Percutian ke Lombok - Part 5 (Air terjun Sindang Gila dan Tiu Kelep)

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Aduhaii...rasa siksanya nak habiskan cerita di Lombok. Tak siap-siap. hahaha...
Hari ke 3 di Lombok adalah hari yang paling melenjan badan kekdahnya. Demi nak melihat sendiri kecantikan air terjun di kaki Gunung Rinjani yang tersangat cantik katanya di Lombok.

Amacam? Cantik tak? Ini memang air terjun yang paling cantik yang pernah saya lihat di depan mata sendiri. MasyaAllah....penat badan berbaloi apabila dapat sampai ke sini.

Pagi di hari ke 3, kami berjalan melihat suasana pagi di Gili Trawangan. Acara utamanya melihat matahari terbit. Sunset dah tengok, sunrise pun nak tengok jugalah. Gitu. Sambil jalan-jalan, kami terserempak dengan seorang penjual nasi bungkus berbasikal. Kami membeli nasi dengannya untuk sarapan pagi. Dia memperkenalkan namanya Rahim bin Hasan. Berasal dari Tawau, Sabah. Berada di Lombok kerana terkena sihir pengasih pembantunya semasa di Shah Alam. Sampai menangis beliau menceritakan kisahnya kepada kami. Pernah beberapa kali cuba melarikan diri tapi gagal kerana family isterinya akan mencarinya malah pernah sampai ditahap kena tikam. Panjang lagi kisahnya tapi tak mampu saya menghadam ceritanya. Betul atau tidak? Boleh percaya ke ni? Tapi info yang beliau bagitau bahawa sihir disebar melalui air kopi dan asap rokok agak scary. Banyak-banyak baca ayat kursi sebagai pelindung, ok?


#ini kaunter tiket pengangkutan awam ke Bangsal di Gili Trawangan. Jangan minta sesiapa pun belikan tiket anda kalau tidak mahu ditipu. Harga tiketnya hanyalah IDR15k


#Disebabkan inilah pengangkutan utama di sini, makanya kita terpaksa berkongsi dengan barang-barang keperluan penduduk tempatan. Buah-buahan dan sayuran semua ada


#tempat menunggu bot awam. Hanya ada bangku simen. Tak ada jeti, tau. Jaraknya dari Gili T Resort hanyalah lebih kurang 100 meter.


Inilah rupa botnya. Selamat tinggal Gili Trawangan. Panjang umur, dimurahkan rezeki...insyaAllah bertemu kembali.


Trip kami berkongsi dengan muatan botol kosong bir jenama Bintang. 

Perjalanan dari Gili Trawangan ke Bangsal selama 40 minit agak mencabar kerana ombak agak kuat. Saya kalah di situ. Terkena mabuk laut lagi! huhu... Sampai je di Bangsal, Arix yang merupakan supir kami yang baru dah siap menunggu kami. Tak sempat nak tunjuk suasana Bangsal macam mana tapi sama je macam di Gili Trawangan. Ada jeti tapi tak digunakan. Arix terus membawa ke tempat menjual barangan souvenir yang agak murah harganya. Tapi disebabkan masih terkena mabuk laut tu, saya lebih selesa berada dalam toilet. 

Rasa tak larat tu memang buat saya tak ada mood nak meneruskan perjalanan ke mana-mana. Kella cadangkan kami lunch dulu sebelum meneruskan perjalanan. Di sebuah restoran ni, kami memesan set ayam taliwang lagi. Tak tau nak makan apa di Lombok ni dalam keadaan tak selesa dan tak sihat macam tu. Di sini saya disuruh minum air bergas untuk menghilangkan rasa loya tu. Kella mengurut saya menggunakan balm cni Mila. Menjadi jugak urutan Kella tu. Terus rasa ok! hahaha...

Tq Kella dan Mila. Sayang korang ketat-ketat.


Ayam taliwang dan pelicing kangkung.

Dah ok, Arix cadangkan kami semua ke air terjun Sindang Gila dan Tiu Kelep dulu memandangkan kedudukannya yang lebih dekat. Nak jimat masa, kekdahnya.


#pokok apa ni?


#kuala sungainya berbatu-batan.


#antara pemandangan menghala ke gunung Rinjani.


Air terjun pertama yang disinggahi adalah air terjun Sindang Gila. Kami berjalan dalam 10 minit ke sini. Ada beberapa kemudahan seperti wakaf, tandas dan bilik persalinan baju. Air terjunnya sangat tinggi dan angin adalah sangat kuat di sini. Hentaman air pun sangat kuat. Tak mampu saya nak berlama-lama. Sejuk.

Seterusnya Arix mengajak kami ke air terjun yang merupakan syurga dunia katanya. Perjalanannya memang agak jauh dan mencabar untuk orang yang jarang bersenam macam saya. Dah la lembik kena mabuk laut. hahaha..

Tapi apa ada hal, dah alang-alang sampai ke sini, teruskan jugalah perjalanan walau pun rasa nak semput semua ada.

Selepas memanjat laluan denai yang bertingkat-tingkat, kena panjat tangga curam ni pulak. Nasib Arix ada. Bolehlah jadi photographer kitorang. hehe...


Kena lalu jambatan berjaring ni pulak. Pemegangnya sangat rendah dan hanya berada di sebelah sisi jambatan sahaja. Sila tahan gayat.



Seterusnya, memanjat denai bukit. Bergayut ala-ala tarzan la kejap dibuatnya. Lepas tu redah air terjun yang berbatu licin tu.


Saya mestilah yang tertinggal di belakang. Tak larat kot...hehe


Tapi bila sampai.....MasyaAllah.....cantiknya! Rasa macam tak percaya air terjun Tiu Kelep berada di depan mata.


Jumpa geng dari Malaysia. Jom ambik gambo beramai-ramai.

Balik dari air terjun Tiu Kelep, kami menggunakan laluan terowong air pulak. Adventure betul bagi saya sebab saya adalah agak trauma dengan terowong.  Gelap pulak tu terowongnya dan agak bahaya kerana terdapat sisa-sisa besi binaan di dalam air tu.


Alhamdulillah...dapat melepasi terowong ini dengan jayanya.

Destinasi seterusnya ialah melawat masjid yang pertama di Lombok. Masjid kuno Bayan Beleq namanya.



Sampai di sini dah lewat petang. Lepas tu hanya kami je pengunjungnya. Agak seram jugak la persekitarannya. Masjid ni sudah tidak digunakan lagi. Ada banyak cerita mistik juga di sini. Menurut penduduk di sini, kadang-kadang gendang tu berbunyi sendiri. huhu...




#berbumbungkan bilah buluh. Kebersihan di dalam masjid tidak terjaga. Rasa sayang pulak rasanya. Masjid tertua kot.


#persekitaran masjid di kelilingi sawah.

Selepas maghrib, Arix sempat membawa kami ke pusat ole-ole Lombok. Kemain meriah dan kreatifnya makanan ringan Lombok. Macam-macam ado.




Saya suka kacang ni. Sedap betul. Tapi masalahnya dapat beli sikit je sebab tak ambil luggage. huhu..


Wow! Kulit ikan yu pun boleh jadi kerepek.


Memang macam-macam jenis la jajan diorang ni. Pening nak pilih. Memang best semuanya.


*bersambung....



4 Comments

  1. mesti penat kan sehari perjalanan macam tu..

    ReplyDelete
  2. sambung lagii cepat ! hehehehhehe lawa gila tiu kelep tu!

    ReplyDelete
  3. bestnye hi done folo, folo me back ;)

    ReplyDelete
  4. Lombok ni lebih dikenali dengan lelaki yang melarikan anak gadis ja, tetapi sebenarnya menyimpan banyak tempat menarik yang perlu dilawati

    ReplyDelete