Percutian ke Bukittinggi dan Padang - Part 9 (Last Part)

Assalamualaikum wbt...salam sejahtera.... :)

Pagi selepas sarapan, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Air Manis yang sangat popular dengan batu Malin Kundang.  Alkisahnya sama seperti Si Tanggang. Terkena sumpahan dari ibu yang sangat kecewa dengan anak yang derhaka apabila dah jadi saudagar kaya. 

Sangat kelakar apabila mengenangkan selama bertahun-tahun saya percaya yang batu yang menyerupai manusia yang sedang sujud ini adalah benar-benar susuk arwahnya Malin Kundang. Ia rupa-rupanya hanyalah sebuah karya relief yang dibuat oleh Dasril Bayras dan Ibenzani Usman pada tahun 1980an.
Tujuannya pembinaannya adalah untuk memperingati kisah Malin Kundang yang dikatakan berlaku di Pantai Air Manis ini. Selain itu, ia memberi pengajaran kepada pengunjung supaya tidak menjadi anak derhaka. Hmmm...menarik.


Karya relief ini nampak sangat real jika tidak dibelek dengan teliti. Sebelum ini saya sangat percaya inilah Malin Kundang. Tapi apabila dapat lihat sendiri di depan mata, barulah tahu yang ia adalah binaan manusia. Jangan korang maki pulak bila sampai sini dan tau ini hanyalah binaan relief semata-mata. Tarik nafas dan bertenang. Ambil je yang baik-baik untuk pengajaran dari kisah Malin Kundang ini. Budak-budak kan suka kisah-kisah sebegini... :D



Akibat terlalu dekat dengan warung-warung jualan makanan dan cenderamata, kawasan pelancongan ini adalah kurang bersih. Nampak seperti tidak dijaga dengan baik.



Disebabkan Pantai Air Manis ini sangat luas terbentang, ia sesuai untuk aktiviti menunggang ATV. Memang best. Tapi masa yang agak terhad tidak begitu mengizinkan.

Seterusnya kami melalui satu jambatan yang dinamakan Jambatan Siti Nurbaya. Kisah dari novel kasih tak sampai seorang gadis bernama Siti Nurbaya ini amat menyedihkan.
                                                                                    

Siti Nurbaya dipaksa berkahwin dengan seorang bangsawan yang telah berumur dan kaya tetapi bengis demi membebaskan belenggu hutang ayahnya sedangkan beliau sudah mempunyai kekasih yang pergi merantau. Dia akhirnya dibunuh oleh suaminya sendiri. Cantik kan jambatan ni? Nampak simple tapi rekabentuk lampunya berjaya menyerlahkan jambatan ini.


Adalah pelik jika tidak bergambar di sini. hihi..


Angkut-angkut yang dihias meriah dan sangat kreatif.


Suasana bandar yang agak tenang berbanding bandar-bandar lain.


Enterolobium saman yang menarik.



Sebelum bergerak ke Lapangan terbang Minangkabau, jom pekena soto di warung Soto Angkasa dulu.



Nasi dan soto ayam. Air teh botol sampai 3 botol masing-masing. Kemain dahaga katanya.


Inilah Dedek supir kami yang agak pendiam tapi sesekali berbicara macam bos dia juga kelakarnya.


Kaum lelaki dalam trip kami. Tq u ols... berakhir dah trip kami di Tanah Minang. Memang banyak kenangan menarik. Peristiwa Encik Hafiz tertinggal flight, makan nasi padang yang super sedap, tersesat mencari hotel dan lain-lain memang bestlah. Itulah pengalaman namanya. hihi..


Dapat tengok Istana Pagaruyung yang besar ni,



Dapat mempelajari sejarah Perang Dunia ke 2 di Lobang Jepang,


Tengok senibina-senibina yang menarik,






dapat tengok pemandangan-pemandangan yang super awesome! Memang puas hati.


Jadi mangsa paparazzi pun boleh. hahaha..


 
Tapi yang paling tidak boleh dilupakan mestilah dapat bercuti bersama dengan kawan-kawan super antik. 30 tahun dah kenai depa berdua ni. Sayang dari dulu sampai sekarang. In shaa Allah bersahabat sampai syurga... :)


Terima kasih sudi baca.
Yana Halim .. :)

4 Comments

  1. menarik sangat nampak tempatnya...macam tak ramai orang..klu berkesempatan nak jugak sampai tempat2 bersejarah mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.... itu yang rasa Bukittinggi ni destinasi boleh repeat banyak kali pun tak apa. :)

      Delete
  2. Cantik rupanya Padang ni. Masih tersimpan elok khazanah alam semulajadi diorang kat sana. Kita ni dah biasa duduk kat bandor, dah biasa tengok pembangunan aje. Hehe. Yang paling cantik gambar-gambar laut tu..

    ReplyDelete
  3. Ha ah....memang cantik dan bersih. Sesuai bawa family. :)

    ReplyDelete