Thursday, 25 June 2015

Jalan-jalan ke Perlis (Part 2 - Kuala Perlis)

Assalamualaikum..wbt..

Sampai Kangar, pergi solat dan rehat kat sebuah masjid dulu. Lepas tu cari charger untuk note 3. Tertinggal kat opis punya pasal. Tapi tak  berjumpa pun. Jumpa charger untuk di dalam kereta je. Jadi la. Terpaksa beli juga sebab guna charger biasa yang kecik tu punyalah lama nak charge. Dah la nak ambil gambar banyak-banyak. Kat masjid tu baru berbincang nak stay kat mana. First time pegi jenjalan bawa anak-anak takde perancangan. Kira nasib je ni. 

Mula-mula pergi ke Hotel Seri Malaysia, harga bilik RM 229. Lepas diskaun harga penjawat awam, jadi RM190. Hmm...rasa masih mahal juga tu. Bukan dalam bajet. Lepas tu encik hubby cadangkan supaya cari hotel di Kuala Perlis.



#rumah sape le ni. Cantik sangat!




#pemandangan sawah padi adalah paling mengasyikkan sebab inilah pemandangan yang selalu dilukis masa zaman kecik-kecik dulu. Lepas tu lukis matahari di belakang bukit. Dulu-dulu la ceritanya...

Maka meredah la kami ke Kuala Perlis mencari hotel bajet. Alhamdulillah ternampak nombor hotel D' View kat banner di tiang. Terus call Hotel D'View. Nasib baik la ada lagi bilik kosong. Nanti saya tulis review pasal hotel tu. Memang ohsem nak habaq. Kami decide nak makan malam dulu baru check in. Nanti sampai hotel, tak nak keluar dah katanya.

Macam banyak ekspo pulak di Kuala Perlis masa kami sampai. Sebab cuti sekolah kot. Tujuan utama kenapa kami memilih stay kat Kuala Perlis mestilah sebab nak makan seafood. Makan seafood tepi laut barulah asyik. Tak gitu? hehe...



#asyik je tengok Pulau Langkawi. Rasa nak naik je feri. huhu...




#suasana di seafood foodcourt Kuala Perlis. Pilih je nak order kat gerai mana satu. Semuanya nampak menarik.




#ini menu pilihan saya. Lala masak sweet sour, sayur campur, sotong celup tepung dan ikan siakap bakar basah. Jumlahnya RM80 untuk makan berempat. Ikan tu besar sangat. Sotong untuk 2 orang makan pun banyak. Tapi dalam gambar macam nampak kecik dan sikit je. Tak dapat kami menghabiskan lauk pauk ni. Siap bungkus sotong celup tepung bawak balik ke hotel.



#Gambo gego namanya ni. hahaha... Lepas makan, sempat la ronda gerai-gerai macam kat uptown kat tepi jalan. Qisya buat perangai. Dah letih sangat gamaknya. Belikan dia sehelai seluar,  buat pujuk.  Lepas tu baru gerak ke hotel. Deka t je pun rupa-rupanya....




Terima kasih sudi baca.
Luv,

4 comments:

  1. rasanya kite pernah pergi foodcourt kat situ. hehe. banyak gerai tak tahu nak masuk yg mne.

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan

    http://lianasulaiman96.blogspot.my/

    ReplyDelete