Jerebu 2015

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Malaysia ni dah ada musim baru. Musim jerebu namanya. Sebab dah macam tiap tahun ada je jerebu, mari kita letak tajuk jerebu 2015. Tahun 2015 ni, jerebunya teruk sikit nampak gayanya. Sampai kena tutup sekolah la. Harap-harapnya anak-anak bila dah tak sekolah, tak adalah yang duduk melepak kat luar. Bermain kat tengah padang dengan kawan-kawan. Ibu bapa kena pantaulah. Gitu.

Saya seperti biasalah, dah namanya kerja luar. Kena keluarlah. Hari Jumaat lepas, entah mimpi apa...kawan-kawan ajak tapau makanan dan makan kat tepi Tasik Shah Alam. Berkelah gitu. Oh ya. Gambar ini mengundang kemarahan encik hubby. Penat dia berpesan-pesan suruh duduk opis je time jerebu ni. Hahaha...


#Kat tepi tasik, angin sangat best, okeh! Tapi sekejap je kat sini sebab lepas makan je terus ngantuk sebab kena tiupan angin yang best sangat tu.. Sambung tido kat opis. hehe...

Sekarang dah dapat bekalan mask tu. Tapi yang surgical la. Dah biasa pakai masa keje kilang dulu. Takde sape pulak nak sponsor N95 mask tu. Katanya lebih elok.




Jangan lupa pakai mask pada musim jerebu ni ya. Tak jumpa yang N95 (apesal nama macam model handphone je) pakai yang surgical mask pun takpe. Yang penting bertapis sikit udara yang masuk ke badan kita. Lepas tu banyakkan minum air kelapa dan air limau nipis. Bagi bersih sikit dalaman kita yang dah tercemar dengan asap jerebu ni.

Ok. Itu je pesanan penaja hari ni. Jaga kesihatan, pantau aktiviti anak-anak dan awasilah persekitaran kita. Semoga jerebu cepat berlalu.



Terima kasih sudi baca.
Luv,

1 Comments

  1. Jerebu Oh Jerebu... masih ada lagi jerebu sehingga ke hari ini. Moga bertambah baik dari hari ke sehari. Insha Allah...

    ReplyDelete