Friday, 12 February 2016

Percutian ke Lombok - Part 9 (Sasak Village Sade))

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Lepas lunch dan rehat dulu di restoran kawan Arix di pantai Kuta, kami bergerak ke perkampungan suku sasak di Sade, Lombok Tengah. Haaa....inilah perkampungan asal suku sasak di Lombok yang kini masih dikekalkan identiti dan cara hidup mereka sejak beratus tahun yang lalu. Alaaa.....budaya bawak lari anak dara orang yang femes tu asal dari budaya suku sasak ni la. Ramai tau pasal Lombok pun sebab banyak kes orang Lombok bawa lari anak dara Malaysia ke Lombok. Padahal, Lombok lebih tersohor dengan keindahan buminya.


Perkampungan atau dipanggil dusun sasak sade ni memang dah terkenal sebagai tempat pelancongan. Perkampungan ini wujud sejak tahun 1079 lagi. Terdapat 150 buah rumah dan 700 orang penduduk yang hanya terdiri dari satu keluarga 15 generasi. Satu keluarga duduk satu kampung. Masih kekal asli pulak tu! Hebat betul.


Pintu gerbang perkampungan sasak sade. Perkampungan ini memiliki sempadannya. Jika ada penduduk yang tidak lagi mahu mengamalkan tradisi suku sasak, mereka tak boleh lagi tinggal di sini. Kita boleh nampak tembok sempadan perkampungan ini dengan jelas di sini. Di sebelah tembok, boleh nampak perbezaan yang jelas. Rumah moden dan rumah suku sasak.


Tourist guide kami yang bernama Haryadi bercerita dengan detail tentang senibina rumah suku sasak yang asli ini. Berdindingkan buluh dan tidak menggunakan paku, beratapkan ijuk atau daun lalang dan berlantaikan tanah liat dan kotoran lembu sebagai pengganti simen. Tujuannya ialah sebagai penghalau nyamuk.


Saya masuk ke dalam rumah dan melihat sendiri keadaan di dalam rumah ni. Ada satu anak tangga yang tinggi untuk ke pelantar di mana di sinilah ruang tidur ibu ayah dan anak lelaki merangkap ruang tamu. Seterusnya ada lagi tangga ke ruang tingkat atas di mana terletaknya dapur dan ruang tidur anak-anak perempuan.

Memang tak berbau pun walaupun Haryadi kata lantainya diperbuat dari tahi lembu. Genius diorang ni. Tapi yang peliknya, anak perempuan di tingkat atas, ibubapa dan anak lelaki tidur di pelantar depan pintu. Macam mana anak dara diorang boleh diculik bawa lari? hahaha...pening.

Inilah yang dikatakan skill. Skill bawa lari anak dara orang kena pergi menuntut tu. hahaha


Disebabkan  tiada saliran air untuk bersawah, mereka hanya boleh bersawah setahun sekali. Selain itu, sumber pendapatan mereka ialah di sektor pelancongan. Tourist guide dari Suku Sasak ini adalah seramai 30 orang menurut Haryadi yang semuanya merupakan penduduk tetap perkampungan ini. Sedekah la lebih sikit jika korang datang ke sini. Sayu hati betul melihat cara hidup mereka.


Tiada kenderaan di dalam perkampungan Sasak Sade ini. Rumahnya rapat-rapat dan dibina mengikut lereng bukit. Jenuh menapak la kalau datang ke sini.


Sepanjang perjalanan di perkampungan ini, mereka membuat kraftangan di hadapan rumah untuk tontonan pelancong. Yang ni, cara lama menenun benang dari kapas yang dituai di ladang.. Kagum saya tengok peralatan-peralatan lama macam ni.


Atap dari daun lalang yang kena selalu tukar.


Menenun kain.


Suku Sasak Sade ni dulu-dulunya mengamalkan Islam Wektu Telu. Solat 3 kali sehari je. Sekarang, semuanya sudah mengamalkan Islam sepenuhnya. Masjid yang terdapat di dusun Sasak Sade ini. Cantik dan bersih.


Bumbung pun masih mengekalkan penggunaan daun lalang.

Ok. Rezeki betul kami di petang itu kerana dapat menyaksikan upacara 'nyongkolan' iaitu mengiringi pengantin perempuan ke rumah keluarga ibu bapa perempuan selepas kahwin lari. huhu..


Inilah pengantin cantik manis tu. Umur pun baru 18 tahun.

Kronologi dan undang-undang kahwin lari ni adalah seperti berikut :

1) Pasangan itu adalah bercinta senyap-senyap. Biasanya kenal di sekolah.

2) Hendaklah diculik pada waktu malam. Culik pada waktu siang akan kena denda. Biasanya dalam IDR 600k.

3) Kahwin culik tidak perlu mak dan ayah. Kena ikut ja 3 proses adat iaitu nyelabar, ijabkabul dan nyongkolan.

Prosesnya, culik dulu. Lepas beberapa hari, wakil dari pihak lelaki akan datang berjumpa ibubapa pengantin perempuan beritahu yang pasangan pengantin dah bernikah. Selepas itu barulah diadakan majlis nyongkolan yang meriah tu. Pasangan itu nanti akan mendiami  Bali  kodong iaitu rumah yang kecil. Untuk honeymoon katanya.

Tapi yang sedihnya, setuju atau tak, mak ayah kena redho anak dah kawin. Pada kita, memang sedihlah sebab bukan budaya kita yang semestinya kena tapis dulu bakal menantu. Tapi dah memang budaya mereka, tidak menjadi hal la tu. Skill culik tengah malam tu memang hebat le kan. Baru la macho, anak jantan gitu.


Ambik, satu kampung dok mengiring pengantin.


Fefeeling pelancong sangat masa tu. hahaha..


Habis jammed jalanraya tu dibuatnya. Kahwin culik kat sana di sambut meriah, diiringi rasa redho ibu ayah.


Respek kat diorang ni. Gigih mengekalkan adat budaya setempat.


Ralit saya tengok persembahan diorang ni. Meriah sangat-sangat. Puas hati betul dapat tengok sendiri. The best part of travelling is learning. So true!


Salah satu masjid tempat kami solat. Boleh dikatakan semua masjid di Lombok seperti tak siap sepenuhnya. Tapi makmur in shaa Allah.


Kiranya masjid yang ini sudah hampir sempurna pembinaannya. Lagi pun dah dekat dengan airport.


Sculpture di bulatan yang menunjukkan Lombok ialah pulau 1000 masjid.


Dalam perjalanan ke Pantai Senggigi.

Kami dinner di sebuah gerai Nasi Padang. Memang murah dan sedap. Dalam 20k je sorang makan lauk macam-macam. Memang terbaik tapi terlupa nak snap gambo. Lapar sangat kot masa tu. hahaha...


Sebelum berjumpa Tatie blogger travel yang dah pergi 40 negara tu, singgah dulu di Art Market pantai senggigi.


Saya sempat membeli seluar cotton pantai kat sini. Jadilah buat oleh-oleh untuk diri sendiri.

Tak lama lepas tu, Tatie mesej Kella bagitahu dia dinner kat Restoran New Furama Senggigi. Sama konsep dengan Warung Menega Lombok tempat kami dinner malam sebelum tu.


Cuma dekat sini lagi mahal kot berbanding Menega.


Jumpa Tatie dan Iqa kat sini. Bersembang kecoh tak hengat kitorang kat tepi pantai tu. Best dapat jumpa diorang. Balik hotel pun lambat sampai tersesat-sesat sebab supir Tatie tak tau hotel kitorang. hahaha..

Kami berpisah dengan Arix di sini. Esoknya Tatie dan Iqa ambil khidmat Arix pulak untuk tour Lombok. memang terbaik la Arix. Saya rekomen sangat servis dia tu.




*bersambung....

4 comments:

  1. Masih mengekalkan adat turun temurun ya suku sasak ni..bagus untuk generasi mengenali asal usul nenek moyang mereka

    ReplyDelete
  2. salam puan,

    Bole dapatkan nombor Arix? Saya akan ke Lombok bulan April ni. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam Yana,
    Saya n family akn ke Lombok bulan April ni...in syaa Allah. Boleh berikan no fon Arix..
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. cantik rupanya lombok ni, x sangka. dekat je ni dari johor

    ReplyDelete