Percutian ke Lombok - Part 3 (Ronda-ronda Gili Trawangan)

Assalamualaikum wbt.... bismillah..

Apa yang ada di Gili Trawangan? Meh saya cerita. Lepas solat dan rehat di bilik, dalam pukul 5.00 petang macam tu kami bergerak ke tempat sewa basikal. Jom ronda-ronda Gili Trawangan. Pulau terbesar dan paling happening di Lombok yang menjadi tumpuan pelancong ni. Tak sabar sangat dah nak meronda pulau. Jangan pening pasal waktu jam, ya. Sama je dengan waktu Malaysia tapi lebih cepat cerah dan cepat gelap. Maknanya pukul 5 tu sebenarnya dah lewat sebab pukul 6 dah masuk waktu maghrib. 

Tiada kenderaan bermotor dan anjing di Gili Trawangan. Perngangkutan yang ada hanyalah cidomo dan basikal. Natural sangat, gitu.  Sewa cidomo lebih kurang 75k. Mahal kot. huhu... Sewa basikal 50k sehari. Kami sewa basikal yang berdekatan dengan hotel kami saja. Bersebelah dengan pasar malam. Memang terbaik lokasi hotel Gili T Resort. Dekat serba serbi. Petang hari pertama tu, kami membuat keputusan meronda ke arah pusat tengok sunset. Dari Gili T Resort, menghala ke sebelah kanan. Tak sabo nak tengok buai femes Lombok punya pasal. hahaha..



#cidomo yang hensem. Merupakan pengangkutan utama di Gili Trawangan. Kerja ikut shift tau cidomo ni.


#bersama basikal warna biru yang disewa. Sangat enjoy dapat kayuh basikal di  Gili Trawangan. Meriah jalan tu. Berebut laluan dengan cidomo dan orang ramai yang memilih berjalan kaki ke tempat mengadap sunset. Banyak kali nak tereksiden dibuatnya sebab lama dah tak kayuh basikal. Jalan pulak banyak yang dah tak rata. Memang sakit pinggul jugak la. hahaha...



Sepanjang perjalanan ke Ombak Sunset Hotel, memang banyak tempat tempat best nak melepak. Tapi kami ni nak tengok Ombak Sunset sangat-sangat tu yang gigih mengayuh kot. Tapi tak sampai pun. Jauh sangat dah rasa mengayuh, tapi tak sampai2. Hahaha...letih punya pasal gamaknya. Singgah-singgah. Snap2 pastu sambung kayuh.



Akhirnya kami sampai di the Exile. Tempat tengok sunset yang paling meriah kot di Gili Trawangan ni. Waahhhh....dah nampak dah salah satu buaian dalam air kat Lombok ni. Semuanya ada 3. Satu kat sini dan 2 lagi di pantai  Hotel Ombak Sunset. Masa sampai tu tengok ramai tengah tunggu giliran nak bergambar kat buai tu. Adoyaiii....memang takkan tunggu barisan punyalah. Esok masih ada kekdahnya. Lagi pun, tak sanggup pula bergambo, ramai yang pakat dok hadap. Segan wooo....mocik bukan model, tau. hahaha...



Yang kat darat pulak ada 1 je buai macam dalam laut tu.. Merasalah juga akhirnya. Ini pun tunggu giliran jugak. Nasib la kalau datang petang-petang macam ni. Ramai orang. Tips untuk dapat bergambar kat buaian-buaian dalam laut tu, kena datang pada  waktu pagi atau tengahari. 



Ok. Tak runtuh pun buaian tu. hahaha...

Tanya-tanya kat pekerja kat situ, mereka kata Ombak Sunset tu dah dekat. Kayuh sikit je lagi ke depan. Adoiii....esok pulak la ye. Kella kata, jarak dari Gili T Resort ke the Exile tu dah lebih 5km. Kalau jalan elok tak pe la juga. Ini terhentak2 ....sabo jer la. Nasib baik tak duduk kat Ombak Sunset. Jauh dari pusat Gili Trawangan. Ada sesetengah tempat tu jalannya gelap. Fuhh...nasib baik.

Masa on the way nak balik tu, saya sempat snap view sunset dari handphone saya ni. Nak bawa jurufoto khas macam Cik Ta tu tidak mungkin la kot. hahaha...




Cantik kan? Ok. Saya dah rindu Lombok balik. huhu...


Selepas 5 km mengayuh di jalan yang berpasir dan tak rata, akhirnya sampai juga ke area jeti. Lega sikit dah bila tengok deretan bar dan kedai. Memang meriah Gili Trawangan ni. Para pelancong tengok perlawanan bola sepak di tv macam tengok kat stadium. Itu belum lagi band-band muzik bermacam genre. Sedap la suara diorang ni nyanyi. Macam penyanyi professional masing-masing. Meriah sampai pukul 3 pagi tau.






Penat berkayuh balik tak terasa sebab meriah perjalanan tu dengan orang ramai dan cidomo balik ke area jeti. Kami parking balik basikal kami kat tempat kami sewa tu sebab nak dinner kat pasar malam yang terletak di sebelahnya. Haaa...ini pentingnya pemilihan lokasi ye u ols.



Banyak jual seafood di pasar malam Gili Trawangan ni. Kami ambil makanan set. Untuk set ikan bakar sederhana besar, sambal dan sayur kangkung ni hanya berharga 80k untuk makan bertiga. Ok, kan? Ikan bakar tu sedap berempah sambal. Rasa fresh pulak tu.


Ayam upin ipin ni pulak berharga 15k 2 ketul kalau tak silap. Puas hati sebab rasa pun sedap.

Lepas makan, kami cari travel agent untuk island  tour . Kiosk-kiosk travel trip ni ada berderet di depan pasar malam tu. Pilih je yang berkenan di hati sebab esoknya merancang nak pergi snorkeling katanya. Dapat  ambil pakej 100k untuk seorang. Lebih kurang RM30 untuk separuh hari. Murah dop? Lepas settle semua, ambil basikal dan parking kat depan Gili T Resort. Malam tu lepak di bilik dan rehat. Kumpul tenaga untuk esok katanya.



Inilah rupa kiosk-kiosk tu di waktu pagi. Pastikan ambil trip yang berharga 100k seorang tu. Kalau banyak duit, boleh sewa bot sendiri. Tak payah kongsi dengan orang lain. Tapi yang tu tak tahulah berapa juta nak kena bayar. hahaha...



Yang ni suasana sunrise di jeti awam. Tapi tiada jetinya. huhu...


Cidomo yang menjadi nadi utama pengangkutan di Gili Trawangan.


Antara tempat lepak yang disediakan oleh peniaga-peniaga di Gili Trawangan. Hadap la laut sepuas hati kekdahnya.


Sepanjang laluan di area pusat Gili Trawangan dihiasi payung merah dan putih. Warna bendera Indonesia la apa lagi. hehe... Jom kita ke jeti atau pusat turun naik penumpang dan barang-barang di Gili Trawangan. Terletak hanya 100 meter dari Gili T Resort tempat saya menginap.


#inilah rupanya tempat bot awam. Barang-barang keperluan harian turut menggunakan perkhidmatan bot awam ini. Konsepnya tunggu sampai penuh. Biasanya dalam 15 minit gitu. Tiket berharga 15k seorang. Jika terlepas, kena beli tiket yang lain, ok?



#haaa....ini kaunternya. Beli tiket kat sini. Jangan mintak siapa-siapa tolong belikan tiket kalau tidak mahu kena tipu. Harga tiketnya diulangi.... 15k seorang. Perjalanan bot ke Bangsal adalah dalam 35-40 minit. Kalau ombak kuat, insyaAllah anda akan mabuk laut seperti saya. huhu...


Berhampiran pusat bot penumpang ini, terdapat papantanda tulisan Trawangan yang besar. Ala-ala macam kat Amsterdam gitu. Tapi takde rasa nak posing kat situ sebab dah penuh kena conteng. huhu...



#cidomo pengangkut bahan binaan tidak dihias cantik. Kesian tengok kena kerja keras. Nasib baik ada shift.


#Inilah jeti yang terletak di hadapan Gili T Resort tapi tak digunakan. Pelik betul diorang ni. Jeti pelampung tu digunakan untuk pelancong-pelancong yang nak diving dan snorkeling di pulau lain.



#pemandangan biasa di Gili Trawangan. Parking basikal di depan bar. Comel je nampak.




*bersambung.....


1 Comments