Hari Raya Aidilfitri 2015

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Selamat Hari Raya u olss!!! Maaf zahir dan batin diucapkan kepada semua ye. Almaklum la...manusia biasa tak lepas dari melakukan kesilapan. Haaa.....camtu. So, minta maaf banyak2 ye.

Raya tahun 2015 ni biasa2 je sebab tak banyak shopping untuk diri sendiri. Lebih untuk anak-anak dan bajet beraya di kampung je. Ada yang ulang tayang raya tahun lepas sebab tema raya tahun ni pun kaler merah jugak. hehe....jimaattt...

 Selang setahun baru dapat berkumpul dengan semua adik-beradik. Memang happy lebih la sikit tahun ni. Sambut dengan cara sederhana tapi meriah katanya. Juadah? Tahun ni meriah lebih sebab masing2 mengangkut kuih muih. Menu raya pulak, raya pertama - mee kari, raya kedua- soto, raya ketiga - mee rebus dan raya keempat bihun tomyam. Untuk rencah je, 3 ekor ayam digunakan. Bayangkan periuk kuahnya besor mana. hahaha...

Apa-apa pun, orang yang paling ingin kami bahagiakan tetaplah ibu kami yang tercinta. Tapi itulah. Tahun ni pendek pulak cuti rayanya sebab Hari Raya jatuh pada hari jumaat. Alhamdulillah juga, tahun ni tak kena merempuh jammed. Elok je perjalanan kami pergi dan balik. Kereta pun tak buat ragam.



Merah lagi we ols...hehe...

Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan yang lepas diterima Allah swt dan semoga kita berjumpa lagi Ramadhan tahun depan. Aamiinn...

Yang berada di lembah klang ni, selamat beraya sebulan. Kawal pengambilan gula ye. Tambah-tambah yang mengadap sangat buah durian dan rambutan time beraya. Campur pula kuih muih manis, air manis.....scary weh! Sama2 la kita saling mengingat.

Selamat Hari Raya!!



14 Comments

  1. Selamat hari raya !! Merahnye mak ngahh. Hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merah itu menawan. Hahaha...
      Selamat hari raya ... :)

      Delete
  2. Selamat Hari Raya,

    Taqaballahu Minna Wa Minkum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya ye Haryani.. :)

      Minna waminkum taqabbal yaa kariim....Aamiin...

      Delete
  3. Merah!! Semangat berkobar kobar tu..maaf zahir batin ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang bersemangat tiap kali raya.
      Selamat hari raya... :)

      Delete
  4. salam aidilfitri maaf zahir batin ;p
    merah menyala sedondon gituuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, tiga lalat! :p
      memang best kaler merah ni. hahaha...

      Delete
  5. akak datang nak beraya ni...kuih raya ada lg ke..:)

    ReplyDelete