Tuesday, 29 March 2016

Percutian ke Bukittinggi dan Padang - Part 2

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Percutian ke Bukittinggi dan Padang Indonesia kali ni bagi saya adalah agak santai kerana destinasinya semua mudah sampai tanpa perlu memerlukan tenaga yang banyak berbanding Lombok. Air terjun pun betul-betul di tepi jalan je. Tak perlu nak meredah denai hutan bagai. Tapi bagi saya, apa cara dan destinasi mana-mana pun tetap menyeronokkan seorang yang memang kaki travel macam saya ni. hahaha...

Korang pulak jenis kaki travel yang macam mana? Suka santai, adventure, pantai atau bagaimana? Korang boleh cuba kuiz ni <<Anda kategori traveller yang bagaimana?>> . Dah cuba, korang tau sendiri. hehe..

Perjalanan kami diteruskan ke Padang Panjang. Tanah Minang yang popular ni. Memang best sebab cuaca agak dingin. Almaklumlah, tanah tinggi katakan.

Di Indonesia, inilah Kota Serambi Mekahnya.


Rumah Gadang PDIKM Padang Panjang. Rumah gadang tercantik ni. 





Dinding rumah tercantik pernah saya tengok. Dahsyat punya rajin mengukir keseluruhan dinding. Cantik dan kemas pulak tu ukirannya. Haruslah tumpang kecantikan dinding tu dengan bergambo sekali. kikiki...



Apabila anda ke sini, jangan lupa mencuba pakaian pengantin Minang ni. Masa kawen dulu tak merasa persalinan macam ni. Kat sini, saya dan kawan-kawan semua tak berkecuali mencuba. RM10 sahaja untuk sepasang lengkap. Nak bagitau, azab jugalah pakai baju ni. Nasib baiklah kat Padang Panjang ni sejuk. Dengan tebal, berbengkung, hiasan kepala yang boleh tersangkut dengan orang sebelah, memang tak boleh tahan. hahaha....



Tipu betul gambo ni. Semua muka jadi melebor. :D... Tapi memang nasib baiklah kami dah pakai baju Minang ni semasa kat sini. Kalau di Istana Pagaruyung, mahu pengsan gamaknya. Panas terik kat sana.



Rumah Gadang ni lebih merupakan perpustakaan. Banyak artifak dan bahan arkib dipamerkan di sini. Tapi sebesar-besar rumah gadang ini, bilik-biliknya semua kecil-kecil. Penceramah tentang budaya Minang ini begitu jelas bercerita kepada kami. Memang banyak ilmu yang dapat dipelajari di sini. Terutamanya tentang adat perpatih, budaya hidup orang Minang dan senibina rumah gadang yang amat menarik dan unik sekali.



Alahai...meriah sangat la pelaminnya pun. Tepek gambo Yanti je la. hehe..



Yang berbaju kuning tu la yang menjadi informer kami di Rumah Gadang ni. Macam cikgu-cikgu cara beliau bercerita pasal Minang. Best sangat. Jadi pengandam pun dia jugak.


Cantik pemandangan sepanjang perjalanan di Bukittinggi ini. Tak rugi kalau saya repeat lagi.



Toko telekung pertama yang kami singgah di Pandai Sikek. Masuk tengok-tengok je sebab harga adalah agak mengerikan.



Tapi memang patutlah. Tengok hasil sulamannya yang sangat halus ni. RM 600 gitu harganya. Pheww...



Sebelah toko ada kedai runcit yang bernama Telaga Rezeki. Kreatif nama kedainya. Kami beli minuman dan buah limau kat sini.



Saya menyesal tak beli keropok sayur ni. Sedap bangat nak bagitau. Jangan lupa beli kalau korang sampai ke sini. 



Lega bila sampai di bandar Bukittinggi.



Jambatan Limpapeh yang popular di Bukittinggi.



Kami menginap di Bamboosa Guest House selama dua malam di Bukittinggi. Booking melalui Booking.com. Memang berbaloi-baloi.



Bilik saya, Atun dan Yanti. Luas dan selesa ni kiranya master bedroom untuk rumah 2 tingkat ni terletak di tingkat bawah. 3 bilik di tingkat bawah dan 2 bilik lagi di tingkat atas. Lengkap serba-serbi. Cuma cermin almari solek je yang agak rendah. Jenuh menunduk bila nak pakai tudung.



Ruang tamu rumah. Tempat-anak-anak bermain dan tempat lepak mengadap handphone.


Yang ni pantry rumah ni. Tempat makan-makan. Sarapan pagi, mereka akan hantar terus ke sini. Memang feeling macam rumah sendiri. Lagi pun memanng rombongan kami je yang tinggal di sini. Tak bercampur dengan tetamu lain. Selesa sangat.

Petang tu selepas rehat dan solat, kami keluar ke dataran Jam Gadang. Meriah betul petang-petang kat sini.



Tapi gambo la pulak kelabu asap. Adoii...



Dataran Jam Gadang ni memang digunakan sepenuhnya sampai polis pun buat latihan kat sini.



Kedai-kedai yang berhampiran Jam Gadang dan Pasar Atas. Atun bershopping sakan kat sini. Saya beli buah salak dengan beg kait nilon yang menjadi  feveret saya di Pasar Atas ni. Kongsi beli dengan Yanti. So, dapat harga murah sikit.


Insan pertama yang saya kenali di sekolah menengah. Berjiran sebelah katil. Kena ragging pun sama-sama rasa. hehe..



Belek-belek jajan-jajan Bukittinggi. Mashaa Allah....banyak betul. Macam-macam jenis sampai pening nak pilih.



Dah ronda-ronda area Jam Gadang, kami dibawa melawat toko kain sulam pulak. Memang cantik-cantik. Tapi harganya pun cantik jugak. aduhaiii....pandang je laaa...



Dah puas meronda, kami dicadangkan dinner di Warung Makan Wong Semarang. Ala-ala kedai tomyam di sini. Macam-macam menu ada. Memang terbaik sampai tak sempat nak ambik gambo. Masakan Minang memang best sebab ada macam-macam jenis sambal. Kalau nak belajar resepi sambal, <<3 resepi sambal yang wajib peminat pedas tahu>> ada resepinya.



Gambar menu je sempat. hahaha... Tapi memang puas hati makan kat sini. Harga berpatutan, rasa pun semua sedap. Saya rekomen kedai ni.




*bersambung....




Monday, 28 March 2016

Makan-makan di Junction at 11 Shah Alam

Assalamualaikum wbt....bismillah..

Cerita bab makan memang best. Baru-baru ni meronda kat AEON Mall Shah Alam yang baru, tak dapat nak mencuba makanan kat foodcourt dia sebab ramai sangat orang. Sudahnya saya dan family kecik saya singgah di Junction at 11 bersebelahan foodcourt seksyen 11, Shah Alam. Dulunya tapak ini merupakan stesen minyak. Sekarang dah bertukar jadi foodcourt ala-ala hipster juga kot. hehe... Sesuai nak lepak-lepak katanya.

Hanya beroperasi pada lewat petang hingga malam. 


Memang santai untuk lepak beramai-ramai dengan kawan-kawan. Sesuai dengan golongan muda yang masih tidak dapat melupakan suasana kantin sekolah. hahaha...


Western food. 

Yang ni sesuai untuk family saya yang berempat. Sesuai juga dengan golongan mak-mak macam saya. Senang nak bergosip. Laalalala... :p


Ok. Menu pertama yang saya order. Walah....memang meriah rasa cheesenya. Best. Saya suka cheese. Siapa yang suka cheese  >>10 menu cheese yang wajib dicuba penggemar cheese >> memang terbaik la. Jangan rasa bersalah, ok. hehe. Spagetti carbonara ni saya order di Deli & Drinks. Bersebelahan pagar, ada banyak gerai lain yang turut menjual makanan.


Saya order sotong kangkung yang berharga RM8 sepinggan. Tidak mengecewakan.

Saya juga telah mencuba pisang goreng chesse yang berharga RM5 sepinggan dan otak-otak yang berharga RM1 satu. Maaf terlupa snap gambar.  Pisang yang digunakan adalah terlalu masak ketika saya mencuba menu tersebut, jadinya ia terlalu berminyak. Otak-otak tidak mengecewakan. Air teh o segelas berharga RM2.50.

Pesanan dari Junction at 11.


Ini namanya, tersandar kekenyangan. kikiki..

Keseluruhan, agak menarik untuk makan sambil melepak dengan kawan-kawan. Lepas ni boleh datang angkut kawan-kawan ye u ols... :)





Terima kasih sudi baca.
Luv,

Tuesday, 22 March 2016

Percutian ke Bukittinggi dan Padang - Part 1

Assalamualaikum wbt..
Bismillah...

Birthday tahun ni saya hadiahkan diri sendiri trip ke Bukittinggi dan Padang, Indonesia dengan kawan-kawan kesayangan. Lama punya perancangan ceritanya. Dok terbayang-bayang kisah novel Tenggelamnya kapan Van der Wijk tulisan Arwah Pak Hamka. hmmm....sayunya hati. Err ok, saya terbawa-bawa emosi saya yang suka bersentimental ni. hehe..

 Tiket flight seperti biasa, beli masa harga promosi. Tak sampai RM200 untuk kos pergi dan balik. Ok la ye dak? 

Paling unggul di Sumatera Barat mestilah Istana Pagarayung. Meh kita buat selfie intro katanya...hehe...

Pagi 20feb 2016 di KLIA 2. Terlalu ramai orang. Kemain panjang kena beratur. Pemandangan yang agak luar biasa. Selalunya, tak la ramai sangat sampai macam ni.


Fuh...

Trip kali ni sangat istimewa sebab supir/ ejen pelancongan saya yang tempah turut naik flight yang sama. Aldi nama beliau. Biasanya saya suka tulis ringkasan maklumat trip di entri yang terakhir. Kali ni saya tulis di entri yang pertama supaya tiada yang bertanya lagi. Ulang balik, namanya Aldi. Boleh whatsapp dia +62 813 6338 5879. Beliau memang menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Sila berurusniaga dengan beliau sendiri untuk mendapatkan tawaran terbaik, ya. :)


Selamat mendarat di Bandara Minangkabau dalam pukul 9 pagi gitu.


Kawan-kawan yang berkeluarga menaiki van 14 seat ni. Kami bertiga menaiki avanza. 

Destinasi pertama yang dituju mestilah Rumah Makan Lamun Ombak untuk bersarapan. Kalau anda ke Bukittinggi, memang inilah satu-satunya restoran atau r n r yang paling popular dan selesa.

Besar dan selesa restoran ni.


Macam-macam ada.



Tapi kitorang ni tak ambil makanan untuk breakfast pun. Terus order nasi Padang, ko. hahaha...



Tu diaaa....pagi-pagi dah bantai nasi. Tapi tak menyesal pun sebab masa balik tu tak singgah pun di sini. Kiranya kami dah mencuba masakan nasi Padang Rumah Makan Lamun Ombak yang wajib cuba tu. Rasanya? Sedap nak bagitau. Bukittinggi memang destinasi jalan-jalan cari makan yang tidak mengecewakan. Di Indonesia, Bukittinggi adalah yang terbaik.


Macam-macam jenis jus ada. Jus pinang muda tu paling unik. Tapi saya tak berani nak mencuba. Risau sakit perut. hehe...


Perjalanan kami ke Bukittinggi memang asyik ketawa je dengan lawak si Aldi. Kuat melawak dia ni. Supir paling kecoh yang pernah saya kenali di Indonesia. Tapi memang best sangat dia ni. 


Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di air terjun Lembah Anai. Memang tepi jalan je air terjunnya. Saya sempat snap jualan di kaki lima menuju ke air terjun. Memang menarik tengok jualannya tu. Pisang abu rebus, teringat zaman kanak-kanak.


Ini la rupa kacang soya yang belum diproses. Ramai dah pernah tengok? Saya, ini yang pertama kali.


Snap sekeping dua gambar di sini. Nak mandi, memang tak le.


Ada paparazzi la pulak...


Air terjun di Lembah Anai. Tinggi-tinggi air terjun di Sumatera ni. Best kalau dapat mandi.


*bersambung...