Saturday, 16 May 2015

Gemuk itu satu dosa?

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Dah lama tak membebel kat blog kot. Tapi terpaksa la ai tulis jugak kat sini. Alaa....cerita bab gemuk yang sangat sensitif di kalangan perempuan tu. Ok la kalau bab melawak tang gemuk ni dibuat oleh golongan yang berbadan besar ni sesama diorang. Takde siapa yang sakit hati.

 Tapi kalau orang yang kurus sikit-sikit kecoh pasal berat badan naik macam takde isu lain nak disembangkan, annoying lah! Gedik tau tak. Sikit-sikit bising pasal berat badan. Kecoh naik 500g mcm naik 20 kilo. Cerita pulak kat kawan-kawan yang tengah makan. Yang semuanya saiz lagi besar dari dia. Bengang kot. Siapa yang tak nak cantik, dek non???

Amboiii...marah beno. Hahaha....takde la sangat. Saja sesekali nak bersuara kat golongan perempuan yang sibuk menjaga badan tapi dengan cara menunjuk. Tak riak namanya tu? Kalau dah dapat rezeki bertubuh cantik, bersyukurlah banyak-banyak pada Allah swt. Kata taknak gemuk sebab rasa badan lemau, berat , tak aktif. Tapi tak pernah nampak pun ke surau. Dah kurus, badan dah ringan...patutnya rajin la solat. Tak gitu?

Kadang-kadang, bila berdepan dengan golongan manusia yang suka sangat komplen orang lain gemuk ni, memang bikin hangen je. Gemuk tu satu dosa ke? Hina sangat ke? Memang sakit sangat ke mata kau memandang?  Tambah-tambah dah lama tak berjumpa. Saiz badan yang ditegur dulu. Macam tak beradab. Bukan semua orang boleh terima, betul tak?

Hakikatnya, bukan saiz badan yang menentukan kebahagiaan hidup. Kau kecik ke, kau gemuk ke, kau cantik ke, kau tak cantik ke......semuanya muat untuk masuk ke dalam hati orang yang sayang kat kau. Hah! Gitu!








4 comments:

  1. akak pun hangin satu baan jugak..kalau bertemu..badan kita yg dibelek2..ditelek2 dulu..kalau gemuk dikata senang hati...mkn banyak..kalau kurus ditanya pulak mcm2..

    ReplyDelete
  2. Tak semestinya kurus itu sihat, Hormat sesama kita, kita hidup bermasyarakat :)

    ReplyDelete
  3. tapi kan kak.. saya dulu kuruuuuuuusss... selalu kena buli, jadi bahan dengan orang yang berbadan besar, even saya tak pernah cakap apa pun pasal bentuk badan mereka. Ni I meant yang besar besar obese tu yer, bukan yang just gempal berisi. However, saya sekarnag pun dah banyak 'berkembang' badan.. malas nak komplen diri sendiri hehehehe.

    ReplyDelete
  4. hihihi...emonye! memang ada jenis manusia macam tu....yang obses dengan berat badan...Tapi, kalau kurus ada stamina, pandai jaga makan tu tak pa...janganlah kurus tinggi kolestrol!


    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete