Percutian ke Bukittinggi dan Padang - Part 3

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Adoiii....lambatnya hapdet. Jangan marah ye.. hehe..
Hari kedua di Bukittinggi di mulakan dengan membeli-belah di Pasar Aur Kuning. Pagi-pagi dah ke sini dulu. Kedai pun banyak lagi yang belum dibuka. Haaa... nampak tak semangat tu?


Oh myyy....pening tengok macam-macam fabrik. Nasib baik la memang takde niat nak shopping macam-macam melainkan telekung je. Makanya hati dapat bertabah melihat semua ini. hahaha..


Ini la situasi pecah telur ye. First customer katanya.


Adoii...fefeeling nak pi umrah tetibe. Pening tengok telekung cantik2. Saya paling suka telekung kerancang Padang. Kain cottonnya sejuk, sulamnya halus....wahhh memang terbaik. Kerancang Padang ni telekungnya bersulam terus di kain telekung. Bukan tampal. Harga memang mengancam. Paling murah pun RM80 sepasang. Dapat sepasang pun dah puas hati.


Ini closed up kain sulam Bukittinggi. Halus dan kemas. Memang terbaik.


Sambil tunggu kawan-kawan tersayang dok shopping, saya mencuba kuih ikan yang berharga IDR2000 ni. Sedap kemain. Kat Bukittinggi ni berani pulak saya mencuba makanan jajaan tepi jalan. hehe..


Yang ni air tebu mesin guna tangan je. Unik sebab tak pernah nampak di Malaysia tercinta. Harga satu gelas air tebu IDR3000. Lebih kurang RM1. Puas hati. Fresh gitu.


Parking di Pasar Aur Kuning adalah agak jauh. Kira jenuh menapak jugalah. Dah puas shopping, kami lunch di Restoran Pauh Piaman. Menu terbaiknya ialah gulai kepala ikan. Macam-macam jenis masakan ada.


Inilah kedainya. memang terbaik dan macam-macam ada. Penuh meja. Banyak sangat lauk nak kena pilih.


Suasana dalam restoran. Selesa sangat. Harga makanan pun berpatutan.


Lepas makan tengahari, bergerak menuju ke Rumah Hamka. Panorama sepanjang perjalanan amat mengasyikkan nak bagitau. Dedek ajak kami singgah di Panorama Sungai Landia. Lepak sambil minum-minum dulu. 


Cantik, kan? Nampak aman damai je suasana kampung di bawah sinun. Sejuk nyaman je kat sini.


Kawan-kawan sejak zaman sekolah. Sayang dari dulu sampai sekarang.


Perjalanan ke Rumah Hamka kena melalui keluk 44. Nama jumlah selekoh yang kena lalu untuk ke Tasik Maninjau. Hasil tempatan yang agak popular ialah buah labu. Mashaa Allah. Besar-besar saiz labunya. Mintak tolong Yanti berdiri sebelah labu untuk perbandingan saiz. Jenuh nak angkat labu ni walau pun sebiji. 


Rumah penduduk sudah banyak yang tidak mengikut senibina rumah gadang. Ini antara contoh rumah moden yang terdapat di sana. Comel, kan?


Antara keluk yang sempat saya ambil gambarnya. Tajam-tajam selekohnya. Siapa yang tak tahan, sila makan ubat tahan muntah awal-awal. hehe..


Rumah kelahiran Hamka. Kenal tak siapa Hamka? Google je la kalau nak tau. Macam-macam barang tinggalannya dipamerkan di sini. Tapi sayang, tidak begitu dipelihara dengan teliti. Buku-buku hasil tulisan Hamka turut dijual di sini.


Mashaa Allah...ini antara pemandangan Tasik Maninjau yang sangat menawan hati. Semuanya menawan hati. Cantik lihat di gambar takkan sama dengan cantik yang di depan mata. Memang berbaloi percutian ke Bukittinggi ni. Boleh buat siri ulangan. ekeke...


Singgah solat di sebuah masjid di tepi Tasik Maninjau. Besar dan selesa.


Di belakang masjid, saya menegur budak berdua yang tengah memunggah ikan dari perahu ni. Depa boleh buat dek je dengan saya. Sama ada tak faham bahasa Melayu atau terlalu malu, wallahua'lam. 
Kengkonon nak jadi wartawan tak bergaji, tapi diabaikan la pulak. hahaha...


Cantik sangat Tasik Maninjau ni. Jernih je airnya. Sejuk mata memandang. Damai je rasa hati kat dalam. hehe..

Sehingga part 3, apa maciam?? Ada rasa dah nak ke Bukittinggi?



*bersambung...

2 Comments

  1. uwahhhh..teringin lak!...cmna kualiti kain sulam n telekung dia kak?..aritu eca p Serikin kain dia lebih bagus dari kain sulam kat Pasar Baru Bandung...telekung pulak eca suka yg dr vietnam

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg kat Indonesia, akkk suka kerancang padang je. Lembut n sejuk cottonnya. Sulam pun kemas. Yg dah beli aritu pun x pakai lg. Sayang bebeno. hehe...

      Delete