Percutian ke Bukittinggi dan Padang - Part 6 (Pondok Flora)


Assalamualaikum wbt..

Tempat paling menarik untuk makan tengahari di Bukittinggi sambil di kelilingi sawah yang luas terbentang dan pelbagai elemen desa lain yang unik mestilah di Restoran Pondok Flora. Sudahlah makanannya semua sedap, dihidangkan pula dengan panorama menarik memang bertambah seleralah jawabnya.

Rasa macam dalam taman yang dikelilingi pelbagai pokok bunga-bungaan yang berwarna-warni.


Nampak tak tu? Muka teruja yang tak dapat diselindungi lagi. Tapi kami pilih yang kami ingin makan saja tau.  Jenuh nak habiskan kalau semua ni...hihi...


Waahhh....meja sebelah pun boleh tahan juga. Bukan selalu dapat jumpa makanan minang yang super sedap macam ni, kan?


Sawah padi yang luas terbentang...


Kolam ikan yang meriah dengan ikan. Senang kerja pekerja-pekerja kat sini. Semua sisa makanan terus baling je dalam kolam ni.


Itik angsa yang berenang. Comel je tengok. Pemandangan yang rare, kan? Sambil makan, boleh tengok view cantik macam ni.


Boleh bermain tegur-tegur dengan burung hantu kat sini yang macam-macam jenis. Comel la burung-burung ni. :)


Comel, kan? Sampai hati panggil burng hantu.


Lepas makan, mari kita bersiar-siar di taman Pondok Flora ini. Memang tuan punya Pondok Flora ini sangat kreatif dalam menarik perhatian pengunjung.


Sempoi je tengok Iris main buai. Mama dan abah dia dok berdating. :D


Menarik, kan? Suasana yang seronok sangat untuk menikmati makanan. Tambah-tambah masakan Minang. Terbaik.


Cute ladybird. 


Orang landskap memang suka ambil landskap. :D

Letak gambar banyak-banyak, karangan pun jadi pendek. Hahaha...
Abaikan ya. Nanti pot pet2 sangat, lagi berjela la entri sampai tak siap-siap. 

*bersambung....

0 Comments