Wednesday, 9 November 2016

Jalan-jalan di Singapore - Part 1

Assalamualaikum wbt...salam sejahtera..

Kali ni saya nak cerita kisah percutian pendek saya ke kota singa. Lama sangat dah saya tak jalan-jalan ke Singapore ni. Last pergi masa zaman belajar dulu tahun 1996. 20 tahun kemudian dengan tiket penerbangan Airasia yang berharga Rm49 sempat kami beli, maka tibalah ke destinasi yang teringin pergi sangat ni disebabkan musim bunga di Gardens By The Bay tu.


 Kali ni trip bertiga dengan adik-adik comel yang kuat buat perangai sengal ni iaitu Datin dan Ika. Tak pasal-pasal feeling 20an angkara diorang berdua ni. Tak buat persiapan apa pun pasal Singapore ni pasal memang pergi dengan orang Singapore. Si Datin nak pergi jenguk nenek dia yang sedang sakit siap bawa mak dia sekali. Tak payah busy belek google bagai. Follow je tuan rumah. :)


Kami tak makan di foodcourt airport tapi pegi makan di kantin staff airport. Berkali ganda jimat makan kat situ. Tapi sebab duit kita rendah, sila kali dengan 3 ya. Tapi harganya masih boleh tahan, kan? hehe...


Lepas tu dari airport kitorang terus naik bas. Dalam bas ni dok sembang la dengan mak datin tentang kisah ibunya aka nenek Datin yang tinggal di Singapore. Semasa entri ini ditulis, nenek Datin telah dijemput Ilahi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah.
Mula-mula sampai Singapore sebagai orang landskap, perkara yang nak tengok dulu mestilah landskap Singapore, kan? 20 tahun telah menjadikan Singapore makin maju dan cantik. Bunga kertas dari variety Singapore Beauty ni memang telah berjaya sangat mencantikkan jalan-jalan di Singapore seperti namanya.


Tukar bas di Hougang Central untuk ke Woodlands Jimat sangat. Bayar SGD 2 je lebih kurang guna kad macam touch n go tu. 


Selamat sampai di rumah mak saudara Datin di Woodlands. Macam ni cara mereka menyidai baju. Guna galah. Kesian pulak rasanya macam susah je cara ni. Eh...entah. Hanya mereka yang tahu. hahaha...

Kami rehat-rehat dulu di rumah makcik Datin. Lepas tu bermulalah perjalanan menapak yang perlukan stamina yang tinggi. Patut pun susah nak jumpa orang Singapore yang gemuk. :p
Kami menggunakan MRT, bas dan teksi sepanjangkami di Singapore. Jenuh menapak, hoihh...


 Dalam MRT pun sempat ye.

 
 Stesyen MRT  Kallang.


Sampai Bugis Road. Hujan la pulak...


Menapak laju-laju untuk makan dan solat. Ini Masjid Sultan yang femes di Sinagpore tu. Memang menjadi antara pusat tumpuan pelancong di Singapore. Kami pun fefeeling pelancong la jugak ni. hahaha..


 Memang ramai dengan pengunjung. Tapi masjid ini tidaklah terlalu besar jika dibandingkan dengan masjid-masjid negeri di Malaysia.



  Bussorah street, Haji street, Arab Street, Kampung Glam...inilah tempatnya. Pusat pelancongan untuk makan-makan dan membeli souvenir Singapore. Memang happening kat sini.


Macam-macam restoran yang menghidangkan makanan dari pelbagai negara ada di sini. Pilih saja mana satu cuma pastikan yang halal, ya. Nak selamat, makan di kedai mamak je la. Kami terpaksa cepat-cepat di sini sebab nak kejarkan Gardens By The Bay tu. Dengar cerita, tempat tu besar sangat sampai tak sempat cover semua kalau datang sekejap. Jom nanti kita tengok di entri akan datang, ya.


Terima kasih sudi baca,
Yana Halim. :)