Thursday, 3 September 2015

Trip Bandung 2015 - Part 4 (Floating Market)


Assalamualaikum wbt... bismillah...

Awas. Entri ni banyak gambar!
Dari Sari Ater terus gerak ke Floating Market. Bayaran masuknya IDR 15k camtu. Ok le tu murah. Tempatnya sangatlah tak mengecewakan. Cantik! Takde la rasa ralat tak pegi ke Tangkuban Perahu yang kena bayar 300k sorang tu.


Ceria dan menarik sungguh landskap kat Floating Market ni. Mula-mula masuk tu ada welcome drink. Coklat panas.


Kitorang lepak-lepak dulu sambil minum coklat panas kat sini. Best sangat cuaca. Nampak macam mendung nak hujan, tapi tak hujan pun.


Saya memang pencinta lukisan. cantik-cantik semuanya!







Rasa macam nak bergambo kat semua ceruk di Floating Market ni. hahaha...


Tq Jimmy tolong ambik gambar trip Bandung ni.


Itu la rupanya token untuk membeli makanan di Floating Market ni.









Meja dan kerusi memang cinonet. Tapi boleh duduk lagi. Masih mampu menampung berat badan yang bersaiz besor macam saya ni. hehe...


Air tasik adalah bersih. Memang banyak ikan dan hidupan lain. Sambil makan, boleh sembang jugak dengan itik angsa yang dok lalu lalang kat tepi pokok api-api tu. Tapi saya tak peramah la kot dengan itik angsa tu. Takut melompat join sekaki makan kat meja tu. hahaha...




Antara menu-menu menarik yang dijual di Floating Market. Semuanya sedap belaka.



Semua makanan yang dijual, disediakan dan dimasak dalam perahu.



Ini la gerai pisang goreng cheese yang femes kat dalm fb tu. Tapi harga makanan adalah agak mahal di sini. Untuk sebelah pisang tanduk yg digoreng lepas tu bubuh cheese tu....harganya lebih kurang RM6 duit kita. Boleh kata semualah harga macam tu. Tapi oklah kot sebab suasana persekitaran adalah ohsem!


Saiz Floating Market berbentuk 'U' ni tidaklah sebesar mana. Tapi taman tasik sekelilingnya memang luas. Jenuh jugak nak berjalan.





Cuaca di sini sejuknya seperti di Cameron Highlands. Nyaman gitu. Pokok pun kemain subur belaka.







Suka sangat lampu ni. Cantik!



Depa ni dok berdating pulak kat sini.


Ala-ala kat Jepun ni. 




Pokok pakis tanah tinggi. Pokok feveret saya. hehe...


Best lepak kat sini.



Landskap adalah menawan! Berbaloi-baloi datang ke sini.









Beratur untuk masuk ke toilet. Daring toilet depa. Hahaha...


Taman Kelinci. Kelinci maksudnya arnab. Comel rumah-rumah arnab kat sini. Level banglo dah tu.






Taman angsa.



Saya memang cadangkan Floating Market Limbang ni kalau u ols ke Bandung. Persekitaran cantik dan bersih, makanan pun sedap. Aman dan tenang tiada gangguan orang berjaja. Jangan lupa masukkan dalam itenerary u ols, tau. Memang terbaiklah nak habaq.


Persekitaran parking yang kemas dan tersusun. Cantik pulak landskap dia. Ini snap terakhir sebelum bergerak pulang cari kedai Harley Davidson. Layan je la si Jimmy tu yang suka sangat barangan Harley Davidson.



*bersambung....


1 comment:

  1. suka tengok mereka berniaga makanan dalam sampan..

    ReplyDelete