Percutian ke Bukittinggi dan Padang - Part 2

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Percutian ke Bukittinggi dan Padang Indonesia kali ni bagi saya adalah agak santai kerana destinasinya semua mudah sampai tanpa perlu memerlukan tenaga yang banyak berbanding Lombok. Air terjun pun betul-betul di tepi jalan je. Tak perlu nak meredah denai hutan bagai. Tapi bagi saya, apa cara dan destinasi mana-mana pun tetap menyeronokkan seorang yang memang kaki travel macam saya ni. hahaha...

Korang pulak jenis kaki travel yang macam mana? Suka santai, adventure, pantai atau bagaimana? Korang boleh cuba kuiz ni <<Anda kategori traveller yang bagaimana?>> . Dah cuba, korang tau sendiri. hehe..

Perjalanan kami diteruskan ke Padang Panjang. Tanah Minang yang popular ni. Memang best sebab cuaca agak dingin. Almaklumlah, tanah tinggi katakan.

Di Indonesia, inilah Kota Serambi Mekahnya.


Rumah Gadang PDIKM Padang Panjang. Rumah gadang tercantik ni. 





Dinding rumah tercantik pernah saya tengok. Dahsyat punya rajin mengukir keseluruhan dinding. Cantik dan kemas pulak tu ukirannya. Haruslah tumpang kecantikan dinding tu dengan bergambo sekali. kikiki...



Apabila anda ke sini, jangan lupa mencuba pakaian pengantin Minang ni. Masa kawen dulu tak merasa persalinan macam ni. Kat sini, saya dan kawan-kawan semua tak berkecuali mencuba. RM10 sahaja untuk sepasang lengkap. Nak bagitau, azab jugalah pakai baju ni. Nasib baiklah kat Padang Panjang ni sejuk. Dengan tebal, berbengkung, hiasan kepala yang boleh tersangkut dengan orang sebelah, memang tak boleh tahan. hahaha....



Tipu betul gambo ni. Semua muka jadi melebor. :D... Tapi memang nasib baiklah kami dah pakai baju Minang ni semasa kat sini. Kalau di Istana Pagaruyung, mahu pengsan gamaknya. Panas terik kat sana.



Rumah Gadang ni lebih merupakan perpustakaan. Banyak artifak dan bahan arkib dipamerkan di sini. Tapi sebesar-besar rumah gadang ini, bilik-biliknya semua kecil-kecil. Penceramah tentang budaya Minang ini begitu jelas bercerita kepada kami. Memang banyak ilmu yang dapat dipelajari di sini. Terutamanya tentang adat perpatih, budaya hidup orang Minang dan senibina rumah gadang yang amat menarik dan unik sekali.



Alahai...meriah sangat la pelaminnya pun. Tepek gambo Yanti je la. hehe..



Yang berbaju kuning tu la yang menjadi informer kami di Rumah Gadang ni. Macam cikgu-cikgu cara beliau bercerita pasal Minang. Best sangat. Jadi pengandam pun dia jugak.


Cantik pemandangan sepanjang perjalanan di Bukittinggi ini. Tak rugi kalau saya repeat lagi.



Toko telekung pertama yang kami singgah di Pandai Sikek. Masuk tengok-tengok je sebab harga adalah agak mengerikan.



Tapi memang patutlah. Tengok hasil sulamannya yang sangat halus ni. RM 600 gitu harganya. Pheww...



Sebelah toko ada kedai runcit yang bernama Telaga Rezeki. Kreatif nama kedainya. Kami beli minuman dan buah limau kat sini.



Saya menyesal tak beli keropok sayur ni. Sedap bangat nak bagitau. Jangan lupa beli kalau korang sampai ke sini. 



Lega bila sampai di bandar Bukittinggi.



Jambatan Limpapeh yang popular di Bukittinggi.



Kami menginap di Bamboosa Guest House selama dua malam di Bukittinggi. Booking melalui Booking.com. Memang berbaloi-baloi.



Bilik saya, Atun dan Yanti. Luas dan selesa ni kiranya master bedroom untuk rumah 2 tingkat ni terletak di tingkat bawah. 3 bilik di tingkat bawah dan 2 bilik lagi di tingkat atas. Lengkap serba-serbi. Cuma cermin almari solek je yang agak rendah. Jenuh menunduk bila nak pakai tudung.



Ruang tamu rumah. Tempat-anak-anak bermain dan tempat lepak mengadap handphone.


Yang ni pantry rumah ni. Tempat makan-makan. Sarapan pagi, mereka akan hantar terus ke sini. Memang feeling macam rumah sendiri. Lagi pun memanng rombongan kami je yang tinggal di sini. Tak bercampur dengan tetamu lain. Selesa sangat.

Petang tu selepas rehat dan solat, kami keluar ke dataran Jam Gadang. Meriah betul petang-petang kat sini.



Tapi gambo la pulak kelabu asap. Adoii...



Dataran Jam Gadang ni memang digunakan sepenuhnya sampai polis pun buat latihan kat sini.



Kedai-kedai yang berhampiran Jam Gadang dan Pasar Atas. Atun bershopping sakan kat sini. Saya beli buah salak dengan beg kait nilon yang menjadi  feveret saya di Pasar Atas ni. Kongsi beli dengan Yanti. So, dapat harga murah sikit.


Insan pertama yang saya kenali di sekolah menengah. Berjiran sebelah katil. Kena ragging pun sama-sama rasa. hehe..



Belek-belek jajan-jajan Bukittinggi. Mashaa Allah....banyak betul. Macam-macam jenis sampai pening nak pilih.



Dah ronda-ronda area Jam Gadang, kami dibawa melawat toko kain sulam pulak. Memang cantik-cantik. Tapi harganya pun cantik jugak. aduhaiii....pandang je laaa...



Dah puas meronda, kami dicadangkan dinner di Warung Makan Wong Semarang. Ala-ala kedai tomyam di sini. Macam-macam menu ada. Memang terbaik sampai tak sempat nak ambik gambo. Masakan Minang memang best sebab ada macam-macam jenis sambal. Kalau nak belajar resepi sambal, <<3 resepi sambal yang wajib peminat pedas tahu>> ada resepinya.



Gambar menu je sempat. hahaha... Tapi memang puas hati makan kat sini. Harga berpatutan, rasa pun semua sedap. Saya rekomen kedai ni.




*bersambung....




4 Comments