Thursday, 28 May 2015

Trip Bandung 2015 - Part 2

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Hari kedua kami di Bandung, aktiviti utama ialah shopping. Pergi la ushar-ushar kat outlet-outlet, rumah kebaya dan Pasar Baru. Tempat-tempat ni adalah seronok kalau kita bawa duit banyak. Duit tak berapa banyak, shopping jajan je la. hehe.. RM1 k tak cukup ye u ols. Tengok kain je dah rambang mata. Harga pulak jauh beza dengan di Malaysia. Rugi sangatlah kalau tak membeli sepasang dua. Aktiviti hari kedua tak banyak gambar. Almaklum laa...busy shopping. Makanya jom tengok Hotel Marciella di mana saya menginap selama di Bandung.


#inilah Marciella Hotel. Saya tempah melalui Agoda. Satu malam berharga RM80 macam tu. 




#lobby hotel. Di sinilah baru dapat menggodek whatsapp dan facebook.




#suka betul saya dengan interior design hotel ni. Kami tempah 3 buah bilik. Dan 3 bilik tu semuanya bersebelahan Ini laluan ke Cafe hotel..




#pemandangan di luar bilik kami. Sangat sunyi dan tenang kat sini.



#pemandangan di sebelah cafe hotel. Suka tengok pokok macam pokok duit-duit ni. Kemas je tengok susunan daun.



#nasi goreng di Cafe Marciella Hotel. Tiada buffet. Kita kena order apa yang kita nak makan. Tapi tak banyak pilihan. Nasi goreng, nasi lemak, mee sup ayam dan roti bakar je. Tapi tak mengecewakan ye. Memang sedap.



#kain sulam pilihan saya. Dah selamat buat baju kurung moden.

Pagi-pagi lagi, tempat lawatan utama ialah rumah kebaya. Haa.... amik kau. Naik rambang biji mata tengok kain sulam yang cantik-cantik. Saya beli 2 pasang untuk raya kononnya.


#pemandangan dari parking Pasar Baru.

Lepas tu bergerak ke tempat-tempat shopping lain dan Pasar Baru. Tapi takde gambo ye. Mocik busy shopping. Ini pun cilok dari kenkawan. hehe..

Bangunan Pasar Baru adalah setinggi 6 tingkat. Kemain susah nak cari parking. Hari Ahad kot. Tapi memang kena baca ayat kursi banyak-banyak. Tak tahan godaan, wehhh... tengok handbag, baju bajan, kain lace....sehari pun tak cukup gamaknya. 


#Toko Tiga

Haaa....inilah Toko Tiga yang selalu disebut-sebut oleh mereka yang pernah ke Bandung. Kedainya biasa saja. Yang luar biasanya, harga barangan jenama originalnya lebih murah berbanding di Malaysia. Tak rembat selai dua jeans kat sini, macam tak sah pulak.


#hasil rembatan saya. *wink wink....

Saya beli 2 helai jeans kat sini. Repair kaki seluar kat sini siap-siap. Free of charge.



#yang ni pulak pemborongan telekung. Saya berkecuali. Penonton setia je. hehe...

Lepas tu, sambung lagi kat outlet2 yang bersepah kat sana. Jalan kaki sampai lenguh. Dah nak maghrib macam tu, baru sampai ke Rumah Mode yang sangat femes tu. Macam-macam barangan berjenama ada di sini. Saya mampu pandang je. hahaha..



#landskap kat Rumah Mode sangat cantik. Tapi banyak juga arca yang scary bila tengok. Patung Sita Dewi ni ok kot.


#rasanya, inilah tempat shopping yang berlandskap paling cantik. Shopping dalam taman, kekdahnya.



#hasil kraftangan yang menjadi hiasan didinding memang mengagumkan.





#ini paling cantik. Ukiran kayu yang sangat halus. Besar pulak tu. 2m x 2m saiznya.



#kami tak bershopping pun di Rumah Mode ni. Tumpang solat dan tumpang bergambar je. :D

Lepas tu baru minta Asep syorkan tempat makan sedap untuk dinner. Asep ajak makan iga bakar. Rusuk kambing bakar. Walaupun jauh juga merempuh traffic jammed, iga bakar ni sangat sedap. Berbaloi dapat singgah dan mencuba menu di sini.


#sate iga....kuah kacangnya memang terbaik tau u olss... Pergi Bandung jangan lupa mencuba menu2 di  Iga Bakar Mas Giri, Bandung. Terbaik!!


#muka agak stress sebab banyak habis duit di hari kedua. hahaha...


Bandung - Part 1

*bersambung...


Tuesday, 26 May 2015

Negeri kau je yang best!

Assalamualaikum...

Hari tu, ada kawan yang bengkak hati dengan Kosmo!. Asal ada jenayah yang dilakukan oleh orang Kelantan je, mesti Kosmo! mention asal Kelantan tu. Dia pun letak bukti-bukti artikel tu kat FB. Tak boleh salahkan dia. Siapa-siapa pun boleh bengang jugak bila negeri asal dia kena macam tu.

Motif  tajuk camtu????

Dua hari lepas pulak, kami sembang dengan seorang yang berpangkat Datuk ni. Ala, sembang-sembang lepas meeting. Mesti la terbukak isu-isu semasa ni, kan? Semua topik saya sokong. Hatta pasal Rosmah pun saya boleh terima la jugak pendapat dia. Tapi bila dia kutuk Kelantan, saya macam tak boleh terima. Dia kata, 85% jenayah di Selangor dan KL dilakukan oleh Kelantan. Pastu kutuk negeri tu tak maju. Tanah rezab melayu habis tergadai bla-bla.... Pastu puji pulak Johor. Johor wajibkan sekolah agama. Ok fine. Itu dia.

Ini pendapat saya pulak. Negeri mana-mana pun sama je. Ada orang jahat ada orang baik. Jenayah pulak, tengok la jenayah macam mana. Orang sekarang memang ramai stress. Kos sara hidup melambung tinggi, kalau yang tiada iman macam-macam hal jenayah boleh terjadi. Tidak menurut hukum Islam pun satu jenayah juga pada pandangan saya. Kau ambik rasuah, kau menipu, kau buat scam itu ini.....bukan jenayah namanya? Macam-macam boleh dilistkan. Tapi yang masuk news? Sendiri boleh faham le kan. 

Kalau orang Kedah, gini. kalau orang Melaka, gitu. Yang negatif2 je diingat orang. Cer ambik yang positif. Macam la negeri kau je yang best. Yang buruk-buruk tu negeri orang. Annoying tau. (Walau zaman dulu saya pernah nyampah juga dengan orang negeri Kelantan. hahaha) Lagi kau menyampah, suatu masa nanti orang negeri yang kau menyampah tu la jadi best friend kau. Silap haribulan kawen dengan orang negeri tu. hahaha...

Mengikut pengalaman hidup saya, orang Melaka yang nampak kasar tu, diorang sangat warm tau dalam persahabatan. Nampak je agak ganas bila bergurau, tapi tidak la sampai di hati. Orang belah-belah utara yang dikatakan suka cakap besar tu, kebanyakannya suka berlawak. Kerja nak gelak je bila bersembang. Sama je. Setiap individu  pun ada baik buruk. Apatah lagi negeri. Kalau Kelantan yang dikatakan selalu banyak jenayah, tapi yang kat luar negara yang belajar agama tu ramai orang Kelantan. Tengok kat al Azhar saja sudah la. Yang kat Shah Alam duduk kat banglo-banglo tu pun ramai orang Kelantan. So?

Makanya tak payah la nak semangat kenegerian yang melampau-lampau sangat. Ini nasihat untuk diri sendiri juga ni. Saya yang orang Perak ni kan....orang yang paling buat saya sakit hati, orang Perak. Best friend yang tikam belakang pun orang Perak jugak. Maknanya apa? Orang yang kita sayang dengan orang yang kita benci, takde kena mengena dengan negeri asal dia. Tak gitu? Betul tak? Makanya tak payah beria-ia sangat bab negeri ni. Buat gaduh dengan kawan-kawan je. Kita kan satu Malaysia katanya. Peace.. 

Mocik stress sebab busy beno. Lepas geram kat sini je la. hehe...




Thursday, 21 May 2015

Trip Bandung 2015 - Part 1

Assalamualaikum...bismillah...

Lama dah teringin nak pergi Bandung. Tapi malangnya semua bff dah pegi. So, bila ajak diorang memang tak nak le. Kata diorang, "alaaa....aktiviti shopping je. Kena bawak banyak duit." Pendek kata, ayat penolakan le kiranya tu. Masing-masing kata, Bandung tempat shopping. Tempat jalan-jalan tengok keindahan alam semulajadi adalah kurang. Gitu la maksudnya. Makanya kena la ajak budak opis. Heheh...ramai jugak nak mengikut rupanya. Beli tiket bulan Mac dpt RM207 untuk harga return flight. Murah dop? Terus book la jawabnya.

Trip ni dari 25 -28 April lepas. Pergi berenam angkut bos kecik sekali. Sporting punya bos kecik. hehe.. Cuma trip kali ni macam amazing race dibuatnye sebab silap tengok nombor pintu kat tiket. Flight pukul 6.50, jalan kat KLIA2 tu udah le rasa berkilometer jauhnya, sampai surau dah mengah nak solat. Ingatkan nak relaks le kejap memandangkan teringat pintu J2 tu sebelah surau tu je. Dekat je kan. Sekaliii.....hah! Amik kau! J21 wehhh....pintu hujung sekali! Memang amazing race la kitorang jawabnya. Nasib baik tak kena tinggal. Dulu masa trip ke Vietnam pun nyaris jugak kena tinggal. hahaha....

Sampai-sampai je kat Husein Sastranegara International Airport, cuaca adalah sangat best. Macam ada aircond.  Supir kami, saya book Hayukka Bandoeng. Dapat la kami si Asep yang baik sangat la budaknye punnn...

Tapi dia ni memang le kan. Nak marah pun ada jugak. Sarapan pertama kami di Bandung, dibawanya kami ke kafe yang mahal gila. Bayangkan teh o kena bancuh sendiri berharga IDR 10,000. Gile mahal. Kena buat sendiri kot. Nasib baik sedap. Lepas tu, lambat sampai pulak tu. Saya punya geram, ambil gambar makanan pun sampai tak sedar gambar tu blur. So, tak boleh tepek kat sini. Memang nak tayang sangat makanan yang super mahal dan super lambat sampai tu. hahaha..

Elok je keluar cafe tu, terus bising kat Asep. "Apesal bawak kitorang kat sini? kedai biasa takde ke? Ke ko ni banyak dapat tip kat sini ye Asep..." sambil buat jelingan tajam. Marah sangat le kunun. Sekali Asep jawab, "Kedai biasa-biasa belum buka, kakaaak. Sini semuanya mula jam sepuluuh..." dengan nada yang gitu lemah lembut. Tak jadi nak fire lagi dia. ekeke...


#teh o mahal. Kena bancuh sendiri. Nasib baik sedap. Sebab buat sendiri, kot. hahaha...

Lepas sarapan, kami terus bergerak ke Hotel Marciella. Yang tu nanti saya cerita kat entry lain. Lepas rehat kejap kat bilik, kami terus ajak Asep ke Kawah Putih. Memang plan ke Kawah Putih je sebab Tangkuban Perahu harga tiketnya IDR 300 000 seorang. Giler mahal wehhh.... Pi Kawah Putih je la. Harga pun boleh tahan kot. IDR 50 000 seorang. Jauh kemain nak sampai ke sana. Macet pulak tu. huhu..

Sepanjang perjalanan, memang kagum sangat la tengok perkampungan Sunda. Landskap depan rumah, semuanya sayur atau buah stoberi. Laman rumah orang ni kobis, rumah sebelahnya pulak daun bawang, sebelahnya lagi sayur lain pulak. Waaahhh....menarik betul. Tapi disebabkan jalannya sempit, tak dapat lah kitorang ni berhenti di tepi jalan sambil snap-snap gambo.



#nampaknya macam tiada tanah yang tidak diusahakan. Rajin betul.

Sampai je ke Kawah Putih, hujan la pulak. Memang kecewa la rasa di hati. Sudah la hujan, kena sewa payung sampai 20k satu payung. Baju sejuk atau pashmina tak bawak. Angin kuat pulak tu. Sejuk sangat2! Tambah best lagi, bau Kawah Putih sangatlah busuk. Tak tertahan saya. Sudah la penat menapak dalam kesejukan, pakai mask...rasa macam tak boleh bernafas dibuatnya. Dan jadi penambah azab, payung yang saya share dengan Mila rosak!!! Ya Allah, dugaan betul.



#ramai puji gambar ni cantik. Tapi yang tukang snap gambar ni dah semput kesejukan masa snap gambar ni tanpa berpayung dan baju sejuk. T_T




#satu-satunya gambar Kawah Putih yang sempat disnap. Dah tak putih tapi kelabu. hahaha...




#Ini hasil keje En. Apis yang amik gambo dalam keadaan tak nampak apa2. Jadi laa......satu2-nya gambo sebelum payung rosak diterbangkan angin. huhu...

Ini la 3 keping je gambar di Kawah Putih. Semuanya saya letak kat sini bagi u olss tengok. Nak pergi boleh sebab tempatnya cantik tapi tinggal nasib baik dengan tak je. Kami ni contoh nasib tak baik le. huhu..
Tapi jangan sedih-sedih. Banyak tempat lain yang cantik-cantik. 



#stroberi sekilo hanya IDR 10k. RM3 gitu. Murah nau.

On the way turun tu ramai la penjaja stroberi tapi kami buat dek je la. Sampai la bila dah masuk kereta, si Mila promote kata buah stroberi kat situ manis-manis belaka. Haih...Mila ni. Tadi taknak cakap. Sudahnya kitorang memekak kat Asep suruh berhenti kat tepi jalan kalau ada nampak gerai stroberi. Nasib baik jumpa dan beli terus. Murah memang murah tapi rasanya idak la manis pong. Hahaha.... (tak marah Mila sebab dia memang orang bisnes. Bab promote memang dia juara punyalah!)

Turun dari Kawah Putih, kami singgah di Saung Gawir Bungalow and Resto di daerah Ciwidey Bandung. Terletak di kaki Gunung Patuha pada ketinggian 1884 dr ketinggian paras laut, tempat ni memang sangatlah sejuk. Angin kuat pulak tu. Dalam keadaan hujan gerimis dan angin yang agak kuat, memang menggeletar dibuatnya!





#ini yang saya suka tentang tempat-tempat makan pelancongan di Indonesia. Semuanya kelihatan agak tertutup. Dan kebanyakannya mesti ada elemen Indonesia. Sama ada dari senibina luaran atau dalaman. Lepas tu dengar muzik Jawa. Kok nyaman gitu. Tapi kat sini kami semua sedang menggeletar kesejukan sebab baju dah basah. T_T




#kan? Cantik betul interior dia. Semuanya menggunakan buluh. Servis pun sangat cepat. Elok je duduk, terus kami dihadangkan dengan teh jasmin yang panas.




#nasi timbel terbaik....yummy sangat.

Walaupun agak mahal, lebih kurang RM100 jugak le makan berenam, tapi nasi timbel ni memang tersangatlah sedapnya i tell u. Sambal memang pedas berdentum! hahaha... pastu kreatif diorang ni kemain lagi. Atas ikan bersambal pedas giler tu, bersusun la pulak stroberi. Ingat kat atas dessert je boleh letak stroberi. ekeke...


#yang ni pulak otak-otak versi Sunda. Puas ati sebab banyak isi. Idak le ciput macam otak-otak kat Malaysia. hehe..


#cantik kan? Pemandangan kebun sayur dan buah-buahan di daerah Ciwidey ni. Rajin sungguh penduduknya.


#lepas solat, muka pun ada ceria sikit. Meh la selfie sikit. hehe...

Balik tu dah kepenatan dalam perjalanan merempuh macet di kota Bandung. Singgah kedai ala-ala 7-e cari mi segera dan jajan untuk kudapan di hotel. Memang tak dinner dah. Saya memang nak cari bantal je. Penat wehhh....           



*bersambung....



Saturday, 16 May 2015

Gemuk itu satu dosa?

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Dah lama tak membebel kat blog kot. Tapi terpaksa la ai tulis jugak kat sini. Alaa....cerita bab gemuk yang sangat sensitif di kalangan perempuan tu. Ok la kalau bab melawak tang gemuk ni dibuat oleh golongan yang berbadan besar ni sesama diorang. Takde siapa yang sakit hati.

 Tapi kalau orang yang kurus sikit-sikit kecoh pasal berat badan naik macam takde isu lain nak disembangkan, annoying lah! Gedik tau tak. Sikit-sikit bising pasal berat badan. Kecoh naik 500g mcm naik 20 kilo. Cerita pulak kat kawan-kawan yang tengah makan. Yang semuanya saiz lagi besar dari dia. Bengang kot. Siapa yang tak nak cantik, dek non???

Amboiii...marah beno. Hahaha....takde la sangat. Saja sesekali nak bersuara kat golongan perempuan yang sibuk menjaga badan tapi dengan cara menunjuk. Tak riak namanya tu? Kalau dah dapat rezeki bertubuh cantik, bersyukurlah banyak-banyak pada Allah swt. Kata taknak gemuk sebab rasa badan lemau, berat , tak aktif. Tapi tak pernah nampak pun ke surau. Dah kurus, badan dah ringan...patutnya rajin la solat. Tak gitu?

Kadang-kadang, bila berdepan dengan golongan manusia yang suka sangat komplen orang lain gemuk ni, memang bikin hangen je. Gemuk tu satu dosa ke? Hina sangat ke? Memang sakit sangat ke mata kau memandang?  Tambah-tambah dah lama tak berjumpa. Saiz badan yang ditegur dulu. Macam tak beradab. Bukan semua orang boleh terima, betul tak?

Hakikatnya, bukan saiz badan yang menentukan kebahagiaan hidup. Kau kecik ke, kau gemuk ke, kau cantik ke, kau tak cantik ke......semuanya muat untuk masuk ke dalam hati orang yang sayang kat kau. Hah! Gitu!