Friday, 12 February 2016

Percutian ke Lombok - Part 9 (Sasak Village Sade))

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Lepas lunch dan rehat dulu di restoran kawan Arix di pantai Kuta, kami bergerak ke perkampungan suku sasak di Sade, Lombok Tengah. Haaa....inilah perkampungan asal suku sasak di Lombok yang kini masih dikekalkan identiti dan cara hidup mereka sejak beratus tahun yang lalu. Alaaa.....budaya bawak lari anak dara orang yang femes tu asal dari budaya suku sasak ni la. Ramai tau pasal Lombok pun sebab banyak kes orang Lombok bawa lari anak dara Malaysia ke Lombok. Padahal, Lombok lebih tersohor dengan keindahan buminya.


Perkampungan atau dipanggil dusun sasak sade ni memang dah terkenal sebagai tempat pelancongan. Perkampungan ini wujud sejak tahun 1079 lagi. Terdapat 150 buah rumah dan 700 orang penduduk yang hanya terdiri dari satu keluarga 15 generasi. Satu keluarga duduk satu kampung. Masih kekal asli pulak tu! Hebat betul.


Pintu gerbang perkampungan sasak sade. Perkampungan ini memiliki sempadannya. Jika ada penduduk yang tidak lagi mahu mengamalkan tradisi suku sasak, mereka tak boleh lagi tinggal di sini. Kita boleh nampak tembok sempadan perkampungan ini dengan jelas di sini. Di sebelah tembok, boleh nampak perbezaan yang jelas. Rumah moden dan rumah suku sasak.


Tourist guide kami yang bernama Haryadi bercerita dengan detail tentang senibina rumah suku sasak yang asli ini. Berdindingkan buluh dan tidak menggunakan paku, beratapkan ijuk atau daun lalang dan berlantaikan tanah liat dan kotoran lembu sebagai pengganti simen. Tujuannya ialah sebagai penghalau nyamuk.


Saya masuk ke dalam rumah dan melihat sendiri keadaan di dalam rumah ni. Ada satu anak tangga yang tinggi untuk ke pelantar di mana di sinilah ruang tidur ibu ayah dan anak lelaki merangkap ruang tamu. Seterusnya ada lagi tangga ke ruang tingkat atas di mana terletaknya dapur dan ruang tidur anak-anak perempuan.

Memang tak berbau pun walaupun Haryadi kata lantainya diperbuat dari tahi lembu. Genius diorang ni. Tapi yang peliknya, anak perempuan di tingkat atas, ibubapa dan anak lelaki tidur di pelantar depan pintu. Macam mana anak dara diorang boleh diculik bawa lari? hahaha...pening.

Inilah yang dikatakan skill. Skill bawa lari anak dara orang kena pergi menuntut tu. hahaha


Disebabkan  tiada saliran air untuk bersawah, mereka hanya boleh bersawah setahun sekali. Selain itu, sumber pendapatan mereka ialah di sektor pelancongan. Tourist guide dari Suku Sasak ini adalah seramai 30 orang menurut Haryadi yang semuanya merupakan penduduk tetap perkampungan ini. Sedekah la lebih sikit jika korang datang ke sini. Sayu hati betul melihat cara hidup mereka.


Tiada kenderaan di dalam perkampungan Sasak Sade ini. Rumahnya rapat-rapat dan dibina mengikut lereng bukit. Jenuh menapak la kalau datang ke sini.


Sepanjang perjalanan di perkampungan ini, mereka membuat kraftangan di hadapan rumah untuk tontonan pelancong. Yang ni, cara lama menenun benang dari kapas yang dituai di ladang.. Kagum saya tengok peralatan-peralatan lama macam ni.


Atap dari daun lalang yang kena selalu tukar.


Menenun kain.


Suku Sasak Sade ni dulu-dulunya mengamalkan Islam Wektu Telu. Solat 3 kali sehari je. Sekarang, semuanya sudah mengamalkan Islam sepenuhnya. Masjid yang terdapat di dusun Sasak Sade ini. Cantik dan bersih.


Bumbung pun masih mengekalkan penggunaan daun lalang.

Ok. Rezeki betul kami di petang itu kerana dapat menyaksikan upacara 'nyongkolan' iaitu mengiringi pengantin perempuan ke rumah keluarga ibu bapa perempuan selepas kahwin lari. huhu..


Inilah pengantin cantik manis tu. Umur pun baru 18 tahun.

Kronologi dan undang-undang kahwin lari ni adalah seperti berikut :

1) Pasangan itu adalah bercinta senyap-senyap. Biasanya kenal di sekolah.

2) Hendaklah diculik pada waktu malam. Culik pada waktu siang akan kena denda. Biasanya dalam IDR 600k.

3) Kahwin culik tidak perlu mak dan ayah. Kena ikut ja 3 proses adat iaitu nyelabar, ijabkabul dan nyongkolan.

Prosesnya, culik dulu. Lepas beberapa hari, wakil dari pihak lelaki akan datang berjumpa ibubapa pengantin perempuan beritahu yang pasangan pengantin dah bernikah. Selepas itu barulah diadakan majlis nyongkolan yang meriah tu. Pasangan itu nanti akan mendiami  Bali  kodong iaitu rumah yang kecil. Untuk honeymoon katanya.

Tapi yang sedihnya, setuju atau tak, mak ayah kena redho anak dah kawin. Pada kita, memang sedihlah sebab bukan budaya kita yang semestinya kena tapis dulu bakal menantu. Tapi dah memang budaya mereka, tidak menjadi hal la tu. Skill culik tengah malam tu memang hebat le kan. Baru la macho, anak jantan gitu.


Ambik, satu kampung dok mengiring pengantin.


Fefeeling pelancong sangat masa tu. hahaha..


Habis jammed jalanraya tu dibuatnya. Kahwin culik kat sana di sambut meriah, diiringi rasa redho ibu ayah.


Respek kat diorang ni. Gigih mengekalkan adat budaya setempat.


Ralit saya tengok persembahan diorang ni. Meriah sangat-sangat. Puas hati betul dapat tengok sendiri. The best part of travelling is learning. So true!


Salah satu masjid tempat kami solat. Boleh dikatakan semua masjid di Lombok seperti tak siap sepenuhnya. Tapi makmur in shaa Allah.


Kiranya masjid yang ini sudah hampir sempurna pembinaannya. Lagi pun dah dekat dengan airport.


Sculpture di bulatan yang menunjukkan Lombok ialah pulau 1000 masjid.


Dalam perjalanan ke Pantai Senggigi.

Kami dinner di sebuah gerai Nasi Padang. Memang murah dan sedap. Dalam 20k je sorang makan lauk macam-macam. Memang terbaik tapi terlupa nak snap gambo. Lapar sangat kot masa tu. hahaha...


Sebelum berjumpa Tatie blogger travel yang dah pergi 40 negara tu, singgah dulu di Art Market pantai senggigi.


Saya sempat membeli seluar cotton pantai kat sini. Jadilah buat oleh-oleh untuk diri sendiri.

Tak lama lepas tu, Tatie mesej Kella bagitahu dia dinner kat Restoran New Furama Senggigi. Sama konsep dengan Warung Menega Lombok tempat kami dinner malam sebelum tu.


Cuma dekat sini lagi mahal kot berbanding Menega.


Jumpa Tatie dan Iqa kat sini. Bersembang kecoh tak hengat kitorang kat tepi pantai tu. Best dapat jumpa diorang. Balik hotel pun lambat sampai tersesat-sesat sebab supir Tatie tak tau hotel kitorang. hahaha..

Kami berpisah dengan Arix di sini. Esoknya Tatie dan Iqa ambil khidmat Arix pulak untuk tour Lombok. memang terbaik la Arix. Saya rekomen sangat servis dia tu.




*bersambung....

Thursday, 11 February 2016

Ronda-ronda ke Kuala Terengganu dan Kemaman

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Alang-alang dah berada di Kemaman, adik-adik ipar ajak pergi ke Kuala Terengganu jalan-jalan. Jom je la kita ni. Lama dah tak ke Kuala Terengganu katanya. Walau pun hujan agak lebat disulami hujan renyai, gigih betul nak ronda-ronda ke Kuala Terengganu. Siap lalu ikut jalan tepi laut. Nak tengok kebesaran Allah, kata adik ipar saya. :)


Hujan renyai tidak mengganggu perjalanan.


Singgah di Kijal beli lemang dan kuih kapit gulung.


Di Kerteh, tengok Petronas sambil lalu. Katanya malam kat sini cantik. Banyak lampu.


Yang ni best. Singgah di Rantau Abang. Waahhh...layan ombak besar dan angin kuat ni dulu. Katanya di sini tempat shooting filem Merong Mahawangsa.


Anakanda berdua dah makin gelap sebab berjemur mandi kolam.


Tepek sikit gambo tengah berjimba-jimba. hehe..


Singgah beli air jagung dan jagung bakar. 


Sampai di Marang, tengok banyak wau berterbangan berhampiran pusat wau. Lepas tu dekat Masjid Ustaz Hadi Awang, ternampak ramai anggota unit amal. Rupa-rupanya ada perjumpaan tahunan. Patut meriah.


Sculpture hidupan laut. Geram teringat idaman mencandat sotong.


Katanya harga makanan di Kuala Terengganu adalah mahal. Tapi jangan risau, masih ada yang menjual pada harga ekonomi.


Singgah solat di masjid terapung.

Selesai solat, gerak terus ke Pasar Payang. Banyak perubahan nampaknya.


Nampak tak photog kecik tu? hahaha..


Inilah Pasar Payang yang nostalgia tu. Syurga membeli-belah di Terengganu. Di sini saja, berlaku kejadian handbag muflis. hahaha...


Dinner di Restoran Tenang ni. Makanannya biasa-biasa saja. Best lagi di Kemaman. hehe...


Perjalanan pulang ke Kemaman, kami menggunakan laluan lebuhraya pantai timur (LPT 2). Memang gelap gelita jalannya. Tak nampak apa yang ada di kiri kanan jalan. Ramai kata laluan ni beralun, memang betul pun. Kena hati-hati, ya.

Singgah sebentar di RnR Paka. Sunyi betul. Baru ada satu je gerai yang beroperasi. Tak apalah. Yang penting terang-benderang. Kalau lampu malap je, memang scary la nak singgah. huhu..


Esok paginya, jalan-jalan ke pasar Chukai pulak. Waahh... macam-macam ada. Tujuan ke sini, nak membeli selimut. Hahaha.....beli selimut? Ya, tak tipu. Unik sikit oleh-oleh untuk diri sendiri ni. Bosan dengan sutera. Dah jadi baju, malas nak seterika la pulak. So, kali ni tak beli sutera. Beli selimut lagi best.


Kuih-muih tradisional Terengganu. Colourful gitu.


Cantiknya susunan buah-buahan yang dijual. Semua nampak segar. Geraaam je tengok. Saya beli buah longan yang isi tebal tu. RM12 sekilo.


Ok. Yang ni bukan kat Terengganu tapi di RnR Temerloh. Sedapnya gulai tempoyak ikan baung dan udang galah.... jahat tau dok tayang2. hahaha...



Terima kasih sudi baca.
Luv,


Wednesday, 10 February 2016

Jalan-jalan cari makan di Kemaman, Terengganu

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Walau dah berkali-kali ke Terengganu, saya belum meletakkan entri pasal Terengganu di dalam blog ni. Percutian ke Kemaman sempena menghantar pengantin hari tu, wajiblah mencari destinasi jalan-jalan cari makan di Kemaman, ye dak? Kalau tak cari yang terbaik, memang rugilah jawabnya. Dah alang-alang sampai, jom kita jalankan misi jalan-jalan cari makan  ni.


Pintu gerbang masuk ke Terengganu dari arah Cherating, Pahang. Mentang-mentang Kemaman ni hanya bersempadan je dengan Cherating, menginap di Pahang dinner dan breakfast kami di Terengganu. Kemain, kau. hahaha....

Apa yang paling menarik di Kemaman? Mestilah makanan hasil lautnya seperti keropok lekor, satar, pais, otak-otak dan gorengan celup tepung yang super lazat dan hanya terdapat di Terengganu. Destinasi paling wajib pergi ialah Warung Aziz Satar ni. Macam-macam ada nak bagitau. Walaupun makanan ni jenis minum petang, kami jadikan dinner je sebab dah sampai ke Warung Azizi Satar ni selepas waktu maghrib. Alhamdulillah, tak begitu ramai orang masa kami sampai. Puas hati kejap order itu, kejap order ini....adoyaiii....semua nak try.

Alamatnya seperti berikut :
Kampung Geliga Cik Akob, Cukai, Terengganu, Malaysia

Konsepnya layan diri. Pilih je makanan laut yang nak digorengtepungkan. Tak pun beli je yang dah siap bergoreng. Harganya mengikut berat, ok. Lagi berat ambil, lagi mahal la nak kena bayar.


Papa-papa mithali diorang ni. hehe...


Lega masa ni tak ramai orang. Boleh membising dan makan dengan senang hati. ekekke..


Haaa....nampak? Sila pilih mana yang berkenan di hati. Gerenti tak kecewa.


Paling feveret. Sotong celup tepung. Kebabom rasanya...


Satar yang femes dan otak-otak. Sebelahnya ada ketupat palas. Satar di Warung Aziz ini paling kecik kot saiznya. Tapi rasanya memang mabeles la. Terbaik! Otak-otak pun kecik ciput je. Tapi 100% ikan. Nampak kepingan isi ikan tu.


Yang tadi dah habis kena serbu, order sotong celup tepung yang lain pulak. huhu... apesal sedap sangat niihhh?


Keropok lekor paling tidak boleh dilupakan, tau. Wajib. Yang saya lupa nak snap, gambar ikan kembung celup tepungnya. Walawehhh...memang terbaik! Garing di luar, berjus di dalam. Ikannya lembut berjus tapi garing di luar. Macam mana nak citer, eh?? Alaa...bayangkan je la. hahaha...

Seterusnya tempat sarapan pagi yang terbaik di Kemaman. Ini haa.... Kedai Kopi Hai Peng. Memang penuh la. Nak datang makan kat sini, sila datang awal. Makanan seperti nasi dagang dan nasi lemak ikan tersangatlah cepat habis.

Alamatnya seperti berikut :

Alamat Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng :-
3753, Jalan Sulaimani
Chukai
24000 Kemaman
Terengganu
No. Telefon : 09 - 859 7810
Emel : haipeng40s@yahoo.com
Waktu operasi : dari pukul 6:45 pagi hingga pukul 6:00 petang


Memang legend la kedai kopi Hai Peng ni. Warisan puluhan tahun. Buat kopi sendiri pulak tu.


Antara kuih tradisional Terengganu. Kuih paung yang seperti kuih bom ni berintikan ikan. Sedap nak bagitahu. Nanti u ols boleh cuba. Kuih sebelahnya tak pasti pulak namanya.


Walaupun Kedai Kopi Hai Peng ini kedai kopi bangsa Cina, makanan popular Terengganu seperti Nasi Dagang turut dijual. Nasi lemak ikan pula, tak sempat snap. Teruja sangat nak makan sampai lupa nak ambik gambar. hehe..


Menu utamanya mestilah set roti bakar, air kopi yang dibuat sendiri dan roti kukus. Memang terbaik!


Pekat kemain kopinya. Saya memesan kopi ais. Sekarang ni tengah jadi pencinta kopi ais. Haruslah di mana-mana pun order kopi ais je. :D

Sanggup beli bawa balik. Dah sedap katanya...


Inilah roti kukus tu. Memang sedap sangat roti kukus yang lembut gebu ni berintikan butter dan kaya. Wajib cuba, tau.

Keropok lekor terbaik pula, kami membeli keropok Cap Intan. Waahhh....keropok Cap Intan ni memang sangat-sangat saya rekomen. Kalau u ols sampai ke Terengganu, wajib angkut balik keropok Cap Intan ni.

Alamatnya seperti berikut :

 Rumah Muraj Alor Jambu, No. 281, Wakaf Tengah, 21030, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.


Kalau tak jumpa kedai ni, silalah call terus nombor telefon seperti di papantanda.


Saya sebagai pencinta keropok, memang rasa geraaam je nak beli banyak-banyak buat stok. Tapi masalahnya tiada tempat nak simpan. Mana muat peti ais nak tumpang simpan keropok lekor kami yang ramai ni. huhu...


Sedapnya makan keropok lekor panas-panas.huhu... Memang best jalan-jalan cari makan di Kemaman. Memang memenuhi citarasa tekak saya yang cerewet jugalah bila tiba bab makan. Terbaik! Berapa kali dah saya taip terbaik. Beria-ia nau promot macam la saya dapat angkut keropok free. hahaha..

Sekian review saya di beberapa tempat makan best di Kemaman. InsyaAllah repeat. Cita-cita nak mencandat sotong katanya. Moga tercapai hendaknya. Aamiin..


Terima kasih sudi baca.
Luv,