Percutian ke Lombok - Part 4 ( Gili Air, Gili Meno dan Gili Trawangan)

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Hari kedua yang banyak aktiviti dimulakan dengan sarapan yang dibeli dari penduduk tempatan yang berjualan menggunakan basikal. Bukan sebab tiada penyediaan breakfast daripada pihak Gili T Resort, tapi disebabkan terdapat senarai menu yang agak meragukan. Saya rasa was was pulak nak makan hidangan kat situ. 

#Sarapan pagi saya macam nasi campur. Biasalah lauknya. Ayam atau ikan sambal dengan tempe goreng bersayur. Kering je. Harga 10k sebungkus. 


#Beli sedikit kuih untuk bekalan semasa snorkeling nanti. Mari kita belajar nama-nama kuih di Lombok ni. Ini namanya kuih kelempon. Ala-ala kuih buah melaka. Tapi digentel bujur-bujur gitu.


#Yang ni pulak kuih terang bulan dan mulen. Rasanya? Biasa-biasa saja.

Sambil tunggu pukul 10 pagi untuk pergi trip snorkeling tu, kami ronda-ronda dulu kat kedai-kedai jualan yang meriah di Gili Trawangan. Sebab jadi customer pertama di sebuah kedai topi tu, kami mendapat harga topi yang agak murah. Itulah topi yang saya pakai bercorak ala2 Bob Marley berharga RM15 gitu.


#guna laluan jeti pelampung untuk naik ke glassboat.


#agak mencabar masa nak panjat bot tu. Ok. Mamat depan saya ni orang Itali. Best dengar dia cakap. hahaha...


#Inilah rupa pemandangan bottom glassboat. Tengok je kat cermin tu. Kami dibawa snorkeling ke Gili Meno.


#nampak macam dekat je. Macam tak dalam je air laut tu. Hakikatnya berbelas-belas meter. Clear, kan?


#Di kedalaman 16 meter nak tengok coral. Tapi rasanya Lombok ni lain macam sikit. Saya rasa seram sejuk nak terjun. Berdebar je rasa. Tak macam kat tempat-tempat lain. Kella dan Mila pulak tak tau swim. Tertekan gak rasanya. Mana nak tengok coral. Mana nak tengok diorang. Saya pulak dah rasa lain macam masa kat dalam laut tu. Toleh-toleh belakang, tengok-tengok bot dah jauh sangat dari kitorang. Terus saya ajak diorang naik. Takut takde tenaga nak tarik dua orang ke bot semula. Hoihh....mencabar.

Naik bot je terus rasa pening nak pitam. Loya semua ada. Ok. Ini first time saya kena mabuk laut. Lembik saya dibuatnya. huhu...

Lepas selesai snorkeling dan tengok penyu, kami semua diturunkan ke Gili Air untuk rehat dan makan tengahari. Cantik juga Gili Air ni. Kami lunch nasi campur berharga 20k gitu. Lauknya kering seperti biasa. Bertabah je la. Tapi takde la mengecewakan sangat.





Gili Air turut memiliki pantai yang cantik. Maka tak hairanlah, di sini pun turut menjadi tumpuan pelancong.



#Sementara menunggu waktu rehat habis sebelum pulang semula ke Gili Trawangan, saya dan Kella jadi duyung jadi-jadian kejap di pantai Gili Air ni. Duyung ke dugong? hahaha...

Balik ke Gili Trawangan, saya dan Kella menyambung aktiviti berendam di pantai Gili Trawangan pulak. Mila terus balik bilik Lepak-lepak ambil angin, kutip-kutip batu karang. Pantai di Gili Trawangan walau pun meriah dengan pelancong, pantainya masih cantik.


# dah banyak kali ke pantai, tapi tak pernah lagi tulis nama guna batu karang. Inilah hasilnya.






#Baru berpisah dari terumbunya kot sebab masih hijau.

Lepas solat dan berehat, keluar semula mengayuh basikal ke tempat sunset. Penuh semangat nak bergambar juga di atas buaian dalam laut tu sebab sehari sebelum tu, terlalu ramai yang menunggu turn untuk bergambar di situ. Tak dapat yang di Ombak Sunset, kat  Exile Gili T pun jadilah. Dan yes!! Alhamdulillah. Dapat jugak. Yeayy! Lantak la nampak macam gergasi atas buaian tu, yang penting itu adalah saya. Hahaha...

Gigih saya nak membuktikan saya berjaya naik buai ni sebab sebelum sampai ke sini, ramai yang dok mendoakan supaya buai tu tak runtuh kalau saya naik. Kah kah kah...jahat kan?


#gambar gelap sebab mengadap matahari yang nak terbenam. Kami tak sempat datang ke sini pagi2 tadi sebab nak guna tenaga banyak dalam air katanya. So, taknak la buang tenaga kayuh basikal jauh2. Sudahnya, terpaksalah saya berpuas hati dengan kualiti gambar macam ni. huhu...

#buai yang sama di waktu pagi. Ihsan google.

Lepas ambil gambar laju-laju di Exile Gili T, kayuh basikal ke Ombak Sunset untuk bergambar di buai yang paling femes tu. Sekaliii.....kena bayar la pulak! Buaian tu dah ada photographernya sendiri. Adoyaiii...tak terasa nak menyibuk sekali kat situ. Asal nampak pun cukuplah katanya.

#adoiii...eksklusif betul buaian-buaian dalam laut ni. Memang tak dapek la melainkan ko datang pagi-pagi ke sini. Tapi tu la. Nak mengayuh kat jalan paving yang pecah sejauh hampir 12km pergi dan balik memang menguji. Sakit punggung nak habaq! huhu...Semasa di pantai Hotel Ombak Sunset tu sempat jugalah kami lepak-lepak kejap perhati diorang dok photoshoot kat buai. Cantik dop topi bob marley saya tu? hehe...


#gelap gelita gambo. hahaha...


#atas di waktu pagi. Nampak Pulau Bali yang terletak di sebelah. Naik feri 5 jam saja dari Bangsal, Lombok.






#nama pun Ombak Sunset. Memang khusus tengok ombak dan sunset la kat sini.


#singgah berehat sebelum meneruskan perjalanan pulang. Tengok sunset dari pantai yang ini pulak.



# nak kena repeat ke Lombok ni? Rasa macam rindu tetiba. hehe...


#tuan blog selebet ni nak menyelit jugak. kikiki...

Kayuh slow-slow menuju ke pasar malam. Nak dinner seafood lagi katanya.


#kali ni pilih ikan kerapu yang comel ni. Makan set bertiga pada harga idr 80k sangat berbaloi-baloi. Jangan harap nak merasa harga macam tu kalau di Malaysia.


#pilih-pilih dulu seafood yang menjadi idaman hati.


#kuih pun banyak pilihan. 

Selesai makan, ronda-ronda cari pakej spa yang murah. Tapi di  Gili Trawangan ni, harganya boleh tahan mahal. Tapi sebab dah tak tahan dengan sengal satu badan, kami ambil juga pakej spa di Brown Bamboo Spa ni. Untuk urutan tradisional Bali satu badan, harganya dalam RM60 sejam.


#sila pilih...


#Brown Bamboo Spa ni agak simple interior designnnya. Tak seperti spa2 lain yang lebih gempak dan semestinya lebih mahal. 


Urutan tradisional Bali agak menyakitkan. Sabo je la. Lagi pun esoknya nak lenjan badan lagi. Kena siap sedia jugak tu. Balik Gili T Resort, solat lepas tu terus tido. Letihnya!



* bersambung...


1 Comments

  1. cantiknya pemandangan kat sini ye..emm..tak tau bila nak sampai ke sini,..

    ReplyDelete