Wednesday, 29 April 2015

Kambing Bakar tersedap di Klang !

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Minggu lepas saja-saja la lunch bersama unit tumpang saya di opis tu. Dinamakan unit umpang sebab tempat duduk saya tersesat di unit tu. Sedangkan saya bertugas di unit lain. Tapi untunglah, jadi rapat dengan lebih ramai orang. Kira saya ni macam ada dua unitlah. Satu unit kerja, satu lagi unit 5s. 

Unit tumpang saya ni memang kuat jalan-jalan cari makan. Segala pelosok tempat makan best di Klang dan Shah Alam, memang petik jari je diorang ni. So, saya pun tumpang sekaki la. Tumpang sekaki join makan. Tapi tumpang sekaki bercerita adalah agak tidak berkesempatan. Gambar memang ada, tapi nak bercerita di blog tu belum tentu lagi kekdahnya. Makin lama makin teruk istiqomah saya dalam berblog. hehehe..

Kali ni rezeki saya nak bercerita tentang kambing bakar tersedap di Klang. Hahaha...rezeki tu. Tak menahan punya ayat. Seminggu sebelum ke Bandung, hari-hari saya makan menu Indonesia. Termasuklah menu di warung Kambing Bakar Ayam Penyek Sahara ni. Terletak di Jalan Kasim, Meru, Klang, tak susah pun mencari kedai ni. Masuk je ikut simpang sebelum Shell tu. Dari Jalan Khamis pun boleh jumpa kedai ni. Susah sangat, call je 012-9434664 tu ha. Pasti jumpa punya.


Clear tak?


Ini rupa kedainya. Dah naik becak ruang parking sebab tersangatlah mendapat sambutan hebat penggemar menu kambing.




Inilah rupa kambing bakar yang pedas tapi sedap ni. Besar kan portion dia?




Satu set dengan nasi hanyalah berharga RM8.30. Berbaloi-baloi. Sedap sangat.
 pulak tu. Ini menu Indonesia. Pedas tu memang wajib. Sebelum ni tak tahu pun kambing bakar dimakan dengan nasi. Tau yang makan style western tu je. Ecewah.. riak pulak bunyinya. hahaha...



Nak tau sedap ke idak, tengok aksi mereka ni makan. Tak pandang kiri kanan dah! Memang betul la cerita saya ni, ye dak? hehehe..



Senarai harga. Boleh tahan, kan? Kedai ni ada wifi tau. Jangan memain. Tokey dia dalam sehari saja pun, masyuk kemain dengan perniagaan kambing bakar ni. 


Pesanan penaja. Kaum lelaki pada waktu solat Jumaat, jangan menggatal nak melepak kat sini. Tu dia punya warning...



Elemen landskap yang digunakan, hanya rumpun buluh yang subur. Sejuk je mata memandang.

Ok. Itu je infonya. Kambing bakar sedap, harga berbaloi-baloi...memang antara destinasi jalan-jalan cari makan yang mesti dicuba.  Harap tahan pedas la ye. :D








Monday, 13 April 2015

Resepi cucur manis

Assalam...bismillah..

Lama dah tak share resipi simple. Baru-baru ni sepupu bagi resepi cucur manis atau cekodok manis yang tersangat mudah untuk dibuat.

3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas mendidih
Setengah cawan susu pekat manis
Secubit garam

Gaul semua sekali lepas tu goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
Kalau susah nak ambik adunan sebab melekit, letakkan sikit minyak masak kat tangan.








Sunday, 5 April 2015

Percutian ke Yogyakarta / Jogja - Part 10 (Last Day)

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Hari terakhir di Jogja, kami check out awal pagi selepas sarapan. Macam-macam tempat juga sempat kami lawat pagi tu seperti Gedung Bank Indonesia, Kantor Pos Besar dan Benteng Vredeburg. Sebelah Benteng Vredeburg tu, terdapat pasar Beringharjo yang menjual batik murah dan batik pekalongan berkualiti tinggi. Di situlah kami shopping serba sedikit.  Memang berbaloi nak beli kain batik halus buatan Indonesia di sana. Untuk kain batik lepas yang biasa digunakan untuk jenazah tu, harganya di antara RM15-RM25 sehelai. Tapi disebabkan tiada gambar, kita pendekkan cerita, ye.



#di perkarangan kedai-kedai yang menjual barangan perak yang cantik sangat  buatannya. Tapi disebabkan gambar semua dah takde, gambar selfie je la yang boleh ditontonkan. hahaha.... (sila bertabah ye)

Di dalam kedai membuat barangan perak ni, kami ditunjukkan cara-cara membuat barangan hiasan perak dari awal sehingga siap. Masya Allah, sabarnya mereka. Teliti sungguh! Kalau harganya agak mahal, janganlah komplen banyak sangat. Memang azab nak buat. Saya yang menengoknya pun terasa siksanya nak menyiapkan satu-satu eksesori tu. huhu...


Kedai barangan perak ni sangat cantik, tau. Banyak sangat saya ambil gambar di kedai ni termasuk eksesori perak yang cantik-cantik tu. Rambang mata woo....nasib baik saya dah sengkek. Kalau tak, mau saya rembat rantai tangan satu.

Balik dari lawatan ke kedai barangan perak, singgah pulak ke lot-lot kedai yang menjual barangan kulit. Hari sebelumnya melawat kedai-kedai barangan seramik. Mak aii...sepanjang jalan yang berkilometer tu semuanya menjual seramik. Yang barangan perak dan kulit pun macam tu jugak. Dahsyatnya persaingan. Harga memang sangat menarik hati. Cuma terselamatnya kami bukan datang niat nak berniaga dan bershopping sakan. Tapi seperti yang diperkatakan orang tu memang benar belaka. Orang Indonesia memang berbakat dalam kerja-kerja pertukangan dan kraftangan. Naik melopong je tengok hasil kerjatangan mereka yang cantik-cantik tu.

Kami sempat juga melawat kilang pembuatan coklat berjenama Cokelat Monggo yang tak nampak macam kilang pun. Sangat santai dan kreatif deconya. Coklat jenama ini merupakan dark chocolate pertama keluaran Indonesia yang direka oleh sorang warga Belgium yang tinggal di Jogja. Dia ni mula-mula berniaga coklat ni dengan menggunakan Vespa tua yang berwarna pink. 


#baru tau fungsi vespa pink ni masa entry ni ditaip. Masa kat sinun, posing je taunya. hahaha...


#Monggo bermaksud 'persilakan'. memang kami dipersilakan sangat-sangat. Ada je yang sudi nak jadi cameraman kitorang. Ini di hadapan pintu masuk ke kilang Cokelat Monggo. 

Semua pekerja di sini adalah perempuan.  Katanya, kaum perempuan buat kerja dengan coklat ni lebih teliti. Cun-cun pulak tu. Tapi saya setakat cerita je la sebab gambar dah takde. Sob sobs..

Perisa Cokelat Monggo ni pulak ada macam-macam. Sampai perisa cili api pun ada! Tapi tak sedap mana pun. hahaha... Jahat punya komen nih! Tapi betul pun. Takde la punya citarasa istimewa sangat yang sampai teringat-ingat macam bingka ubi kayu kat Vietnam nun! Tapi tak tau la pulak kat tekak peminat dark chocolate. Pada saya, memang kureng. Tapi disebabkan bungkusannya unik dan cantik, saya beli la juga dua ketul untuk encik hubby dan anak-anak rasa.


#ini la rupanya. Terpaksa google.



#suka betul lepak kat sini. Macam kat rumah sendiri je. hehe..


Tengahari tu kami lunch di kedai nasi padang. Dah 3 hari makan nasi jenis set ikan tempe sambal je. Hari ke 4 baru merasa nasi padang Jogja. Entah bila nak sampai ke Padang dan Bukit Tinggi nun. Mesti lebih syahdu terkenangkan watak-watak dalam novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck kot. Di Jogja, saya tak study dulu destinasi ni. Main ikut Wai je. Dah balik masa nak tulis entry baru fefeeling sengsorang mengenangkan kisah-kisah mereka yang terdahulu mencipta sejarah tanah Jogja. Bercampur baur perasaan tapi malangnya gagal ditaipkan sekali untuk sesama rasa. Kurang bakat menulis saya ni tapi rasa nak share tu ada. huhu....


#hambek...penuh satu meja.



#eksyen je lebih. Saya makan sotong masak rendang, sambal ijo dan sayur tu aje. Yang lain-lain tu penghias meja je kekdahnya. hehe...


Sebelum gerak ke airport, kami menyinggah beli buah salak dan kuih bakpia. Kuih bakpia ni dianggap oleh-oleh khas Jogja yang  wajib dibawa balik. Kuih bakpia Jogja pun kemain femes sampai berkilometer jugalah lot-lot kedai dan kilang membuat bakpia. Tapi yang paling sedap dan paling femes ialah Bakpia Pathok Asli 25. 25 tu maksudnya nombor lot kilang bakpia tu. Memang sedap. Yang ni rasa nyesal juga la beli sikit.


#google.

Ok. Ini rupanya ye. Kalau ke Jogja, pastikan beli yang bakpia 25. Yang nombor-nombor lain tak payah beli. Kami ada rasa juga yang bakpia dari lot-lot lain, tapi tiada yang sedap dan lembut macam bakpia 25.

Rupa-rupanya di airport Indonesia ada cukai airport yang dikenakan sebanyak IDR 100k atau RM40 seorang. Asingkan siap-siap tau takut terguna duit tu untuk shopping. Saya pun tak cukup juga sebab terlebih beli batik. Nasib baik ada Wai. hahaha...

Tentang bajet pula, kos keseluruhan termasuk shopping dalam 1k je. Dah kata bajet trip namanya. Memang semuanya ikut bajet le kan. Dalam bajet-bajet tu, saya dapat beli handbag kait tangan, kasut kulit dan baju-bajan 2 helai seorang untuk kami sefamily. Qisya dapat lebih sbb baju set batik untuk pakai hariannya berharga hanya RM4 sepasang. Seluar batik perca yang kami pakai tu berharga RM10 sehelai. Untuk mak-mak saya, saya belikan kain batik lepas dan pekalongan. Jangan risau, 1k tu cukup InsyaAllah...

Akhirnya tamat juga cerita trip ke Jogja ni. Itupun cerita dah lari tune sikit sebab dah hilang gambar. Harap-harapnya membantu sedikit sebanyak para pembaca yang ingin bercuti ke Jogja. Jogja memang tak mengecewakan. Terima kasih Wai dan Lyn. Kalau korang tak busy, jom bajet untuk trip lain pulak. hahaha...




Terima kasih sudi baca.
Luv,



Wednesday, 1 April 2015

Percutian ke Yogyakarta / Jogja - Part 9 ( Taman Sari dan Parangtritis)

Assalamualaikum wbt.. bismillah...

Tak sangka ramai nak bercuti ke Jogja. Oleh itu, kenalah sambung lagi cerita walau pun tanpa gambar yang sepatutnya. Ini pun adalah ihsan kawan-kawan. Dari henpon saya, satu album Jogja dah lenyap angkara henpon buat hal. Sampai hilang mood saya dibuatnya untuk hapdet. Mau tak sedih, untuk kenangan kot. huhu...

Takpe, teruskan cerita di Jogja sempena berhari raya GST 1 april. :D

Dari henpon diorang, yang ado banyaknya gambar selfie je la. Sila abaikan tayangan lobang hidung ni. Yang jadi tumpuan ialah bumbung cantik tu. Kemasnya ukiran bersadur emas tu. Cantik, kan?



Kompleks Keraton ni sangatlah besar . Umpama kotak di dalam kotak, memang jadi banyak pintu la jawabnya. Ini salah satu pintu. Tak ingat dah pintu belah mana. Dah lama sangat punya cerita. hahaha...

Ok. Kat dalam Taman Sari ni, ia merupakan bekas taman istana yang berkeluasan 57 hektar. Kemain besar lagi tamannya. Tempat Sultan dan familia bermandi-manda kat sini. Tapi sekarang ni yang tinggal hanya sedikit saja binaannya.



Alkisahnya, Sultan akan ushar gundik mana yang berkenan untuk mandi bersama beliau di sebuah kolam yang istimewa dan terasing di sebalik menara tu dengan cara membaling bunga dari atas menara kepada gundik yang dia berkenan tu. So, boleh la mandi secara berdua-duaan saja.


Ini bilik persalinan putera dan puteri sultan di taman sari ini. Pintunya rendah dan tempat bercermin pula menggunakan tempayan yang rendah. Kekdahnya, putera dan puteri jawa ini mestilah menjadikan sifat rendah diri sebagai falsafah hidup. Tak boleh sombong-sombong, gitu.



Yang ni pula laluan bawah tanah dari istana ke Taman Sari ini.

Gambar-gambar pun dah takde, cerita pun pendek je la, kan? Seterusnya kitorang bergerak ke pantai Parangtritis. Pantai berbisik katanya. Sebelum sampai ke pantai Parangtritis tu, kami menyinggah dulu di gumuk pasir. Punyalah luasnya gumuk pasir ni menandakan angin di pantai Parangtritis amatlah kuat.


Seksi-seksi pulak gambar kat sini. Bahaye! hahaha...


Sampai je Parangtritis, kami naik bendi ni sorang satu. Kos bergantung pada jarak. Kami ambil jarak yang sederhana jauh. 50k rupiah untuk satu bendi dan pengiring. Seronok juga naik bendi ni. Macam race kuda pulak rasanya. haha.....

Pantai Parangtritis memang cantik, nak bagitau u ols. Tetibe feeling berlakon sinetron! Habis masa bershooting je la kitorang kat sini. Ini ada 3 keping je ye. Tengok banyak-banyak kang boleh muntah ijo pulak. kih kih kih....





Tinggi kami lebih kurang sama. Yang berbeza, saya yang makin melebor. Sob sobs...

Balik dari Parangtritis ni, kami ronda-ronda lagi jalan Malioboro. Rasa jugalah sate yang dijual di  tepi jalan tu. Memang tak sedap sebab perap dengan kicap je. Nasib baik perut tak meragam.



*bersambung...