Wednesday, 18 May 2016

Bloom2u florist terbaik!

Assalamualaikum wbt....

Kali ni saya nak cerita pasal satu website yang memang saya rasa bernasib baik sangat dapat jumpa.
Bloom2U.com nama dia dan macamana mereka tolong saya dengan a bouquet of flowers yang memang cantik.

Cerita dia macam ni. Tiga bulan lepas,  adik kawan saya ni tengah dok sibuk dengan urusan majlis kahwin dia. Entah macam mana, wedding planner dia ni tak buat satu apa pun. Padahal masa meeting, kemain dok pongpang bagitau yang servis dia la yang terbaik. Tapi lepas tu senyap je. Bila follow up, memanjang je alasan dia bagi.

Lepas tu adik kawan saya ni senyap-senyap la call dewan hotel, beberapa kuala lumpur florist, servis-servis katering dan kek semua yang pernah bincang dengan wedding planner dia tu. Sekali dia dapat tau yang memang wedding planner dia ada contact diorang nie tapi takde confirmation, takde follow up atau apa-apa. Memang mengamuklah dia! Hangen satu badan je la jawabnya. huhu...

Tapi nak dijadikan cerita, kawan saya ni memang rajin bebeno. Lagi pon adik dia kot. Sama la macam saya jugak dulu. Menyibuk urus majlis kahwin adik sendiri sampai tema semua, saya yang tentukan. Melampau! hahaha...

Berbalik kepada kawan saya ni, kerja dia memang cun dan tiptop la nak habaq! Memang semua tersusun dan cantik hasil kerja dia. Tapi last-last masa pagi sebelum wedding tu, baru kawan saya perasan yang dia lupa nak order the wedding hand bouquet. Pada saya benda kecik je kot tapi dia punya kecohnya sampai tergelak saya dibuatnya. Dah la satu hari jer lagi majlis kahwinnya, memang la sibuk. Takde masa dah nak pergi cari florist yang elok dan yang sanggup tolong last minute. Jadi saya ni step in jugak la tolong. Nasib baik member saya sorang nie pernah intro kan kat saya Bloom2U.

Jadi saya tengok la website diorang. Memang cantik. Koleksi diorang pun banyak dan harga pun okay jer. Saya cari la kat Bridal Bouquets bawah section Wedding. Tension pulak saya nak pilih wedding hand bouquet mana sesuai. Tengok nie ha!





Diorang ada show contact number jugak, so saya call dan terus tanya, citer what happened dan cakap saya nak cari a bouquet of flowers untuk adik kawan  saya. Dia cakap okay takde hal, dia faham ini kes emergency so dia rush kan untuk saya. Memang kira jadi penyelamat le ni. Memang takde susah-susah langsung. So kalau korang nak cari kuala lumpur florist, memang saya recommend diorang nie. Professional, cakap pun baik dan kerja pun memang tip top!




1 comment:

  1. Ada juga ya perunding majlis x nak job...
    nasib baik ada kawan yg rajin menolong...

    ReplyDelete