Percutian ke Lombok - Part 2 (Gili Trawangan)

Assalamualaikum wbt...bismillah....

Mari sambung cerita percutian ke Lombok saya ni. Sampai-sampai je di ruang menunggu ketibaan dalam pukul 12 tengah hari gitu, memang ramai pak supir akan approach kita untuk menawarkan service diorang. Saya memang tidak menempah mana-mana supir di Lombok dari Malaysia kerana kami akan terus ke Gili Trawangan dahulu. Hasil pembacaan, harga perjalanan dari airport ke Bangsal (jeti untuk ke Gili) memang tidak sama. Teksi Blue Bird pulak menggunakan meter. Anggaran harga adalah di antara 300k- 450k untuk ke Bangsal. Mahal, kan?

Jadinya sambil berjalan tu tanya-tanyakan harga tawaran kereta sewa mereka. Akhirnya kami dapat menawar dari seorang supir pada harga 250k ke Bangsal. Ini lebih berbaloi sebabnya kami boleh minta berhenti-henti almaklumlah belum lunch lagi. Kalau guna teksi bermeter, bukan tak boleh. Tapi kalau kena macet atau apabila kita berhenti tu, meter pun bertambah sebab kena adjust,.... tak ke naya, kan? Berhati-hati dalam membuat keputusan kekdahnya. hehe...



Supir pertama kami menggunakan kereta Toyota Avanza. Sangat selesa untuk kami bertiga. Pak Cemong nama beliau. Berusia lebih 70 tahun tapi nampak agak muda berbanding usia beliau. Dia sempat berkongsi tip untuk awet muda seperti mengamalkan memakan isi kelapa muda bersama madu dan telur ayam kampung. Kata beliau, khasiatnya amat banyak terutama untuk badan yang lebih sihat dan tidur yang nyenyak. Beliau turut menawarkan doa2 untuk suami tak curang. Korang boleh ambil ilmu macam tu, tapi kitorang serius tak berani. hahaha...

Pemandangan berhampiran Lapangan terbang Lombok adalah agak kering. Kata Pak Cemong, Lombok sedang mengalami musim panas. Jadi, memang banyak nampak jualan buah tembikai atau semangka di tepi-tepi jalan. Tak menahan tengok buah tembikai banyak-banyak camtu. Lagi pun, musim panas biasanya membuatkan buah tembikai akan rasa lebih manis. Terus kitorang minta Pak Cemong berhentikan kereta. Geraaammm je tengok buah tembikai.




Kami membeli buah tembikai kuning yang masyaAllah....sangat lazat nak habaq! Beli dua biji yang paling besar (tamak tak hengat) pada harga hanya 25k. Murah, kan? Kalau kat Malaysia, dah berbelas ringgit sebiji. huhu.... Makanya kami melayan la buah tembikai tu penuh asyik dalam kereta. Tak sabar punya perangai siap suruh bibik tu potong siap2. hahaha...



Lesehan bermaksud restoran kot. Banyak kedai-kedai makanan semua bertulis lesehan. Tapi nak habaq awal-awal....mahal! Ini pun menyinggah sebab satu, kitorang dah kelaparan. Dua, Pak Cemong kata...biarlah merasa sekali. Supaya tak teringat-ingat. Kitorang pun yang ada unsur-unsur gelabah biawak, terus je follow cakap pak Cemong macamlah lagi 5 hari kami di Lombok tidak akan berjumpa ayam taliwang dan pelecing kangkung. Padahal.....ini je la menu yang ada di kebanyakan restoran di Lombok! Sila menangis. hahaha...


#gini la gaya restoran mahal. Tersendiri gitu. Aman tenang je nak makan katanya. 


Ok. Kat sini saya mencuba keripik ceker atau keropok kulit kaki ayam. Sedap jugak ye. Kreatif diorang ni bila tiba bab makanan.

Tapi yang bikin geram sangat kat restoran ni, makanan lambat sampai. Dah la tengah lapar, portion dia pulak ciput kemain!

Kitorang order air kelapa muda bermadu. Ini terpengaruh cakap Pak Cemong le ni. Nak awet muda katanya. Hahaha..



Pelecing kangkung yang nampak macam kerabu tapi bukan, lebih kepada kangkung sambal yang ciput, ayam taliwang bakar yang begitu kecik dan semangkuk sup daging lembu yang liat agak mengecewakan. Ikan gurami bakar yang kami pesan, tak sampai2 pulak. Adoiii....sabar je la dengan rezeki kami tengahari tu. Untuk semua yang ciput2 dan daging liat tu, kosnya hampir 200k. RM60 untuk makan bertiga! Sangat tak berbaloi. Tapi takde la nak memekak kat Pak Cemong. Redho je kata Kella.


Memandangkan perjalanan agak jauh ke Bangsal lebih kurang satu jam lebih gitu. Jalannya pulak macam pergi ke Cameron Highlands, kami sampai agak lewat. Jadi kami membuat keputusan untuk naik speedboat je. Balik nanti baru naik bot awam. Biar merasa dua-dua gitu. Naik speedboat kosnya 400k kongsi bertiga. Memang mahal tapi perjalanannya sepuluh minit sahaja. Kalau naik bot awam, perjalanannya 35-40 minit. Tapi harganya hanyalah 15k seorang.



Ini pangkalan untuk speedboat. Tak tahu la apa masalah orang Lombok, ada jeti tapi taknak guna. Dibiar mereput gitu. hahaha... 


#inilah speedboat yang kitorang naik tu. The Gunner Arsenal kau. Kemain nama. Tapi siap2 la memulakan pengembaraan basah ye. Kena randuk air tu untuk naik bot.


#nasib la masa sampai tu dia tumpang jeti resort. Ok la sikit masa sampai tu. Tapi sebenarnya dah basah dah kitorang ni. Laju gila driver tu bawak meredah ombak sampai macam kena jirus air hujan kitorang ni dibuatnya. Melambung-lambung usah kata la. 


#kami sampai di Gili Trawangan dalam pukul 3.30 petang. Subhanallah...cantik betul pulau ni!  Sampai-sampai je terus menapak ke hotel sambil bawak buah tembikai tu. Adoiii...sengal betul bila teringat balik. hahaha...


#tepi jeti pun tiada pembaziran ruang oleh pihak resort. Semuanya dijadikan tempat melepak. Gili Trawangan ni dikatakan sebuah pulau yang terapung. Terawang-awang katanya.



Kena tengok betul-betul sebab hotel dan resort yang terdapat di Gili Trawangan ini terletak berdekatan. Ini pintu gerbang ke Gili T Resort. Kecik je.



Reception pun macam postguard je.



#Resort ini memanjang ke belakang. !0 bilik di depan ni adalah bilik superior katanya.

Kolam renang dan bilik-bilik lain. Tak merasa pun berendam kat kolam renang ni sebab asyik kena conquer dengan orang bule (mat saleh) je. Geli tengok orang berbikini pun satu hal. hahaha....


Ini la rupa biliknya. Kata superior tapi kecik je. Nasib la muat jugak solat kat tepi katil tu.



Kebanyakan hotel, resort atau homestay di Gili Trawangan ini tidak memiliki tv, tapi saya tak boleh kalau takde tv dalam bilik. Mesti nak kena ada. Walaupun tak buka. hehe..

Lagi satu, saya pilih Gili T Resort ni sebab ia terletak berdekatan jeti dan berhampiran pasar malam. Nasib baik Kella tak book Ombak Sunset Hotel. Kalau tak, mesti nyesal sebab jenuh kau nak kena berkayuh basikal cari makanan. Nak naik cidomo (kereta kuda) mahal kemain. Makanya, kalau u ols ke Gili Trawangan, pilihlah resort yang berhampiran jeti. Lebih meriah dan macam-macam kemudahan ada.

Berbalik kepada Gili T Resort, kami menginap dua malam di sana. 600k per night. Berbaloi sebab lokasi tapi tak berbaloi dari bab service. Bau air singki adalah sangat busuk. Air pancuran mandi pulak ada rasa masin-masin sikit. Sebab air laut kot. Lepas tu, servis pun lambat. Jenuh kau nak mintak towel dan hospitality pun kurang. Tak rekomen sangat ye resort ni.



*bersambung...


14 Comments

  1. Pasni kalau ada la rejeki pi lombok kene hati2 la bab makan2 ni ek....cam mahal la jugak makanan tu....tembikai cam berbaloi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. Mahal... tapi terpaksalah sebab nak makan yang tepi-tepi jalan tu takut perut tak tahan.

      Delete
  2. selesa bilik hotel tu nampaknya, best juga dapat jalan2 camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...cuma kena rajin survey dulu sebelum pergi.

      Delete
  3. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. Tq Norain. Nanti boleh sambung kempen yang lain.

      Delete
  4. Sebut Lombok terasa seram berdiri bulu roma, maklum sajalah lelaki lombok ramai yang bawa lari anak gadis Malaysia ke kampung halaman mereka dan tak pulang-pulang. Kebenarannya betul ke tidak waallahualam...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Kak Yana....
    Lesehan Tu bukan lah bernakna restaurant, lesehan means Makan tanpa kerusi, so you enjoy your meals guna tikar or carpet.
    This is Taufiq.... Miss U n Kak Ella!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...ok. Tq Taufiq for the info.. Nanti akak edit. Miss u too Taufiq!

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete