Friday, 31 October 2014

Percutian ke Sabah - Part 12 (Jalan-jalan cari makan)

Assalamualaikum wbt...
bismillah...

Mula-mula beritahu rancangan trip ke Sabah ni kat kawan-kawan, ramai la yang bersuara bagitahu makanan kat Sabah tak sedap. Boleh kata hampir semua bagitau pendapat yang sama sampai seriau saya dibuatnya. Mana la tau kot-kot anak-anak buat ragam tak nak makan. Tu yang bawak bekalan sampai satu beg penuh tu. Biar la orang kata tahpape pun, yang penting saya mengamalkan prinsip sediakan payung sebelum hujan, kekdahnya. hehe...

Bab makan-makan ni adalah amat penting apabila trip tu melibatkan family. Ada anak-anak kecik pulak tu. Kalau kita sorang-sorang tak kisah pun. Bantai maggie hari-hari pun takpe, ye dak?

Tapi di Kundasang tak susah pun cari makan sebenarnya, kalau tak nak makan di kedai makan, kat sana KFC pun ada. Untuk dinner malam pertama di Kundasang, kami makan nasi tomato dan nasi bryani Ibrahim je. Beli KFC dinner plate satu. Makan awal, tido pun awal sebab di Kundasang tiada aktiviti malam. Simpan tenaga sebab esoknya nak berjalan sehari suntuk.

Untungnya saya, kawan baik saya yang tinggal di Sabah memberitahu tempat makan tersedap di Kundasang. Memang mabeles menu-menu kat situ. Harga agak mahal tapi saya sangat puas hati. Semua sedap. Dan untuk info u olss, kek-kek di situ lebih sedap dari Secret Recipe!


New York cheesecake yang masih teringat-ingat. Fresh sungguh rasa keknya. Tak muak.

Nama tempatnya ialah Nabalu Lodge Cafe.
Ini Nabalu Inn bersebelahan dengan Nabalu Lodge Cafe. Datang awal kalau nak dinner di sini, parking asyik penuh je. Hari pertama, saya dah survey dulu nak tengok tempat ni macam mana.



Menggigih snap gambo tapi tak duduk makan. Haru betul. hahaha...

Esoknya, inilah dinner kami. Mila pulak order steambot. Untuk 2 orang makan, harga set steambotnya ialah RM30. Mila kata ok sebab dia memang biasa makan steambot. Maaf, gambar tidak disertakan.


Antara yang selamat dah masuk perut. Hahaha...


Haaa.....ini la view dalam Nabalu Lodge Cafe ye. Sambil makan boleh tengok pemandangan Gunung Kinabalu dan Kundasang yang cantik menawan.


Di Desa Cattle Dairy Farm, menu wajib dicari ialah aiskrim yang diperbuat daripada susu segar yang sangat lemak berkrim. Sesiapa yang sampai ke sini tapi tak mencuba aiskrim adalah satu kerugian. 



Lunch kami di sebuah restoran di pekan Ranau. Uniknya nasi campur di sini, mesti disertakan dengan sup. Ambillah lauk apa pun, sup akan mengiringi. Wajib kot. Rasanya? Alhamdulillah. Tidak seburuk yang disangka. Boleh makan. Boleh telan. Habis pun satu pinggan. hahaha... Kesimpulannya, bukan orang Sabah masak tak sedap tapi selera tekak tu yang tak sama. Orang Melayu kalau sambal tak pedas, kalau kuah tak pekat, kalau gulai lemak kurang santannya...itu kategori tak sedap. But for me, everything is ok. Kalau banyak komplen, silalah masak sendiri. Boleh???

Disebabkan saya pencinta buah-buahan, saya mestilah mencari buah yang tak jumpa di Semenanjung. Di Sabah, tarap boleh didapati di semua pasar. Tepi-tepi jalan pun ada jual. Senang jumpa la kiranya. Harganya di antara RM 4- RM 5 sebiji. Buahnya rasa lemak manis dan fresh. Takde serabut-serabut macam cempedak tu. U olls wajib cuba. Alang-alang berjalan, explore apa yang boleh.

Buah tarap.



Yang ini durian hutan. Di Semenanjung, biasanya orang asli Cameron Highlands yang dok jual buah ni. Rasanya taklah sedap mana. Isi nipis. Melekat-lekat pulak tu. Tapi nak mencuba punya pasal, gigih la saya dan Mila membeli buah ni.

Di Kota Kinabalu, saya masak sendiri di apartment Marina Court. Geram sangat tengok ikan-ikan segar di Pasar Filipina. Murah pulak tu. Ikan goreng celup tepung pun dah sedap sangat sebab guna ikan fresh.



Macam-macam ada di Pasar Filipina.



Angkut ikan bawa balik masak kat apartment untuk dinner malam pertama di Kota Kinabalu.



Kuih cincin dan amplang berlambak-lambak dijual di pasar Filipina. Kalau terlepas peluang nak beli semasa di Kundasang, jangan susah hati sebab di pasar Filipina ni nak angkut banyak mana pun boleh. Syaratnya bayar. Hehe...



Seafood memang banyak pilihan. Tapi risiko sendirilah ye. Pilih kedai yang bersih dan harga yang berpatutan. Salah pilih kedai, kang terpaksa pulak angkut polis sebab tak puas hati pasal harga. Untuk seekor lobster dalam gambar di atas, harganya ialah RM180. Boleh makan satu family sebab beratnya hampir 2 kg.



Dan adalah wajib untuk saya mencuba kuih-muih Sabah.  Atas sekali, banana Q (haihh...mat saleh la pulak namanya). Serius sedap. Pisang abu yang digoreng bersira. Yang macam ais krim tu kuih pasung. Rasanya macam bingka tepung gula merah. Yang berikat tu namanya 'patulakan'. Manis juga tapi takde la manis sangat macam kuih-muih Kelantan. 

Yang berbungkus plastik warna putih tu 'daral'. Rasanya macam kuih ketayap. Tepung dadar di dalamnya berinti kelapa gula merah. Yang depan sekali tu 'pitis'. Rasanya ala-ala kuih lepat ubi. Warna purple. Agak ngeri di situ. hahaha.... Over all, semua boleh masuk kat tekak saya ni. Tak kecewa. Banana Q tu repeat beli sebab sedap. Harganya 50 sen sebiji.


Golden Seafood Kota Kinabalu.

Malam kedua kami di Sabah, ingat nak try seafood di Pasar Filipina, tapi my second cousin jemput dinner kat Golden Seafood Kota Kinabalu la pulak. Kekdahnya, pilih dulu hasil laut di akuarium. Pastu bagitau la nak masak apa. Alaa.....cara biasa la kalau nak makan seafood. Bezanya cuma ikan hidup atau ikan mati je. Tapi ikan hidup mestilah lebih mahal. huhu.....


My second cousin merangkap best fren sejak kecik. Tq Ema... 

Ada lagi tempat makan best di Kota Kinabalu. Gayang Seafood, Tanjung Lipat, Water Front, Anjung Senja dan lain-lain. Boleh google kot. Ramai dok cerita. Lagi satu Restoran Malindo pun ok juga. Berhampiran Api-api Apartment. Nasi campur ada, goreng-goreng pun ada.


Kalau rasa nak jimat, bawa la bekal. Tak de la asyik sibuk je nak kena cari tempat makan. Tak gitu?



Monday, 27 October 2014

Resepi Mangga Asam Boi

Assalamualaikum wbt..
bismillah..

Hari ni tetiba rasa teringin nak buat mangga asam boi. Balik kerja je terus laju-laju pergi kedai runcit berdekatan rumah untuk mencari mangga muda. Kedai runcit aceh ni selalunya nak cari bahan-bahan masak ni boleh kata semua ada. So, memang jumpa la mangga muda kat situ. Saya beli mangga muda jenis isi putih yang rangup dan lemak tu.

Tapi malangnya takde la pulak asam boi. Menggigih cari sampai kedai runcit ke 5 baru jumpa asam boi! Hahaha...asam boi memang laris lately!

Sampai je rumah terus laju-laju masak dinner. Time tu la jiran hantar 5 biji mangga chokanan muda. Wah! Rezeki. Terus teruja nak potong-potong mangga untuk dibuat mangga asam boi. Gigih, ko!

Tada!

Inilah hasilnya. Sodap!

Resepi mangga asam boi versi Yana Halim ialah:

4 biji mangga lemak muda (kulit hijau pekat)
5 biji mangga chokanan muda
1 sudu kecil garam
3 sudu makan gula pasir
10 biji asam boi
5 biji cili padi merah

Cara-caranya:

Potong mangga muda bentuk kepingan dan hiris cili padi. Campurkan semua bahan dan gaul sebati di dalam besen. Masukkan dalam balang. Seterusnya simpan di dalam peti ais beberapa jam sebelum dimakan.

Masa makan tu jangan sampai tak sedar diri pulak. Kang sakit perut jangan salahkan saya, tau! 


Thursday, 23 October 2014

Percutian ke Sabah - Part 11 (Kota Kinabalu)

Assalamualaikum wbt...
Bismillah...

Hari terakhir kami di Kota Kinabalu masa dihabiskan dengan shopping kat Pasar Filipina dan ronda-ronda tempat menarik di Kota Kinabalu. Haihh...betul-betul rasa tak cukup masa. Nasib baiklah pada hari sebelumnya dah survey dulu barang-barang yang nak dibeli untuk dibawa balik ke Semenanjung. Makanya dapat jimat sikit masa pada pagi tu sebab terus tuju kedai yang dah set nak pergi je.

Mula-mula pergi ke tempat hasil laut yang dikeringkan. Nama pendek, ikan masin. hehe...
Macam-macam harga ada, tau. Pandai-pandalah menawar untuk harga terbaik. Kat sini saya memborong ikan bilis. Harap-harap boleh tahan setahun. hahaha...


Macam-macam hasil laut ada. Pilih je la. Memang puas hati sebab semuanya nampak berkualiti.



Tengok harga dia! Pitammmsss...


#aiyyooo....manyak gemuk ini gamat! Memang besor. Scary pulak tengok bentuk dia. hahaha...



Sebelah ikan masin, kedai jual jajan-jajan femes kat Sabah nun. Kuih cincin dan amplang. Makanya tertunailah hasrat di hati yang teringin nak angkut kuih cincin banyak-banyak bawak balik. Kan dekat pasar Nabalu hari tu tinggal sebungkus je? Haaa....kat Pasar Filipina ni, nak angkut berguni bawa balik pun takpe. Amplang saya tak minat. Kuih cincin, berbungkus-bungkus saya beli kat sini.



Lepas tu cari set mutiara, ye. Adalah pelik kalau pergi ke Sabah tak beli mutiara. Kat sini saya belikan mak dan mak mertua saya gelang mutiara warna pink lembut. Sama sebijik. Adil, kekdahnya. Pastu gelang untuk Qisya dan saya seutas seorang. Jadik la ye. Tapi dapat jugak la present dari encik hubby, gelang dan cincin mutiara kelabu yang diikat suasa. Tq hasben! Awal beno dapat hadiah anniversary. hehe....



Dah habis shopping, gerak menuju ke destinasi yang idamkan. Pemandangan menuju ke sana amatlah mengasyikkan. Wehh...serius cantiklah Sabah ni.



Pohon nyior yang melambai-lambai. ecewahh...



Pohon rhu yang menari gemalai. Ecewaahhh.......




Akhirnyaa...... tada! Inilah dia Menara Tun Mustapha atau Menara Yayasan Sabah. Ini destinasi wajib singgah sebab sejak zaman sekolah, kalau nak menggambarkan Sabah, mesti ada bangunan ni. Kalau tak tunjuk bangunan ni macam tak sah. Macam tu la saya, kalau tak singgah dan bergambar dengan bangunan Menara Tun Mustapha ni umpama lawatan saya ke Sabah tak sempurna. Poyo tak? Kah kah kah.....
Suka ati laa...yang penting mocik dah sampai dan puas ati gilak! ngeee....


Destinasi seterusnya sebelum ke Terminal 2, kami singgah lepak di Pantai Tanjung Aru. Mak aiii, kemain panjang la pantai Tanjung Aru ni sampai ada 3 kawasan. Kami pilih yang hujung berhampiran resort apa entah. Tak ingat la pulak. Memang sunyi je kat sini.


Dulu-dulu segan beno nak tepek gambo sendiri, sekarang ni hentam la labuuu...... hahaha. Cuaca agak mendung. Tu yang gambar-gambar pun nampak sendu je. Nak edit tak berkesempatan, ye. Mocik busy. Ini pun menggagah taip sementara nak pergi tunggu ke tapak projek trek basikal.



Pada saya, pantai Tanjung Aru ni tak bersih sangat. Tak berapa selera nak mandi kat sini.



Seekor ikan todak yang tersadai. Yang ni kecik je. Macam mana kalau besar dan banyak? hmmm...terbayang cerita Melaka dilanggar todak la pulak. huhu...


Dah puas lepak di Pantai Tanjung Aru, kami pun bergerak ke Terminal 2 Airport. Rupanya ada 2 terminal kat KK ni. Untuk airAsia, guna Terminal 2. Kecik la airportnya pun... Tapi ada juga kedai yang menawarkan pembukusan hasil laut. Kalau nak bawa lobster balik, singgah dulu kat sini.


Memang kecik dan kedai pun tak banyak tapi masih boleh shopping saat-saat akhir kat sini sebab harga mutiara yang ditawarkan lebih kurang sama je dengan yang terdapat di Pasar Filipina.
Flight pukul 5.20 ptg. Akhirnya tamat juga perjalanan kami di Sabah. Babai Sabah. Nanti jumpa lagi, ye. Sobs sobs....

Part - 10
Part - 12
* bersambung...




Thursday, 16 October 2014

Seorang Makcik dan kerepek seaweed

Assalamualaikum wbt...
Bismillah...

Sebelum ni tak pernah sibuk nak hapdet blog semasa bercuti. Inilah buat pertama kalinya entri dihapdet dari destinasi percutian sekeluarga di Langkawi angkara terkenangkan satu insiden yang berlaku di pejabat beberapa hari lepas.

Siapa rasa dia tahu banyak mana pahala dia dah kumpul? Sila angkat tangan. Kompem tak tahu, ye dak? Begitu banyak perkara yang boleh mendatangkan pahala walau sebesar zarah, tapi kadang-kadang Allah swt post sesuatu atau insan untuk menguji kita seterusnya menambah dosa yang bertimbun tanpa sedar.

Begitulah yang terjadi beberapa hari lepas apabila pejabat kami 'diserang seorang makcik'. Eh...bukan serang maki hamun tu, tapi dia datang menjual kerepek rumpai laut dengan cara yang sangat brutal! Memang buat kitorang tercengang habis! Caranya dia letak siap2 dua tiga balang atas meja setiap orang, lepas tu paksa beli.

Paling tak boleh blah, siapa yang tak layan promosi kerepek dia tu, dia baling kerepek atas meja beserta ayat "Aku benci orang yang menyombong!" Hahaha.... bila ingat balik boleh ketawa terbahak-bahak dibuatnya. Brutal sangat kot! Sudahnya, bila makcik tu pergi je, kitorang pun terus mengumpat berjemaah.

Tetiba ada rakan opis yang bersuara, kita ni pahala susah nak kumpul. Tapi dosa tu senang sangat la pulak dapatnya. Tengok la ni, Allah swt pos sorang makcik je, kita dah dapat dosa mengumpat. Astaghfirullahaladziim....tanpa sedar tu!  Kaaannn??? 



Err ....lagi satu sebab teringat kerepek tu yang tertinggal di opis. Kot- kot balik dari bercuti, tinggal balang je. Hahaha...

Tapi memang sedap pun kerepek makcik tu. Nanti kalau dia datang opis korang, beli je la. Jangan banyak songeh kalau tak nak kena baling dengan kerepek. Kah kah kah...



Wednesday, 15 October 2014

Percutian ke Sabah - Part 10 (Pulau Manukan)

Assalamualaikum wbt....
Bismillah...

Hari kedua di Kota Kinabalu, perancangannya nak pergi ke Pulau Manukan. Pagi-pagi lagi siap-siap masak untuk bawa bekal berkelah. Seperti biasa, masak yang simple-simple saja. Rasa lagi best berbanding yang beli siap. Masa ni saya masih trauma lagi dengan cerita-cerita kawan yang masakan di Sabah tak sedap. hehe... (jangan kecik ati ye orang Sabah...)

Jalan menuju Jesselton Point tempat di mana menjadi pengkalan bot untuk ke pulau-pulau berdekatan adalah sangat mudah. Jalan lurus dari Marina Court yang melalui Pasar Filipina tu sampai nampak pintu gerbang ni. Depan sikit ialah tempat parking untuk pengunjung-pengunjung pulau.


Pintu gerbang Jesselton Point.




Kalau tak  membawa sebarang bekalan pun tak apa, jangan bimbang sebab di sini terdapat banyak gerai yang menjual makanan. Belilah di sini kerana di pulau-pulau nanti, harga makanan adalah agak mahal.





Kat sini banyak syarikat yang menawarkan bot untuk ke pulau Sapi, Manukan dan Mamutik.  Pilih saja yang berkenan di hati. Kami memilih Manukan disebabkan pulau ini adalah yang paling cantik dan besar. Harganya ialah RM 30 seorang. Untuk pergi ke pulau lain, tambahan RM10 dikenakan untuk setiap orang.




Inilah budak yang paling penakut semasa di dalam bot. Tapi memang kemain laju la botnya pun, tudung macam nak terbang dibuatnya, terlantun-lantun sampai sakit dada juga dibuatnya. Yang mat saleh kat depan kitorang dah suruh driver bawak slow. Yang si Qisya ni lagi menyorok dalam life jaket. Dok senyap sunyi je dia tak berkata apa. Nampak sebelah bijik mata je. hahaha...



Sampai je ke Pulau Manukan, masyaAllah. Jernihnya air! Nampak segala ikan yang berenang di tepi jeti.




Inilah rupa jeti di Pulau Manukan.



Ini pulak rupa bentuk Pulau Manukan dari pandangan udara. Saya tepek gambo snap kat kaunter je sebab saya tak naik helikopter ke sini. kah kah kah...




Harga masuk berempat ialah RM8. Sila berlapang dada sebab ini adalah kos pemuliharaan pulau-pulau ini.


Kat Pulau manukan ni pun banyak chalet dan rumah untuk disewa. Tapi harganya adalah agak mengerikan. Mahal bebeno!


Perjalanan menuju meja piknik pilihan hati. Kat depan tu warung makanan di Pulau Manukan. Ada pelbagai lauk-pauk dijual di situ.


Aiiiyooo....dah bertahun tak bersnorkeling. Kat sini saya sewa dengan budak ni. RM 10 satu snorkel.


Ramai mat saleh kat sini. Dah tua2 pun kemain pakai bikini. Lawak pulak rasa nengoknya. hahaha...


Ini budak memang anak manja abah. Sikit-sikit nak abah.


Ini view meja-meja piknik dari arah pantai. Selesa, kan? tak payah nak angkut tikar bagai. Barang-barang boleh terus letak je atas meja. Nak pantau pun senang.


Sesi berjimba pun bermula.


Mocik dah lupa cara-cara nak guna snorkeling. Epic fail! hahaha...

Yang sedihnya, batu-batu karang di Pulau Manukan ni dah mati. Macam mana nak hidup kalau terlalu ramai pelancong dan tercemar. Sedih, kan? Makanya yang kami snorkel hanyalah ikan-ikan yang pelbagai warna. Rasa geram macam nak sauk je. 

Nak snorkel ke arah batu karang yang dah mati tu, tak berapa berani la pulak. Banyak landak laut, wooo. Kalau terpijak tu memang azab la jawabnya.


Comel cara pelampung keselamatan ni diletak. Terang dan jelas dilihat dari pantai.



Ini bekalan kitorang. Seperiuk nasi, sotong goreng kunyit berkuah, ikan kembung masak lemak cili api, telur dadar sayur dan ikan goreng celup tepung. Buah-buahan tak dilupa macam buah pisang, durian, durian belanda dan buah tarap.



Sambil-sambil makan, mari tengok gelagat pelancong asing dari Korea ni.


Punya lama mamat ni berbaring tengah panas ni. Amsyar yang berendam dalam air pun kena sunburn (kes tak pakai sunblock), inikan dok tido tengah-tengah panas terik ni. huhu...



Awek-awek Korea yang sakan berposing di tepi pantai. Syok pulak cuci mata. hehe..


Macam tak sah tak ambil gambar pokok. Ini pokok rhu atau nama saintifiknya Casuarina Equisetifolia. Cantik sangat pokok-pokok rhu kat sini. Semuanya sesuai dibina rumah pokok sebab ada dahan-dahan yang besar dan rendah.



Perjalanan balik singgah sebentar di Pulau Mamutik kerana nak menambah penumpang yang ingin pulang . Kecik je pulaunya. Pantai pulau macam tak berapa landai. Hmmm....nasib baik tak pilih pulau ni.


Kisah sedihnya di sini, Amsyar terkena sunburn sampai kena bawa ke klinik. Tak pernah lagi seumur hidup ni tengok orang kena sunburn ni macam mana. Kesian kat Amsyar. Rasa bersalah sangat di hati bila terkenangkan Amsyar sampai menggelupur menahan pedih. Macam mana la mama lupa nak sapu sunblock. Ini pengajaran ye u ols, pastikan sapu sunblock kalau ingin bermain di pantai.

Balik dari Pulau Manukan, saya dan Mila meronda lagi sekali Pasar Filipina. Nak cari souvenir untuk family dan kawan. Lepas tu cari makanan Sabah. Tapi itu entry lain ye. Citer bab-bab makan, ni best. hehe..

Lagi satu cerita tak berapa nak best, Marina Court tak ada air la pulak. Terpaksa kitorang mandi di Masjid negeri. Lepas tu kawan merangkap dua pupu saya yang tinggal di Sabah, menjemput kami makan di restoran seafood yang terkenal di Sabah dan singgah di rumahnya. Hari yang paling memenatkan di Sabah kot tapi saya syukuri segalanya.

Part - 9 (Kota Kinabalu)
Part - 11


*bersambung...