Jalan-jalan ke Perlis (Part 1)


Assalamualaikum wbt..
Bismillah..

Ramadhan Kareem kepada semua. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ni Ramadhan terbaik kita dalam usaha meningkatkan ibadah. Aamiin.. :)

Cuti Pertengahan Tahun kali ni sempat bawa anak-anak ke Perlis dan Kedah. Short trip asal sampai je kekdahnya. Saya pulak dah lama tak ke Perlis. Blog ni dah berusia 4 tahun tapi takde cerita pasal Perlis lagi.  Rasa macam tak complete pulak jelajah Semenanjung. Saya sebenarnya teringin nak sampai ke Wang Kelian. Asyik dengar cerita mak je yang selalu sampai ke sana ikut rombongan. Kali ni ambil peluang la ajak encik hubby jenjalan bawa anak-anak.

Gerak dari rumah mak di Kuala Kangsar dalam pukul 10 gitu. Sampai di Kangar, rehat dan lunch dulu baru gerak ke Wang Kelian. Sampai kat sana dah pukul 3 petang.

Amsyar selalu cakap tak pernah pergi ke luar negara. Kali ni mama bagi can. Jadi la pijak hujung-hujung Thailand. Luar negara la jugak tu. hahaha...



#Babai Malaysia..

Masa kat sini nak mcm nak bergaduh pun ade dengan encik hubby. Bekas askar macam dia memang skema tak hengat punya la. Punya penakut nak masuk ke sempadan Thai tu sebab tak bawa passport. Yang saya punya passport dah scan kat imigresen Malaysia. Penduduk-penduduk kat situ bagitau masuk je sebab nak beli barang je kan. Makanya kitorang pun masuk la tapi saya tak bercop pun passport. Angkara nak seiring sejalan dengan encik hubby dan anak-anak. hahaha....



#Welcome to Thailand. Inilah rupa pintu sempadannya. Imigresen Satun. Kedai-kedai di sebelah Malaysia, takde yang buka. Katanya Jumaat sampai Ahad je. Yang kat sebelah Thailand ni hari-hari pun ada. Cuma selain hujung minggu takde la meriah mana.




#inilah pondok imigresen Satun. Kami lalu kat tepi tu je. hehe...



#haa....inilah pemandangan tempat jualan barangan siam yang murah-murah tu. Nak toto...nak periuk belanga...sini la tempatnya. Tapi takde la besar mana pun. Inilah selorong jualan dalam hutan namanya. Ok. dah sampai sini dan dah tengok sendiri macam mana tempatnya, lega la sikit. Idak le teman ni tertanya-tanya.


#sempat la juga beli kerongsang raye untuk diri sendiri dan emak2 tercinta. Adik -beradik, beli sendiri la. hahaha...



#lega dah si Amsyar. Merasa jugak dia ke luar negara. hehe...



#masuk senyap-senyap. Keluar balik pun senyap-senyap jugak. Dasar penceroboh betul. hahaha...
Tapi paling kelako, time saya scan passport masuk Malaysia kat imigresen, depa sempatlah tazkirah saya. "Macam masuk rumah orang, kena la bagi salam sebelum masuk. " hahaha... nasiblah. Tak seludup apa2 pun. Saja nak tengok je.. :D





Lepas rehat dan solat di Kangar, kami bergerak ke Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang pulak. Niat di hati nak beli la sebiji dua mempelam harumanis yang mahai sangat tu. Tapi malangnya, dah habis musim. Tak tercapailah hasrat di hati.


#tinggal satu gerai je yang beroperasi. Itupun jual buah mempelam sala yang keat belakang rumah mak pun banyak. Ada la sikit-sikit buah mempelam harumanis yang dah siap dipotong dalam bekas polisterin tu tapi tak selera la pulak nengoknya.  huhu...


#Galeri harumanis






Jadilah dapat bergambar je, yang penting...sampai. Dapat tengok dengan mata sendiri baru puas hati.


Seterusnya, kami ke Taman Anggur Perlis pulak. Tempat ni berdekatan dengan Taman Ular ye. Kalau ke Taman Ular ke kiri, ke Taman Anggur teruskan ke depan sikit. Tepi jalan je. Memang mudah nak cari lokasinya.



#Pintu masuk ke Taman Anggur Perlis










#ada 4 jenis anggur yang ditanam di sini. MasyaAllah memang lebat buahnya. Malangnya tak merasa la memetik anggur ni sebab muda lagi. Bulan Ogos nanti baru matang. Takdak rezeki macam harumanis jugak. huhu...

Trip main redah macam ni memang best sebab rasa terujanya lain macam sikit. Anak-anak pun ambil peranan sekali tengok kiri kanan jalan takut terlepas destinasi pilihan. Memang terbaik...


*bersambung......




2 Comments