Jalan-jalan di Singapore - Part 3


Asslamualaikum wbt...salam sejahtera, readers!

Lamanya nak sampai ke part 3 ye. Percutian paling singkat tapi paling lambat diupdate. Sudahnya cerita pun jadi bertambah pendek nampaknya. Banyak yang dah lupa jalan ceritanya. hahaha..



Mula-mula kami checked out dulu dari New Happy Hotel ni. Hotel bajet tapi ada la juga ruang untuk solat di sebelah katil tu. Kami pun happy je sebenarnya yang penting dapat tidur selesa. Cuma malam tu ada sedikit gangguan mistik. Adoi laa....sabo je la.



Kami terus bergerak ke kedai mamak Restoran ABC yang berhampiran dengan hotel tempat kami menginap. Gambar mi goreng mamak ni malam sebelum hari kejadian punya cerita. Sedap tau. Pagi tu kami minta air panas kosong dan roti canai je. Air kosong tu kami bubuh 3 in 1 punya minuman. Kih kih kih....nampak tu? Kena training awal dah ni untuk jadi travel backpacker. Cari yang jimat-jimat je. :D



Naik bas ke stesyen MRT Kallang untuk ke Sentosa Island pulak kita. Hari Ahad memang ramai orang. Bertabah je la.



Sampai-sampai tu cari globe Universal Studio ni dulu. Teruja kemain. 20 tahun dulu datang ke sini, takde pon mende alah ni. Fefeeling kat US le kejap kitorang ni kan. hahaha...
Nasib baik ada Datin yang rajin ambik gambar kitorang ni. Tq Datin. :)



Eksyen je lebih, sebenarnya kitorang tak masuk pun. Tak sempat la. Next trip in shaa Allah ada rezeki lebih boleh la bawa anak-anak pulak. Sekarang ni misi menjejak kaki je. :D


Beautiful Singapore.



Letih menapak usah kata la. Tapi kena gigih la pasal nak cover banyak tempat. Banyak nak snap tempat-tempat dan landskap  menarik sampai rupa pun dah jadi tak semenggah sebab nak berlakon sama dengan patung-patung ni. hahaha



Posing dengan bougaivillea miss eva/ singapore beauty ni adalah menjadi kewajipan. Di Singapore, menjadi-jadi betul bunganya sampai tak nampak daun. Sangat-sangat cantik.



Port wajib bergambar di Merlion Park. Panas lit-lit masa ni. Eh, tak peduli. bergambar habis-habisan kekdahnya.



Foto berlatarbelakangkan Hotel Marina Bay Sands pun wajib ada. Antara bangunan tercanggih di Singapore. Kalau kaya, bolehlah menginap di situ. Tapi kalau kosnya boleh cover destinasi lain, rasa rugi pula, kan? Banyak lagi tempat belum sampai ni. 



Lunch hari tu di tempat yang sama juga di hari sebelumnya. Restoran Singapore Zam Zam di mana bermulanya sejarah murtabak Singapore yang femes sangat tu.



Inilah rupanya murtabak Singapore yang kami makan. Sedap sangat nak bagitahu. Nasi berianinya pun ok. Kalau anda ke Singapore, makan je di restoran-restoran mamak kalau rasa waswas nak makan di foodcourt.



Suasana di dalam Restoran Zam Zam. memang bersih.

Lepas makan, laju-laju menapak naik MRT kembali ke Geylang Road untuk mengambil beg yang ditinggalkan di hotel. Semasa dalam MRT tu saya melihat pemandangan ini. Ramai orang di waktu hujung minggu berkelah dan melepak di padang. Nak kata taman, tak juga. Kat situ pun boleh jadi tempat lepak. Tak tahu sama ada mereka ini rakyat Singapore atau warga asing


Lepas ambil beg, bergerak lagi naik bas dan MRT untuk ke airport. Di airport pun kami mengambil banyak gambar mini landskap dan orkid. Seronok tengok airport Singapore ni. Memang meriah dengan bunga orkid. Kenapa airport Malaysia tiada kemeriahan orkid ni ya? Padahal harga orkid lebih murah dan banyak di negara kita. Ia juga lambang bunga yang ada sense of welcoming. Rugi rasanya jika kita tak apply keindahan itu.



Kat beca ni pun nak bergambar. hahaha...



Ralit tengok tear drop ni. Macam Super Tree jugak ada muzik. Cuma yang ni bergerak ikut irama.


Orkid garden.


Cantik design landskap ni



Macam tak nak balik je budak sorang ni. hahaha..



Salah satu aktiviti sementara menunggu flight. Bergambar dan poskan di skrin lebar. 



Lepas tu gelak beramai-ramai tengok gambar tu bergerak di skrin besar tu. Jakun kejap. Kat tempat sendiri, tak jumpa mende alah ni. :D

Percutian pendek ni memang jenuh dengan gelak ketawa walaupun sangat penat. Seronok jalan dengan adik-adik berdua ni. Meriah suasana. Singapore memang jauh berbeza berbanding 20 tahun dulu. Lagi cantik dan lagi menarik tapi lagi menyakitkan. Apa yang menyakitkan tu?  Currency la. Apa lagi. Jom sama-sama kita berdoa semoga negara kita juga boleh maju dan teguh kewangannya seperti negara jiran kita yang satu ni. Till we meet again, Singapore.. :)

Terima kasih sudi baca,
Yana Halim.

6 Comments

  1. hi, saya datang singgah sini dan follow awak :")
    cantik blog awak..

    ReplyDelete
  2. tak tahulah bila alin nak sampai Singapore tu ... cam best je nengok

    ReplyDelete
  3. wah bestnya p singapo..
    ada rezeki nak p gak

    ReplyDelete
  4. akak hujung tahun ni nak ke mana? jom le rancang awal awal

    ReplyDelete
  5. singgah baca info trip ke singapore. hehe

    ReplyDelete
  6. best kan jalan ngan kitorang. mana trip cameron highland ngan kitorang ni. ahaha

    ReplyDelete