Friday, 24 July 2015

Tetamu dan Hari Raya

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Hari Raya mestilah hari di mana kita menerima ramai tetamu dan kita pun menjadi tetamu orang lain, kan? Lumrahnya, Hari Raya juga adalah hari yang super penat terutama tuan rumah yang banyak menerima tetamu. Ni saya nak cerita pasal adab bila kita menjadi tetamu apabila kita beraya.

Disebabkan saya berkahwin dengan cucu orang Sabak Bernam, saya merasa la pengalaman beraya di Sabak Bernam. Kebanyakan rumah-rumah di Sabak Bernam menghidangkan air botol berkarbonat tu dengan kuih muih yang terlalu banyak sampai nak penuh meja. Di tepi balang2 kuih tu dah siap-siap bersusun gelas dalam talam dengan air botol tadi. Good idea pada saya sebab kalau embah-embah tertinggal di rumah, anak menantu cucu menyongket pi beraya, tetamu-tetamu yang datang memang senang layan diri. Nak minum, tuang air sendiri. Nak makan, bukak je balang kuih raya sambil sembang2 dengan embah-embah. Mudah je saya tengok. Tak banyak kira. Layan je apa yang dah tersedia.  Mana-mana yang rapat je baru ke dapur makan ketupat dengan lontong selagi ada stok. Biasanya jumpa time raya pertama saja. Mudah kat Sabak Bernam.

Di Kuala Kangsar pulak, lemang dan rendang memang wajib. Air pulak jenis yang kena bancuh. Memang tak jumpa la rumah yang hidang air karbonat ni. Lagi satu menu wajib, mestilah makanan separa berat contohnya laksa, mi kari, mi rebus dan sebagainya. Haa kau... berkuah-kuah punya menu. Paling cikai pun, bihun sup la. Pendek kata, memang mesti ada menu separa berat camtu. So, dapat bayangkan la pinggan mangkuk yang diguna tu banyak mana, kan? Raya di kampung memang jarang la nak jumpa orang pakai mangkuk polistrene macam open house tu. Pendek kata, sape2 orang negeri lain yang jadi menantu orang Perak memang kebanyakannya kata penat kalau beraya di Perak. Sila bertabah ye. hehe..

Ini yang saya nak cerita ni, di rumah mak saya di hari raya pertama...atas meja dah terhidang lemang, ketupat palas, rendang tok, rendang arnab, pindang pucuk ubi, ikan masak acar dan mi kari. Air dah siap bancuh dalam tong sahara. Pinggan mangkuk, gelas, sudu bagai semua dah letak cantik je atas meja. Kitorang siap beli meja kopi baru demi nak letakkan makanan untuk tetamu. Niat nak bagi tetamu seronok dan puas hati dapat makan macam-macam. 

Tapi, masih ada yang datang jenis ngengade nak makan nasi putih beserta lauk-pauk. Siap request mak saya yang tak sihat tu menumbuk sambal belacan! Raya nak seronok, tapi ada juga perangai yang annoying macam ni. Hangiin je rasa nengoknya. Kami yang anak-anak pun tak menyuruh mak masak itu ini. Haiihh....memang geram pulak rasanya. Mengada2, tak? So, kita ni bila jadi tetamu datang beraya, jangan nak mengada-ngada mintak itu ini kat tuan rumah. Depa punya level penat kita tak tau. Entah-entah malam sebelumnya tak cukup tido demi nak menyiapkan juadah. Siangnya pulak, tak kering tangan dok membasuh pinggan mangkuk bertimbun. Dah rombongan kau datang sampai dekat 10 biji kereta, masih nak menyusahkan tuan rumah memang macam takde fikiran le tu. Kan? Hehe....ter emo pulak. Sakit ati kite, tauuuu. 

Begitu la ceritanyaaa.....rasa nak bawak je budaya Sabak Bernam ke Kuala Kangsar, tapi orang Bugis dengan Jawa manalah sama. Hahaha... hadap je la fe'el tetamu yang macam ragam. Tapi pengajarannya, bila kita pulak jadi tetamu, bawak la adab sebagai tetamu. Setuju, kan? Ni kang ada yang  kata saya macam Chef Wan pulak. Takde. Tak sama. We ols happy je layan tetamu. Tapi mak we ols tak sihat. Kesian kat dia bila kena suruh2. Takkan la dia nak menolak request tetamu. So, sementara ada lagi 3 minggu nak beraya ni ingat2 la cerita saya ni. Beraya pun ada adabnya. Sama-samalah kita saling mengingat.



Terima kasih sudi baca.
Luv,



Wednesday, 22 July 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Selamat Hari Raya u olss!!! Maaf zahir dan batin diucapkan kepada semua ye. Almaklum la...manusia biasa tak lepas dari melakukan kesilapan. Haaa.....camtu. So, minta maaf banyak2 ye.

Raya tahun 2015 ni biasa2 je sebab tak banyak shopping untuk diri sendiri. Lebih untuk anak-anak dan bajet beraya di kampung je. Ada yang ulang tayang raya tahun lepas sebab tema raya tahun ni pun kaler merah jugak. hehe....jimaattt...

 Selang setahun baru dapat berkumpul dengan semua adik-beradik. Memang happy lebih la sikit tahun ni. Sambut dengan cara sederhana tapi meriah katanya. Juadah? Tahun ni meriah lebih sebab masing2 mengangkut kuih muih. Menu raya pulak, raya pertama - mee kari, raya kedua- soto, raya ketiga - mee rebus dan raya keempat bihun tomyam. Untuk rencah je, 3 ekor ayam digunakan. Bayangkan periuk kuahnya besor mana. hahaha...

Apa-apa pun, orang yang paling ingin kami bahagiakan tetaplah ibu kami yang tercinta. Tapi itulah. Tahun ni pendek pulak cuti rayanya sebab Hari Raya jatuh pada hari jumaat. Alhamdulillah juga, tahun ni tak kena merempuh jammed. Elok je perjalanan kami pergi dan balik. Kereta pun tak buat ragam.



Merah lagi we ols...hehe...

Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan yang lepas diterima Allah swt dan semoga kita berjumpa lagi Ramadhan tahun depan. Aamiinn...

Yang berada di lembah klang ni, selamat beraya sebulan. Kawal pengambilan gula ye. Tambah-tambah yang mengadap sangat buah durian dan rambutan time beraya. Campur pula kuih muih manis, air manis.....scary weh! Sama2 la kita saling mengingat.

Selamat Hari Raya!!



Wednesday, 8 July 2015

Hikmah tadarus al- Quran

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Alhamdulillah....Ramadhan 2015 ni saya berjaya menyertai kumpulan Tadarus Al Quran di tempat kerja saya. Berjaya juga menghadiri kursus Pembudayaan Al Quran yang menguji keberanian saya mengaji di depan sebegitu ramai orang. Alhamdulillah...


#google


Banyak yang saya pelajari. Tapi hikmah yang terbaik saya dapat dari bertadarus ialah keupayaan untuk bersabar tiap kali ditegur bacaan yang salah, bersabar dengan ahli group yang merangkak-rangkak membaca dan bersabar untuk istiqomah mengaji di bulan Ramadhan.

Apa yang menarik di dalam hikmah-hikmah itu, ialah rasa berlapang dada apabila ditegur kesalahan. Sepatutnya, rasa berlapang dada tu kena dibawa dalam kehidupan. Maksudnya, bukan setakat masa bertadarus je kau berlapang dada bila ditegur, tapi bila ada urusan hal lain pun samalah sepatutnya. Bukan sentap tak boleh ditegur. Haa...macam tu.

Tulisan ini bukan untuk yang membaca saja, tapi lebih untuk diri sendiri. Harap-harap lebih istiqomah beribadah menuju 10 hari terakhir di bulan Ramadhan ini. Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima dan kita dapat bertemu malam lailatulqadar yang dinanti-nantikan.



Terima kasih sudi baca.
Luv,



Tuesday, 7 July 2015

Hydrangea di Gunung Jerai


Assalamualaikum wbt....bismillah...

Lama terperap kat draf. Hari ni baru ada kegigihan namanya. hehe..
Lama dah teringin nak naik Gunung Jerai. Bukan sebab kisah mistik kat situ. Bukan sebab lagu Cinta Pantai Merdeka yang sebut sekali Tanjung Dawai dan Gunung Jerai tu jugak. Bukan...bukan.
Tapi sebaaaabb..


















Tadaa!!!


Cantik tak? Hahaha....beautiful hydrangea. Nama biasanya bunga Siti Zubaidah atau Bunga Kembang Tiga Bulan yang tersangatlah cantik!

Meh cerita sikit pasai Gunung Jerai. Gunung Jerai ni terletak di antara sempadan Yan dan Kuala Muda, Kedah. Gunung ni menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut . Dulu-dulu jadi panduan le kepada pelayar yang berdagang ke negeri Kedah.

Cara nak ke sana... dari Lebuhraya Utara Selatan, keluar ke Exit Gurun. Tak jauh sangat pun ikut je signboard The Regency Jerai Hill Resort. Dari bawah nak keatas puncak jaraknya lebih kurang 12km. Naik bukit tu biasalah. Kena belok-belok. Kona patah kata orang Kedah. Kalau berani dan nak jimat, drive sendiri. Kalau rasa skill tak cukup dan tak berani, silalah naik van. RM60 untuk naik dan turun. Depa ramai dok offer kat signboard selamat datang  ke Gunung Jerai tu. Kami pilih drive sendiri. Haa...gitu ye.


#pemandangan perjalanan ke Gunung Jerai.


# hutan yang macam nak mati. Kesan terbakar gamknya.



# kat parking Gunung Jerai. Happynya dah sampai selepas drama Qisya pening nak muntah. huhu..



# Masya Allah...Subhanallah. Sampai-sampai parking terus nampak pemandangan cantik ni.



# hilang drama pening. Terus happy tengok bunga. Posing pun kemain dak kecik sorang ni.

Makanya terus bergambo sini-sana la kami sefamily. Bukan senang nak sampai sini wooo....ujian hujan, ujian jalan kona lipat, ujian drama pening Qisya....akhirnya sampai. Nasib baik pulak bila sampai, hujan pun berhenti. Cuaca kembali berseri. Memang happy la jawabnya. Alhamdulillah...dapat juga menatap hydrangea cantik ni. Bukan apa, terkenang arwah mak angkat yang suka tanam pokok ni. Kalaulah masih ada hayatnya, pasti saya bawa arwah ke sini.


#suka sangat mama tengok gambar ni. Anak dan abah pun sama-sama suka tengok bunga. Bukan mama sorang. hehe...


# sawan bunga mokcik sorang ni. hahaha....


# ini suite untuk Yg Di Pertuan Agong saja. Sape2 pun tak boleh menginap di sini selain baginda.


# cantik sangat la landscapenya pon...macam bukan di Malaysia rupanya. hehe...


# lepas mengadap hydrangea....mengadap pemandangan pulak.



#Subhanallah...cantiknya sawah menghijau saujana mata memandang. Memang berbaloi2 kami naik ke Gunung Jerai ni. Pemandangan sangat cantik! Enjin kereta bau hangit pun takpe. hahaha...


# ok. Happy ye adik.


#ramai juga pelancong yang datang ke sini.





# best juga kalau dapat menginap kat sini. Tapi tak pe la. Asal dapat sampai pun syukur alhamdulillah. Pasai apa? Pasai orang Kedah sendiri pun ramai yang tak sampai lagi kat atas Gunung Jerai tu. hahaha...


#Bunga hydrangea ni unik sebab warnanya bergantung kepada sifat alkali tanah. Maknanya lagi beralkali, lagi birulah warnanya.


# lama juga kami lepak santai di Puncak Gunung Jerai tu.


#siap buat lobby The Regency Jerai Hill Resort macam rumah sendiri nak habaq. hahaha..


# sakan budak kecik ni bergambo.


# belanje u olss gambo-gambo kat sana.







# cantik, kan? Kalaulah ada laman rumah, teringin nak tanam pokok ni.






# entah bila la dapat menatap lagi keindahan hydrangea di Gunung Jerai ni.


# sebelum balik, sempat main belon hasil menangis kat Tanjung Dawai. Haru betul anak dara sorang ni.




# babai Gunung Jerai. Entah bila dapat bertemu lagi.


Terima kasih sudi baca.
Luv,



Thursday, 2 July 2015

Ikan kering Tanjung Dawai

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Balik dari Perlis, singgah ke Kedah pulak. Teringin sangat nak naik Gunung Jerai katanya. Pagi-pagi check- out singgah dulu di UUM. Encik hubby nak tunjuk kat anak-anak tempat dia belajar dulu. Ronda-ronda la kami dalam UUM tu tengok kolej kediaman, fakulti dan tempat-tempat latihan Palapes encik hubby. Kemain tacing betul beliau mengingat kenangan lalu. hahaha...

#kenangan kena lanyak katanya... hehe...

Dah habis meronda, kami lunch di Changlun. Kemain puas hati lauknya. Murah pulak tu. Lepas tu gerak terus ke Gunung Jerai. Sampai-sampai je di sana, hujan la pulak. Encik hubby tak berani nak drive jalan licin lepas tu tak pernah pergi, makanya tak dapat nak imagine la jalannya macam mana. Ada la driver-driver van kat situ offer naik van diorang. RM60 untuk pergi dan balik.  Lepas tu call Kak Kamsiah blogger untuk dapat kepastian tentang keadaan jalan nak naik ke atas Gunung Jerai. Beliau kata, ok je kalau naik ke atas drive sendiri. Tq kak Kamsiah.

Tapi disebabkan hujan, kami buat keputusan ke Tanjung Dawai. Dah kata nak dekat puasa, wajiblah cari ikan2 kering, belacan bagai. Kat situ memang murah berbanding di tempat lain. Dah lama sangat tak pergi. Last pergi masa zaman bekerja kat Intel Kulim dulu. Berkelah di Pantai Merdeka lepas tu naik bot ke Tanjung Dawai. Eh tetibe teringat arwah bos yang rajin ajak shift kitorang berkelah.


#bot ulang-alik ke Pantai Merdeka.

Hujan renyai-renyai sikit kat sini masa kami sampai. Yang Qisya pulak buat perangai nak gula-gula dan belon. Sudahnya, tiap gerai yang kitorang singgah, semua bagi jajan kat dia. Macam-macam dia dapat hasil tangisan ngade-ngade dia yang memang malas nak layan tu. hahaha...



# wahh...teruja tengok. Kat sini saya beli ikan talang, ikan jeruk, ikan kering, ikan bilis, keropok dan belacan tumbuk. Share untuk rumah sendiri, rumah mak dan rumah mak mertua. Senang nanti untuk juadah bersahur. Kalau takde lauk, goreng je ikan kering dengan bawang besar. Membangkit selera, tuu...



# bergambar depan arked Tanjung Dawai. Kat tingkat bawahnya ada foodcourt. Harga memang murah berbanding tempat lain.

Kat mana Tanjung Dawai ni? Ni nak habaq mai. Terletak di daerah Kuala Muda. 30 km dari Sungai Petani. Tanjung Dawai ni terletak di muara sungai. Penduduknya ramai kerja nelayan dan petani. Memang jadi pusat makanan laut la jawabnya. Tu sebab harga makanan laut kat sini adalah agak murah. Nanti mai la singgah ke sini shopping ikan masin. hehe...



# sayup-sayup kelihatan Gunung Jerai. Cantik pemandangan sawah yang menghijau di kiri-kanan jalan. Subhanallah...


Semasa nak bergerak ke Gunung Jerai, hujan pun berhenti. Lega betul. Dah terbayang-bayang bunga hydrangea di Gunung Jerai yang cantik menawan tu. Excited dan tak sabar rasanya.



Terima kasih sudi baca.
Luv,


Wednesday, 1 July 2015

Hotel D'View -Hotel Bajet di Kuala Perlis yang best!

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Seperti yang dijanjikan sebelum ni saya nak cerita pasal tempat penginapan kami di Kuala Perlis. Memang terbaik nak habaq. Selesa sangat. Mula-mula sampai ke Kuala Perlis, memang tak tahu lagi nak stay kat mana. Google-google jugalah tapi tak decide nak stay mana. Sampailah masa kami dah nak sampai ke Jeti Kuala Perlis - Langkawi yang ada tempat seafood tu, ternampak banner Hotel D'View di tiang lampu. Apalagi, terus call la. Nasib baik masih ada lagi kekosongan, book dulu lepas tu terus makan. Kiranya nanti dah masuk hotel, taknak keluar dah. Penat kot.

Hotel D'view ni ada dua bangunan. D'View 1 dan D'View2. Ada 32 buah bilik dan ada 11 rumah semi detached yang sangat-sangat selesa.


# D'View 2 bersebelahan D'View 1. Sama je design. Nak nampak ada connection dengan taman perumahan kat sebelah kot. 


# dah la main redah je. Dapat pulak parking paling hampir dengan lobi. Memang rezeki. Alhamdulillah. Penat kot nak angkat beg kalau dapat parking jauh.




#Lobby Hotel D'View. Luas dan selesa. Tak nampak macam hotel bajet pun kan.


Kat sini saya membelek pamplet-pamplet Hotel D'View untuk dikongsi dengan u ols. Sila salin ye. hehe...

#Ok. Sila simpan nombor ni.





#inilah jenis-jenis bilik yang ditawarkan.

Lepas dah salin contact number, jom tengok kat area lobby yang super luas dan sangat santai. Ni lepak-lepak santai dengan kawan-kawan yang lama dah tak jumpa ni memang terbaik sangat le kan.


# ada banyak sofa...


#deco yang minimalis tapi cantik....




#hoho...memang sangat luas la nak habaq! Rasanya ini hotel bajet yang mempunyai lobi yang paling luas pernah kami menginap kot.

Dah ronda-ronda kejap di lobi, jom kita tengok bilik pulak. Saya memilih bilik delux yang berharga RM100. Deposit RM150. Masa nak check out, Hotel D'View memulangkan balik RM50 tu.


#inilah dia...


#bilik luas. Nak bentang toto pun boleh.


#toilet bersih dan selesa. Dilengkapi tuala, berus gigi dan ubat gigi, sikat rambut, cecair mandian dan syampu. 


#selesa sangat nak bagitau...tu yang tayang gambo katil banyak kali. hahaha..


#itu pintu ke balkoni. Ade balkoni ok. Pastu tingkap memang luas. Cuma segan nak buka sebab belakang tu rumah orang. Terang benderang nampak kot. hehe..



#Kan? Muat kalau nak bentang toto. Sebelah kiri katil menghadap tv tu boleh solat berjemaah. Kemain luas nak habaq pada nilai RM100 sehari. Berbaloi-baloi.


#tv lcd, cermin, penyangkut baju, tempat letak beg, air mineral, kopi segera dan jug elektrik disediakan. Takde almari pun tak apa sebab lapang. Banyak ruang untuk letak barang.


Keseluruhannya, hotel D'View ni sangat selesa dan sesuai sangat untuk menjadi tempat persinggahan keluarga. Manalah tau kot-kot sampai Kuala Perlis tapi tak tahu nak menginap kat mana, Hotel D'Viewlah pilihan terbaik pada harga yang berpatutan. Kami sekeluarga sangat puas hati. Qisya pun kata, "hotel ni best la mama!"




Harap-harap membantu.
Terima kasih sudi baca.
Luv,