Mooi - Tempahan bunga harian di Lembah Klang

Assalamaualaikum wbt...

Alhamdulillah....Pameran Anggerik Asean Shah Alam dah selesai pada 22 Mei 2016 yang lepas. Banyak kenangan manis mengendalikan program pameran anggerik kali ini. Memang seronok sangat kali ni sebab dapat berkenalan dengan ramai orang terutamanya florist yang saya jemput untuk membuat demonstrasi hiasan orkid menggunakan konsep ikebana untuk Pameran Orkid Asean Shah Alam ini. Sangat bertuah rasanya mengenali beliau yang dikenali sebagai Pn. Hasny Amirsyah dari Sen Tei Floral Art iaitu antara florist yang menerima tempahan bunga harian di Lembah Klang.

Beliau telah menunjukkan cara-cara untuk menggubah bunga sebanyak 5 gubahan yang mudah dibuat sendiri di rumah. Boleh tiru untuk gubahan bunga di hari raya nanti. Cewaahhh...


Antara gubahan bunga tangan yang dibuat semasa Pameran Anggerik Asean Shah Alam. Kuning adalah warna yang bermaksud cemburu. Tapi cantiklah warna ni. Saya kalau dapat bunga warna kuning, tetap happy. Lantak la yang si penghantar tu nak cemburu ke hape. Yang penting, saya dapat bunga. hahaha..




Sempat bergambar dengan Pn. Hasny Amirsyah yang bukan calang-calang latarbelakangnya dalam bidang gubahan bunga. Beliau telah menceburi bidang ikebana selama 22 tahun dan menceburi bidang gubahan bunga western design selama 18 tahun. Mooi itu diambil dari perkataan Belanda bermaksud kagum akan sesuatu yang seni. Macam kita bila tengok sesuatu seni yang cantik, kita akan kata.. " waaahhh...cantiknya!" macam tu la lebih kurang maksudnya.

Pn Hasny dilahirkan di Indonesia dan telah menetap di Malaysia selama lebih 37 tahun. Disebabkan slang beliau yang masih keindonesiaan saya memanggil beliau dengan panggilan Ibu Hasny. Sangat seni dan peramah orangnya. Senang berurusan in shaa Allah.

Beliau giat menjalankan bisnes gubahan bunga everyday yang berubah designnya pada setiap hari.  Untuk mendapatkan khidmat gubahan-gubahan bunga yang cantik dari florist yang berpengalaman ini, sila hubungi beliau di :


Penghantaran adalah pada setiap hari dan harganya sangat berpatutan.



Sila terjah laman web mooi.my untuk pilih design yang cantik-cantik atau pun sekadar lepak cuci mata tengok gubahan bunga yang cantik-cantik dari Sen Tei Floral Art



Sila follow instagram mooi.my untuk melihat everyday design yang gojes-gojes tu ye lepas tu buatlah pesanan penghantaran bunga kepada mereka yang anda sayang. Tak rugi pun memberi ni. The more u give, the more u get. Sila take note kepada yang tukang sekodeng ye. Hantar yang mewakili warna rindu tau. Walaahhh....kemain perasan kau yana. hihihi...




2 Comments

  1. tangan macam ada magic..canti2 bunga yang dia gubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan diana? cantik betul. simple pun nmpk cantik.

      Delete