Tuesday, 18 August 2015

Trip Bandung 2015 - Part 3 (Ladang Teh dan Sari Ater)

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Punya lambat nak hapdet. Cerita pun dah tak berapa nak ingat. Tapi wajib jugak tulis. Kang lupa pulak. Rugi wooo....ini arkib untuk masa depan ni. hahaha...

Jom sambung cerita di hari ke 3

Apa nama ladang teh ni ntah. Tapi bagitau je kat supir u ols nak pi tengok ladang teh Bandung. Gambar adalah agak gelap sebab mengadap cahaya matahari. Biasalah tanah tinggi. Cuaca adalah nyaman gitu.




#Luas saujana mata memandang. Kemas dan bersih ladangnya.




#Lela adalah ratu trip kitorang. Paling banyak gambo dia la. hahaha...





#suka betul gambar ni. Yang tak berapa nak tahan, kat sebelah kitorang tu ada budak-budak muda Indon yang main gitar dan memekak. Cuti gamaknya. Jenjalan dengan kawan-kawan.



#on the way ke ladang teh ni macam-macam jenis sate ada dijual. Paling tak tahan, sate biawak pun ada. Diorang ni telan belaka ye? hahaha....









#ada tanam pokok pulak di antara pokok teh. 



#suatu pemandangan yang tidak ada di Malaysia.



#perjalanan ke Hot Springs Park Sari Ater dipenuhi pemandangan tanaman sayur-sayuran. Geram tengok sayur yang subur tu.


Sampai di Sari Ater dalam pukul 11 pagi macam tu. Alhamdulillah cuaca elok. Hot springs ini berpunca dari Gunung Tangkuban Perahu. Memang panas la nak bagitau. Sangat berasid katanya. Duit syiling boleh terhakis kalau terendam di sini. Oleh tu, dilarang mandi lama-lama di sini. Kata si pemandu pelancong tu la. Kami sempat la juga rendam-rendam kaki di bahagian bawah sari ater tu.



#di pintu masuk area parking.




#pohon-pohon tanah tinggi sangat subur di sini. Saya suka betul tengok pokok pakis gunung. Cantik.



#Landskap pun cantik. Jom posing banyak-banyak.





#Katanya kalau mandi kat sini, cepat dapat jodoh.




Hot springs Sari Ater ni sangat besar dan luas. Jenuh kau menapak dalam ni. Rumah hantu pun ada kat dalam ni. Tapi tak teringin la nak masuk. Seram kot kalau-kalau memang ada kuntilanak kat dalam tu. hehe....







#bertingkat-tingkat hot springs ni. Masa masuk tu best la sebab perjalanan menurun. Time nak balik, semput menapak naik bukit,  wehhh.....



#tourist guide kat sini sangat peramah. Tak nak duit pulak tu. Tapi kami bagi jugak.


#Best nau kalau dapat lepak kat sini seharian. Habis satu novel pun tak sedar ni. Asyik betul nak bagitau. Tapi tak sempat nak lepak lama-lama sebab kena teruskan perjalanan.  Haiihh....tetibe rasa rindu Bandung!


*bersambung....