I need Holiday lah! South Korea is #MyTravelokaEscapade

Hello readers......

Hai hai hai....teruja pulak nak bercerita tentang destinasi percutian impian saya. hahaha..
Ini dia tempatnya yang menjadi pujaan hati saya ni tapi masih belum tertunai. South Korea nama negara diberi sebagai pilihan#MyTravelokaEscapade .



Beautiful Seoul... (photo from google)

Saya peminat k-pop tau. Minat tengok dramanya, filemnya, sejarahnya dan macam-macam lagi tentang negara Korea Selatan. Kemain boleh study pasal Joseon dinasty kat wikipedia dan youtube dari zaman King Taejo hinggalah puteri terakhir dinasti iaitu Princess Yi Deok-hye. Sejarah dinasti Joseon ini amat menyayat hati dan Korea Selatan satu-satunya negara yang berjaya membawa kisah sejarah negara mereka ke bentuk hiburan dengan begitu baik sekali. Rasanya lebih kenal artis Korea Selatan berbanding artis negara sendiri. Lol....
Ringing tone di handphone pun guna lagu k-pop. Setia guna handphone jenama Samsung pulak tu. Nak kata taksub, boleh jadi jugalah. Hahaha....



Beautiful garden.. (photo from google)

Kenapa negara ini menjadi pilihan? Pertama sekali mestilah negaranya maju dan indah, budaya dan jati diri rakyatnya yang cintakan negara mereka, sejarah peradaban bangsa yang mengagumkan dan bentuk mukabumi yang sangat mengasyikkan. Saya benar-benar teringin menikmati musim luruh di Korea Selatan. Daun-daun maple yang berwarna kuning dan merah tu dah lama menggamit hati saya tau. Bertahun-tahun sejak drama Autumn in My heart.

Ingin menjejak Nami Island sejak drama Winter Sonata. Ingin menjejak Jeju Island semenjak We got Married Joong Bo couple. I heart Kim Hyun Joong and Hwang Bo so much! Paling best, nak tengok perkampungan zaman dulu tempat shooting drama Dae Jang Geum dan Jang Ok Jung! Suka sangat tengok perkampungan dan hanbok yang cantik tu. Waahhh! Kalaulah #MyTravelokaEscapade ini memilih saya...pasti ianya hadiah terhebat dalam hidup saya!



(photo from google)
Gyeongbokgung Palace antara 5 istana besar yang dibina semasa pemerintahan Dinasti Joseon

Bab makanan usah katalah! Saya memang peminat sejati bulgogi. Memang terbaik nak bagitau. Selalunya jika ada rezeki lebih, Seoul Gardenlah menjadi tempat hilang craving makanan Korea ni. Makanya #MyTravelokaEscapade kenalah memilih saya. Teringin sangat nak pergi rasa sendiri makanan Korea yang dihidangkan di negara asalnya.



(photo from google)
Waaahhh.....andai saya dapat menikmati hidangan seperti ini di Korea Selatan...



 (photo from google)
Menjejaki perjalanan my favourite Joong di dalam We Got Married. Banyak tau lokasi menarik yang mereka berdua ni pergi. Paling best di Jeju Island. Di sana, saya teringin nak tengok kaum wanita yang dipanggil Haenyeo di mana mereka ini boleh menyelam lama-lama di dalam laut demi mencari hasil laut. Gigih tau mereka tu. Sesuatu yang perlu kita pelajari.



(photo from google)
 Memakai hanbok seperti Dae Jang Geum...

Kegigihan wanita Korea pada zaman dahulu patut kita contohi. Semua sikap baik ni boleh didapati pada watak Dae Jang Geum yang digelar Jewel of the Palace. I heart her so much...
Lokasi penggambarannya terletak di Changdeokgung Palace. Oh my....teringin sangat nak tengok depan mata sendiri.



(photo from google)
Menjejaki kisah sedih Jang Ok Joong....

Seronoknya jika dapat melihat hasil seni dari Korea Selatan terutamanya seni lukisan dan kaligrafi mereka...



(photo from google)
Melewati hutan mapel di musim luruh adalah impian terbesar saya jika berada di Korea Selatan....

Ternyatanya saya memang meminati untuk belajar budaya sesuatu bangsa dan negara di samping dapat menikmati pemandangan yang semestinya tiada di negara sendiri. Sesungguhnya saya suka belajar. Pada saya, travelling is learning. Ilmu terbaik ialah ilmu hasil pengembaraan sendiri. Setuju, kan? Semoga #MyTravelokaEscapade dapat menunaikan impian saya !!!




0 Comments