saya.



#tempat tumpuan pelancong, seperti biasalah. Banyak gerai menjual souvenir dan makanan ringan.

Banyak aktiviti juga di Tagal Luanti Sungai Moroli ni. Kalau tak minat nak merendam kaki dengan ikan, ada jungle trekking...river trekking...berkhemah...karaoke (orang Sabah suka menyanyi)...menaiki jambatan gantung dan white water rafting. Kadang-kadang ada persembahan tarian tradisional Sabah. 

Hmmm.....saya tak berkesempatan tengok orang Kadazan menari sumazau.

#ha. ini satu lagi port wajib ambil gambar.

Selepas membeli makanan ikan dan menunggu giliran untuk masuk dipanggil, dengan over excitednya terus mendengar arahan cara-cara memberi makanan ikan di Sungai Moroli oleh petugas tagal ini. Tak sabo nak bagi makan dan nak rasa spa istimewa oleh si ikan kelah.* sedapnya ko kelah woiii....


#wah wah waahhhh.....mocik teruja!!



#air Sungai Moroli yang super bersih dan jernih. Ikan kelah yang saya rasa nak sauk je buat bako. Cicah pulak dengan air asam. perghhhh.....


#memang tak menahan muka mocik yang over excited nih... hahaha...



#mula-mula masuk, ikan yang kecik-kecik datang. Arghhhh geli! geli! Tak tahan rasa macam nak melompat je. Sekali datang yang besor-besor tu. Ngap! Hoihhh.....sakit lah! Digigitnya kaki saya. Hampeh betul. Memang terus melompat keluar la jawabnya tak masuk dah. Nasib baik takde sauk. Selamat ko, ikan oiii.....


#anak dengan bapak yang bertindak bijak. Dua-dua tak berani nak jejakkan kaki ke dalam sungai. Masing-masing bagi makanan ikan dari tepi je. Haihhh....buat rugi je bayo. 


#memang meriah. Yang pelik tu, bukan cuti sekolah tapi semua tempat kami pergi, kemain ramai orang. Macam mana kalau waktu musim cuti sekolah gamaknya ye. Musykil jap.



#inilah pemandangan Sungai Moroli yang cantik. Suka sungai-sungai di Sabah. Semuanya cantik-cantik dan jernih airnya.

Si Qisya buat perangai masa nak balik. Ditelannya gula-gula getah. Adoiii....apa la jadi kat dalam perut tu. Nasib dia tak apa-apa. Panik kejap dibuatnya.


#bergerak pulang ke Kundasang untuk ke Desa Dairyfarm pulak.

Ingat nak menyinggah semula ke Kinabalu Pine Resort tapi tak berkesempatan sebab ada tempat yang lagi utama dan wajib untuk singgah.

Part - 4
Part - 6


*bersambung...