Percutian ke Lombok - Part 6 (Menega Lombok dan Sunsethouse Lombok)

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Makan malam ketiga di Lombok, Arix telah mencadangkan Warung Menega Lombok. Nama je warung, tapi lebih merupakan restoran seafood yang eksklusif di tepi pantai. Tapi harganya adalah boleh tahan tau kalau nak dibandingkan dengan persekitaran dan suasana makan malam yang begitu romantik. Sesuai sangat bagi orang yang sedang honeymoon. hehe...


#dari parking, kami disambut dengan replika patung dan mini landskap yang cantik. Masa ni dah rasa macam risau jugak la. Ke mana pulak Arix dok bawak kitorang ni. Takut terover bajet pulak kang kalau makan kat tempat macam ni. huhu..


#lepas tu melalui ruang makan yang luas seperti berada di dalam balai.



#semestinya kami memilih meja berhampiran pantai. Asyik gitu sambil makan dapat dengar bunyi ombak dan diiringi hembusan angin pantai. Macam kitorang pulak yang honeymoon. Apa de hal, fefeeling sendiri la ye. hahaha..

Sebenarnya memang rasa macam risau masa buku menu sampai. Adoiii....boleh ke ni? Sekaliiii....sila tengok list kat bawah ni. Air jus buah hanya 10k. Lebih kurang RM3 je segelas. Idak le scary sangat regenya. Buat dupdap jantung je tau. hahaha....


# ok kan harga dia?


#akhirnya kami pilih set yang ni. Macam2 ado. Ada udang saiz king, ikan sekor, kerang2an, sotong, sayur dan nasi. Siap sekali dengan jus dan buah potong pada harga tak sampai RM30 seorang untuk makan seafood yang sungguh fresh.. Berbaloi-baloi.



Image result for menega lombok
#view petang kot ni. Cedok kat google. hehe..




#seperti biasa. Dah sedut, baru ambik gambo. ekeke...



#ambik kau....besar betul pinggannya. Memang puas hati makan kat sini. Memang segar seafood kat sini.

Tapi agak kelakar bila tanya kat pekerja kat situ apa maksud Lombok. Diorang cakap, Lombok tu Lomboklah. Nama tempat. Tapi kata orang jawa, Lombok tu bermaksud cili/cabai merah. Hehe....tak pe. Mana-mana pun betul. Nanti kalau u ols nak cari tempat makan seafood kat Senggigi, boleh try makan kat Menega Lombok ni. Memang sedap masakannya.

Lepas makan, kami terus check in Hotel Sunsethouse Lombok. Pukul 9 malam macam tu baru nak check in. Memang terbayang katil je masa ni. Letih sangat dah kot.




#yang kat atas ni semua ambil dari google untuk view siang sebab kami sampai pun dah lewat malam.

Hotel Sunsethouse Lombok ni terbahagi kepada dua bahagian. Satu di bahagian utama iaitu di tepi pantai. Satu bahagian bangunan lagi di seberang jalan. Yang di tepi pantai, sedia maklumlah memang mahal. Kami tempah bilik yang murah iaitu di bahagian seberang jalan tu.


Ini bilik kami. Berharga RM150 semalam tersangatlah berbaloinya. Luas dan sangat selesa mengadap taman. Balkoni pun luas kemain. Basuh baju dan sidai dengan selesa. Memang cepat kering sebab dah di tepi pantai.


#segala kemudahan adalah memuaskan. Staf pun baik-baik pulak kat sini. Ramah dan mesra je. Nak bagi tips tolong angkat barang pun tak terima.


#Kella biasalah. Dia boleh berjaga menaip entry lagi malam tu. Saya memang tak tahan nampak katil. Mandi, solat lepas tu tak tunggu dah. Tarik selimut terus. hahaha..



#ini pintu masuk ke hotel Sunsethouse Lombok ye. Jangan tak perasan pulak. Hotel Sunsethouse Lombok ni memang nampak sangat imej privacynya. Sesuai sangat untuk honeymoon gitu.


#ruang receptionnya simple je. Ada meja kaunter dan kerusi kecil kat depan kaunter tu. Tak payah lobi besar-besar. Yang penting, penginapan adalah superb nak bagitau.

Apa yang paling best pasal Hotel Sunsethouse Lombok ni, ia memiliki beberapa gazebo yang selesa dan cantik mengadap laut. Lepak baring-baring kat situ sambil panggil orang urut badan kat situ, amatlah mengasyikkan. Itulah yang saya buat di hari terakhir di Lombok. kemain seronok lepak sampai tak nak pergi merayau ke mana dah. Saya sangat rekomen hotel ni. Jika ke Lombok lagi bersama keluarga, insyaAllah hotel ini masih menjadi pilihan.


*bersambung...



5 Comments

  1. assalamualaikum. nak tanya warung menega tu jauh tak dari hotel sunsethouse? thanks ye :)

    ReplyDelete
  2. Bersambung tu ada lagi entrynya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade la mila. Janji mesti ditepati. Hahaha...

      Delete
    2. Ade la mila. Janji mesti ditepati. Hahaha...

      Delete