Tuesday, 16 December 2014

Percutian ke Yogyakarta / Jogja - Part 7 (Candi Plaosan)

Assalamualaikum wb...bismillah...

Hari kedua mari teruskan menambah ilmu walaupun kepenatan sudah mula menjengah rasa. Selepas makan dan solat, Mas Slamet membawa kami ke Candi Plaosan. Candi ni dekat je dengan Candi Prambanan yang sangat popular tu. Lebih kurang 1 km je dari Candi Plaosan ni. Tapi disebabkan kami membuat keputusan untuk tidak masuk ke Prambanan angkara tiket Unesco yang mahal bebeno tu, lepak di Candi Plaosan je la. 

Candi Plaosan ni adalah candi kembar. Candi Plaosan Lor (Utara -  menggambarkan tokoh-tokoh perempuan) dan Candi Plaosan Kidul (Selatan - menggambarkan tokoh-tokoh lelaki). Ini dikira candi cintan cintun juga ni. Sebabnya candi ini dibina oleh Maharaja Rakai Pikatan yang beragama Hindu untuk isterinya yang beragama Buddha. Candi-candi di Yogyakarta ni ada yang untuk agama Buddha dan Hindu. Bezanya  candi Buddha ada stupa. Cuma nampak lebih kurang sama kerana ada persepakatan agama di antara Hindu dan Buddha pada zaman itu. 

Tidaklah dapat saya nak tulis nama prasasti-prasasti  Mataram kuno ini. Kemain panjang la nama masing-masingnya pun... Dalam bahasa sanskrit pulak tu. Lap peluh nak menaip ni. hehe... Cukuplah kita tahu, orang dulu-dulu ni sangat mengagungkan cinta. Kalau saya berada di situ ketika saya dah tahu, mesti touching kot. Konsepnya, kau cinta orang...kau cinta Tuhan. Macam tu la juga untuk sesiapa yang belum temu jodoh tu, cintailah Allah dulu supaya Allah temukan dengan orang yang cinta Dia juga. Eh?? Tetibe... hahaha...



Berusia lebih 1000 tahun, lumrahnya tiada yang kekal. Runtuhan-runtuhan candi di Plaosan ini bagaimanalah gamaknya kalau sempurna, ye. Ni kalau Unesco ambil alih jugak, habislaahh. Mahal pulak la harga tiket nak masuk ke sini.




Nampak beno muka letih masing-masing. huhu...




Inilah warna tanah Jogja. Hasil dari gunung Merapi. Persekitaran candi-candi terpaksa selalu dibersihkan daripada debu volkanik kerana ia boleh merosakkan batu bahan binaan candi.




Macam mana nak susun balik ni? Hadoii.....sayangnya..




Saya masih hairan bagaimanalah orang zaman dulu membina semua ini. Ukuran tepat dan boleh dibina sempurna tanpa autocad. Kerdilnya rasa dengan ilmu Allah yang sangat luas.



Kami tak berani masik pun. Tengok dari luar sahaja. Ada patung Buddha juga di dalam candi ini.



Papan keterangan di Candi Plaosan Lor. Semua patung adalah berbentuk patung perempuan.




Dari Candi Plaosan ni boleh nampak Candi Prambanan iaitu candi untuk agama Hindu. 




Sinetron di Jogja. hehe....



Ini la kerja kitorang kat sini. Nak masuk tak berani. Ambil gambar je la. 




Vintage la sangat. 

Balik dari Candi Plaosan, bertolak pulang ke Malioboro terus. Ronda-ronda dulu jalan Malioboro sambil beli barang sikit-sikit. Hilangkan lelah sambil minum-minum di sebuah restoran ala Secret Recipe yang cantik betul interior designnya. Macam resort. Tapi tu la, tak bersnap pulak gambarnya. Balik hotel, makan maggie je. Konsep percutian bajet kononnya. Gitu la adanya. Jimat selagi boleh jimat. hehe..

Jogja - Part 8
Jogja - Part 6

*bersambung....

Monday, 15 December 2014

Jeruk Maman


Assalamualaikum wbt...bismillah..

Balik kampung baru-baru ni tengok mak tanam banyak pokok maman. Kali ni tanam bukan untuk makan sendiri tapi buat jeruk dan dijual. Kemain mak saya ni. Ada je idea nak buat itu ini yang mendatangkan duit. Jeruk mamannya memang mendapat sambutan hebat. Sampai ramai yang datang ke rumah mencari jeruk maman. hehe...




Tapi terus terang bagitahu, saya tak makan yang jeruk begini. Belum mampu nak cuba sebab tak tahan baunya. Kalau yang dah dibuat masak lemak dengan ikan sungai, layan la pulak. Memang sedap sangat, wehhh. Nanti sesiapa mengidam, silalah cari di pasar. Mak saya di Kuala Kangsar nun. huhu...



Wednesday, 10 December 2014

Wet World Shah Alam


Assalamualaikum wbt...bismillah...

Sebenarnya saya dah beberapa kali ke Wet World Shah Alam ni. Tapi belum cerita lagi tempat ni macam mana di blog sendiri. Baru-baru ni, saya dan anak-anak berkesempatan hadir untuk Hari Keluarga MBSA 2014 di sini. Memang sangat sesak sebab staff yang memang dah ramai, angkut pulak family. Haa...macam tu. Tapi takpe. Katanya beramai-ramai ni sangat syok la kan. Boleh kenal staf-staf jabatan lain yang sebelum ni belum pernah bertegur sapa. So, kat sini bolehlah kita ber hai-hai ber bye bye. :D


Ini la rupa pintu masuk ke Wet World Shah Alam ya. Kalau tak jumpa view macam ni, itu bukan pintu la tu. Memang tak masuk la jawabnya. hehe...



Sebab dah selalu jadi kaunter pertanyaan, ini saya tepek  jadual waktu operasi dan harga tiket masuk. Sila tenung betul-betul. Anak-anak tak ikut umur ye. Ikut tinggi. Ukur dulu tinggi anak masing-masing sebelum beli tiket masing-masing.



Ini kaunter check beg ye.


Ini pulak tempat berfoto-foto. 


Kat sebelah tempat ambil gambar tu, ada kedai jual peralatan untuk bermain air. Kalau tak ada baju nak mandi ke, kat sini ada dijual.


Adoiii.....sesak betul. Tapi ini sebab MBSA punya Family Day. Kalau tak tu, takde la ramai macam ni.



Dah ada pondok-pondok yang dipanggil Cabana untuk disewa. Boleh baring-baring baca magazine sambil tunggu anak-anak main air.



Beginilah suasana slide dan kolam utama. Meriah betul.




Makin menarik Wet World ni. Dulu-dulu takde feel pun bila masuk ke sini. Kali ni pergi, macam syok la pulak. Ke sebab ramai orang? Entah. Korang datang la pulak feel sendiri macam mana.




Wow....ini memang sangat mengujakan. Bikin gumbira ni.



Memang nampak happening, kan?




Best sangat si Amsyar.




Yang mamanya keboringan menguis ayam KFC sorang-sorang sambil menunggu beg. Tak boleh ikut berendam sebab encik hubby tak ikut serta.



Menarik sangat ni. Nanti nak pergi lain. Nak ikut berendam sekali. hehe...



Si Qisya yang syok main air sorang-sorang. Sekejap baring, sekejap sujud. Adooiiii.... Suka ati la adik oii, yang penting jangan buat ragam. Stress mama, tau tak??




Saja nak kabor yang kali ni masuk free. Kalau ada yang kata saya tunjuk gelang, suka ati la. Kecik je pon. hahaha....




Friday, 5 December 2014

Percutian ke Yogyakarta / Jogja - Part 6 ( Waroeng Raminten)

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Kalau orang lain, google dulu tempat tu baru pergi dan kemudian review. Yang saya pulak, pergi dulu...review, lepas tu mengagau tanya mr google masa nak tulis entri. Punya sengal la bloggernya puunn. Sudahnya, meroyan merata tanya kat kawan-kawan. Betul ke macam tu. Betul ke macam ni. hahaha...

Ini pengalaman saya menulis entri yang ini. Waroeng Raminten yang sangat popular di Jogja di mana ia menjadi kulinari wisata Jogja atau sajian pelancongan. Waroeng Raminten ini seperti menjadi destinasi wajib para pelancong ke Jogja untuk singgah dan mencuba menu di sini.

Mula-mula sampai di parking, dah terpampang papan tanda yang sangat besar dengan gambar seorang perempuan yang berkebaya Indonesia. Ya. Saya memang ingat beliau adalah perempuan kita saya berada di sana. Dalam hati saya cuma terdetik, hmmm....ini mesti golongan bangsawan Indonesia yang super kaya macam yang biasa saya lihat di sinetron. Biasa la muka kerek-kerek macam gitu. hahaha..... lagi pun, kebanyakan perusahaan di Jogja, suka sangat la tepek muka para pemiliknya. Memang kelakar bila tengok kebanyakannya. Unsur-unsur humor penting kot untuk tujuan pelaris produk. Takpe. Kita sangka baik. :D



Bukan setakat restoran, bakpia pun ada. Macam-macam la pulak Waroeng Raminten ni bisneskan. Kami dibawa ke tempat ni oleh Mas Slamet selepas pulang dari naik jeep ke kaki Gunung Merapi. Makanya, kami memang tengah kelaparan kot. Memang tak fikir apa-apa pun tentang tempat ni melainkan tujuan utama nak makan tengah hari dan solat. Mas Slamet ni memang bagus la. Jenis yang amat ambil berat pasal solat. 

Apa yang menarik tentang Waroeng Raminten ni? Ini restoran yang terbaik di Jogja dari segi landskap dan pameran budaya setempat. Feeling macam makan kat istana Keraton gitu. 





Ini pintu masuk ke Waroeng Raminten bagi cawangan Kaliurang. Keunikan utama restoran-restoran tersohor Jogja, tempat memasak di bahagian depan sekali berhampiran pintu masuk dan ruang makan pengunjung pula terletak di bahagian belakang. Saya suka pintu masuk ni. Ala-ala nak masuk ke tempat yang misteri gitu. Diapit dua patung di kiri kanan pintu di kebanyakan tempat di Indonesia, rupa- rupanya ia adalah sebagai lambang kebaikan dan kejahatan. Mungkin untuk meneutralkan persekitaran kot. Ada baik dan ada jahat, gitu. Saya ni dah main kot-kot je dah. Tak sempat nak tanya orang dah. hahaha....




Antara ruangan tempat makan di Waroeng Raminten. Boleh tersasul salah tengok di antara patung-patung dan manusia. hehe....Banyak sangat la patung-patung kat sini. Hiasan dalaman penuh dengan peralatan kesenian kesultanan Mataram. Siap dengan iringan muzik Jawa sekali. Nasib baik siang dan terang benderang. Kalau malam-malam, suasana malap dengar pulak lagu / muzik Jawa yang dipanggil Gendhing Jawa ni, mahu saya tak senang nak makan dibuatnya. Mesti ushar sekeliling sebab rasa scary...hahaha...


Patung-patung abdi dalem pun ada kat sini, u olss... Macam bukan patung! huhu....




Waahhh.....terkesima kejap kitorang ni. Cantiknya landskap dia! Hoho....memang rasa macam kat Keraton je ni. Tapi gambar Raminten tu tetap ada di mana-mana. Beso pulak tu! Masa ni dah mula rasa risau. Apesal Mas Slamet bawa kitorang ke sini ni. Mesti mahal kot. Macam eksklusif je ni. huhu...




Laluan ke musholla atau surau. Ingat nak solat dulu sebelum makan. Sekali, tengok suraunya ada satu je campur untuk lelaki dan perempuan. Terbuka pulak tu. Terus rasa macam tak selesa. Alamak. Macam mana nak buka tudung nak tukar telekung ni? Terus tak jadi solat kat situ. Lebih baik cari masjid lepas makan nanti.




Ini tempat makan yang kami pilih. Kena buka kasut. Untuk makluman, secanggih dan semewah mana pun kedai-kedai makan di Jogja ini, tidaklah kelihatan walau satu pun kipas elektrik. Belilah kipas tangan satu dan simpan dalam handbag anda. Ia amat diperlukan ketika aircond semulajadi tidak begitu membantu menyejukkan badan. 



Ini muka-muka yang sedang kelaparan dan keletihan....




Menu memang macam-macam ada. Agak menarik dengan nama-nama yang agak kelakar. Tapi memandangkan kami ni dalam misi menjaga bajet, kami tetap memilih set nasi ikan talapia bakar/goreng dan sayur kangkung goreng. Sama dengan hari pertama! hahaha... Yang penting, kenyang. Untuk desert, kami mencuba ais krim roti bakar. Kelakarnya, tiada sesiapa yang mengambil gambar makanan. Kelaparan tahap gaban memasing.  :D




Mula-mula tengok buku menu, terdetik juga di hati saya...apesal pompuan ni macam muka Azwan Ali bila pakai mekap? Tapi tak jadi bahan sembang pun. Sampai lah di waktu entri ini ditulis. "eh korang...kedai makan yang kita makan duduk bersila tu kedai pondan ke?" saya whatsapp Wai dan Lyn. Diorang jawab, " ye la kot sebab tengok pekerjanya semua mcm lembut2 je." hahaha..... Sekarang baru jadi isu dan saya pun terus google Waroeng Raminten ni.

Raminten ni adalah watak dalam sebuah program tv lakonan Hamzah Sulaeman iaitu pemilik restoran ini. Pemiliknya seorang artis rupa-rupanya. Patut pun popular ya amat. hehe... Ampunkan kami yang tersalah tafsir ye pak. Moga makin maju bisnisnya. :)

Lepas makan, kami dibawa ke masjid untuk solat. Perjalanan ke masjid di sebuah kampung di Kaliurang ini masih menyajikan pemandangan tanah subur di kaki gunung berapi. Seronoknya tengok semua pokok tanaman begitu subur sekali. Paling best, tengok pokok-pokok kacang tanah yang tumbuh merimbun.. Teringat mak saya yang rajin tanam pokok kacang tanah. Bila dah matang, korek kacang tanah tu, bersih-bersihkan dan rebus. Makan sambil tengok tv. Enak bangat!



Blur sikit ye.





Wah wah wah....pokok salak merimbun subur di tepi jalan saja ya. Tak ada pagar pulak tu. Memang aman betul la Jogja ni. Kalau kat Malaysia ni, tengok time buah tu kecik je la. Time petik, tinggal pokok je la jawabnya. Kalau dah tepi jalan cenggini, kan? hehe...




Dekat pintu masuknya, ditulis masjid besar. Tapi kami tengok saiz surau je. Memang masjid di Jogja ini kecil-kecil saiznya berbanding di Malaysia. Lagi satu, takda kipas. Oh, rakyat Malaysia manja-manja rupanya. Jenis yang sikit-sikit nak kipas tu, minta maaf je la ye. Kat sini nan hado. Aircond kat bilik pun tak sejuk mana. Penjimatan elektrik yang sangat bagus di Jogja. hehe...



Tambah lagi satu rasa musykil. Masjid ini tidak dibina mengadap kiblat. Sudahnya, saf jadi senget macam ni la jawabnya. Dan seperti biasa, tiada ruang untuk wanita. Open jugalah seperti musholla kat Waroeng Raminten tadi. Pandai-pandailah nak hidup ya.

Jogja - Part 7
Jogja - Part 5

#bersambung.


Terima kasih sudi baca.
Luv,