Tetamu dan Hari Raya

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Hari Raya mestilah hari di mana kita menerima ramai tetamu dan kita pun menjadi tetamu orang lain, kan? Lumrahnya, Hari Raya juga adalah hari yang super penat terutama tuan rumah yang banyak menerima tetamu. Ni saya nak cerita pasal adab bila kita menjadi tetamu apabila kita beraya.

Disebabkan saya berkahwin dengan cucu orang Sabak Bernam, saya merasa la pengalaman beraya di Sabak Bernam. Kebanyakan rumah-rumah di Sabak Bernam menghidangkan air botol berkarbonat tu dengan kuih muih yang terlalu banyak sampai nak penuh meja. Di tepi balang2 kuih tu dah siap-siap bersusun gelas dalam talam dengan air botol tadi. Good idea pada saya sebab kalau embah-embah tertinggal di rumah, anak menantu cucu menyongket pi beraya, tetamu-tetamu yang datang memang senang layan diri. Nak minum, tuang air sendiri. Nak makan, bukak je balang kuih raya sambil sembang2 dengan embah-embah. Mudah je saya tengok. Tak banyak kira. Layan je apa yang dah tersedia.  Mana-mana yang rapat je baru ke dapur makan ketupat dengan lontong selagi ada stok. Biasanya jumpa time raya pertama saja. Mudah kat Sabak Bernam.

Di Kuala Kangsar pulak, lemang dan rendang memang wajib. Air pulak jenis yang kena bancuh. Memang tak jumpa la rumah yang hidang air karbonat ni. Lagi satu menu wajib, mestilah makanan separa berat contohnya laksa, mi kari, mi rebus dan sebagainya. Haa kau... berkuah-kuah punya menu. Paling cikai pun, bihun sup la. Pendek kata, memang mesti ada menu separa berat camtu. So, dapat bayangkan la pinggan mangkuk yang diguna tu banyak mana, kan? Raya di kampung memang jarang la nak jumpa orang pakai mangkuk polistrene macam open house tu. Pendek kata, sape2 orang negeri lain yang jadi menantu orang Perak memang kebanyakannya kata penat kalau beraya di Perak. Sila bertabah ye. hehe..

Ini yang saya nak cerita ni, di rumah mak saya di hari raya pertama...atas meja dah terhidang lemang, ketupat palas, rendang tok, rendang arnab, pindang pucuk ubi, ikan masak acar dan mi kari. Air dah siap bancuh dalam tong sahara. Pinggan mangkuk, gelas, sudu bagai semua dah letak cantik je atas meja. Kitorang siap beli meja kopi baru demi nak letakkan makanan untuk tetamu. Niat nak bagi tetamu seronok dan puas hati dapat makan macam-macam. 

Tapi, masih ada yang datang jenis ngengade nak makan nasi putih beserta lauk-pauk. Siap request mak saya yang tak sihat tu menumbuk sambal belacan! Raya nak seronok, tapi ada juga perangai yang annoying macam ni. Hangiin je rasa nengoknya. Kami yang anak-anak pun tak menyuruh mak masak itu ini. Haiihh....memang geram pulak rasanya. Mengada2, tak? So, kita ni bila jadi tetamu datang beraya, jangan nak mengada-ngada mintak itu ini kat tuan rumah. Depa punya level penat kita tak tau. Entah-entah malam sebelumnya tak cukup tido demi nak menyiapkan juadah. Siangnya pulak, tak kering tangan dok membasuh pinggan mangkuk bertimbun. Dah rombongan kau datang sampai dekat 10 biji kereta, masih nak menyusahkan tuan rumah memang macam takde fikiran le tu. Kan? Hehe....ter emo pulak. Sakit ati kite, tauuuu. 

Begitu la ceritanyaaa.....rasa nak bawak je budaya Sabak Bernam ke Kuala Kangsar, tapi orang Bugis dengan Jawa manalah sama. Hahaha... hadap je la fe'el tetamu yang macam ragam. Tapi pengajarannya, bila kita pulak jadi tetamu, bawak la adab sebagai tetamu. Setuju, kan? Ni kang ada yang  kata saya macam Chef Wan pulak. Takde. Tak sama. We ols happy je layan tetamu. Tapi mak we ols tak sihat. Kesian kat dia bila kena suruh2. Takkan la dia nak menolak request tetamu. So, sementara ada lagi 3 minggu nak beraya ni ingat2 la cerita saya ni. Beraya pun ada adabnya. Sama-samalah kita saling mengingat.



Terima kasih sudi baca.
Luv,



4 Comments

  1. Saya setuju sangat...memang ada adab adab tertentu menjadi tetamu ni...bukan boleh sesuka hati je buat macam rumah sendiri...dan satu lagi saya nak tambah, jika kerumah orang tu, sebagai tetamu elok la bermanis muka dengan tuan rumah dan keluarganya...jangan datang dengan muka masam mencuka ye....hehe

    ReplyDelete
  2. Lebih manis tetamu jika selepas makan basuh pinggan mangkuk mereka sebelum pulang :D

    ReplyDelete
  3. hihi.. betul tu orang perak bancuh air sendiri.. saya orang perak kahwin dengan orang kedah. Orang kedah pun hidang air berkarbonat.. hihi..

    ReplyDelete