Monday, 1 February 2016

Percutian ke Lombok - Part 7

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Pagi di hari ke 4, kami breakfast dulu di Hotel Sunsethouse Lombok. Rasa yakin nak breakfast kat sini. hehe... Macam-macam ada. So, lupakan pasal diet time bercuti ni. Nak guna tenaga banyak kot. Nak main sebat je kat tepi jalan, memang confirm la tak lalu ye dak? Nanti kalau perut meragam, sendiri juga yang susah. Makanya, makan dulu kenyang-kenyang time breakfast ni.

Dalam pukul 9 pagi, Arix dah datang menjemput kami. Mula-mula kami ke Pura Lingsar. Pura Lingsar ni merupakan kompleks rumah ibadat yang sangat luas dan memiliki beberapa kolam yang besar. Pura Lingsar ni memang unik sebab ia merupakan tempat ibadah untuk 4 agama iaitu Islam, Hindu, Kristian, Buddha dan Confucius. Jangan pelik ye. Ini budaya setempat.


Di Pura Lingsar ni, semua kemudahan seperti dewan dan balai keagamaan boleh digunakan secara bersama mengikut giliran. Sebagai contoh, Hari sabtu dan hari Rabu digunakan oleh umat Islam untuk menjalankan majlis bersunat, aqiqah dan sebagainya.


Lupa la pulak nama torist guide Pura Lingsar ni. Memang terperinci cara dia bercerita. Saya ambil nota sikit-sikit je untuk kongsi di sini.



Ini tempat ibadat untuk penganut Kristian di mana membaling syiling ke dalam kolam berhampiran tempat ibadatnya menjadi amalan.. Katanya untuk memohon kesihatan yang baik.



Yang ini pulak kawasan berwudhuk untuk surau penganut agama Islam. Air pancuran ini dikatakan dapat menjadi penawar untuk kelihatan awet muda. Tempat solatnya tidak berdinding. Memang best sangat kat sini. Sejuk, aman dan damai kalau solat kat sini. Dengar bunyi kicauan burung dan air yang keluar dari mata air yang sangat mendamaikan. Best. Tapi tak boleh lepak bersantai lama-lama kat sini sebab banyak lagi destinasi yang nak dituju.


Kolam yang menjadi kegemaran penduduk setempat. Katanya banyak aktiviti dilakukan di sini. Paling meriah di waktu petang sebab menjadi tumpuan anak-anak mandi di kolam ini.

Pura Gaduh pula khusus untuk penganut Hindu. Usianya sudah lebih 1700 setahun. Ada pintu cantik di sini yang berusia lebih 300 tahun. Tapi saya tidak mengambil gambar-gambar di pura ini. Cuma yang saya kagum ialah betapa mereka di sini sangat harmoni dalam beragama. Boleh pulak share rumah ibadat sama-sama. 


Masa nak keluar tu, terserempak dengan golongan ibu-ibu yang baru pulang dari sawah. Masya Allah....kuatnya mereka ini. Yang dah tua pun masih ramai ke sawah. 


#di sini u ols dah boleh nampak pelbagai jualan hasil kraftangan Lombok. Nak beli, boleh. Tak nak beli pun tak apa. Diorang tiada paksa-paksa.


Memang banyak info yang kami dapat di sini. Dapat belajar banyak perkara untuk kita saling mengenali. Bukan dengar cerita je yang lelaki Lombok kuat bawa lari anak orang, kita pun takut nak datang Lombok. hahaha...



Seterusnya kami ke Taman Narmada. yang dibina oleh Raja Mataram Lombok pada tahun 1727. Hoiihh...lama kemain. Katanya raja ni membina tempat ini untuk upacara Pakelem. Kan agama hindu banyak upacaranya. Upacara Pakelem ni tak tau pulak untuk apa. Tapi tempat ni memang cantik.  Raja-raja mataram turut menjadikan tempat ini sebagai tempat istirehat di musim kemarau.



Taman Narmada ni berkeluasan 2 hektar. Kena bayar 6000 seorang untuk tiket masuk. Ada beberapa kolam kerana di sini menjadi tempat pertemuan tiga sumber air iaitu Suranadi, Lingsar dan Narmada. Sumber air utama ialah dari Gunung Rinjani. Itu sebab jadi tempat istirehat musim kemarau. Ada banyak air rupanya.


Selepas dibaik pulih pada tahun 1980an. Kalau waktu zaman dahulu, tak tahulah bagaimana. Mungkin lebih menarik dan banyak bunga berbau wangi.

Lepas tu bergerak ke pusat tenunan. 
Pemandangan sawah adalah pemandangan yang biasa.


Perjalanan menggunakan khidmat Arix memang best. Dia ni macam adik-adik je. Nak minta tolong senang. Layan je kitorang ni nak lagu apa. Sebab Arix la saya jatuh centa dengan lagu Kasih tak Sampai kumpulan Padi. Tacing betul lagu tu. hahaha...


Seterusnya kami ke Desa Sukarara iaitu desa kecil yang banyak mengusahakan kerajinan tenun tradisional atau songket.


Memang macam best. Bibik ni minta saya cuba, tapi saya sangat prihatin. Kesian kat dia kalau saya tersalah susun. Jenuh dia nak betulkan balik. huhu... Tak mengapalah. Saya datang tengok je. Tumpang posing sikit-sikit. Tak rasa nak membeli pun. Bajet cipuutt.. Tapi memang cantik kainnya.


Ini ha cewek Malaysia nak jadi cewek Lombok. hahaha..


Posing kat rumah tradisional sasak ni memang menjadi kewajipan. Pakai pulak baju tradisional sasak Lombok untuk pergi kenduri. Bakul tu kena bawak tau. Isilah apa yang patut. Gula ke...tepung ke.... jangan dok lenggang kangkung je pergi kenduri kekdahnya. Adoyaiii....fefeeling ayu sangat masa ni. hahaha...


Macam-macam pilihan ada. Harganya memang pelbagai mengikut kualiti. Pilih saja mana yang berkenan di hati.


*bersambung....





4 comments:

  1. In shaa Allah best. Ni yg dok promot ni. Hehe...

    ReplyDelete
  2. hai yana, boleh tau tak cam mane nak dpatkan khidmat arix tu? travel agent ke? thank you.

    ReplyDelete
  3. hai yana, boleh tau tak cam mane nak dpatkan khidmat arix tu? travel agent ke? thank you.

    ReplyDelete