Thursday, 25 June 2015

Jalan-jalan ke Perlis (Part 2 - Kuala Perlis)

Assalamualaikum..wbt..

Sampai Kangar, pergi solat dan rehat kat sebuah masjid dulu. Lepas tu cari charger untuk note 3. Tertinggal kat opis punya pasal. Tapi tak  berjumpa pun. Jumpa charger untuk di dalam kereta je. Jadi la. Terpaksa beli juga sebab guna charger biasa yang kecik tu punyalah lama nak charge. Dah la nak ambil gambar banyak-banyak. Kat masjid tu baru berbincang nak stay kat mana. First time pegi jenjalan bawa anak-anak takde perancangan. Kira nasib je ni. 

Mula-mula pergi ke Hotel Seri Malaysia, harga bilik RM 229. Lepas diskaun harga penjawat awam, jadi RM190. Hmm...rasa masih mahal juga tu. Bukan dalam bajet. Lepas tu encik hubby cadangkan supaya cari hotel di Kuala Perlis.



#rumah sape le ni. Cantik sangat!




#pemandangan sawah padi adalah paling mengasyikkan sebab inilah pemandangan yang selalu dilukis masa zaman kecik-kecik dulu. Lepas tu lukis matahari di belakang bukit. Dulu-dulu la ceritanya...

Maka meredah la kami ke Kuala Perlis mencari hotel bajet. Alhamdulillah ternampak nombor hotel D' View kat banner di tiang. Terus call Hotel D'View. Nasib baik la ada lagi bilik kosong. Nanti saya tulis review pasal hotel tu. Memang ohsem nak habaq. Kami decide nak makan malam dulu baru check in. Nanti sampai hotel, tak nak keluar dah katanya.

Macam banyak ekspo pulak di Kuala Perlis masa kami sampai. Sebab cuti sekolah kot. Tujuan utama kenapa kami memilih stay kat Kuala Perlis mestilah sebab nak makan seafood. Makan seafood tepi laut barulah asyik. Tak gitu? hehe...



#asyik je tengok Pulau Langkawi. Rasa nak naik je feri. huhu...




#suasana di seafood foodcourt Kuala Perlis. Pilih je nak order kat gerai mana satu. Semuanya nampak menarik.




#ini menu pilihan saya. Lala masak sweet sour, sayur campur, sotong celup tepung dan ikan siakap bakar basah. Jumlahnya RM80 untuk makan berempat. Ikan tu besar sangat. Sotong untuk 2 orang makan pun banyak. Tapi dalam gambar macam nampak kecik dan sikit je. Tak dapat kami menghabiskan lauk pauk ni. Siap bungkus sotong celup tepung bawak balik ke hotel.



#Gambo gego namanya ni. hahaha... Lepas makan, sempat la ronda gerai-gerai macam kat uptown kat tepi jalan. Qisya buat perangai. Dah letih sangat gamaknya. Belikan dia sehelai seluar,  buat pujuk.  Lepas tu baru gerak ke hotel. Deka t je pun rupa-rupanya....




Terima kasih sudi baca.
Luv,

Monday, 22 June 2015

Jalan-jalan ke Perlis (Part 1)


Assalamualaikum wbt..
Bismillah..

Ramadhan Kareem kepada semua. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ni Ramadhan terbaik kita dalam usaha meningkatkan ibadah. Aamiin.. :)

Cuti Pertengahan Tahun kali ni sempat bawa anak-anak ke Perlis dan Kedah. Short trip asal sampai je kekdahnya. Saya pulak dah lama tak ke Perlis. Blog ni dah berusia 4 tahun tapi takde cerita pasal Perlis lagi.  Rasa macam tak complete pulak jelajah Semenanjung. Saya sebenarnya teringin nak sampai ke Wang Kelian. Asyik dengar cerita mak je yang selalu sampai ke sana ikut rombongan. Kali ni ambil peluang la ajak encik hubby jenjalan bawa anak-anak.

Gerak dari rumah mak di Kuala Kangsar dalam pukul 10 gitu. Sampai di Kangar, rehat dan lunch dulu baru gerak ke Wang Kelian. Sampai kat sana dah pukul 3 petang.

Amsyar selalu cakap tak pernah pergi ke luar negara. Kali ni mama bagi can. Jadi la pijak hujung-hujung Thailand. Luar negara la jugak tu. hahaha...



#Babai Malaysia..

Masa kat sini nak mcm nak bergaduh pun ade dengan encik hubby. Bekas askar macam dia memang skema tak hengat punya la. Punya penakut nak masuk ke sempadan Thai tu sebab tak bawa passport. Yang saya punya passport dah scan kat imigresen Malaysia. Penduduk-penduduk kat situ bagitau masuk je sebab nak beli barang je kan. Makanya kitorang pun masuk la tapi saya tak bercop pun passport. Angkara nak seiring sejalan dengan encik hubby dan anak-anak. hahaha....



#Welcome to Thailand. Inilah rupa pintu sempadannya. Imigresen Satun. Kedai-kedai di sebelah Malaysia, takde yang buka. Katanya Jumaat sampai Ahad je. Yang kat sebelah Thailand ni hari-hari pun ada. Cuma selain hujung minggu takde la meriah mana.




#inilah pondok imigresen Satun. Kami lalu kat tepi tu je. hehe...



#haa....inilah pemandangan tempat jualan barangan siam yang murah-murah tu. Nak toto...nak periuk belanga...sini la tempatnya. Tapi takde la besar mana pun. Inilah selorong jualan dalam hutan namanya. Ok. dah sampai sini dan dah tengok sendiri macam mana tempatnya, lega la sikit. Idak le teman ni tertanya-tanya.


#sempat la juga beli kerongsang raye untuk diri sendiri dan emak2 tercinta. Adik -beradik, beli sendiri la. hahaha...



#lega dah si Amsyar. Merasa jugak dia ke luar negara. hehe...



#masuk senyap-senyap. Keluar balik pun senyap-senyap jugak. Dasar penceroboh betul. hahaha...
Tapi paling kelako, time saya scan passport masuk Malaysia kat imigresen, depa sempatlah tazkirah saya. "Macam masuk rumah orang, kena la bagi salam sebelum masuk. " hahaha... nasiblah. Tak seludup apa2 pun. Saja nak tengok je.. :D





Lepas rehat dan solat di Kangar, kami bergerak ke Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang pulak. Niat di hati nak beli la sebiji dua mempelam harumanis yang mahai sangat tu. Tapi malangnya, dah habis musim. Tak tercapailah hasrat di hati.


#tinggal satu gerai je yang beroperasi. Itupun jual buah mempelam sala yang keat belakang rumah mak pun banyak. Ada la sikit-sikit buah mempelam harumanis yang dah siap dipotong dalam bekas polisterin tu tapi tak selera la pulak nengoknya.  huhu...


#Galeri harumanis






Jadilah dapat bergambar je, yang penting...sampai. Dapat tengok dengan mata sendiri baru puas hati.


Seterusnya, kami ke Taman Anggur Perlis pulak. Tempat ni berdekatan dengan Taman Ular ye. Kalau ke Taman Ular ke kiri, ke Taman Anggur teruskan ke depan sikit. Tepi jalan je. Memang mudah nak cari lokasinya.



#Pintu masuk ke Taman Anggur Perlis










#ada 4 jenis anggur yang ditanam di sini. MasyaAllah memang lebat buahnya. Malangnya tak merasa la memetik anggur ni sebab muda lagi. Bulan Ogos nanti baru matang. Takdak rezeki macam harumanis jugak. huhu...

Trip main redah macam ni memang best sebab rasa terujanya lain macam sikit. Anak-anak pun ambil peranan sekali tengok kiri kanan jalan takut terlepas destinasi pilihan. Memang terbaik...


*bersambung......




Tuesday, 9 June 2015

Floria Putrajaya 2015

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Tahun ni menjengah lagi Floria di Putrajaya dengan tajuk Royal Floria pulak. Padahal entri Floria tahun lepas pun tak terpublish. Dok terperuk kat draft je. hehe...

So, apa cerita kali ni? Tak banyak. Tengok landskap cantik je. Nak perkenalkan para Arkitek Landskapnya, u olls bukan minat pun ye dak? Layan gambo je la nampaknya. Tapi ampunkanlah saya ye. Sebab banyak tempek gambo sendiri perasan cun. Sila jangan muntah. hahaha...


#Ini pokok petunia. Biasanya bunga dia kaler putih..pink..purple. Cantik berseri-seri sampai saya pun terambik aura bunga petunia ni. ekeke... Ok. Itu intro je tau. Jom kita layan apa yang ada di Floria ni.



#Sebenarnya saya paling suka lepak kat foodcourt expo2. Macam-macam makanan seluruh Malaysia ni ada. Paling best tahun ni, kami merasa la makan nasi lemak Royal yang femes kat Aloq Setaq nun. Dua pinggan, RM18, ko. Tapi MasyaAllah....tersangatlah sedap! Jumpa kat gerai Warisan Kedah. Legaaa...tak payah dok kalut pi cari kat Kedah nun.



#Pastu ini ha. Gerai buah-buahan ala kat MAHA. Saya jumpa lagi dengan buah limau bali Tenom yang super sedap tu. Dulu kat MAHA RM5 sekilo. Kat sini RM6.50 sekilo. Tak mengapalah. Kerana kasih kuturutkan jua. Dua kali pergi, dua kali la mengangkut sebiji.  huhu...



#Tahun ni ada rumah bermusim pulak . Layan la feeling kat winter garden dan spring garden yang dah tentu takde kat negara kita ni. Merasa jugakla feeling salji turun. Walaahh...sejuk baq ang....

Seterusnya, dah tentulah landskap2 yang cantik menawan. Sampai saya pun dah boleh masuk kategori sawan. Sawan bergambo. hahaha...



#Ini bunga lili. Cantik sangat. Tersusun je daunnya.



#bunga tiruan pun cantik bebeno. Colorful.






#Gadis dan bunga orkid.



#MBPJ. Jangan cari MBSA ye. Memang tak join banyak tahun dah. huhu....



#Dengan bunga orkid putih pulak. Hehe...



#Hati saya memang enjoy sangat bila tengok bunga. Tak perlukan nasihat, ye.  :p



#Negeri mana entah. Tak ingat pulak saya. Kreatif semuanya.



#Landskap kat tapak Floria ni pun memang dah sedia cantik.



#Susah nau nak ambil gambar kat sini. Asyik ada orang interfrem je. Jenuh tunggu.



#Ada rumah kucing kat sini. Boleh main lagi dengan anak-anak kucing kat sini. Yang kucing hidung kemek ni kemain comel.




#Landskap Royal Johor. Macam kat Europe, wehh....















#pameran hiasan bunga-bungaan. Menjakun tengok. Semuanya cantik belaka.











#saya paling jatuh cinta dengan design bunga yang ni. Cantik sangat!



#Korea















#Kenya



#Tempat pertama pertandingan orkid.










Biar gambar je la yang berbicara. Dua kali melawat Floria tahun ni. Alhamdulillah. 


#mula-mula dengan geng opis.



#kali kedua dengan family kecil saya pulak.

Saya yang snap. Dah tentu2 saya takde dengan diorang. huhu....Harap-harap tahun depan lebih meriah. Harap-harap dapat join jugak. Aamiiinn....


Tq sudi baca.
Luv,