Friday, 30 October 2015

Jalan-jalan cari makan di persekitaran Plaza Alam Sentral Shah Alam

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Kedudukan office yang di tengah-tengah bandar memang memudahkan saya mencari tempat makan dan barangan di waktu lunch. Takda masalah dengan jarak. Jalan kaki je boleh sampai ke mana-mana shopping complex. Antara shopping complex yang terdekat ialah Plaza Alam Sentral Shah Alam. Memang banyak kiosk makanan berhadapan Plaza Alam Sentral ni. Pilih saja. Popiah S.S Ali pun terdapat di sini tau.

#ihsan google. Inilah Plaza Alam Sentral Shah Alam yang ada banyak kiosk makanan yang berhadapannya. Takut korang tersilap shopping complex pulak. Mana la tau kot-kot korang  ingat Plaza Shah Alam. Memang tak jumpa la tempat makan yang saya nak cerita ni. hehe...




Ok. Betul-betul di hadapan pintu masuk Plaza Alam Sentral, ada kiosk bernama Rosyima. Kat sini ada satu gerai bernama Bean Burst yang menjual minuman pelbagai perisa dalam bekas besar ala-ala di Thailand tu. Semua jenis air berharga RM5. Puas minum, nak habaq. Korang kena tengok betul-betul takut tak perasan gerai ni sebab dia buka satu meja dan banner pun kecik je. Tapi insyaAllah u ols akan perasaan sebab ramai orang beratur nak beli air tu. huhu...



Penyakit tamak taknak share bila beli air. Sorang satu, ok. hahaha...


Air pilihan saya mestilah hazelnut. Sedap kemain. Tahan sampai waktu balik, tau. Nak minum sekali harung memang tak le. Besor woiii....


Lepas tu kiosk yang paling hampir dengan dataran bernama Naeems ni memang terbaik la maggi ketam dia. Ada menu lain yang turut dijual seperti asam pedas, nasi panas dengan ayam goreng kunyit yang digoreng garing dan lain-lain menu. Biasanya kami ke sini, maggi ketamlah menu idaman. hehe...


 #ni haa Naeems maggi ketam. Cari sampai jumpa, tau.


Tayang sikit maggi ketamku di dalam claypot ini. Sedap woooo....rugi kalau korang lepak kat area Plaza Alam Sentral Shah Alam tapi tak try maggi ketam ni. Cuba jangan tak cuba.


Thanks sudi baca.
Luv,



7 comments:

  1. kuliner yang tersedia di perserikatan memang sangat banyak pilihannya, tinggal disesuaikan dengan isikantong dan kebutuhan saja ya kak...hehe

    ReplyDelete
  2. kuliner yang tersedia di perserikatan memang sangat banyak pilihannya, tinggal disesuaikan dengan isikantong dan kebutuhan saja ya kak...hehe

    ReplyDelete
  3. Tak penah sampai sini T_T nampak semua makanan tu sedap dan menarik lagi2 maggi ketam tu

    ReplyDelete
  4. Suami memang jarang sangat nak ke sana ...sesak katanya..MV pula nak try makanan kat sana...ramai yang cakap sedap

    ReplyDelete
  5. hikhik rajin betul..
    pkns taknada ke kak

    ReplyDelete