Friday, 20 May 2016

Percutian ke Bukittinggi dan Padang - Part 5

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Hari ke 3 di Bukittinggi, awal-awal pagi dah bersiap untuk chek out. Banyak lagi tempat nak singgah. Pagi tu bersarapan nasi goreng yang disediakan oleh Bamboosa Guesthouse. Memang santai suasananya seperti berada di rumah sendiri semasa bercuti di Bukittinggi ni. Best. :)


Bersarapan di ruang makan Bamboosa Guesthouse. Santai-santai gitu. :)



Rombongan trip kali ni. Wajib bergambar kenang-kenangan di hadapan Bamboosa Guesthouse.


Inilah Ngarai Sianok yang femes di Bukittinggi tu. Cantik, kan? Saujana mata memandang, gitu. Sayup-sayup kelihatan ialah sungai sianok yang mejadi tempat buangan mayat dari Lobang Jepang.


Macam lukisan je pemandangan di belakang tu. Memang cantik Ngarai Sianok ni.


Masuk Lobang Jepang pulak. Sadis betul dengar cerita dari tourist guide Lobang Jepang ni. Nak tau cerita pasal Lobang Jepang ni silalah google. Saya bab kisah zaman perang yang sedih-sedih ni memang tacing terlebih. Kisah di sini diturunkan secara lisan oleh seorang tawanan perang yang terselamat dari penderitaan disiksa oleh tentera Jepun di Lobang Jepang ini. 



Tangga menurun ke Lobang Jepang.


Ruang Lobang Jepang ini telah dibesarkan untuk keselesaan pengunjung. Masih sedang dalam proses baikpulih. Malah ada ruang-ruang yang masih dikekalkan dalam keadaan asal seperti tempat penyimpanan senjata.


Dinding Lobang Jepang yang kelihatan berkilau dikatakan mengandungi bahan galian berharga seperti intan.


Keluar dari Lobang Jepang, kami meronda Pasar Atas buat kali terakhir untuk last minute shopping. Saya beli sedikit buahtangan untuk kawan2 di sini.


Sepanjang perjalanan, seronok tengok pokok bunga matahari yang subur di kiri kanan jalan. Ingatkan ada yang menanam pokok ini. Rupa-rupanya tumbuhan liar. Cantik.


Kami singgah di Koperasi Karyawan Kiniko. Memang terbaik tempat ni. Sambil lepak-lepak minum teh kayu manis, di sini turut menjual pisang salai yang sedap sangat-sangat. Menyesal beli sikit je. Ingatkan boleh jumpa pisang salai di mana-mana je di Indonesia ni. Jangan fikir begitu ye. Bandung je yang mudah jumpa. hahaha...



Sambil lepak-lepak minum teh kayu manis, kita boleh menikmati pemandangan bukit bukau yang indah. Sejuk nyaman pulak tu


Ini muka puas hati. 


Adoiii....teringat nikmatnya minum air teh panas kulit kayu manis ni dan pisang salai goreng panas ni. Ada sape-sape nak pergi Bukittinggi tak? Nak kirim!! hahaha...



Meh share sikit kelebihan kulit kayu manis yang mudah didapati di Bukittinggi. Jangan lupa beli, tau.



*bersambung...


No comments:

Post a Comment